Penyanyi wanita popular Indonesia, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handayani baru-baru ini telah memuat naik gambar bersama anak lelakinya, Rizki Langit Ramadhan di laman instragram.
Apa yang menarik perhatian ramai, anak lelaki penyanyi itu dilihat sudah semakin dewasa dan gaya mereka seperti seorang kakak dan adik atau lebih kepada rakan sebaya. Tidak dinafikan susuk tubuh Rossa yang genit dan wajahnya yang awet muda seakan membuatkan ramai yang tidak percaya bahawa usianya kini sudah menginjak 44 tahun.
Ads
Ads
Anak lelaki Rossa diberi nama Rizky Langit Ramadhan berusia 16 tahun, hasil perkahwinan bersama bekas suaminya yang juga merupakan drummer kumpulan Padi iaitu Yoyo. Perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2009, ketika Rizky berusia 3 tahun.
Rossa juga pernah berkongsi bahawa anak tunggalnya ini tidak terlalu minat dalam bidang nyanyian dan lebih cenderung dengan aktiviti melukis anime atau kartun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 baru sahaja melabuhkan tirainya pada Ahad lalu di Eastin Hotel Petaling Jaya setelah hampir sebulan mengadakan uji bakat pencarian di beberapa negeri berbeza seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah.
Antara juri yang hadir memeriahkan dan membantu dalam pencarian peserta Hero Dewi Remaja 2023 hujung minggu lepas adalah Diana Danielle, pelakon wanita Malaysia kelahiran Amerika Syarikat.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson turut memberi pendapatnya mengenai kualiti bakat anak muda yang menghadiri uji bakat tersebut.
“Saya nampak ramai yang berpotensi tapi bagi saya potensi sahaja tidak cukup sebab mereka harus tampil dengan traits dan skills yang saya harap diorang tidak malu untuk tonjolkan hari ini,” komennya.
Pelakon filem Imaginur ini juga mengekspresikan keinginan beliau untuk melihat industri seni dimeriahkan lapisan bakat baru yang mempunyai ciri-ciri tertentu.
“Sebagai pelakon yang sudah lama berada di dalam industri, saya dapat merasakan ciri-ciri yang kita perlukan buat masa sekarang adalah seseorang yang bekerja keras, tidak segan silu untuk maju ke hadapan dan tidak gentar menyatakan pendapatnya.
“Namun harus kita ingat bahawa semua ciri-ciri tersebut bertujuan bukan untuk mencari publisiti semata-mata tapi demi menjamin masa depan seseorang anak seni itu,” jelasnya.
Mula berlakon dari usia 9 tahun, pelakon jelita ini turut berhasrat agar anak muda kini tidak terlalu mengejar sisi glamor dunia hiburan dan lebih fokus untuk memperbaiki kualiti bakat yang disampaikan.
“Kalau kita sedar zaman sekarang ini ramai anak muda yang terlalu caught up untuk mengikut trend dan bahkan ada yang terlalu obses dengan penampilan diri sendiri,
“Sejujurnya bagi saya, apa yang membuatkan seseorang bintang itu untuk lebih bersinar adalah apabila dia memiliki kebolehan yang pelbagai. Bukan hanya bergantung kepada satu kemahiran sahaja tapi sekiranya kamu boleh menyanyi, berlakon dan hos pada masa yang sama, maka ianya akan menjadi sebuah bonus,
“Tidak perlu menjadi pakar namun cukup untuk menyerlahkan potensi bakat yang ada di dalam diri. Selain itu, usahlah risau dengan penampilan diri kerana cara kamu persembahkan diri dan cara kamu berkomunikasi dengan orang lain lebih mencerminkan diri sendiri,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penjualan tiket konsert Bruno Mars yang dijadual berlangsung pada 17 Sept ini, laku keras di sebalik wujud gerakan memboikot penyanyi pop antarabangsa pro-Israel itu.
Penganjur Live Nation Malaysia mengumumkan berita tersebut melalui hantaran di akaun Instagram mereka.
“Tiket kami secara rasmi sudah terjual sepenuhnya. Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan tidak berbelah anda untuk konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur,” katanya.
Sebaik pemenang anugerah Grammy sebanyak 14 kali itu diumumkan bakal mengadakan konsert di Malaysia pada hujung Jun lalu, namanya mengundang perhatian umum apabila dia dikaitkan sebagai penyokong Zionis.
Ramai pengguna media sosial juga bersetuju untuk memboikot penyanyi Locked Out of Heaven itu gara-gara dia tidak menunjukkan solidaritinya terhadap Palestin.
Bruno atau nama asalnya Peter Gene Hernandez berdepan ancaman boikot gara-gara akhbar dalam talian, The Times of Israel, menyiarkan artikel berjudul Pop superstar Bruno Mars declares his love for Tel Aviv in first-ever Israel show.
Sekadar info, ini bukan julung kali Bruno membuat persembahan di Malaysia. Konsert pertama penyanyi berkenaan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 2011 manakala yang kedua, Bruno Mars 24K Magic pada 11 April 2018.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Live Nation
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ratu gimnastik negara, Farah Ann kini menjadi model Barbie pertama di Malaysia apabila Mattel mengeluarkan edisi khas patung Barbie yang menyerupai dirinya. Patung ini dicipta khas bagi projek ‘Dream Gap’ dengan harapan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk merealisasikan impian mereka dengan tema ‘Anda Boleh Jadi Apa Sahaja, Anda Boleh Jadi Atlet’.
Patung barbie yang berambut hitam dan mengenakan pakaian merah jambu, putih dan emas adalah pakaian yang dipakai oleh Farah Ann ketika Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur dan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.
Walau bagaimanapun, patung Barbie yang diberi nama ‘Shero’ itu tidak akan berada dalam pasaran untuk tujuan jualan dan ia adalah yang pertama dan satu-satunya yang dicipta di Malaysia.
Selain Farah Ann, terdapat beberapa atlet Malaysia lain yang turut dipilih menjadi model Barbie dan antaranya termasuk legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, penerjun Olimpik Leong Mun Yee, jaguh tenpin boling Shahlin Zulkifli dan atlet luncur ais pecut, Anja Chong.
Bertuah Farah Ann dah ada patung Barbie yang menyerupai dirinya. Bukan semua orang dapat peluang ni kan. Tahniah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita pemergian pelakon muda berbakat, Kaylee Hottle, yang dikenali menerusi francais Godzilla vs. Kong, selepas terbabit dalam satu kemalangan...