Jika melakukan dosa kepada Allah SWT, kita boleh bertaubat dan memohon keampunan kepadaNya. Tapi, pernah tak korang terfikir bagaimana pula dosa kita terhadap individu yang sudah meninggal dunia? Macam mana cara nak minta maaf kepada mereka?
Dah jadi lumrah manusia, setiap daripada kita pasti melakukan kesalahan. Walaupun secara sengaja atau tidak, kadang-kadang ada juga kita terumpat, terkata dan terkasar sehingga melukakan hati individu lain.
Sekiranya mereka masih hidup, bernasib baiklah kita sebab masih sempat untuk meminta maaf, tapi jika individu yang disakiti itu telah meninggal dunia, bagaimana cara kita untuk memohon keampunan daripada mereka?
Menurut TG Syeikh Nuruddin Marbu ALBanjari ALMakki, ada cara yang korang boleh buat. Antaranya adalah seperti istighfar, baca selawat, bertasbih atau berzikir dan meminta ampun kepada Allah SWT ke atas orang yang kita lakukan dosa kepadanya.
Ads
Contoh doa, “Ya Allah, ya Rabbi, aku mohon ampun ke atas dosa-dosaku yang aku lakukan dengan sengaja atau dengan tidak sengaja, dan ya Allah aku mohon Engkau ampunkan dosa semua mereka yang mana aku telah melakukan dosa kepada mereka,”
Aku tidak dapat berjumpa mereka untuk memohon ampun, maka ampunkan semua dosa-dosa mereka supaya mereka tidak menutut kepada ku di akhirat nanti. Kasihanilah mereka dan masukkanlah mereka semuanya ke dalam syurga-Mu.”
Ads
Selain itu, ada juga pendapat yang mengatakan kita juga boleh sedekahkan bacaan Al-Quran untuk mereka atau sedekah di masjid dan rumah anak-anak yatim, sertakan sekali dengan niat korang.
Contoh doa, “Wang RM10 ini aku sedekahkan di rumah anak yatim ini khusus untuk semua mereka yang aku telah lakukan dosa semuga mereka semua memaafkan dosa-dosaku.”
10 bulan lalu, Mohamad Syazwan Hamidon sama seperti remaja lain yang kekal aktif. Setiap hari dia ke sekolah menunggang motosikal, konvoi bersama rakan-rakannya.
Namun tarikh 15 Februari 2017, kecelakaan menimpanya. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Taman Tengku Putra, Kulim, kira-kira 10 minit lagi sampai ke sekolah.
Puncanya, motosikal ditunggangnya dikatakan bergesel dengan sebuah motosikal kawan yang sama-sama mahu menuju ke sekolah. Sebaik rebah, di laluan jalan raya yang sibuk itu, datang sebuah motosikal lain lalu terlanggar bahagian kepalanya. Akibat hentakan kuat di kepala, pelajar tahun dua kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional Kulim ini tinggal nyawa-nyawa ikan.
Seorang yang ceria sewaktu sihat dahulu
Bahagian mukanya penuh kesan lenyekan tayar. Bantuan paramedik tiba tidak berapa lama dalam keadaan dia sedang bertarung nyawa.
Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan kerana keadaannya agak serius. Memandangkan darah beku terbentuk di kepalanya, doktor memutuskan membelah sebahagian tengkorak di kepalanya bagi memastikan darah beku dapat dikeluarkan. Sebahagian tempurung kepala yang dibelah disimpan dengan rapi oleh pihak hospital. Semuanya berdoa, agar satu hari nanti tempurung kepala itu dipasang kembali bagi menutup lekuk di kepalanya.
Demi memastikan dia mampu bernafas dengan baik, satu tebukan dilakukan di lehernya. Tebukan itu juga berfungsi untuk menyedut kahak yang menghalang pernafasannya. Sementara itu, perutnya ditebuk bagi membolehkan ibunya memberi susu lebih 10 kali sehari bagi membolehkan dia kembali sihat.
Tempurung kepalanya terpaksa dibuang untuk mengeluarkan darah beku sebelum ini
Namun sudah tertulis suratan perjalanan remaja yang bercita-cita menjadi seorang askar ini. Sudah tersurat dia terpaksa menempuh masa remajanya dengan hanya terlantar di katil dalam keadaan kaku di rumah sahaja yang terletak di Taman Mutiara 4 A, Karangan, Kulim, Kedah.
Kata ibu remaja ini, Siti Hapsiah Ismail, 39 tahun, selama anaknya terlantar sakit, sudah puas dia berdoa untuk anaknya kembali sembuh. Dia mahu anaknya kembali sihat dan mengejar cita-cita mempertahankan negara. Masa yang sama, air matanya sudah lama kering.
Sudah tiada kata mampu mengungkap rahsia hatinya namun dia harus redha dengan ujian menimpa. Dia tahu, kalau dia menangis seperti mana di awal anaknya itu terlantar kaku, sampai bila pun nasib itu takkan dapat diubah. Acap kali, sebagai ibu dia berdoa dan terus berdoa kerana tahu doa adalah senjata seorang mukmin.
Hapsiah sentiasa berdoa agar ada keajaiban terjadi kepada anak sulungnya ini
Tetapi perancangan Allah, sebaik-baik perancangan. Dua minggu lalu, dia harus menerima takdir yang tertulis bahawa anaknya akan kekal sebegitu selagi ada hayatnya.
Pakar otak yang merawat anaknya memaklumkan otak anaknya disahkan sudah kecut selain tempurung kepalanya yang dibelah sebelum ini sudah tidak boleh dicantum kembali.
“Sebagai ibu, saya redha dengan segala aturannya. Otaknya sudah kecut dan tak mungkin dia kembali sihat seperti sedia kala. Buat masa ini, saya hanya memberinya minum susu. Jika di awal-awal dia terlantar dulu, saya letak tujuh skop mengikut saranan doktor tetapi sekarang saya kurangkan jumlahnya kerana perutnya mudah krem.
“Bila minum terlebih, Syazwan akan memuntahkan kembali melalui mulutnya. Malah kalau saya membuat suction, hanya susu yang keluar,” katanya memaklumkan anaknya memerlukan 15 tin sebulan dengan RM75 bagi setiap tin susu yang disyorkan oleh doktor.
Syazwan minum melalui perut dan itulah penyambung “nyawa’nya
Tambah Hapsiah, jumlah itu agak banyak tetapi sebagai ibu, biar anaknya terlantar sakit dan sudah tiada harapan untuk sembuh, dia sedaya upaya memberikan yang terbaik buat anak sulungnya itu.
Mengakui tubuh anaknya sudah kejang dengan keadaan kaki yang sentiasa berlipat, kata Hapsiah, hanya doa yang mampu dia tuturkan buat anaknya itu.
Demi menjaga Syazwan yang memerlukan pemerhatian rapi, akui Siti Hapsiah, dia lagi anaknya, Daniel Aiman, 15 dan Neyly Maisara, 9 sudah faham tumpuan diberikan buat abang mereka.
Sebagai suri rumah sepenuh masa dan hanya suami yang bekerja, keperluan Syazwan sememangnya agak tinggi.
Bagi yang mahu bersama-sama menghulurkan bantuan buat remaja ini demi keperluan susu dan lampin pakai buangnya, bolehlah hulurkan sumbangan ke Bank Simpanan Nasional di akaun 02004-41-00009188-7 atas nama Siti Hapsiah Ismail.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selebriti terkenal Indonesia, Atta Halilintar baru sahaja mengumumkan bahawa isterinya, Aurel Hermansyah yang juga merupakan anak kepada penyanyi popular Kris Dayanti telah selamat melahirkan anak mereka pada tarikh yang cukup bermakna, 22022022.
Sebelum ini, tular video di laman TikTok apabila pasangan sejoli ini melakukan tour di hospital yang bakal menjadi tempat Aurel melahirkan anak pertamanya. Ramai yang kagum melihat hospital yang dikatakan seperti hotel itu dan mereka turut menyediakan kamar bagi keluarga Kris Dayanti, Hermansyah dan ibu bapa Atta.
Rata-ratanya meluahkan rasa kagum dan menyifatkan pasangan ini beruntung kerana dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Malah, ada yang berseleroh jika diberikan kemudahan hospital secantik ini, mereka rela melahirkan anak setiap tahun. Hiks!
Kita pun tumpang senang melihat kehidupan pasangan selebriti ini kan? Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Atta dan Aurel di atas kelahiran cahaya pertama mereka. Semoga anak itu dapat membesar dengan baik dan menjadi manusia yang berguna kepada keluarga serta masyarakat.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelawak dan penyampai radio popular, Jep Sepahtu menyentuh hati ramai apabila memuat naik satu perkongsian penuh emosi di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40 baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, Jep seakan-akan mengesahkan bahawa dua puteranya, Muhammad Khidir dan Abu Bakr, berdepan dengan gangguan spektrum autisme (ASD).
Meskipun suami kepada pelakon Sari Yanti itu tidak menyatakan secara terperinci mengenai diagnosis anak-anaknya itu, tanda pagar yang disertakan dalam kapsyen seperti #AnakAbah, #AnakSyurga dan #Autisme memberi bayangan jelas tentang situasi yang sedang dihadapinya.
Sekadar info, Jep mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Jep Sepahtu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!