Zoo Negara yang asalnya dulu selalu menjadi tarikan para pelancong dari dalam dan luar negara kini telah menjadi tempat untuk bersanding juga.. Kalau dulu masa korang kecik, selalu datang nak tengok haiwan, sekarang boleh tengok pengantin bersanding sekali! Dua pasangan pengantin ini yang juga merupakan kakitangan di Zoo Negara telah diraikan didalam sebuah upacara Walimatul Urus – Raikan Cinta yang berlangsung pada hari ini bertarikh 9 April 2021.

Dua pasangan yang bernama Mohd Hafizi Azahari dengan Mustaza Syirin Mustafa dan Mohamad Rafiq Syafiq Mohamad Salehuddin dengan pasangannya Nursyahidah Ismail telah diraikan di Panggung Tunku Abdul Rahman yang bertempat di Zoo Negara.

Luar Biasa.. Dua Pasangan Pengantin Ini Bersanding Di Zoo Negara..
Sumber foto: Sinar Harian

Disebabkan PKP yang lama baru-baru ini, pendapatan Zoo Negara telah terjejas, lalu mereka mengambil inisiatif ini untuk menjana pendapatan mereka untuk menampung perbelanjaan Zoo tersebut. Mengikut Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata ianya akan menjadi sebagai produk pemasaran untuk mempromosikan pakej perkahwinan di Zoo Negara. Dia juga berkata tetamu yang hadir akan diberikan 50 peratus diskaun tiket kemasukan ke Zoo Negara pada hari berkenaan.

IKLAN

Walau bagaimanapun, mereka masih dalam perancangan untuk mengadakan idea ini dijangka selepas Aidilfitri nanti, dan jika mereka boleh mengadakan majlis perkahwinan di Dewan Kancil, Zoo Negara, mereka akan mengkaji terlebih dahulu tentang prosedur operasi standard (SOP) yang bersesuaian untuk tetamu yang akan hadir.

IKLAN

So, lepas ni kalau korang datang Zoo Negara nampak pengantin tengah berjalan, jangan terkejut ye! Dorang bukan datang untuk nak photoshoot tapi untuk bersanding dekat sana!

IKLAN

Berita asal: Dua pasangan pengantin bersanding di Zoo Negara

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI