Huynh Thi Thanh Thuy dari Vietnam berjaya mengenepikan 70 wakil negara lain untuk dimahkotakan sebagai Miss International 2024 pada Selesa malam, sekaligus menjadi ratu ke-62 pernah memenangi pertandingan ratu cantik tersebut.
Bertempat di Tokyo Dome City Hall, Jepun; malam kemuncak ini bertambah manis apabila Thuy, 22 mencatat sejarah sebagai wakil dari Vietnam pertama yang memenangi Miss International 2024 sepanjang penyertaan negara itu.
Usai diumumkan sebagai Miss International 2024, Thuy dimahkotakan oleh pemenang edisi lalu, Andrea Rubio dari Venezuela.
Empat wakil lain melengkap kedudukan Top 5 dan ia terdiri daripada (mengikut susunan naib juara sehingga pemenang tempat kelima) Camila Ribera Roca dari Bolivia, Alba Perez dari Sepanyol, Sakra Guerrero dari Venezuela dan Sophie Kirana dari Indonesia.
Ads
Wakil Malaysia, Ashlyn Ooi tidak berjaya menempatkan diri dalam kedudukan 20 wakil terbaik pada tahun ini.
Menariknya mengenai Thuy, gadis kelahiran Da Nang, Vietnam ini merupakan seorang pelajar cemerlang di peringkat sekolah apabila pernah dianugerahkan sebagai pemenang tempat kedua pertandingan Sastera Vietnam pada tahun 2019-2020.
Ads
Kini, Thuy sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Bahasa Inggeris di Fakulti Pendidikan Bahasa Antarabangsa, University Da Nang.
Sebelum mewakili Vietnam di Jepun bagi pertandingan Miss International 2024, Thuy terlebih dahulu memenangi pertandingan Miss Vietnam 2022 pada 23 Disember 2022 di Ho Chi Minh City.
Sebagai info, ini merupakan kali pertama organisasi Miss Vietnam menghantar juaranya ke pertandingan Miss International. Terdahulu, juara Miss Vietnam akan mewakili negara itu ke pertandingan Miss Word yang dianggap sebagai pertandingan ratu cantik paling berprestij di mata pemerhati negara berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali penyanyi dan komposer berbakat ini naik ke pentas untuk menjayakan sesebuah persembahan, jarang sekali dia gagal untuk membawakan sesuatu yang baharu untuk tatapan umum.
Aina Abdul nyata ialah seorang artis yang mementingkan originaliti dan makna mendalam dalam setiap apa yang dilakukannya.
Sama ada dala bait-bait lagu ciptaannya, klip videonya hinggalah ke busana yang disarungnya. Segalanya difikirkan dengan teliti dan terperinci.
Semalam (pun intended) di Anugerah Juara Lagu 35, Aina kembali mencuri tumpuan dengan busana avant-garde serba hitam ciptaan pereka duo muda, Wan & Mary ketika membawakan lagu Semalam.
Dalam perbualan bersama REMAJA, pereka Wan & Mary iaitu Hazzerwan Lee berkata, Aina seboleh mungkin ingin menerapkan maksud di sebalik lirik lagu Semalam dalam penataannya.
“Tahun lalu, Aina dan penata gaya NazLivingStyle baru pertama kali menjejakkan kaki ke AJL dan tidak tahu berkenaan syarat-syarat persembahan yang ditetapkan saluran. Kami kurang jelas berkenaan elemen darah yang tidak dibenarkan.”
“Tahun ini, kami elakkan kontroversi namun masih tampil epik serta memberi impak.”
“Idea pakaian yang lebih feminin ini hadir dari Aina sendiri atas permintaan ibunya. Mereka pernah bercuti ke Vietnam dan menyukai pakaian tradisi wanita di sana. Sebab itulah kami mencedok ilham daripada pakaian tradisonal Vietnam ‘Ao Dai’.
“Alhamdulillah proses penyediaan busana kali ini hanya memakan masa dua minggu saja,” jelasnya ketika dihubungi penulis.
Interpretasi Lirik Pada Busana
Sekiranya ada sesetengah warganet yang menyamakan aksesori topinya dengan topi kanak-kanak, korang sebenarnya tidak salah.
Aksesori kepala itu diilhamkan daripada figura seorang bayi yang ‘ada’ bersama-sama Aina. Lirik “Tinggalku sendiri, ditemani jasad ini..” merujuk kepada bayi atau kanak-kanak kecil itu.
Kata Hazzerwan, aksesori topi ini adalah atas permintaan Aina sendiri dan mereka memberikan statement dengan menjadikan saiznya besar daripada kebiasaan. Lagipun, aksesori topi dempak seperti ini sedang menguasai trend di pentas runway.
Berikut merupakan beberapa lagi intepretasi yang diambil daripada busana Aina semalam.
01
Perincian pleats pada jaket diispirasikan daripada daun pohon palma yang dikaitkan dengan lirik “diri ini bagai daun gugur.”
Sumber Foto: Instagram @ainaabdul.
02
Warna hitam melambangkan daun yang sudah layu dan keadaan serba gelap pada waktu malam. Manakala warna merah pada bahagian belakang busana melambangkan kesan luka emosi yang dirasakan oleh wanita.
Bezanya dengan kesan darah mengalir dalam persembahan AJL34 Aina, kali ini warna merah dijadikan sebagai efek potongan dan corak gaun.
Kongsi Hazzerwan, ‘kejutan’ corak berwarna merah itu hanya ditonjolkan pada bahagian klimaks persembahan. Ibaratnya, Aina ingin meletakkan kisah pahit ‘semalam’ (merujuk kepada persembahan Sumpah tahun lalu) sebagai kisah silam.
03
Aina seperti berdiri di atas potongan gaun bulat. Bulatan tersebut membawa maksud daun yang terapung. Teringat pula kepada daun lotus yang sinonim dengan unsur kebudayaan Asia.
04
Fabrik gaun kelihatan fragile dan ia melambangkan hati seorang wanita yang mudah rapuh dan cepat tersentuh.
05
Pastinya, kita semua tak boleh lupakan elemen payung terjun gergasi yang menjadi latar kepada persembahan Aina semalam.
Di atasnya, terdapat corak ungu yang dipancarkan ke atas fabrik tersebut. Ia lambang kepada lirik, “calar ungu” yakni kesan lebam yang dirasakan oleh wanita yang menderita
itu.
*
*
Segalanya difikirkan penuh terperinci oleh penyanyi berusia 27 tahun ini bersama-sama skuad glamnya.
“Tahniah sekali lagi kepada Aina Abdul yang berjaya membawa pulang posisi kedua terbaik menerusi lagu Semalam. Dari skuad glam, kami bersyukur dan berterima kasih kepada saluran TV3 yang memberikan kuasa kepada penyanyi untuk menetapkan konsep persembahan pada tahun ini.
“InsyaAllah, akan ada lagi kolaborasi di antara Aina Abdul dan Wan & Mary pada masa akan datang,” tuntas Hazzerwan.
Tidak salah lagi, selebriti dari Korea Selatan adalah di antara punca utama mengapa dunia kecantikan semakin menggemari produk mask atau topeng wajah ini .
Merekalah yang memulakan trend ini sehinggakan ramai yang tertanya-tanya rahsia di sebalik kulit wajah mereka yang clear, sihat dan lembap.
Tapi korang jangan tak tahu, bukan si gadis-gadis je yang buat amalan ini, kaum lelaki pun ada juga yang memakai mask demi menjaga kulit wajah mereka.
Tak kisah la lelaki ke perempuan, kulit wajah memang kena jaga dengan baik. Kalau tidak nanti berminyak, kering atau pun berjerawat. Kalau kulit muka dah rosak korang juga yang susah kan?
Oleh itu, luangkan masa sejenak dari korang dengan melakukan spa menggunakan beberapa sheet mask terbaik dari Korea yang korang boleh dapatkan di pasaran Malaysia antaranya ‘Moment for Skin Masks’ terbaru dari innisfree, yang direka untuk menenangkan kulit sambil merawat masalah kulit yang berbeza.
1. Innisfree ‘Moment for Skin Masks’
Koleksi terbaru dari Innisfree ini mempunyai jenis mask yang masing-masing disertakan dengan Jeju Three Herbs Complex (Jeju Houttuynia Cordata, Tea Tree, Mugwort Extract) yang memberi kesan menenangkan dan pelbagai bahan berkesan yang disesuaikan dengan keadaan kulit korang.
Setiap paket mengandungi soft micro-feel microfibre sheet, dibuat dari benang yang sangat halus, mudah untuk menyesuaikan diri dengan lekukan wajah dengan lancar. Bahannya dapat mengekalkan lebih banyak essence untuk menjaga kelembapan kulit untuk jangka masa yang lebih lama.
Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Setiap paket hanya berharga RM12.
2. Etude House Therapy Air Mask Sheet
Diperbuat daripada bahan semula jadi, selulosa sayur kerana udara mampu menembusinya dengan mudah bertujuan untuk memberikan kulit untuk bernafas dengan sempurna. Mask ini juga mempunyai kolagen dan mampu untuk meregangkan kulit wajah supaya tidak berkedut.
3. Nature Republic Real Nature Facial Mask ALOE
Merupakan 100 peratus buatan Korea, ia amat sesuai bagi wanita yang inginkan kecantikan wajah tetapi pada masa yang sama mempunyai kulit yang sensitif. Menggunakan bahan yang sangat mesra kulit iaitu aloe hydarating untuk mengembalikan seri wajah.
4. Elianto Nutri Essential Mask Sheet- Mung Bean
Harga yang murah dan mampu milik tetapi ramuan mung bean (kacang hijau) yang digunakan dapat membantu kulit untuk mencegah jerawat dan menjadikan kulit lebih licin. Ia juga mempunyai panthothenate yang menghasilkan kulit lebih lembap dan mengelakkan daripada pertumbuhan jerawat.
5. I’m Real Avocadi Mask Sheet, Tonymoly
Ekstrak avocado mampu membekalkan nutrisi kepada kulit dan mengembalikan seri wajah. Produk ini sesuai sangat untuk remaja yang mengalami masalah kulit kusam akibat daripada kekurangan nutrient pada wajah. Pakai mask ini selama 20 hingga 30 minit dan kemudian tanggalkannya. Mudah saja!
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak dulu lagi, masyarakat Melayu telah menyarungkan Sari dan Lenhga ke majlis bertunang, malam berinai sehinggalah pada hari perkahwinan. Malah ada juga yang menyarungnya ke majlis makan malam.
Tema Bollywood memang sering menjadi pilihan. Tengok saja gaya selebriti yang pernah #OOTD dalam persalinan ini. Memang cun habis.
1. Fazura
2. Erra Fazira
3. Datuk Seri Siti Nurhaliza
4. Rozita Che Wan
5. Zahida Rafik
6. Ziana Zain
7. Fasha Sandha
8. Awal Ashaari & Scha Al Yahya
9. Ayu Raudhah
10. Elfira Loy
11. Datin Paduka Eina Azman
12. Marsha Milan
13. Mira Filzah
14. Neelofa
Cantikkan! Seharusnya kita sebagai masyarakat berbilang bangsa menghargai dan menghormati budaya masing-masing. Apa salahnya sekiranya kita menyarungkan pakaian tradisi rakan kita yang berlainan bangsa.
Mereka juga turut menjamah makanan bangsa kita kan. Kita semua merupakan rakyat Malaysia, lebih manis untuk kita saling berkongsi dalam hal sebegini.
Bercakap tentang tema pakaian Bollywood, korang ingat lagi kisah kain Sari untuk bridesmaids Elfira Loy dulu?