Penyanyi terkenal, Mahalini yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi, Rizky Febian dikhabarkan bakal memeluk Islam menjelang hari perkahwinan mereka.
Hal itu dimaklumkan sendiri oleh pelawak terkenal, Sule iaitu bapa kepada Rizky Febian melalui saluran Youtube SL Media.
Sule berkata, bahawa calon menantunya, Mahalini Ayu Raharja sudah mendapat keizinan untuk memeluk agama Islam selepas melakukan upacara Mepamit di Bali, Indonesia pada 5 Mei.
Kredit: Instagram rfasmusic
Menurut Sule, upacara Mepamit ini dilakukan untuk meminta izin keluarga untuk berpindah agama. Sekaligus, keluarga lelaki datang meminta izin untuk meminang bakal pengantin wanita.
Ads
“Alhamdulillah guys semua sudah selesai jadi ini tuh acara Mepamit. Pamitan dari keluarga dan juga leluhurnya Lini bahawasanya Lini akan berpindah agama dan sudah diizinkan,” kata Sule.
Sule menjelaskan, majlis pernikahan dan resepsi Mahalini dan puteranya, Rizky Febian akan dilakukan mengikut cara Islam dan akan diadakan di Jakarta, Indonesia dalam masa terdekat sama ada pada 8, 9, atau 10 Mei ini.
Ujar Sule, “Lini juga sudah diperbolehkan menikah secara agama kami nanti di Jakarta”.
Ads
Kredit: Instagram rfasmusic
Sebelum ini, terdapat isu perbezaan agama menjadi polemik selepas tiada pengesahan mengenai pernikahan antara Mahalini dan Rizky yang dikatakan tidak sah kerana kedua-duanya berbeza agama.
Ads
Sekadar info, pasangan ini telah menjalin hubungan cinta lebih dua tahun sebelum mengikat tali pertunangan pada 7 Mei tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat drama Korea pastinya menantikan kemunculan siri baru yang bakal bersiaran sepanjang bulan Februari ini.
Seperti yang dikongsikan oleh Kakimuvee di laman sosial mereka, terdapat beberapa buah drama menarik yang korang boleh tonton.
1. Say What You Saw
Tarikh tayangan: 1 Februari 2020
Mengisahkan seorang lelaki yang merupakan profiler jenayah genius tetapi panas baran, bekerjasama dengan seorang detektif wanita, Cha Soo-Young (Sooyoung). Cha Soo Young mempunyai kebolehan istimewa iaitu kebolehan mengingati dengan terperinci segala apa yang dilihatnya. Mereka mengejar pembunuh bersiri yang mana dianggap telah mati tetapi pembunuh itu sebenarnya masih hidup.
2. The Cursed
Tarikh tayangan: 10 Februari 2020
Jin-Hee (Uhm Ji-won) adalah wartawan yang membuat liputan kes jenayah ganas yang melibatkan Forest, syarikat IT terbesar di Korea Selatan. Pengerusi Forest adalah Jin Jong-Hyun (Sung Dong Il) yang sangat bergantung pada shamanisme. Semasa siasatannya, Im Jin-Hee mengetahui yang syarikat Forest ini bergantung kepada mak esah untuk memajukan syarikat.
Ketika cuba untuk membongkar rahsia di sebalik Forest, Im Jin-Hee bertemu dengan So-Jin. Dia dirasuki oleh semangat dan dia mempunyai kebolehan istimewa iaitu menyantau orang sehingga mati hanya dengan menulis nama mereka dalam Hanja (abjad Cina) serta menggunakan gambar dan barangan peribadi mereka.
3. Hyena
Tarikh tayangan: 21 Februari 2020
Hyena mengisahkan menceritakan tentang kehidupan dua orang peguam yang hanya mengejar wang dan seorang lagi peguam yang cerdas. Jum Geum Ja (Kim Hye Soo) melanggar sempadan undang-undang, etika dan rasuah, tidak peduli sama ada adil ke tak adil. Yoon Hee Jae (Joo Ji Hoon) adalah peguam elit yang berjaya. Yakin dengan kebolehannya, dia memiliki keperibadian yang angkuh tetapi bijak dalam menyelesaikan segala tugasannya.
3. Hi Bye Mama
Tarikh tayangan: 22 Februari 2020
Drama bergenre fantasi ini mengisahkan tentang suami isteri, Kim Tae-Hee membawa watak sebagai si isteri Cha Yoo-Ri, yang meninggal dalam kemalangan jalan raya dan kembali ke pangkuan suami dan anaknya sebagai hantu selama 49 hari. Cha Yoo-Ri cuba untuk menjadi manusia kembali.
4. If The Weather Is Good I'll Find You
Tarikh tayangan: 24 Februari 2020
Drama If The Weather Is Good, I’ll Find You merupakan drama Korea yang diadaptasi dari sebuah novel dengan judul yang sama karya Lee Do Woo. Park Min Young sebagai Mok Hae Won, seorang wanita biasa tanpa sebarang ciri istimewa selain pandai bermain cello sejak kecil.
Dia menggunakan kemahiran itu untuk melangkah ke dunia profesional, tetapi ini hanya mengakibatkan kesakitan dan kehilangan kepercayaan. Beliau kemudian memutuskan untuk berpindah ke sebuah bandar di Wilayah Gangwon, tempat dia tinggal ketika dia masih kecil.
5. My Holo Love
Tarikh tayangan: 7 Februari 2020
So-Yeon (Ko Sung-Hee) mempunyai masalah mengecam muka. Oleh kerana itu, dia menjarakkan dirinya dari orang lain. So-Yeon menjadi juruuji beta untuk hologram AI Holo (Yoon Hyun-Min).
Sementara itu, Nan-Do (Yoon Hyun-Min) adalah pencipta AI Holo. Nan-Do mempunyai penampilan fizikal yang sama dengan AI Holo, tetapi keperibadiannya berbeza.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain polis dan cikgu, kanak-kanak jarang menyatakan cita-cita mereka untuk menjadi seorang saintis tetapi berbeza pula dengan kanak-kanak berumur 12 tahun ini, beliau berjaya capai cita-citanya di usia muda dan menjadi sainstis data.
Dalam ‘kesibukan’ rakan-rakan seusianya bermain, bersosial dan menjalani sesi persekolahan, Siddharth Srivastav Pilli sudah bekerja sebagai seorang saintis data di sebuah syarikat perisian Hyderabad.
Menjalankan peranan sebagai tempat rujukan tentang pengekodan, Siddhart yang bekerja di Montaigne Smart Business Solutions sudah meletakkan impian dan matlamat tentang apa yang akan beliau capai di masa akan datang.
Menjadikan Tabmay Bakshi yang sudah bekerja di Google sejak berusia 13 tahun sebagai idola, Siddha masih menjalani sesi persekolahan biasa di Sri-Chaitanya Techno Schools turut menjadikan ayahnya sebagai inspirasi kerana mampu mempelajari mengenai pengkomputeran awan (cloud computing) dan kecerdasan buatan (artificial intelligence) di usia yang muda.
Gemar bermain permainan video, Siddhart menjadikannya sebagai inspirasi untuk beliau mencipta permainan video yang baharu dan menjadi seorang usahawan yang memberi kepada masyarakat.
Nama penyanyi rap terkenal, Jay-Z baru-baru ini telah dipetik dan dituduh melakukan jenayah seksual terhadap seorang gadis berusia 13 tahun dipercayai terjadi pada 20 tahun lalu dan hal itu telah dilakukan Jay-Z atau nama sebenar Shawn Corey Carter bersama Sean ‘Diddy’ Combs atau lebih dikenali sebagai P.Diddy.
Menurut laporan New York Post pada 8 Disember, tuduhan itu telah dinyatakan oleh seorang individu yang menamakan dirinya Jane Doe dan mendakwa dirinya sebagai mangsa kedua kepada pemuzik itu.
Tuduhan tersebut disebutkan oleh Doe dalam saman sivil yang difailkan semula di Mahkamah Daerah Selatan New York pada hari Ahad, semalam.
Difahamkan, tuduhan itu pada awalnya telah dikeluarkan oleh Doe pada Oktober 2024 terhadap Combs. Namun, dia kemudian mengubahnya dengan menambahkan nama penyanyi lagu ‘Run This Town’ itu.
Menurut apa yang dinyatakan dalam dokumen mahkamah, Jane Doe menyebut dirinya semasa masih remaja telah diserang oleh P.Diddy dan Jay-Z dalam satu pesta dadah yang diadakan pada September 2000 selepas acara VMA di Radio City Music Hall.
Selain itu, Jane Doe mendakwa serangan tersebut berlaku selepas dia meminum satu gelas minuman yang kemudian membuatkan dirinya pening dan mencari bilik kosong untuk berbaring seketika. Bukan hanya itu, Jane Doe juga mendakwa serangan seksual itu juga telah disaksikan oleh seorang selebriti wanita. Antara kenyataan yang ditulis dalam dokumen yang sama adalah berbunyi:
“Tidak lama kemudian Combs memasuki ruangan tersebut bersama dengan plaintif, Carter dan seorang selebriti wanita”
“Combs dengan agresif mendekati plaintif dengan tatapan menakutkan di matanya, memeluknya dan berkata “siap-siap untuk berpesta,” tulis dokumen itu.
“Combs kemudian melempar plaintif ke dinding sehingga menyebabkan dirinya jatuh tersadung dan pada ketika itu Combs mencengkam dan menolaknya ke tempat tidur,” jelas dokumen itu lagi.
Selain itu, Doe turut menyatakan bahawa Jay-Z mula melepaskan pakaiannya semasa dirinya sedang berada dalam keadaan yang kurang sedar dan terpinga-pinga. Kemudian, wanita itu turut mendakwa dirinya telah dikepit dan diperkosa oleh Combs dan Carter di hadapan seorang artis wanita.
Walau bagaimanapun, dalam laporan berita New York Post, Jay-Z telah membantah dan mengecam tuduhan tersebut pada hari yang sama dan menyatakan dakwaan yang diajukan oleh peguam mangsa adalah untuk memeras ugut dirinya.
Dalam pernyataan lain, suami kepada penyanyi Beyonce itu turut mengecam tindakan peguam Doe yang dikenali sebagai Tony Buzbee iaitu peguam sama yang memfailkan beberapa siri saman terhadap P.Diddy.
Jay-Z juga mendakwa peguamnya menerima percubaan peras ugut melalui surat tuntutan daripada Tony Buzbee dan menganggap saman tersebut cuba memanfaatkan dirinya melalui penyelesaian menggunakan wang.
Penyanyi itu menegaskan bahawa tuduhan itu mendorongnya untuk mendedahkan penipuan tersebut kepada umum, dan dia tidak akan memberi sebarang wang. Dia juga mencabar untuk memfailkan tuduhan jenayah bukan sivil, terhadap sesiapa yang melakukan jenayah terhadap kanak-kanak
Selain itu, Jay-Z menyatakan kebimbangan terhadap keluarganya, terutamanya anak-anaknya yang akan mendengar tentang dakwaan tersebut dan menjelaskan betapa kejam dan tamaknya orang yang tidak bertanggungjawab.
Terdahulu, mahkamah mengeluarkan amaran kes jenayah membabitkan Diddy berkemungkinan dibatalkan sekiranya individu melaporkan perkara itu gagal mendedahkan identiti mereka.
Pada 16 September lalu, Diddy atau Sean John Combs (54) ditahan pihak polis di sebuah hotel atas tuduhan pemerdagangan manusia serta jenayah seksual. Diddy turut berdepan 120 tuduhan kegananasan seks melibatkan mangsa bawah umur pada 2 Oktober lalu.
Ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa produser terkenal itu termasuk Justin Bieber, Jaden Smith, Usher dan Meek Mill. Diddy yang kini masih dalam tahanan bagaimanapun tidak mengaku atas semua tuduhan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!