Ramai yang panik saat melihat tubuh berlumuran darah. Lebih panik jika melihat objek seperti pisau melekat di bahagian badan. Antara rasa mahu membantu, ini yang patut kita lakukan jika bertemu mangsa tikaman atau melihat kejadian tikam di depan mata.
Paling penting, jangan sesekali mencabut pisau yang tertusuk di tubuh dan ini sebab kenapa perbuatan itu dilarang seperti dikongsikan oleh The Diagnosa Original. Hampir setiap hari di seluruh dunia, berita tentang tikaman yang membawa kecederaan serius dan juga membawa maut dilaporkan. Walaupun tikaman pisau mengerikan jika dibayangkan, masyarakat perlu sekurang kurangnya tahu perkara asas yang perlu dilakukan bagi membantu seseorang yang ditikam ataupun sekiranya mereka yang ditikam.
Luka tikaman bukan hanya terjadi dalam kes jenayah. Ia boleh terjadi di mana sahaja dan pada bila bila waktu. Ia boleh terjadi kerana kecederaan ketika bertukang, kecederaan ketika bekerja di dapur ataupun kecederaan ketika berkebun.
Rawatan cemas setelah ditikam
Walaupun kebiasaannya luka tikaman hanya kecil pada kulit, kesannya juga boleh masuk lebih dalam ke dalam organ dan menyebabkan kecederaan serius. Perkara penting yang harus anda ingat adalah untuk kekal bertenang. Lakukan perkara perkara berikut:
Pastikan anda berada di kawasan yang selamat seperti kawasan terbuka dengan ramai orang bagi mengelakkan kejadian tidak sepatutnya berlaku. Setelah anda pasti anda selamat, segera telefon ambulans.
Sementara itu, pastikan tiada objek tajam seperti pisau pada luka tikaman. Letak tangan anda pada kawasan luka dan tekan secara perlahan pada luka. Lebih baik jika anda memakai sarung tangan atau membalut tangan dengan kain sebelum menekan pada luka. Ini bertujuan untuk menggalakkan penghasilan ketulan darah bagi mengurangkan pendarahan dari luka.
Jika terdapat objek tajam atau pisau pada luka, JANGAN alihkan objek tersebut. Walaupun objek tersebut menikam luka, ia mungkin telah mencederakan saluran darah utama dan apabila anda mengalihkannya, anda mungkin mencederakan saluran darah tersebut dan menyebabkan pendarahan serius.
Angkat bahagian badan yang ditikam seperti kaki atau tangan lebih tinggi dari paras jantung bagi memperlahankan pendarahan.
Mengapa anda dilarang mengalihkan pisau/objek dari luka tikaman?
Apabila seseorang itu ditikam, ia mencederakan mereka namun pisau juga bertindak sebagai plug atau gam yang membantu menutup saluran darah utama yang telah ditikam. Jika anda menarik keluar pisau tersebut, saluran darah tersbeut boleh terputus dan menyebabkan pendarahan serius.
Ads
“Shock” atau Renjatan
Renjatan ialah keadaan dimana tekanan menjadi rendah disebabkan beberapa hal seperti pendarahan yang teruk atau jangkitan kuman. Perkara ini akan menyebabkan kekurangan oksigen yang dihantar ke seluruh badan.
Renjatan terjadi sebagai respons badan kita terhadap sistem peredaran darah yang semakin lemah. Ia menandakan tisu di dalam badan termasuk jantung dan otak tidak dapat bekalan oksigen yang secukupnya.
Badan bertindak mengurangkan peredaran darah ke organ lain seperti kulit dan usus bagi menyalurkan jumlah darah yang banyak kepada organ penting seperti otak dan buah pinggang. Oleh itu, kulit menjadi pucat dan sejuk kerana kekurangan darah. Anda juga akan mula rasa loya dan dahaga.
Jantung juga akan mengepam dengan lebih laju bagi membekalkan bekalan darah dan oksigen yang cukup. Jantung akan terasa berdebar debar dan berasa cemas serta pening.
Ads
Antara tanda tanda lain kejutan ialah:
Nadi berdenyut laju
Kulit pucat dan sejuk
Warna kebiruan pada kulit dan bibir
Muntah dan loya
Bernafas dengan laju
Lemah dan pening
Pengsan
Apa perlu dilakukan jika badan mengalami kejutan?
Baringkan mangsa di atas lantai dan angkat kaki lebih tinggi dari paras jantung.
Pastikan anda telefon ambulans.
Longgarkan pakaian mangsa.
Pastikan tubuh mereka hangat dengan menutup dengan selimut.
Tenangkan mangsa.
Kehilangan darah
Seperti yang dibincangkan tadi, renjatan atau “shock” boleh berlaku kerana kehilangan darah dalam jumlah yang banyak.
Ads
Badan manusia mengandungi secara puratanya 6 liter darah. Jika badan kehilangan satu per lima dari jumlah darah iaitu bersamaan dengan sekurang kurangnya 1.2 liter darah, badan akan mengalami kejutan.
Bagi kanak kanak pula kiraannya sedikit berbeza. Hal ini kerana mereka mempunyai jumlah darah yang lebih sedikit berbanding dewasa. Kehilangan darah sebanyak 250ml sudah boleh membawa maut kepada bayi.
Apa akan terjadi setelah ditikam?
Ramai orang yang ditikam akan hidup selepas diberi rawatan. Namun begitu, terdapat juga mereka yang bernasib malang akan meninggal dunia setelah ditikam.
Punca utama kematian dalam luka tikaman ialah kehilangan darah yang banyak dalam masa yang singkat terutamanya jika tikaman tersebut terkena pada saluran darah utama.
Apabila darah hilang dengan jumlah yang banyak, organ organ penting termasuk otak, jantung dan buah pinggang tidak akan mendapat bekalan darah dan oksigen yang cukup menyebabkan mereka gagal berfungsi. Jika dibiarkan terlalu lama, badan akan mengalami kejutan dan jantung akan berdegup perlahan dan berhenti. Rujukan
Isu pelajar dan rokok seakan satu budaya yang terlalu sukar dibendung. Melihat remaja khususnya pelajar sekolah rendah merokok terasa bagai ingin menegur secara berhadapan.
Tindakan kerajaan menaikkan harga rokok, tidak menjual dalam pek kecil, tidak menjual pada usia di bawah 18 tahun juga membuatkan golongan kecil ini seperti tidak kisah kerana banyak rokok-rokok seludup boleh didapati dengan harga murah di kedai-kedai runcit.
Sikap tamak dan pekedai hanya mahu untung adalah punca mengapa gejala merokok di kalangan pelajar sukar dibendung. Fakta ini mungkin sedikit mengejutkan tetapi inilah realiti dalam dunia remaja. Tulisan di entri Public Health Malaysia bulan lalu mendapati gejala ini sebenarnya sangat menakutkan.
Tinjauan Tembakau dan Rokok Elektronik di kalangan Remaja Malaysia (Tecma) menunjukkan fakta yang amat membimbangkan.
1 dari 5 [pelajar sudah mula meroko pada usia 10 tahun, gambar sekadar hiasanSikap pekedai yang mahu kaut untung banyak antara punca hal ini terjadi. Gambar hiasan
Menurut tinjauan tersebut, dalam setiap lima pelajar, seorang daripada mereka mula mula berjinak-jinak dengan rokok sejak berusia 10 tahun. Kajian tersebut juga menunjukkan empat dalam lima remaja mengetahui tabiat merokok oleh sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun adalah satu kesalahan.
Kajian tersebut juga meneroka lokasi dan bagaimanakah pelajar dapat membeli rokok. Tinjauan tersebut mendapati pelajar berjaya membeli dan memperoleh rokok dengan mudah dari pasar raya, kedai runcit dan gerai tepi jalan.Menurut mereka lagi, lebih separuh berkata mereka tidak pernah dihalang daripada membeli produk tembakau.
PHM sendiri telah menjalankan satu ‘Social Experiment’ untuk melihat reaksi dan sikap peniaga apabila berhadapan dengan pelajar sekolah yang membeli rokok secara terang terangan di kaunter kedai runcit, restaurant, stesyen minyak dan pasaraya.
Hasilnya, kami mendapati 3 daripada 5 pekedai atau pekerja di kaunter bayaran membenarkan pelajar sekolah untuk membeli rokok tanpa sebarang persoalan atau halangan.
Ini merupakan antara justifikasi bagi menyokong kempen #bantahrokokkiddiepack yang telah di adakan bagi menolak usul untuk memperkenalkan rokok kiddie pack ke pasaran Malaysia.
Tak kira lelaki ke perempuan, merokok seperti tiada hal bagi pelajar sekolah. Gambar hiasan
Ini salah satu dari bentuk hukuman di negara seberang, mungkinkah berkesan. Gambar biasan
Bagi pihak sekolah sendiri, isu pelajar merokok menjadi isu disiplin yang serius. Pemeriksaan mengejut berkala di adakan dari masa ke semasa oleh pihak sekolah untuk mengesan pelajar yang merokok. Lokasi tempat persembunyian rokok yang di temui adalah seperti di dalam kasut, dalam tali leher, dalam tali pinggang, di dalam pen. Bagi pelajar perempuan pula, ada yang menyembunyikan rokok di dalam pakaian dalam dan di dalam anak tudung.
Isu rokok di kalangan remaja sememangnya semakin parah. Pelbagai usaha perlu di pergiatkan untuk menangani masalah ini. Mungkin peraturan yang lebih ketat bagi pembelian rokok perlu di wujudkan seperti mana negara jiran, Singapura dan negara negara maju lain. Di sana, rokok di tempatkan di dalam ruang khas yang tersembunyi dan tertutup bukan di kaunter bayaran terbuka seperti di Malaysia.
Apa yang lebih penting, ibu bapa perlulah memainkan peranan penting. Bukan sukar hendak mengesan remaja yang merokok. Bapa terutamanya, janganlah tunjukkan contohnya buruk pada anak. Bukankah peranan nakhoda keluarga itu adalah untuk melindungi keluarga?
Gambar: Salah satu tempat persembunyian rokok, di dalam tali leher pelajar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nissa Sabyan atau nama sebenarnya Khoirunnisa, pernah menjadi satu fenomena di Malaysia serta negara asalnya, Indonesia dek kerana suara merdu dan lagu-lagu dendangannya yang berunsurkan kerohanian.
Penampilan berhijab dan sopan penyanyi berusia 22 tahun ini juga sering dijadikan reference untuk remaja diluar sana terutamanya para hijabi.
Ada juga yang tak berani nak cuba semua color combination ni sebab rasa tak confident dan takut nampak pelik . Chill la sis, jom kita lihat 4 gaya tudung Nissa Sabyan ini.
Melonjak nama melalui lagu Salawat Ya Maulana, gadis ini sering memakai tudung polos ketika mengambil gambar OOTD di akaun Instagramnya @nissa_sabyan. Tudung bawal ini bagaikan ‘bff’ Nissa Sabyan semasa melakukan aktiviti luar. Nissa memilih tudung jenis ini dengan bahan voal untuk aktiviti hariannya. Gaya ini sesuai untuk pelbagai aktiviti formal atau bukan formal.
Hijab pashmina Nissa Sabyan
Selain menggunakan tudung bawal 4 segi, Nissa Sabyan juga sering memakai tudung pashmina. Dalam OOTD ini, Nissa Sabyan suai padan streetwear dengan menggabungkan tudung pashmina hitam dengan kemeja besar dan kemeja putih di dalamnya. Dia juga menambah aksesori kacamata fesyen.
Warna pastel dan gaya tudung Nissa Sabyan memang tak boleh dipisahkan. Ketika membuat persembahan dengan Sabyan Gambus, Nissa mengenakan tudung pasmina yang disarungnya di satu sisi. Dan juga tudung dalam agar bahagian depan rambut tidak kelihatan. Dia menggabungkan tudungnya dengan gaun hitam sederhana dengan motif. Warna pastel boleh menjadikan wajah anda lebih cerah dan cerah.
Gaya monokrom Nissa Sabyan
Nissa Sabyan kelihatan garang dan kasual dengan gaya monokromnya. Nissa memakai seluar panjang, tudung dan seluar berwarna hitam. Gaya monokrom dapat menjadikan korang kelihatan lebih muda dan kelihatan segar.
Wah min suka betul style macam Nissa ni, simple je tapi ada class.
Sumber : Nissa Sabyan Instagram
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sahaja yang tidak suka tidur kan? Lebih-lebih lagi orang dewasa yang seharian sibuk mencari rezeki, apabila hari cuti mesti mereka cuba ambil peluang untuk menghabiskan masa dengan berehat atau pun tidur.
Namun begitu, menurut The Diagnosa, orang dewasa yang tidur lebih daripada waku yang disyorkan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat serangan sakit jantung dan juga mati.
Satu kajian telah dijalankan melibatkan 117,000 orang dewasa yang berumur daripada 35 hingga 70 tahun, merangkumi 21 negara yang melalui susulan selama 9 tahun. Kajian ini telah diterbitkan didalam journal yang berkaitan dengan masalah jantung iaitu European Heart Journal.
Hasil kajian mendapati bahawa risiko untuk mendapat masalah jantung akan semakin meningkat sekiranya seseorang itu tidur lebih lama.
Berikut merupakan huraian bagi kajian ini:
• Sebanyak 7.8 dalam 1000 orang mati adalah daripada kalangan mereka yang tidur diantara 6 hingga 8 jam berbanding;
• 8.4 dalam 1000 orang yang mati daripada mereka yang tidur selama 8 ke 9 jam
• 10.4 dalam 1000 orang daripada mereka yang tidur selama 9-10 jam dan ia meningkat kepada;
• 14.8 kematian dalam 1000 orang bagi mereka yang tidur melebihi 10 jam sehari
Ini bermaksud kadar meningkat daripada 5%, 17% dan 41% ketika mana korang tidur semakin lama.
Namun begitu, para pengkaji menjelaskan bahawa belum dapat dipastikan adakah benar tidur yang berlebihan itu menyebabkan penyakit tersebut berlaku ataupun masalah sakit jantung itu sendiri yang menyebabkan tidur peserta menjadi berlebihan.
Dalam kajian tersebut juga menyatakan bahawa mereka yang tidur waktu pagi dan tidur waktu malam melebihi 6 jam akan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi masalah tersebut kecuali jika mereka tidur malam kurang daripada 6 jam. Golongan ini mempunyai risiko seperti biasa.
Professor Perubatan Jantung daripada Warwick University, Francesco Cappccio menjelaskan bahawa “Bukan disebabkan tidur yang panjang itu menjadi punca kepada kematian ataupun penyakit tersebut,” tetapi masalah kesihatan itu yang menyebabkan waktu tidur mereka bertambah.
Akan Datang
Secara kesimpulannya, jika korang mengalami tidur yang panjang, ia mungkin petanda korang mengalami masalah kesihatan yang lain. Oleh yang demikian, kita perlulah melakukan pemeriksaan berkala untuk masalah tidur yang dihadapi.
Korang juga boleh melakukan ujian tekanan darah dan gula yang berkala seperti setiap beberapa bulan untuk saringan bagi mengetahui kita mengalami masalah kesihatan atau pun tidak.
Jangan ambil mudah tentang tahap kesihatan korang, paling penting amalkan diet yang seimbang dan elakkan daripada mengambil makanan yang tidak berkhasiat.
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.