Penyanyi terkenal, Lisa daripada kumpulan popular BLACKPINK baru-baru ini meraih perhatian apabila dikhabarkan telah membawa haluan masing-masing dengan Frédéric Arnault, pewaris kepada konglomerat barangan mewah terbesar dunia, LVMH.
Menerusi sebuah laporan yang diterbitkan oleh Vanity Fair, majalah antarabangsa itu menyentuh secara ringkas mengenai status hubungan Lisa dan Frederic dalam artikel khas yang mengupas perjalanan hidup bintang K-Pop berkenaan sebagai figura global serta cabaran di sebalik populariti luar biasa beliau.
Dalam laporan tersebut, Vanity Fair menyatakan bahawa Lisa atau pemilik nama sebenar Lalisa Manobal (29) dipercayai menjalinkan hubungan dengan Frederic sejak pertengahan tahun 2023. Namun, majalah itu turut memberi bayangan bahawa pasangan berkenaan berkemungkinan telah membawa haluan masing-masing, sekaligus menghidupkan semula spekulasi yang pernah berlegar dalam kalangan peminat sebelum ini.
Kredit foto: Vanity Fair
Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan rasmi diberikan oleh kedua-dua pihak berhubung hubungan mereka. Malah, Lisa juga dilaporkan memilih untuk tidak mengulas mengenai kehidupan peribadi ketika sesi temu bual bersama majalah berkenaan.
Sebaliknya, pelantun lagu ‘Lalisa’ dan ‘Rockstar’ itu lebih selesa berkongsi mengenai cabaran yang perlu dihadapinya sebagai seorang selebriti bertaraf dunia, termasuk kehilangan privasi akibat perhatian berterusan daripada orang ramai dan peminat.
Ads
Di samping itu, ketika ditanya mengenai minat segelintir pihak terhadap kisah percintaannya, Lisa mendedahkan pengalaman berdepan peminat obsesif atau lebih dikenali sebagai “sasaeng” yang sanggup menceroboh ruang peribadi selebriti.
Pada masa yang sama, Lisa turut mengakui kehidupan sebagai selebriti terkenal bukanlah sesuatu yang mudah walaupun dia menghargai sokongan yang diberikan peminat selama ini.
Untuk rekod, khabar angin hubungan antara Lisa dan Frederic mula menjadi bualan ramai selepas mereka dilihat bersama di Paris pada tahun 2023. Kehadiran Lisa bersama beberapa ahli keluarga Arnault pada beberapa acara sebelum ini turut mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk dakwaan mengenai kemungkinan mereka bakal mendirikan rumah tangga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak dapat REMAJA nafikan, TWICE merupakan antara grup K-pop wanita yang paling popular di Korea dan dunia. Dianggotai oleh seramai 9 orang gadis cantik yang terdiri daripada Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chayoung dan our personal favourite, Tzuyu!
Grup yang ditubuhkan sejak tahun 2015 ini juga telah menampilkan album baru mereka kira-kira dua bulan lalu iaitu ‘What Is Love?’.
Dan berita baik untuk peminat TWICE di Malaysia kerana mereka akan datang ke nagara kita pada 28 Julai nanti bagi menjayakan konsert ‘TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park’ bertempat di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam.
Korang semua sudah biasa melihat wajah mereka yanhs sentiasa tampil cantik di dalam muzik video dan program TV, bukan? Pernah tengok wajah mereka yang polos dan tanpa mekap?
Haaa, jom ikuti paparan K-pop istimewa REMAJA kali ini.
1.
MOMO
Dia biasanya tak takut mencuba bereksperimen dengan wajahnya. Tapi dengan wajah tanpa solekan pun still nampak ayu gitu!
2.
CHAEYOUNG
Walaupun tanpa solekan, wajahnya masih bersinar. Masil comel & kyeopta! 🙂
3.
NAYEON
Digelar visual goddess di kalangan peminat. Well, no wonder why!
4.
JIHYO
Lihat saja kulit Jihyo yang licin tanpa sebarang solekan. Woah!
5.
DAHYUN
Bak kata orang kalau dah cantik memang tak perlu try hard sangat!
6.
SANA
Nampak macam malu-malu dengan wajah tanpa solekan. Don’t worry Sana, you look great!
7.
TZUYU
Maknae atau ahli paling muda TWICE yang berasal dari Taiwan ini merupakan definisi kecantikan luar biasa.
8.
JEONGYEON
Nampak macam tomboi tapi masih kekal cantik tanpa solekan.
9.
MINA
Your girl next door! Nampak innocent sangat Mina tanpa solekan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ke mana sahaja susuk badan ini pergi kehadirannya pasti akan menarik minat orang awam. Berbeza benar popularitinya sebelum dan selepas pilihanraya. Itulah YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pemimpin muda Pakatan Harapan yang namanya kian disebut-sebut dek kerana kelantangan serta kehebatannya berbahasa.
Bila tengok beliau berhujah ramai yang tidak menyangka jejaka yang telah dipilih oleh penduduk Muar untuk menjadi menjadi Ahli Parlimen mereka baru sahaja berusia 26 tahun.
Menjadi salah seorang pemimpin muda dan ikon generasi belia Pakatan Harapan, Syed Saddiq telah membawa nafas baru dalam dunia politik tanah air.
Sebelum PRU14baru-baru ini, REMAJA pernah menampilkan artikel tentang hasrat Syed Saddiq dan Pakatan Harapan untuk memberikan tumpuan kepada e-sport dan juga membina stadium e-sport. Ia juga merupakan antara intipati yang turut terkandung dalam manifesto PRU14 Pakatan Harapan.
Syed Saddiq yang juga merupakan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini sekali lagi menegaskan tentang kesungguhan beliau untuk menjadikan manifesto tersebut sebagai realiti. Selepas diberi mandat oleh rakyat dan membina ‘Malaysia Baru’, Syed Saddiq terus melaungkan hasrat anak muda yang ingin melihat e-sport terus dibawa ke peringkat lebih tinggi.
Menurutnya, kerajaan akan komited untuk membantu generasi muda yang ada potensi menerusi pembangunan stadium e-sukan.
Jelasnya lagi, e-stadium yang dimaksudkan bulahlah bersifat kepada pembangunan infrastruktur tetapi lebih kepada fasiliti. Jumlah orang muda yang menjadi pemain e-sport semakin hari semakin meningkat dan jumlahnya semakin besar terutamanya di kalangan anak muda berusia 25 tahun ke bawah.
Negara kita kini mempunyai banyak bakat-bakat muda yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai pertandingan e-sport. Malah, ia juga telah dicadangkan untuk menjadi salah satu acara Sukan Olimpik pada tahun 2024.
E-sport tidak lagi harus dipandang sebagai hanya hobi atau aktiviti yang membuang masa. Dengan pendedahan yang baik serta galakan daripada masyarakat dan kerajaan, bakat-bakat e-sport akan terus cemerlang mengharumkan nama negara.
Sumber: Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas taman tema ESCAPE Penang dibuka kira-kira tiga tahun yang lalu, kini korang bakal menikmati pusat rekreasi indoor yang bakal dilancarkan di Paradigm Mall, Petaling Jaya.
Dengan lebih daripada 100 buah kedai dan 50 restoran yang terdapat dalam shopping mall tersebut, selepas ini korang juga boleh beriadah bersama keluarga dalam satu pit stop sahaja. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Hiks!
Bertempat di bersebelahan Lebuhraya Damansara-Puchong, kami pasti ESCAPE Challenge Indoor Theme Park ini akan mendapat sambutan yang baik dari individu yang tinggal berhampiran Lembah Klang. Aktiviti hujung minggu korang boleh diisi dengan melakukan riadah sihat bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.
Tempat ini menyediakan aktiviti-aktiviti seperti flying trapeze, ziplines, wall climbing, reverse bungee dan banyak lagi. Semuanya lebih kurang seperti di ESCAPE Penang.
Dah tak perlu nak pergi jauh-jauh lagi, selepas ini korang hanya perlu ke Paradigm Mall untuk menikmati keseronokan dalam melakukan aktiviti lasak. Tambahan pula, ianya dibina di dalam shopping mall, jadi kuranglah sikit rasa terik mentari tu kan. Hiks!
Namun begitu, tarikh perasmian masih belum diumumkan.