Photo by fauxels from Pexels

Hukum D-M digolongkan dalam Frasa Nama. Kerap kita mendengar orang berkata ‘goreng pisang’ untuk merujuk kepada frasa nama ‘pisang yang digoreng’. Seharusnya bentuk yang betul ialah ‘pisang goreng’ kerana kita merujuk kata nama ‘pisang’ sedangkan perkataan ‘goreng’ merujuk kata kerja ‘goreng’ dan merupakan penerang bagi perkataan ‘pisang’ dalam frasa berkenaan.

Namun disebabkan kebiasaan pertuturan dan diterima, tambahan pula difahami oleh masyarakat, sesetengah kita menerimanya sebagai betul sedangkan hakikatnya dari sudut tatabahasa pembentukannya adalah salah. Sekiranya perkara ini tidak dikuasai  dengan tahap pengetahuan dan penggunaan yang betul akan mengundang salah faham atau taksiran makana yang berbeza.

Hal yang sama dapat dilihat pada frasa ‘lain-lain hal’ sedangkan hakikatnya kita merujuk ‘hal’ bukannya ‘lain-lain’. Seharusnya pembetukan frasa berkenaan ialah ‘hal-hal lain’ kerana ‘hal’ tersebut yang banyak bukannya ‘lain’. Hal ini berpunca daripada kebiasaan sebutan dan ‘sedap’ bunyi sebutan yang diterima oleh penutur lisan bahasa Melayu kerana pada sesetengah keadaan sebutannya konsisten. Misalnya kita tidak akan menyebut ‘tua kelapa’ bagi merujuk ‘kelapa yang sudah tua’, sebaliknya dalam apa-apa juga keadaan kita akan menyebut ‘kelapa tua’ bagi merujuk frasa nama berkenaan.

Pembentukan Hukum D-M

D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M).  Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur merangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.

IKLAN

Pada dasarnya, terdapat peraturan tertentu untuk mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituen kata nama dalam pembentukan frasa nama. Peraturan-peratran tersebut menentukan perkara yang hadir dahulu dan yang perlu hadir kemudian ataupun selepas konstituen pertama.

Misalnya apabila kita mahu merujuk pisang yang digoreng, seharusnya kita menyatakan ‘pisang’ sebagai kata nama yang mahu diterangkan barulah disusuli ‘goreng’ sebagai perkataan yang menerangkan pisang berkenaan. Maka, seharusnya susunan frasanya menjadi ‘pisang goreng’ bukannya ‘goreng pisang’ kerana ‘goreng pisang’ merujuk ‘goreng’ sebagai perkataan yang mahu diterangkan, iaitu kata kerja dan ‘pisang’ sebagai kata yang menerangkan perkataan goreng. Maka apabila disebut ‘goreng pisang’ kita seharusnya merujuk frasa kerja (perbuatan menggoreng pisang) bukannya frasa nama.

Dengan kata lain, dalam pembentukan hukum D-M, unsur yang ‘Diterangkan’ merupakan unsur inti yang diletakkan pada kedudukan pertama dan unsur yang ‘Menerangkan’ merupakan unsur penerang yang diletakkan pada kedudukan kedua. Contohnya:

IKLAN
BIL.DITERANGKAN(D)MENERANGKAN(M)PENERANGAN FRASA
1Hafiztukang rumahHafiz bekerja sebagai tukang rumah.
2OranglelakiJantina seseorang itu ialah seorang lelaki.
3OrangmudaOrang yang masih muda.
4KelapatuaBuah kelapa yang sudah tua.
5SerbukciliSerbuk yang dibuat daripada cili.
6SostomatoSos yang dibuat daripada tomato.
7RestoranZainiRestoran itu kepunyaan Zaini.
8DaginglembuDaging yang diambil daripada seekor lembu.
9SusulembuSusu yang diambil daripada seekor lembu.
10LembususuLembu yang mengeluarkan susu.

 

Namun begitu, Hukum D-M mempunyai kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada nama-nama jawatan. Contohnya:

IKLAN
Frasa Nama
Penerang(M)Yang Diterangkan(D)
ibupejabat
timbalanmenteri
naibpresiden
timbalanmenteri
pembantupenyelidik
naibcanselor
naibyang dipertua

 

Cuba perhatikan keliling anda. Berikan 10 benda atau perkara yang boleh dibentuk untuk menjadikannya frasa nama yang mematuhi hukum D-M.

Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Puan Khannita Binti Zakariah.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI