“Luruskan niat, kami sentiasa mendoakan awak.” Itulah kata-kata penuh makna yang dititipkan oleh pelakon dan usahawan, Nadzmi Adhwa buat isterinya, Ardell Aryana yang kini terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 ke Gaza.
Menerusi satu hantaran video di media sosial, Nadzmi, 34, meluahkan rasa penuh emosi sambil berkongsi doa dan harapan agar segala urusan isterinya dipermudahkan sepanjang menyertai Global Sumud Flotilla 2.0.
Dalam perkongsian tersebut, Nadzmi tidak dapat menyembunyikan perasaan rindu dan kasih terhadap isterinya yang bakal berada jauh demi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0.
“Aya dan anak-anak dan keluarga kita semua tunggu awak balik ya… Semoga kali ini awak dapat jejakkan kaki di bumi Gaza. Luruskan niat awak. Kami sentiasa mendoakan awak,” tulisnya.
Kata-kata ini jelas menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi seorang suami terhadap perjuangan isterinya, walaupun berdepan risiko dan cabaran yang besar.
Selain itu, Nadzmi turut menzahirkan harapan agar segala usaha Ardell dalam membantu umat Islam di Gaza mendapat keberkatan dan reda daripada Allah.
Ads
“Semoga Allah redha dengan usaha awak membantu ummah dan permudahkan awak serta semua yang terlibat,” tambahnya lagi.
Sokongan ini menjadi sumber kekuatan buat Ardell dalam meneruskan perjalanan bersama Global Sumud Flotilla 2.0, yang bukan sahaja menuntut keberanian tetapi juga keikhlasan yang tinggi.
Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ke Gaza
Global Sumud Flotilla 2.0 merupakan satu misi kemanusiaan antarabangsa yang melibatkan pelbagai aktivis dari seluruh dunia bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk di Semenanjung Gaza.
Misi ini dijadualkan bermula pada 12 April dari pelabuhan Barcelona, Sepanyol, dan dijangka menarik perhatian global terhadap isu kemanusiaan yang berterusan di Gaza.
Ads
Setakat ini, empat kumpulan delegasi Malaysia telah pun berlepas bagi menjayakan Global Sumud Flotilla 2.0, menunjukkan komitmen rakyat Malaysia dalam usaha membantu saudara seagama.
Penyertaan Ardell Aryana dalam Global Sumud Flotilla 2.0 turut mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen meluahkan rasa bangga serta menitipkan doa agar semua sukarelawan dilindungi sepanjang misi berlangsung.
Ada yang menyifatkan Ardell sebagai inspirasi, malah tidak kurang juga yang tersentuh dengan kata-kata penuh kasih sayang daripada Nadzmi.
Situasi ini memperlihatkan betapa pentingnya sokongan moral daripada keluarga dan masyarakat dalam menjayakan misi kemanusiaan yang mencabar seperti ini.
Ardell Aryana membawa harapan ramai dalam membantu rakyat Gaza, manakala Nadzmi Adhwa terus menjadi tulang belakang yang setia mendoakan dari jauh.
Semoga segala urusan Ardell Aryana dan semua sukarelawan dalam Global Sumud Flotilla 2.0 dipermudahkan serta dilindungi sepanjang perjalanan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia olahraga dikejutkan dengan kemunculan seorang bintang baharu dari Jepun apabila remaja berusia 16 tahun, Sorato Shimizu, mencatat sejarah sebagai pelari bawah 18 tahun terpantas dunia dalam acara 100 meter.
Catatan masa luar biasanya, 10.00 saat, telah mencipta rekod dunia baharu yang sukar dipercayai bagi usianya. Rekod itu dicipta semasa Kejohanan Sekolah Menengah Antara Wilayah Jepun yang berlangsung di Hiroshima baru-baru ini.
Atasi catatan terbaik Usain Bolt
Apa yang menjadikan pencapaian ini lebih mengagumkan adalah, Shimizu bukan sahaja memadamkan rekod terdahulu milik Christian Miller (Amerika Syarikat) dan Puripol Boonson (Thailand) yang masing-masing mencatat 10.06 saat, malah dia turut mengatasi catatan terbaik Usain Bolt ketika berusia 20 tahun, iaitu 10.03 saat.
Menurut laporan, pencapaian ini sekaligus menempatkan Sorato Shimizu dalam senarai lima pelari terpantas sepanjang zaman di Jepun, menjadikan dirinya satu nama yang perlu diberi perhatian, bukan hanya di Asia tetapi juga di pentas dunia.
Selain mencipta rekod dunia kategori bawah 18 tahun, Shimizu juga kini memegang rekod kebangsaan sekolah menengah Jepun, mengatasi catatan lama 10.01 saat yang dicatat Yoshihide Kiryu pada tahun 2012.
Dalam satu kenyataan ringkas selepas perlumbaan, Shimizu meluahkan kegembiraannya:
“Saya bertekad untuk berlari di bawah 10 saat menjelang perlumbaan akhir. Saya gembira dapat mencipta rekod sekolah menengah. Saya ingin mencuba rasanya jika saya boleh melayakkan diri.”
Impian Shimizu bukan sekadar berakhir dengan pencapaian ini. Beliau kini layak untuk menyertai Kejohanan Dunia Olahraga yang bakal berlangsung di Tokyo pada bulan September nanti. Ia akan menjadi pentas sebenar untuk remaja ini menguji kekuatannya berhadapan jaguh-jaguh pecut dari seluruh dunia.
Kejayaan ini sewajarnya menjadi inspirasi kepada remaja di Malaysia dan seluruh dunia. Tahniah Sorato Shimizu, moga terus terbang di dalam arena olahraga.
Isu adegan teater yang tular di media sosial baru-baru ini akhirnya mendapat perhatian pihak Universiti Malaya (UM).
Menerusi satu kenyataan rasmi, UM mengesahkan bahawa persembahan tersebut tidak selaras dengan skrip asal yang telah pun melalui proses tapisan sebelum pertandingan berlangsung.
Langgar Syarat Pertandingan KARVITER
Menurut pihak universiti, adegan yang dipersembahkan itu jelas melanggar syarat yang telah ditetapkan dalam pertandingan Karnival Teater (KARVITER).
UM menjelaskan bahawa setiap persembahan sepatutnya:
• Bebas daripada unsur negatif
• Tidak mengandungi provokasi
• Tidak menyentuh isu yang boleh menjejaskan nilai agama, moral, etika dan budaya
• Menjaga nama baik universiti
Namun, adegan yang tular itu didapati tidak mematuhi garis panduan tersebut.
UM Pandang Serius Isu Tular
Dalam masa sama, UM menegaskan mereka memandang serius segala kebimbangan yang dibangkitkan oleh masyarakat berhubung isu ini.
Pihak universiti turut mengambil maklum reaksi orang ramai yang mempersoalkan kandungan persembahan berkenaan, terutama selepas ia mula tular di media sosial.
Mohon Maaf & Ambil Tindakan Tegas
Susulan kontroversi tersebut, UM tampil memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku serta kegusaran yang timbul dalam kalangan masyarakat.
Lebih tegas, universiti itu menyatakan mereka:
• Tidak berkompromi terhadap pelanggaran peraturan
• Telah memutuskan persembahan itu tidak layak untuk dinilai
• Sedang melaksanakan tindakan susulan bagi memperkukuh pemantauan
Langkah ini diambil bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.
Isu Mula Dipersoal Pendakwah Bebas
Terdahulu, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung tampil mempersoalkan kewajaran beberapa babak dalam teater tersebut.
Antara yang menjadi perhatian adalah adegan sentuh-menyentuh dan babak di ranjang, yang dikatakan tidak sesuai untuk dipertontonkan dalam konteks program universiti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkongsi satu pendedahan kes amang seksual melibatkan seorang remaja lelaki yang menjadi mangsa kepada seorang pendakwah selebriti.
Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Nurul Izzah berkongsi bahawa remaja terbabit yang masih bersekolah telah diajak oleh suspek ke negeri lain kononnya untuk menonton persembahan nasyid. Namun, ajakan tersebut bertukar menjadi mimpi ngeri.
“Adik tak rasa curiga, sebab dia percaya – dalam fikirannya, ustaz itu adalah insan yang baik, dihormati, dan tokoh pembimbing agama,” tulisnya.
“Namun, malam itu segalanya berubah. Ustaz tu mula masukkan tangan dia dalam seluar adik… dan meraba-raba,” jelasnya lagi.
Disebabkan trauma dan ketakutan, remaja tersebut terpaksa mengurung dirinya di dalam tandas hotel selama lima jam sebelum berjaya melarikan diri setelah suspek tertidur. Dia kemudian segera menghubungi keluarganya dan membuat laporan polis.
Apa yang lebih mengejutkan, keluarga mangsa turut dimaklumkan bahawa terdapat beberapa laporan polis lain terhadap suspek yang sama sebelum ini, namun tiada tindakan tegas diambil terhadapnya.
Walau bagaimanapun, sebaliknya kini suspek pula menyaman keluarga mangsa atas dakwaan fitnah dan menuntut permohonan maaf secara terbuka di media.
Kredit foto: Facebook Nurul Izzah Anwar
“Beberapa hari lalu, keluarga ini pula disaman oleh ustaz tersebut dengan saman fitnah bernilai ratusan ribu ringgit, mereka diminta membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi siaran akhbar,” kata Nurul Izzah.
“Mereka adalah keluarga B40. Simpanan pun hampir tiada,” ujarnya.
Terangnya lagi, mangsa kini mengalami trauma mendalam, memerlukan rawatan psikologi secara berkala dan turut berdepan kemerosotan akademik akibat tekanan emosi yang berterusan.
Pada masa yang sama, Nurul Izzah turut memberi jaminan bahawa beliau dan pasukannya akan membantu dari segi sokongan guaman, kebajikan dan moral kepada keluarga mangsa dalam memperjuangkan keadilan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!