Mangsa-mangsa banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia khususnya di Selangor telah membuatkan ramai rakyat Malaysia terkesan.
Mana tidaknya habis rumah, harta benda dan ada juga yang terputus bekalan makanan membuatkan warganet yang melihat berasa hiba lebih-lebih lagi banyak video tular di media sosial.
Dalam pada itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberikan khabar berita gembira buat mangsa banjir di sekitar negeri Selangor.
Menerusi program LZSPeduli, satu bantuan one-off kepada keluarga terjejas banjir. Sekiranya layak, setiap kediaman tersebut akan menerima tunai RM600 untuk meringankan beban pascabanjir.
Ads
Cara Mohon
Cara nak mohonnya mudah sahaja, hanya perlu kepilkan laporan polis yang ada pengesahan ketua masyarakat dan semuanya berlaku secara dalam talian.
Ads
Syarat kelayakan untuk memohon
Beragama Islam
Warganegara Malaysia ataupun pemustautin tetap
Lahir dan menetap di Selangor tidak kurang daripada 3 tahun
Ads
Permohonan akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja dan sebarang perkembangan boleh disemak di Sistem eZakatONLINE.
Tapi korang kena cepat mengisi permohonan ini tempoh bantuan yang dibuka sangat singkat. Ia ditutup pada 30 Disember 2021. Semoga bermanfaat perkongsian ini kepada semua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika tahun lalu ramai yang seram sejuk menyaksikan persembahan silap mata dengan penampilan pelik peserta Indonesia, The Scared Riana yang menjuarai pertandingan Asia’s Got Talent 2, ternyata bagi tahun ke tiga, sekali peserta silap mata menjadi pilihan undian rakyat Asia dengan menjuarai Asia’s Got Talent 3 yang diumumkan lewat malam semalam.
Peserta Taiwan, Eric Chien menjuarai pertandingan pencarian bakat seluruh Asia ini selepas mendapat undian paling tinggi.
Eric Chen menjadi pilihan pengundi Asia untuk menjuarai Asia’s Got Talent 3 yang diumumkan lewat malam tadi
Namun apa yang membangakan, pelajar berusia 15 tahun dari SMK Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Yaashwin Sarawanan atau popular sebagai Human Calculator mencipta rekod mencipta rekod membanggakan buat Malaysia apabila meraih tempat kedua program Asia’s Got Talent musim ketiga (AGT3).
Congratulation Young Boy, we proud of you!
Kepintaran Yaashwin yang mampu menjawap lebih cepat dari kalkulator membuatkan ramai kagum dengan kepandaiannya
Yaashwin, 15, mengakui sangat tidak menyangka berada dalam Top 2 hasil undian rakyat Asia .
“Sejak masuk uji bakat lagi, saya tidak pasti sejauh mana penonton boleh menerima bakat dalam matematik. Ramai juga mempersoalkan kenapa saya perlu masuk AGT3. Saya tahu bukan semua sukakan kira-kira dan nombor. Disebabkan itulah saya ingin membuktikan bahawa sesetengah orang silap.
“Terbukti, ramai yang mengundi dan menyokong sampai saya ke tahap sekarang. Keputusan saya mengambil risiko besar ini sangat berbaloi dengan pencapaian dalam AGT3,” katanya.
Pada acara pengumuman keputusan itu, Yaashwin dan Eric menjadi dua peserta terakhir yang mendapat undian tertinggi daripada sembilan finalis bertanding di pentas akhir.
Wakil negara itu memberi persembahan terakhir yang cukup menghiburkan apabila menjemput kesemua juri iaitu David Foster, Anggun, Jay Park serta dua hosnya Allan dan Justin menyertainya di pentas.
Barisan juri David Foster, Anggun dan Jay.Eric Chen dan Yaashwin dipilih oleh rakyat Asia untuk menduduki tempat pertama dan kedua dalam pertandingan AGT 3
Berkongsi mengenai perancangan akan datang, Yaashwin berazam mahu menyertai rancangan lebih besar iaitu Britain’s Got Talent demi meneruskan impiannya menjadi Manusia Kalkulator terkenal seluruh dunia.
“Selepas ini, saya memang mahu cuba pertandingan lebih besar. Saya tahu bakat sebegini akan dihargai di barat dan warga Asia sentiasa mendapat perhatian dalam bidang matematik.
“Bagaimanapun, saya juga akan terus mencari idea terbaik untuk menambah baik persembahan pada masa depan. Saya benar-benar mahu membuktikan bahawa bidang kira-kira juga perlu harus diiktiraf sebagai bakat,” katanya.
David Foster amat mengkagumi vokal kumpulan NAMA malah mencadangkan mereka untuk ditemuramah di AS dalam satu bual bicara sekaligus mewakili wanita berhijab
Sementara itu, satu lagi wakil Malaysia iaitu NAMA gagal mara ke peringkat seterusnya iaitu Top 6 apabila diumumkan tersingkir pada awal rancangan.
Selain Yaashwin, NAMA dan Eric, turut bertanding di pentas akhir pada minggu lalu adalah Power Duo dari Filipina, Maniac Family (Taiwan), Junior Good Vibes (Filipina), Siti Saniyah (Indonesia), Shadow Ace (Filipina) dan Yang Shih Hao (Taiwan).
Juara ditentukan 100 peratus menerusi undian penonton di laman web www.AXN-Asia.com/AGTVote selama seminggu. Undian mula dibuka Khamis minggu lalu hingga jam 11.59 malam tadi.
Dengan kemenangan itu, Eric membawa pulang wang tunai berjumlah RM408,000 serta penerbangan percuma selama setahun tajaan syarikat penerbangan VietJet.
Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wabak pandemik COVID-19 masih lagi menular dan apa yang lebih membimbangkan vaksin untuk virus tersebut masih lagi belum ditemui hingga sekarang.
Terbaru, seorang sukarelawan ujian klinikal COVID-19 yang dibangunkan Universiti Oxford disahkan meninggal dunia di Brazil, sama ada lelaki itu menerima vaksin berkenaan atau placebo tidak dapat dipastikan.
Ini merupakan kematian pertama yang dilaporkan dalam ujian vaksin COVID-19 yang dijalankan di seluruh dunia.
Menurut Harian Metro, penganjur kajian itu memaklumkan penilaian bebas mengambil kesimpulan bahawa tidak timbul masalah membabitkan keselamatan dan pengujian vaksin terbabit yang dibangunkan bersama firma farmaseutikal, AstraZeneca malah ujian itu akan diteruskan.
Gambar hiasan
Difahamkan, sukarelawan terbabit adalah seorang doktor berusia 28 tahun yang bertugas sebagai barisan hadapan dan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.
Pada September lalu, Oxford dan AstraZeneca terpaksa menggantung ujian vaksin berkenaan apabila seorang sukarelawan di Britain mengalami penyakit tidak dapat dijelaskan. Ujian disambung semula selepas pihak berkuasa Britain dan satu penilaian bebas dilapor merumuskan bahawa penyakit itu bukan kesan sampingan vaksin berkenaan.
Menurut Institut Pengajaran dan Penyelidikan D’Or (IDOR) yang membantu penganjuran ujian berkenaan di Brazil, separuh daripada sukarelawan pada ujian klinikal peringkat terakhir itu menerima plasebo.
Setakat ini dilaporkan kira-kira 8,000 sukarelawan menerima vaksin di Brazil dan lebih 20,000 di seluruh dunia.
Betapa besarnya pengorbanan seorang frontliner, bukan hanya untuk merawat pesakit malah dia juga telah menjadi sukarelawan untuk mencari vaksin yang sesuai bagi menangani virus pandemik ini.
Buat masyarakat Malaysia yang lain, elakkan keluar dari rumah jika tidak mempunyai urusan penting. Sama-sama kita bantu petugas barisan hadapan untuk memutuskan rantaian virus ini.
Berita baik buat pengguna jalan raya yang mempunyai saman tertunggak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah bersetuju memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70 peratus kepada semua saman JPJ yang boleh dikompaun bermula hari ini hingga 16 September depan.
Menurut JPJ, saman yang tidak boleh dikompaun adalah kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.
Tawaran pengurangan pembayaran saman ini dilaksanakan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 tahun ini.
Pengurangan kompaun itu akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya termasuklah kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan.
So guys, bagi korang yang masih mempunyai saman tertunggak, bolehlah ambil peluang ini untuk melunaskan pembayaran dengan kadar yang lebih rendah.