Drama bersiri Emily in Paris kembali lagi di platform strim atas talian, Netflix dengan musim ke dua. Masih menduduki tangga 10 drama paling popular di kalangan penonton Malaysia.
Semuanya gara-gara mood & feel drama ini yang mudah diikuti oleh penonton.
Paling menarik, penulis terpegun dengankecantikan dan kecomelan bintang utamanya, Lily Collins dalam siri ini. Malah, baju dan fesyen dalam Emily In Paris Season 2 semua onzz. Berbanding dengan musim pertama, siri drama kali ini tak dinafikan lebih cantik-cantik pakaian dan fesyennya.
Jom tengok Outfit Of The Day (OOTD) yang mana paling cantik dalam Emily In Paris Season 2!
Vintaj Dengan Off-Shoulder Dress & Headband
Foto Via www.bustle.com/style
Lily Collins yang memainkan watak Emily telah tampil dengan off-shoulder dress yang bermotifkan corak hati yang berwarna merah. Ditambah pula dengan headband putih sebagai pelengkap gaya.
2. Color Blocking Buatkan Penampilan Lebih Segar
Foto Via www.bustle.com/style
Emily memilih baju berkolar berwarna pink yang mempunyai jalur biru dan hijau bersama printed mini skirt hijau. Bahagian luar pula dia mengenakan oversized blazer berwarna hijau dengan butang yang berwarna emas.
Ads
Foto – Pinterest
Dilengkapkan gayanya dengan beg tangan berwarna hijau zamrud dan kasut tumit tinggi bertali berwarna hijau dan ungu.
Tiga Sekawan Yang Fashionista Semasa Bercuti
Foto Via www.bustle.com/style
Emily memakai ruffle dress berwarna ungu dengan kasut tumit tinggi berwarna pelangi.
Mindy (Ashley Park) pula memakai crop off-shoulder berwarna kuning, seluar pendek berwarna lavender dan kasut tumit tinggi berwarna perak. Manakala Camille (Camille Razat) mengenakan oversized blazer dan mules berwarna putih. Gayanya dilengkapkan dengan sepasang kaca mata yang chic!
4. Mixed Print Mesti Ada!
Foto Via www.bustle.com/style
Mengenakan mini dress polka dot yang mempunyai corak bunga mawar, Emily menggabungkan gayanya dengan bucket hat yang mempunyai cetakan warna putih dan hitam serta pump heels yang bermotifkan garis-garis merah.
Ads
5. Lebih Stail Dengan Bucket Hats & Boots
Tidak terlepas gaya jalanan, Emily mengenakan mini dress dengan bucket hat monokrom, knee-high boots berwarna coklat. Disertakan kot yang dicetak corak bunga kuning dan sarung tangan kuning sebagai pelengkap gayanya.
6. Serba Kuning Pilihan Si Emily
Untuk adegan dalam Emily In Paris Season 2, Lily telah memakai beret kuning yang dipadankan dengan beg tangan kuning, sarung tangan kuning, plaid jacket dan printed dress miliknya.
Simple tapi comel bila Emily mengenakan strapless dress berwarna hitam yang digabungkan dengan pink bow yang besar di bahagian dadanya.
8. Mix & Match Seperti Profesional
Tak dinafikan Emily sangat pandai bergaya apabila dia mula mix and match pakaiannya iaitu checkerboard top dipadankan dengan multi printed mini skirt, knee-high boots berwarna ungu dan printed chain bag.
Cantik-cantik kan fesyen kali ini dalam Emily In Paris Season 2?
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ramai yang tidak selesa bila badan mulai panas. Ditambah batuk dan selsema yang hadir dalam pakej yang sama.
Bagi yang bekerja, kita akan bertemu doktor untuk dapatkan ubat selain surat sijil sakit. Masalah batuk, selesema dan demam ini adakalanya melarat ke dua tiga hari. Paling kasihan jika melibatkan kanak-kanak.
Ternyata perkongsian dari Public Health Malaysia mengenai khasiat GARAM yang mana ia merupakan penawar bagi demam, batuk dan selsema buatkan terfikir-fikir tentang khasiatnya.
Garam kasar selalu digunakan dalam masakan gulai. Apa kata lepas ini beralih kegunaan sebagai agen antibiotik. Boleh juga guna garam halus
Baca perkongsian ini.
Sekiranya anda mengalami demam selsema ( demam/ batuk/ sakit tekak/ selsema), air garam merupakan antara rawatan yang berkesan dan mudah.
Bagaimana ia bertindak?
Sel tubuh akan menggunakan klorida dari garam untuk menghasilkan hypoclorus acid , iaitu cecair peluntur yang berfungsi sebagai pemusnah virus.
Untuk masalah selsema, titiskan air garam di hidung. Selain membunuh virus, ia juga berfungsi sebagai agen mencairkan mukus pekat yang menyumbat saluran pernafasan.
Bagi gejala sakit tekak dan batuk, kumur air garam 3 kali sehari untuk melegakan gejala dan merawat jangkitan.
Hasil kajian ringkas penyelidik mendapati, dengan menggunakan kaedah ini,
– jangkitan dapat sembuh lebih pantas dalam tempoh kurang 2 hari.
– risiko menyebarkan kuman kepada orang lain di kurangkan
– dapat mengelakkan dari perlu mendapatkan rawatan di klinik dan menjimatkan kos
– dapat mengelakkan penyalahgunaan antibiotik
Secara purata, seorang individu akan mengidap demam selsema 3 kali setiap tahun. Selain menyebabkan rasa tidak selesa, komplikasi serius seperti pnemonia juga boleh berlaku.
Dapatkan pemeriksaan lanjut jika masih tidak sembuh atau keadaan semakin teruk.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemergian pereka fesyen terkenal tempatan, Putra Aziz yang merupakan sebahagian daripada duo yang bertanggungjawab membangunkan jenama Cosry sejak tahun 2004 telah membuatkan ramai bersedih.
Golongan selebriti terutamanya begitu terkesan apabila menerima berita dukacita itu sejak jam 8.30 malam tadi. Ini memandangkan mereka ialah di antara insan rapat yang pernah bekerjasama dengan Putra sebelum ini.
Tentunya korang masih ingat bagaimana Cosry merealisasikan pelbagai rekaan gaun perkahwinan para selebriti terutamanya gaun milik pelakon, Anzalna Nasir pada tahun 2016.
Menerusi hantaran di Instagram, Anzalna mengimbas semula kisah di sebalik penghasilan gaun yang diinspirasikan daripada animasi Barbie ‘Mariposa & The Fairy Princess’.
“Baru kelmarin post baju pengantin Anzalna di Instagram Story. Malam tadi dapat berita abang Put sudah tiada. Macam tak percaya! Hanya gambar jadi kenangan.
“(Saya) tidak pernah lupa jasa arwah abang Putra yang bertungkus-lumus menyiapkan (gaun perkahwinan) sampai bangun pengsan, bangun pengsan dia cakap; hanya kerana hendak buat Anzalna gembira.
“Sampai sekarang, (gaun perkahwinan) masih menjadi bualan. Betapa bertuah Anzalna dapat menyarungkan wedding dress Mariposa hasil tangan abang Put and the team. Semoga abang Put ditempatkan bersama orang yang beriman,” catat jelitawan itu.
Dalam pada itu, adik Anzalna iaitu Afifah Nasir yang juga merupakan seorang pelakon berkata hajatnya untuk menyarungkan gaun perkahwinan ciptaan Arwah Putra untuk Cosry tidak kesampaian.
“Abang Put, tak dapat nak merasa abang Put buat baju kahwin. He will be missed. Semoga tenang di sana abang Put sayang,” katanya.
Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, dunia fesyen tempatan menerima suntikan baharu apabila jenama pakaian dari China, CABBEEN, berkolaborasi bersama label streetwear tempatan, 2AM menerusi sebuah pop-up eksklusif di The Starhill, Kuala Lumpur pada 4 Mac hingga 8 Mac lalu.
Lebih daripada sekadar ruang pameran, selama lima hari, ruang ikonik itu berubah menjadi sebuah area fesyen futuristik menampilkan gabungan ‘tailoring’ berkarakter, instalasi seni bina diinspirasikan daripada bentuk bagasi berskala besar serta inovasi kasut cetakan 3D yang mencuri perhatian.
Difahamkan, konsep ruang ini direka untuk membawa pengunjung menyelami imaginasi masa depan fesyen, di mana rekaan potongan klasik dipadukan dengan estetika urban yang berani serta sentuhan futuristik. Hasilnya, pop-up ini hidup seperti sebuah galeri fesyen interaktif yang hidup, meraikan pertembungan antara gaya, seni dan inovasi.
Inovasi kasut cetakan 3D jenama 2AM
Kolaborasi CABBEEN X 2AM ini juga penting bagi CABBEEN memperluaskan pengaruhnya ke pasaran antarabangsa. Sebagai salah satu jenama China yang semakin mendapat perhatian global, kehadiran mereka di Kuala Lumpur memperlihatkan keyakinan terhadap pasaran Malaysia, selain mengukuhkan imej jenama yang menggabungkan identiti budaya dengan pendekatan fesyen kontemporari.
Namun antara tarikan paling mencuri tumpuan sudah tentu koleksi kasut sneaker inovatif daripada 2AM yang menggunakan teknologi cetakan 3D generasi baharu, kasut-kasut ini menampilkan struktur jaringan bernafas 360 darjah yang ringan tetapi tahan lasak.
Antara koleksi kasut yang mencuri perhatian seperti Awake, Rocker, Evolve dan Hybrid memperlihatkan siluet dramatik dengan struktur yang unik, menjadikan setiap langkah seolah-olah satu pernyataan gaya.
Inovasi cetakan 3D ini juga memberikan kelebihan dari segi keselesaan serta pendekatan yang lebih mesra alam, sambil menonjolkan visi masa depan kasut yang semakin berasaskan teknologi.
Nadhir Nasar antara selebriti yang hadir memeriahkan pelancaran kolaborasi Cabbeen X 2AM
Bagi peminat fesyen urban, kerjasama CABBEEN X 2AM ini turut membuka peluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana estetika global bersatu dengan inovasi rekaan dari Asia. Dengan konsep ruang yang menyeluruh dan koleksi eksklusif terhad, pengalaman ini memberi sekilas pandang ke arah masa depan fesyen yang fleksibel digayakan tanpa mengira jantina.
Sementara itu, acara pelancaran pop-up CABBEEN X 2AM ini juga diserikan dengan kehadiran figura terkenal seperti Nadhir Nasar, Zarif Ghazzi, pereka fesyen Hatta Dolmat, serta bekas finalis Dewi Remaja 2025, Camelia Natasya, selain ramai lagi tetamu jemputan dari dunia fesyen dan hiburan yang hadir untuk menyaksikan sendiri gabungan gaya dan inovasi yang dipersembahkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!