Berita

Lisa BLACKPINK Bakal Cipta Sejarah Di Pentas Pembukaan Piala Dunia 2026

Share

Demam FIFA World Cup 2026 semakin terasa apabila FIFA baru-baru ini mengumumkan barisan artis antarabangsa yang bakal menjayakan persembahan pembukaan rasmi kejohanan bola sepak paling berprestij dunia itu.

Antara nama yang paling mencuri perhatian pastinya Lisa, Katy Perry dan Future yang bakal menggegarkan pentas di Stadium SoFi, Los Angeles pada 12 Jun depan.

Pertama Kali Dalam Sejarah FIFA

Buat pertama kalinya dalam sejarah kejohanan, FIFA akan mengadakan tiga majlis persembahan pembukaan serentak di tiga negara penganjur iaitu

United States, Mexico dan Canada.

Langkah tersebut diambil bagi meraikan format baharu FIFA World Cup 2026 yang kini melibatkan 48 pasukan bertanding.

Lisa Jadi Artis Solo Asia Tenggara Pertama

Apa yang lebih membanggakan, Lisa bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi artis solo pertama dari Asia Tenggara yang membuat persembahan di pentas pembukaan Piala Dunia.

Penyanyi kelahiran Thailand itu juga menjadi artis K-pop kedua yang menerima penghormatan tersebut selepas Jungkook daripada BTS yang pernah membuat persembahan pada edisi 2022 di Qatar.

Sudah semestinya berita tersebut membuatkan peminat BLACKPINK di seluruh dunia semakin tidak sabar menantikan aksi Lisa di pentas berprestij berkenaan.

Barisan Artis Hebat Turut Meriahkan Acara

Selain persembahan di Los Angeles, FIFA turut mengumumkan beberapa lagi barisan artis terkenal yang akan membuat persembahan di lokasi lain.

Majlis pembukaan di Estadio Azteca pada 11 Jun bakal menampilkan J Balvin dan Alejandro Fernandez.

Sementara itu, acara di Toronto pada 12 Jun pula akan membariskan Michael Bublé

dan Alanis Morissettesebagai penghibur utama.

Shakira Bakal Lancar Lagu Rasmi Piala Dunia 2026

Dalam pada itu, Shakira turut dilaporkan bakal melancarkan lagu rasmi FIFA World Cup 2026 berjudul Dai Dai.

Lagu tersebut merupakan hasil kolaborasi bersama Burna Boy dan dijadualkan menemui peminat pada 14 Mei ini.

Perlawanan Pembukaan Bakal Jadi Tumpuan

Untuk rekod, FIFA World Cup 2026 akan membuka tirai dengan perlawanan antara Mexico dan South Africa.

Dalam masa sama, skuad United States juga dijadual memulakan kempen mereka menentang

Paraguaysejurus selepas majlis persembahan di Los Angeles berakhir.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath