Hiburan

Digelar ‘Anak Jay Park’! Ini 5 Fakta Best Tentang LNGSHOT Yang Korang Patut Tahu!

Share

Baru-baru ini, industri K-Pop sekali lagi dimeriahkan dengan kemunculan boy group rookie, LNGSHOT, yang rasmi debut pada 13 Januari lalu menerusi album ‘EP SHOT CALLERS’ bersama lagu utama berjudul ‘Moonwalkin’.

Kehadiran mereka dengan pantas mencuri perhatian peminat K-Pop secara global, apatah lagi apabila kumpulan ini menjadi boy group pertama yang diterbitkan secara langsung oleh bintang terkenal hip hop Korea, Jay Park, di bawah label More Vision.

Sejak debut, nama LNGSHOT kerap menjadi bualan dalam kalangan peminat K-Pop di media sosial. Lagu ‘Moonwalkin’ bukan sahaja menonjolkan identiti muzik keempat anak muda itu, malah berjaya mencatatkan rekod debut minggu pertama terbesar di Spotify bagi boy group generasi ke-5 dengan 4.9 juta streaming dalam tempoh tujuh hari.

Pada masa yang sama, mereka yang turut digelar sebagai ‘anak Jay Park’, LNGSHOT tampil dengan gabungan genre hip hop, R&B dan pop yang segar serta mudah diterima. Kali ini, jom Remaja bawa korang kenali lima fakta menarik mengenai LNGSHOT!

‘SELF-PRODUCE’ GROUP

LNGSHOT dikenali sebagai salah satu kumpulan self-produce apabila setiap anggotanya terlibat secara aktif dalam proses penciptaan lagu. Pendekatan ini bukan sahaja menonjolkan bakat muzik mereka, malah membuktikan LNGSHOT serius dalam membina identiti dan jenama sendiri sejak awal debut.

4 JEJAKA GEN-Z BERBAKAT

Kumpulan ini terdiri daripada empat orang ahli iaitu Ohyul (20), Ryul (20), Woojin (18) dan Louis yang kini berusia 16 tahun. Mereka dikenali memiliki karakter serta kekuatan vokal dan rap yang berbeza, menjadikan dinamika kumpulan ini seimbang dan memang menarik untuk diikuti.

DIKENALI SEJAK PRE-DEBUT

Sebelum debut rasmi, LNGSHOT sudah pun memperkenalkan diri melalui beberapa projek pre-debut seperti ‘4SHOBOIZ Mixtape’ dan single Saucin’ yang dilancarkan pada Disember 2025. Difahamkan, setiap projek ini dianggap sebagai ‘warm-up’ yang berjaya menarik perhatian peminat lagu bergenre K-hip hop dan R&B.

KEAKRABAN BERSAMA JAY PARK

Lebih menarik lagi, setiap ahli LNGSHOT sudah terlibat sebagai co-writer dalam beberapa lagu Jay Park sejak sebelum debut. Antaranya Ohyul yang terlibat dalam penulisan lagu berjudul ‘Remedy’, sekaligus memperlihatkan kepercayaan Jay Park terhadap bakat mereka.

Gambar Jay Park bersama LNGSHOT sebelum debut yang pernah mencetus kritikan di media sosial.

JUSTIN BIEBER OF K-POP

Comel tapi berbisa! Kalau korang nak tahu, maknae atau anggota termuda LNGSHOT, Louis juga sering menjadi sorotan di media sosial sejak kebelakangan ini kerana tona vokal beliau yang dikatakan sangat mirip dengan penyanyi kesayangan ramai iaitu Justin Bieber. Disebabkan hal itu, Louis turut mendapat gelaran ‘Justin Bieber of K-Pop’ dalam kalangan peminat.

Louis atau nama sebenarnya Louis Elliot Jourdain Lim merupakan seorang maknae dan mempunyai darah kacukan Korea-Perancis.

Nah itu dia! Secara keseluruhan, LNGSHOT tampil sebagai boy group rookie yang berani membina identiti sendiri tanpa terlalu bergantung pada nama besar di belakang mereka. Apa pun, dengan sokongan Jay Park serta hala tuju muzik yang jelas, kumpulan ini dilihat mempunyai potensi besar untuk pergi lebih jauh dalam industri K-Pop.

Jadi memang tidak mustahil juga jika satu hari nanti, LNGSHOT bakal menjadi antara nama yang terus mendapat perhatian peminat global dalam masa terdekat. Sekarang, cuba komen sikit siapa yang paling menarik perhatian korang untuk dijadikan sebagai next bias!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE