Walaupun pandemik covid-19 melanda negara, itu tidak menjadi penghalang bagi organisasi Miss Grand Malaysia untuk mencari wakil yang seterusnya bagi menggalas tugas mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Grand International 2021 yang dijangka berlangsung pada Disember tahun ini.
Mengadakan pertandingan secara virtual. Seramai 23 peserta yang menyertai pertandingan ini dikecilkan menjadi 5 finalis sahaja. Kelima-lima finalis ini diadili dalam beberapa peringkat dan juga cabaran selama sebulan pada Julai lalu. Akhirnya Lishalliny Kanaran, 24, dinobatkan sebagai juara.
.
Dia yang mendapat markah 80.2 peratus secara keseluruhan mendahului pertandingan dengan margin yang sangat besar. Berada di tempat kedua pula ialah Malveen Kaur dengan 72.2% diikuti dengan Poorani Raju, Anya Kimberly dan Kelly Kahil masing-masing memperolehi 71.8%, 68.3% dan 68%.
Ads
.
Gadis dengan ketinggian 175cm ini bukanlah asing bagi pertandingan ini. Ini merupakan percubaan kali ketiganya dan ternyata tidak sia-sia. Nampaknya usaha yang ditonjolkan membuahkan hasil dan dia kini bergelar Miss Grand Malaysia 2021. Merupakan pelajar dalam bidang seni bina, Lishalliny membawa advokasi untuk memberi kesedaran mengenai kemiskinan haid dan juga pendidikan kanak-kanak.
Ads
.
Ads
Organisasi Miss Grand Malaysia sudah menghantar wakil ke pertandingan ini sejak tahun 2013. Dalam tempoh itu dua wakil berjaya menjadi semifinalis menerusi Ranmeet Jassal yang berada dalam kelompok top 20 pada tahun 2016 dan Jesabel Robert yang berjaya berada di kedudukan top 10 pada edisi 2020.
Selamat maju jaya Remaja ucapkan kepada Lishalliny!
Anugerah MeleTOP ERA 2020 sedang hangat berlangsung as . we . speak!
Selain daripada persembahan menarik dan perasaan berdebar menantikan siapakah yang akan membawa pulang kategori utama Top Top MeleTOP pada malam ini, seperti biasa REMAJA tertarik melihat gaya yang pelbagai daripada para selebriti yang hadir di karpet merah AME 2020.
Ini merupakan 10 gaya yang pada hemat kami merupakan antara yang paling mencuri tumpuan dan tentunya epik, selari dengan tema AME 2020 kali ini.
Kalau dulu tatu hanya sinonim dengan seni di atas kulit, kini masyarakat di China memperkenalkan satu trend kecantikan yang cukup luar biasa iaitu tatu gigi! Fenomena ini menjadikan senyuman bukan sekadar lambang keramahan, tetapi juga medium ekspresi diri yang bergaya dan unik.
Trend Tatu Gigi yang Tular di China
Menurut laporan, sarung gigi atau teeth crown yang sebelum ini hanya digunakan untuk rawatan pergigian kini bertukar fungsi menjadi aksesori fesyen. Ia diukir dengan pelbagai simbol, perkataan dan corak menarik hingga menjadi tular di media sosial seperti Douyin dan Xiaohongshu sejak awal tahun. Ramai anak muda China kini mempamerkan tatu gigi mereka sebagai tanda kreativiti dan gaya hidup moden.
Perkhidmatan Tatu Gigi dan Kos yang Dikenakan
Perkhidmatan tatu gigi ini ditawarkan oleh pelbagai klinik pergigian di seluruh negara, malah ada yang memberikan ukiran percuma sebagai promosi pelanggan baharu. Trend ini bermula apabila beberapa pusat pergigian menawarkan crown bercetakan 3D daripada bahan khas yang digunakan dalam industri aeroangkasa. Ia bukan sahaja tahan lama, malah boleh diukir mengikut cita rasa pelanggan.
Harga dan Reka Bentuk Popular
Kos untuk satu teeth crown boleh mencecah sekitar 2,000 yuan atau kira-kira RM1,200 sebatang! Antara ukiran paling popular termasuk nama pasangan, nombor bertuah, mesej motivasi seperti “berjaya” dan “kaya”, serta simbol tradisional Cina yang membawa maksud keberuntungan.
Amaran Pakar Tentang Risiko Tatu Gigi
Namun, pakar pergigian di Shanghai memberi amaran bahawa ukiran pada crown boleh menjejaskan kekuatan strukturnya dalam jangka panjang. “Jika terlalu dalam atau dilakukan tanpa kawalan, ia boleh menyebabkan kerosakan mikro pada bahan dan menjejaskan ketahanan,” katanya. Oleh itu, pakar menasihatkan agar pengguna berhati-hati dalam memilih perkhidmatan tatu gigi.
Alternatif Fesyen Gigi yang Lebih Selamat
Bagi mereka yang tidak mahu mengambil risiko, alternatif lain seperti pelekat gigi sementara dengan corak hati, bintang atau bentuk comel kini menjadi pilihan popular. Walaupun hanya bertahan sehari, ia tetap cukup untuk mencuri perhatian di media sosial tanpa risiko kerosakan gigi.
Tatu Gigi Sebagai Simbol Gaya dan Keberanian
Walau apa pun pendapat orang ramai, trend tatu gigi ini menunjukkan sejauh mana kreativiti belia China dalam bereksperimen dengan fesyen dan kecantikan. Mereka menjadikan gigi bukan sekadar alat untuk senyum, tetapi kanvas seni yang melambangkan keberanian dan gaya tersendiri.
Fenomena tatu gigi ini mungkin hanya sementara, namun ia membuktikan bahawa kecantikan kini bukan sekadar soal penampilan luar, tetapi juga tentang identiti dan ekspresi diri yang unik.
Masalah tulang bengkok atau juga skoliosis bukan soal kesihatan yang boleh diabaikan. Hanya mereka yang mengidapnya akan tahu betapa sakitnya apabila tulang membentuk seperti huruf S.
Bagi korang yang mungkin nak tahu apa tanda-tanda awal penyakit ini, bacalah perkongsian dari doktor perubatan, Dr Latif Saad dalam perkongsian pagenya, The Diagnosa.
Skoliosis adalah keadaan dimana tulang belakang bengkok sama ada ke sebelah kiri atau ke sebelah kanan. Ianya selalu berlaku ketika mana ketinggian badan sedang meningkat dengan pesat iaitu pada golongan remaja.
Perkataan skoliosis sebenarnya berasal daripada perkataan yunani yang membawa maksud melengkung atau membengkok. Dalam perubatan pula ianya secara spesifik digunakan bagi mengambarkan tulang belakang yang bengkok.
Kes skoliosis ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu
Congenital – Bermaksud berlaku sejak lahir lagi.
Acquired – Bermaksud berlaku selepas daripada kelahiran. Kebanyakan pesakit tidak mempunyai punca yang jelas kepada masalah tersebut. Punca yang tidak jelas ini dipanggil sebagai idioptahic. Walaubagaimanapun terdapat beberapa keadaan yang diketahui boleh menyebabkan masalah ini seperti masalah cerebral palsy dan juga muscular dystrophy
Kebanyakan kes skoliosis adalah sangat sedikit dan tidak mendatangkan sebarang masalah kepada pesakit. Tetapi jika lengkungan tulang belakang itu adalah teruk, ia boleh menyebabkan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan betul. Kanak-kanak yang mempunyai skoliosis yang tidak teruk selalunya hanya akan dipantau sahaja untuk melihat sama ada tulang itu semakin membengkok ataupun tidak.
Apakah tanda-tanda skoliosis?
Terdapat beberapa tanda seseorang itu mengalami skoliosis. Ia adalah:
Bahu yang tidak sama paras. Satu tinggi dan satu rendah
Sebelah bahagian tulang belikat nampak lebih jelas berbanding sebelah yang lain
Pinggang yang tidak sama para
Bila menunduk, kelihatan bahagian belakangnya tidak lurus.
Faktor risiko
Faktor risiko yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami skoliosis ialah:
Usia: Selalunya simptom akan muncul pada waktu akil baligh
Jantina: Kedua-dua jantina boleh menghadapi masalah ini. Tetapi ianya selalu berlaku pada kaum wanita
Sejarah keluarga: Skoliosis boleh berlaku di dalam keluarga yang sama.
Komplikasi
Terdapat beberapa komplikasi yang boleh berlaku. Tetapi selalunya ia berlaku pada mereka yang mengalami lengkungan tulang belakang yang teruk. Beberapa komplikasi tersebut adalah:
Tekanan pada paru-paru dan jantung. Dalam skoliosis yang teruk, Perkembangan paru-paru terjejas menyebabkan pesakit tidak boleh bernafas dengan sepenuhnya
Masalah belakang: Skoliosis juga akan menyebabkan sakit belakang yang kronik pada pesakit.
Penyiasatan
Selalunya doktor akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu untuk melihat sama ada terdapat tanda-tanda skoliosis yang diceritakan seperti di atas.
X-ray dada
X-ray dada pula dibuat untuk mengesahkan diagnosis skoliosis tersebut. Daripada x-ray dada, tulang belakang akan kelihatan membengkok sama ada ke kiri atau ke kanan.
Apakah rawatan skoliosis?
Jika skoliosis tersebut terlalu sedikit, selalunya doktor tidak akan melakukan apa-apa rawatan dan hanya lebih kepada pemantauan. 1. Senaman Schroth
Jika skoliosis itu sedikit teruk, pesakit selalunya akan dirujuk kepada ahli fisioterapi dimana mereka akan mengajar senaman Schroth. Ia bertujuan untuk menguatkan otot-otot yang lemah dibahagian belakang badan.
2. Braces(Pendakap badan)
Jika pesakit adalah kanak-kanak yang masih lagi membesar dan sudut lengkungan tulang belakang itu melebihi 20 darjah, maka adalah disyorkan menggunakan pendakap badan ataupun braces bagi mengekang tulang berlakang tersebut menjadi lebih bengkok.
Kebanyakan jenis braces ini diperbuat daripada plastik. Selalunya ia akan dipakai pada waktu pagi dan malam. Kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam sukan atau permaianan perlulah menanggalkan braces ini terlebih dahulu.
Pesakit tidak lagi perlu memakai braces ini ketika ketinggiannya sudah tidak bertambah.
3. Pembedahan Jika sudut lengkungan itu melebihi 45 darjah, pesakit selalunya akan disyorkan melakukan pembedahan untuk meluruskan tulang belakang tersebut.
Selepas pembedahan dibuat, tulang belakang menjadi lurus
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.