Khabar angin kononnya ahli kumpulan Blackpink, Lisa Manoban ‘dianak tirikan’ oleh syarikat labelnya, YG Entertainment kerana tidak muncul di mana-mana minggu fesyen di Eropah kebelakangan ini nampaknya sekadar khabar angin sahaja.
Ini setelah Lisa membuat kemunculan untuk pertunjukan fesyen Celine yang baru sahaja berlangsung di kota fesyen Paris.
Sejak hujung minggu lalu sebenarnya, Lisa telahpun menjadi tumpuan peminat K-pop dan fesyenista global setelah dia memuat naik foto sedang menikmati penerbangan ke Paris di dalam sebuah jet peribadi.
Sebagai duta global kepada jenama Celine, Lisa nampaknya diberikan layanan kelas pertama! Siap ada tas tangan Celine yang terukir namanya lagi di tempat duduk bersebelahan.
Apa yang menjadikan penerbangan Lisa ini lebih tular adalah apabila peminat percaya bahawa idola mereka ini sebenarnya berada dalam jet peribadi sama mirip ahli grup BTS, Kim Taehyung aka V yang juga dijemput ke Paris bagi menyaksikan pertunjukan fesyen itu.
Ads
Tempat duduk warna sama,checked. Siling dan dinding pesawat sama, checked! Namun, tiada siapa dapat mengesahkan sama ada duo K-pop tersebut berada dalam pesawat sama ataupun tidak.
ARTIKEL BERKAITAN :
*
Ads
Kehadirian Lisa dan V di pertunjukan fesyen Celine pada pagi ini bukan saja diiringi teriakan para Blinks dan Army di luar lokasi. Turut serta ialah pelakon kacak Korea Selatan, Park Bogum.
Seperti dijangka, stail Lisa tidak mengecewakan apabila dia memilih persalinan two-piece minimal namun tetap elegan; bersesuaian dengan koleksi pakaian lelaki Celine yang diperagakan pada kali ini.
Halter top hitam mengilau menambah seri wajah Lisa yang dirias ringkas, manakala celana pendek – juga berwarna hitam – memberi bayangan kaki panjang yang dimilikinya.
Bukan setakat itu, Lisa juga sempat melakukan tarian ‘Lalisa’ setelah terdengar lagu tersebut dimainkan oleh Blinks! Haih, memang untung kan mereka.
— BLACKPINK BLINK UNION🌷 (@BBU_BLACKPINK) June 26, 2022
Ads
V tidak kurang hebatnya apabila memilih jaket kulit merah yang dipadankan dengan aksesori rantai bold. Manakala, Park Bogum turut digayakan dengan aksesori rantai mirip V bersama persalinan sut biru gelap dan turtleneck hitam.
Ternyata, dominasi selebriti daripada Korea Selatan begitu dirasai di Minggu Fesyen Paris.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah untuk seseorang kembali mendapatkan bentuk tubuh badan dan berat badan asal, apatah lagi untuk ibu yang baru melahirkan anak.
Meskipun bintang siri realiti dan usahawan billionaire muda, Kylie Jenner telahpun melepasi tempoh setahun selepas melahirkan bayi pertama Stormi Webber, proses untuk mendapatkan kembali fizikal asalnya memaksa dia untuk memulakan rutin harian baru.
Dalam tempoh beberapa bulan, dia dilaporkan berjaya mengurangkan sebanyak 12 kilogram dengan tip yang dikongsikan Kylie kepada Times of India.
Setiap hari, Kylie mengikut nasihat kakaknya Kim Kardashian dan mengambil beberapa gelas jus celery yang mengandungi Vitamin C danK yang tinggi.
Celery juga baik untuk mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan penyakit hati. Ia juga bagus bagi korang yang mengalami simptom migrain dan menenangkan saraf korang yang tertekan.
Selepas 30 minit mengambil jus celery, Kylie mengambil secangkir minuman kopi mineral yang mudah kita dapati di pasaran. Selain itu, dia mengamalkan menu sihat kentang tumbuk yang dilakukan sendiri. Kadangkala, Kylie juga menukar menu itu kepada daging kisar dan avocado untuk menukar selera.
Tentulah dia juga mengamalkan senaman selama 20 minit pada setiap hari dan rutin senaman itu berubah-rubah mengikut mood.
Tapi, perkara paling menarik mengenai pelan diet Kylie Jenner adalah dia tidak obses untuk melihat perubahan berat badannya di atas penimbang skala – tidak seperti selebriti Hollywood lain. Jika tidak dia akan merasa stres.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap pakaian dan barangan yang dipakai oleh Park Seo Joon pasti akan diikuti oleh para peminatnya sehinggakan timbul fenomena ‘sold out’ bagi jenama-jenama di luar sana.
Terbaru, pelakon yang popular dengan K-drama seperti Itaewon Class (2020), Record of Youth (2020) dan What’s Wrong With Secretary Kim (2018) ini dipilih sebagai duta jenama Skechers bagi rantau Asia seperti Malaysia, Singapura, Macau, Hong Kong, Thailand dan Vietnam.
“Saya amat terharu dan gembira untuk menjadi duta jenama Skechers bagi rantau ini. Kasut adalah penting bagi individu seperti saya yang selalu bergerak. Saya sangat mengesyorkan Skechers yang bukan saja bergaya tetapi juga selesa dipakai.”
Park Seo Joon – duta rantau Asia Skechers
Skechers popular di Malaysia sebagai jenama kasut dan pakaian yang mementingkan keselesaan. Rekaannya juga diakui menarik untuk remaja yang inginkan gaya terkini dan mudah disuai padan dengan pakaian sedia ada.
Lantas, pelantikan Seo Joon bagi kempen Skechers 2021/2022 ini membuatkan kami tertanya apakah antara rekaan sneakers yang dipakainya.
Menerusi video pertama kempen tersebut, Seo Jun dilihat menyarungkan sneakers uniseks Skechers D’Lites 4.0. Ia merupakan salah satu model popular jenama itu sejak diperkenalkan pada tahun 2007.
Skechers Men Goodyear D’Lites 4 Sport Casual Shoes. RM399
Ia bermakna segala koleksi pakaian yang dipakai dan jenama yang diwakilinya lebih ‘legit’ dan berharga. Manalah tahu ada di antara korang yang ingin menjual semula di pasaran kedua (secondary market), nilai kasut skechers yang dipakai oleh Seo Joon ini dijangka akan meningkat dalam pasaran.
Sebelum ini, koleksi kasut Skechers yang pernah dipakai oleh duta terdahulu seperti kumpulan EXO, kumpulan SISTAR dan Zico juga menerima sambutan yang cukup menggalakkan. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk merebut koleksi Park Seo Joon ini secepat mungkin okay.
Tahniah sekali lagi kepada Skechers & Park Seo Joon atas projek kolaboratif ini.
Tentu sebahagian dari kita masih ingat kes seorang bapa yang merogol anaknya ketika menunaikan ibadah umrah bersama-sama. Bermula dari tahun 2015, perbuatan keji itu berterusan termasuklah ketika bulan Ramadan.
Bapa paling keji ini menghadapi sebanyak 632 pertuduhan jenayah sehingga menjadi berita luar biasa akhbar di negara ini.Trauma anaknya mulai beransur apabila bapa keji ini dijatuhkan hukuman penjara 48 tahun.
Hari ini, jenayah berada di sekeliling kita. Penjenayah hanya menunggu ruang dan peluang untuk melakukannya.
Menyebut isu rogol, jenayah ini sangat keji. Ia harus diberi perhatian dan diperbincangkan oleh masyarakat. Isu rogol bukan soal anak kau atau bukan anak aku tetapi keprihatinan masyarakat perlu wujud untuk mengelak trauma berpanjangan kepada mangsa.
Pendedahan eksklusif dari Majalah Remaja Online ini bakal membuatkan jantung anda tercabut.
Jika kita memikirkan bahaya wujud di luar, dalam rumah yang sepatutnya menjadi selamat sebagai tempat berlindung, sebenarnya jauh lebih tidak selamat buat anak-anak dan gadis remaja khususnya mereka di bawah usia 15 tahun ke bawah.
Kenapa?
Pendedahan dalam satu temuramah bersama Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita & Kanak-Kanak dari Ibu Pejabat Polis DRaja Malaysia Bukit Aman, Supt Siti Kamsiah Hassan, 48 bakal membuatkan kita terfikir, betapa kroniknya hati manusia bertopengkan nafsu ini.
Jenayah ada di mana-mana dan penjenayah hanya menunggu peluang tersebut – Supt Siti Kamsiah Hassan
Statistik dikeluarkan oleh unitnya memaklumkan, 89 peratus jenayah rogol di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun antara 2015-2017 berlaku dalam rumah dan perogolnya sangat dekat dan dikenali oleh mangsa sendiri. Hanya 11 peratus jenayah ini terjadi dari persekitaran luar.
Siapa pelaku paling keji yang merosakkan masa depan anak-anak ini? Sebagai gadis bawah umur, rasa takut, tidak berdaya selain tidak tahu hendak mengadu kepada siapa selepas jenayah ini terjadi antara asbab jenayah rogol ini terus meningkat.
Bapa paling tinggi lakukan jenayah ini
Ternyata carta paling keji ini diungguli oleh bapa kandung yang menanam benih terhadap anak sendiri dengan peratusan sebanyak 25.5 peratus. Keji dan sungguh kejam!
Mungkin tidak pernah puas atau cuba menunjuk “handal” habis anak-anak dalam usia sangat muda menjadi mangsa kebinatangan ini. Bapa yang disifatkan sebagai pelindung dan bakal wali kepada anak perempuan ini ternyata musang berbulu ayam.
Haruan makan anak. Barangkali kali istilah haruan makan anak ini wajar ditukar kepada istilah PEROGOL DALAM RUMAH. Benarlah kata orang, di kalangan manusia ada juga berperangai binatang tetapi dalam kelompok binatang tiada seperti manusia.
Ternyata berdasarkan statistik bagi ketiga-tiga jenayah rogol, sumbang mahram dan seks luar tabie, kebanyakan kes melibatkan orang yang mangsa kenali.
So girls, beware dengan persekitaran kerana jenayah boleh bertukar pada bila-bila masa.
Siasatan akan dilakukan jika ada aduan
Dalam pada itu, jelas Supt Siti, pihak polis akan memulakan siasatan berdasarkan aduan.
“Sesetengah kes dilaporkan oleh ibu kepada mangsa. Ada juga dari lain-lain seperti saudara mara dan sebagainya. Sepatutnya, dalam menangani isu rogol ini, satu tindakan segera wajib diambil kalau kita tahu lebih awal.
“Tapi ada juga kes di mana ibu bertindak menyembunyikan kes kerana bimbang bercerai, diceraikan atau hilang tempat perlindungan. Dalam kes melibatkan kanak-kanak bawah umur, pihak polis biasanya akan membuat siasatan rapi. Membawa mangsa ke hospital, menjalani ujian dan dalam masa sama, kes ini akan dipanjangkan ke pihak JKM untuk sesi perlindungan dan kaunseling.
“Kita membantu mereka untuk pulih dari trauma. Sokongan emosi sangat penting buat mangsa. Pada usia mereka, sesetengahnya belum faham tentang apa yang berlaku,” katanya lagi.
Akta Digubal Lebih Melindungi Kanak-Kanak
Dalam memastikan nasib kanak-kanak di bawah umur terus dilindungi, mulai Julai tahun ini, satu akta baru yang lebih spesifik dalam menangani kesalahan seksual terhadap kanak2 telah dikuatkuasakan iaitu Akta Kesalahan Seskual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Akta ini juga turut memperuntukkan seksyen kesalahan pornografi dan pengantunan kanak-kanak yang sebelum ini tiada diperuntukkan di dalam mana-mana undang-undang di Malaysia. Malah di bawah akta ini juga memperuntukkan hukuman penjara dan sebat tambahan jika pelaku jenayah adalah orang yang diberi amanah seperti guru, ahli keluarga, pengasuh dan lain-lain.
“Akta ini bukan sahaja memperuntukkan hukuman penjaranya lebih tinggi bahkan diperuntukkan hukuman sebatan, “katanya ketika ditemui di pejabatnya.
Kanak-kanak seharusnya dilindungi
Ibu Takut Buat Aduan Kerana Takut Diceraikan Selain Hilang Mata Pencarian
Dalam pada itu Supt Siti turut memaklumkan, ada sesetengah kes jenayah rogol di rumah tidak diadukan kerana ibu berasa takut hilang punca pendapatan.
“Dalam sesetengah jenayah rogol di rumah, pelaku menggunakan kuasa utamanya. Mereka mengugut untuk bertindak lebih jauh jika kes diadukan kepada pihak berkuasa. Masa yang sama, pelaku juga bertindak sebagai penyara keluarga. Ibu atau isteri yang tidak bekerja selalu berasa serba salah dalam hal ini kerana mereka tiada sumber pendapatan.
“Kita sangat berharap stigma ketakutan ini dapat diatasi agar jenayah ini dapat dikurangkan,” katanya yang terus mengingatkan masyarakat untuk lebih berhati-hati kerana jenayah sentiasa wujud.
“Penjenayah biasanya menunggu peluang. Mereka tahu bila hendak bertindak. Masa yang sama, jika jenayah bermula dari rumah, pelakunya menggunakan kuasa yang ada. Jadi pihak polis amat berharap masyarakat sekeliling lebih peka demi memastikan kanak-kanak di bawah umur ini dilindungi sepenuhnya.
Bantulah anak-anak teraniya ini
Apa Peranan Kita Sebagai Masyarakat?
Apa tanggungjawab sosial kita sebagai masyarakat? Jika kita ternampak sesuatu yang mencurigakan, mengetahuinya, mendengar cerita dan lain-lain lagi, buat aduan segera ke balai polis. Biar pihak polis jalankan siasatan dengan teliti dan jika benar wujudnya jenayah, hukuman pasti akan dijatuhkan.
Buat gadis remaja di luar sana, hati-hati dengan jenayah rogol ini. Jangan takut buat aduan jika pernah terjadi kepada anda.
Sokongan kawan jika mengetahui hal ini, jangan segan untuk cerita pada guru agar satu siasatan dapat dilakukan. Jangan sampai kawan anda terlibat menjadi mangsa rogol, cabul atau liwat.
Jika anda pelajar universiti, pergi saja buat laporan ke balai polis. Jangan malu untuk bertindak.
Jenayah rogol dari rumah ini perlu dibanteras sehabis-habisnya.
Rumah seharusnya menjadi tempat selamat, bukan neraka dunia buat gadis di bawah umur.
Jom sertai kempen ini:-#StopPerogolDalamRumah.
TONTON VIDEO DI BAWAH TENTANG JENAYAH MENAKUTKAN INI!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.