Berita baik buat pengguna jalan raya yang mempunyai saman tertunggak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah bersetuju memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70 peratus kepada semua saman JPJ yang boleh dikompaun bermula hari ini hingga 16 September depan.
Menurut JPJ, saman yang tidak boleh dikompaun adalah kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.
Tawaran pengurangan pembayaran saman ini dilaksanakan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 tahun ini.
Pengurangan kompaun itu akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya termasuklah kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
Ads
Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan.
Ads
So guys, bagi korang yang masih mempunyai saman tertunggak, bolehlah ambil peluang ini untuk melunaskan pembayaran dengan kadar yang lebih rendah.
Inilah yang dinamakan kifarah, perbuatan jahat dibalas serta merta.
Wanita asal Texas, Angela Mia Vargas telah diberkas polis dan didakwa atas dakwaan dengan sengaja cuba menyebabkan kematian. Dalam satu insiden menurut saksi, Mia dikatakan cuba membunuh anjing jenis Boxer berusia enam bulan milik jirannya yang sedang menyalak dan bermain di jalan hadapan rumah mereka.
Namun sebaliknya yang terjadi, dari tiga das tembakan yang dilepaskan salah satu peluru dari pistol tersebut telah terkena lantai dan melantun mengenai bahagian perut anak lelakinya yang berusia 5 tahun.
An ABC13 exclusive from @ABC13Miya: A woman riding a bike with her son shot a homeowner’s Boxer puppy. She missed, hitting her 5-year-old son instead! The mom is now charged with deadly conduct. https://t.co/KMXwA1SQuPpic.twitter.com/UgOPoiQ3N2
Walaubagaimanapun, anak lelakinya itu selamat dan kini dilaporkan stabil dirawat di sebuah hospital tempatan manakala anjing sasarannya pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Polis mengesahkan yang sikap yang ditunjukkan wanita itu sebagai berbahaya kerana dengan niat cuba mencederakan dan juga sesuka hati melepaskan tembakan di tempat awam.
Jadi apa cerita anjing tersebut?
Tuan punya anjing tersebut telah dikenakan notis kerana membiarkan anjingnya berkeliaran tanpa pengawasan!
Jika sebelum ini, pempengaruh dan pencipta kandungan terkenal, Khairul Aming sinonim dengan siri ‘30 Hari 30 Resepi’ bersempena puasa di bulan Ramadan. Namun, baru-baru ini beliau muncul bagi memeriahkan lagi sambutan Deepavali yang bakal disambut pada 31 Oktober dengan video terbaru memasak masakan India.
Menerusi perkongsian di Instagram, Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman (32) menyahut cabaran dengan menyediakan tiga juadah India iaitu ulunthu vadai (wade), masala tea (teh masala/berempah) dan kari ayam ala India.
“Saya memang gemarkan makanan India tetapi tidak pernah cuba memasaknya. Justeru, bersempena dengan Deepavali, saya cabar diri untuk belajar dan berkongsi resipi ini dengan penonton,” dia berkata kepada Bernama ketika penggambaran eksklusif di studionya, baru-baru ini.
Menurutnya lagi, bagi memastikan hidangan yang disediakan itu benar-benar menyerlahkan keaslian masakan India, beliau dan pasukannya sangat teliti dalam pemilihan bahan dan kiraan sukatan.
Dalam pada itu, semasa menyediakan wade, gorengan India Selatan yang diperbuat daripada sejenis kacang hitam, cili, bawang besar dan tepung beras. Khairul Aming berkata ia salah satu hidangan yang agak sukar untuk disediakan dan memerlukan latihan berulang kali.
Selain daripada itu, hidangan itu juga dilengkapkan dengan teh masala dan kari ayam dihiasi daun ketumbar yang diletakkan di atas pinggan perak beralaskan daun pisang.
Bercakap mengenai persediaan, Khairul Aming juga turut menyelami budaya masyarakat India, termasuk membeli bahan-bahan masakan tersebut di Little India, Brickfields serta menggunakan periuk tanah liat dan perkakas dapur diperbuat daripada perak.
Beliau turut berkongsi pengalamannya pertama kali membeli-belah untuk persediaan Deepavali dan menggambarkan suasananya sebagai sesuatu yang berwarna-warni dan mengharukan.
Sekadar info, memetik laporan Bernama, Khairul Aming bakal mengeluarkan video berjudul ‘Khairul Aming’s Deepavali Special’ menjelang sambutan Pesta Cahaya yang akan disambut pada Khamis ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih kurang dua bulan Taliban menakluk ibu kota, Kabul dan satu demi satu perubahan dilakukan. Terbaru, Taliban dilaporkan melarang pemilik salun atau kedai gunting rambut di wilayah Helmand untuk mencukur atau memotong janggut.
Menurut BBC, memetik jawatankuasa agama Taliban, tindakan tersebut dianggap melanggar undang-undang Islam dan boleh dihukum. Hal tersebut turut diakui oleh beberapa tukang gunting rambut di sekitar Kabul yang menerima arahan serupa, tambah portal itu.
Dalam satu notis dikeluarkan di selatan wilayah Helmand, pegawai Taliban dipercayai memberi amaran kepada penata rambut untuk mengikut undang-undang syariah bagi pemotongan rambut dan janggut.
“Para pejuang Taliban sering datang dan meminta kami berhenti memotong janggut,” kata salah seorang tukang gunting di Kabul.
Getty Image
Sementara itu, seorang pemilik salun besar di bandar terbabit mendakwa menerima panggilan daripada seorang individu yang mengaku sebagai pegawai kerajaan untuk berhenti ‘mengikut gaya Amerika’ serta dilarang mencukur atau memotong janggut sesiapa, tulis BBC.
Tapi betul ke haram memotong janggut bagi lelaki Islam?
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan terdapat perbahasan berkenaan larangan mencukur janggut ini dalam kalangan ulama’.
1. Haram
Pendapat ini dipegang oleh Ibnu Taimiyah, jumhur fuqaha’ daripada Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan satu pandangan daripada ulama Syafie. Ini kerana ia bertentangan daripada suruhan Nabi SAW supaya memelihara janggut. Lihat Al-Mausu’ah Al-Kuwaitiyyah Al-Fiqhiyyah (Jil 35, hlm. 226)
2. Makruh
Pendapat ini ada disebutkan dalam kitab Fath al-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari yang menukilkan pendapat daripada Qadhi Iyadh.
Qadhi Iyadh berkata: “Makruh bagi seseorang mencukur janggut, mengguntingnya, memendekkannya serta meratakannya. Tetapi jika diuruskannya supaya jangan terlalu panjang dan lebat, adalah tidak mengapa dan yang demikian itu bagus.”
3. Mubah Atau Harus
Para ulama masa kini membenarkan mencukur janggut kerana mengikut kehendak masa sekarang.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, pendapat yang dinilai paling sederhana adalah yang menetapkan bahawa ia adalah makruh sahaja. Perintah untuk memelihara janggut pula tidak bermaksud perintah wajib yang pasti – hanya ditegaskan supaya kita tidak menyerupai orang kafir sahaja.
Penulis pula secara peribadi melihat bahawa amalan menyimpan janggut dan jambang kini telah menjadi satu trend dan gaya yang bukan hanya diamalkan oleh orang Islam, malah orang bukan Islam.
Walaubagaimanapun, ia tidak dikira sebagai suatu perbuatan yang meniru, kerana hukum menyimpan janggut pada asalnya adalah sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri.
Kesimpulannya, perlu difahami bahawa perkara ini tergolong dalam isu mustahab sahaja iaitu suatu yang dituntut atau dianjurkan. Wallahu’alam.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...