Tahniah diucapkan kepada lima remaja dan juga pelajar yang berasal dari Hulu Terengganu dan Johor Bahru bakal membawa nama negara ke kejohanan Swiss Robot Olympics, FIRST Global Challenge.
The 2019 FIRST Global challenge di Dubai. Foto via Ahmed Ramzan/Gulf News
Masing-masing baru berusia dalam lingkungan 15 hingga 17 tahun akan bertanding dalam kejohanan peringkat antarabangsa ini dan merupakan pertandingan robotik yang dianjurkan oleh FIRST atau For Inspiration and Recognition of Science and Technology dan buat pertama kalinya ia akan dianjurkan secara bersemuka di Geneva, Switzerland bermula 13 hingga 16 Oktober nanti!
Foto via FIRST Global Challenge Team Malaysia
Pasukan Malaysia bakal diwakili oleh 4 orang pelajar perempuan, Nur Aliah Sofiah selaku ketua pasukan, Lidya Marlynda sebagai duta pasukan, Muhammad Ammar Akhmal selaku programmer, Khayra Binti Zokree selaku editor media dan Nor Khairiah sebagai ketua dokumentasi siaran akhbar.
Setiap pasukan akan diberikan ‘kit’ standard untuk membina robot mereka sendiri untuk mengambil bahagian dalam acara di 2022 FIRST Global Challenge di Geneva nanti dan melalui kemaskini Facebook rasmi pasukan Malaysia, mereka telah menerima kit berkenaan pada 23 Ogos lalu.
Ads
Tahniah kepada lima pelajar muda yang terpilih ini. Semoga dengan pemilihan ini dapat menggalakkan remaja dan para belia di Malaysia untuk terus mengejar kecemerlangan dalam bidang robotik dan menyelesaikan ‘misi’ mereka pada tahun ini iaitu ‘Carbon Capture’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan setiap hari kita berada dalam keadaan gembira.Ada kalanya sangat stres apatah lagi diuji dengan pelbagai masalah.
Masalah boyfren tak jujur, masalah belajar, duit tak cukup, kesedihan dan macam-macam lagi.
Memang tak boleh lari dari masalah tapi kita harus mengelak mengikut cara disenangi. Salah satunya membaca komen-komen netizen yang ada kalanya menggelikan hati pada satu-satu kisah yang terjadi di dalam dan luar negara. Tak ketinggalan caption selamba mengenai gambar Smudge, kucing popular di seluruh dunia.
Smudge mula popular apabila tuannya, Mirinda meletakkan banyak sayuran di atas meja dan spontan reaksi Smudge menunjukkan rasa terkejutnya. Katanya lagi, Smudge memang suka berada sama di meja makan dan akan duduk di kerusi yang tidak diduduki seolah-olah bersama-sama menikmati makanan.
Namun bila nampak lebih banyak sayur di atas meja, spontan reaksinya sangat mengejutkan, hahaha.
Untuk pengetahuan korang, sejak gambar Smudge tular, ada berbagai bahasa dibuat termasuklah dalam bahasa Perak. Tak kurang juga yang meletakkan gambar-gambar pemimpin untuk tujuan berlawak (hokay, ini tak boleh diterima kot). Pendek kata netizen Malaysia memang kreatif, memang boleh hilangkan stres.
Baca caption mengenai Smudge yang viral di seluruh dunia.
Tapi sebelum tu, baca dulu mengenai Smudge yang mempunyai jumlah pengikut agak ramai. Kisahnya Smudge mula tular apabila seorang pengguna twitter, Missinggirl memuat naik bebenang gambar yang menggabungkan imej Smudge dengan babak Taylor Amstrong dari The Real Housewives Of Beverly Hills.
Hasilnya tweet itu meraih hampir 80 ribu diulang kicau dan hampir 300,000 tanda suka pada gambar berkenaan.
**media[52080]**
Terkini, gambar Smudge turut diguna ke filem Lorf Of The Ring dalam aksi yang agak lucu. Jika di Malaysia gambar Smudge mula menjadi trend, tetapi sebenarnya negara jiran termasuk Indonesia sudah menyiarkan berita itu lebih awal.
Banyak page-page dibuat atas namanya termasuk Table Cat @tablesmudgecat, Smudge Posting dan lain lagi.Smudge juga ada Instagram sendiri iaitu smude-lord dengan 790 follower. Korang boleh type nama Smudge dan tengok reaksi lucunya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kes polio, kini masyarakat perlu berjaga-jaga dengan jangkitan Influenza A pula kerana Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah mengesan dua kes jangkitan tersebut di Cyberjaya dan Klang tempoh hari.
Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan menerima laporan penutupan sekolah dibeberapa negeri antaranya Pulau Pinang dan Selangor ekoran terdapat pelajar yang disahkan positif Influenza A.
Menurut Sinar Harian, Pengarah Kesihatan Selangor berkata kes pertama positif Influeza A adalah di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya melibatkan 20 pelajar dan seorang guru yang mengalami demam, batuk dan selesema.
Di Klang pula, hanya satu kes dikesan melibatkan dua beradik dalam satu keluarga.
Jangkitan virus influenza bermusim hanya mengakibatkan demam selesema yang ringan pada individu biasa namun boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi antaranya kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan individu yang berpenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lelah.
Justeru itu, orang ramai digesa untuk sentiasa berjaga-jaga dan jika korang mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan hidung tersumbat, segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya gejala-gejala tersebut bertambah teruk.
Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika korang mempunyai simptom-simptom seperti yang disenaraikan.
Jangan ingat virus ini hanya dijangkiti oleh kanak-kanak sahaja, orang dewasa juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan Influenza A.
Gempar bila kedai makan laksa popular di Kedah dikatakan menjadi punca kepada dua kematian akibat keracunan makanan.
Menurut salah seorang anak mangsa, ibunya mula cirit-birit dan muntah-muntah tanpa henti selepas makan laksa.
Peristiwa ini berlaku kira-kira pada awal Oktober lalu..
Kes keracunan makan laksa popular yang didakwa dari Kampung Seri Landak, Kupang Kedah yang mengakibatkan dua mati sementara 10 lagi masih mendapatkan rawatan sememangnya satu berita mengejut dan masa yang sama amat menyedihkan.
Ekoran kejadian ini, Kementerian Kesihatan Malaysia sudah mengeluarkan notis arahan tutup sementara gerai laksa berkenaan selepas banyak mangsa mengalami cirit birit teruk selepas menikmati laksa yang amat popular ini kerana di katakan kuahnya berbau wangi dan rasanya amat sedap.
Laksa Kebok ini dikatakan amat popular kerana keenakan kuahnya yang berbau wangi dan viral di media sosialNotis penutupan laksa kebok oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Menurut anak salah seorang mangsa yang meninggal selepas memakan laksa ini, arwah ibunya, Raseah Ali Musa, 70 tahun mulai cirit birit dan muntah-muntah tanpa henti bermula jam 1 pagi Sabtu selepas makan laksa itu bersamanya, petang Jumaat.
Jelas Norliza Shaari, 46 tahun dari Kampung Kerunai di sini, dia sama sekali tidak menduga keterujaan pertama kali mencuba laksa terkenal dari Kupang, Baling itu membawa kepada kematian ibunya.
“Bayangkan bermula jam 1 pagi (Sabtu malam), saya dan aarwah emak mula sakit perut diselangi cirit-birit dan muntah-muntah berterusan sehingga tak bermaya. Emak sendiri membuang air besar lebih dari 20 kali, terlihat azab dilaluinya kerana kesakitan melampau.
“Bila melihat keadaan semakin teruk, kami ke Hospital Gerik. Emak menerima rawatan manakala saya pula turut dirawat kemudian, sekitar jam 10 pagi,” katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, keadaan kesihatan warga emas itu semakin buruk dan dipindahkan ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan susulan.
“Allahyarham emak tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di Ipoh pada jam 9 malam Jenazah emak dibawa balik ke kampung halaman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Padang Stang pada jam 11.30 pagi,” katanya.
Selain warga emas, seorang kelainan upaya, Abdul Rahim Abdul Manan, 28 turut meninggal dunia selepas didakwa menikmati laksa dari kawasan lokasi yang sama.
Menurut ayahnya, dia sama sekali tidak menyangka laksa kegemaran ahli keluarga menjadi punca kematian anak keduanya Sabtu lalu.
Abdul Manan (kiri) menceritakan kisah kematian anak keduanya akibat keracunan makanan kepada Fadzil (tengah) dan Dr Ahmad Safwan.
Abdul Manan Abdul Hamid, 58, berkata, anaknya Abdul Rahim Abdul Manan, 28, yang juga orang kurang upaya (OKU) sangat meminati hidangan laksa dibeli di sebuah kedai di Kampung Seri Landak, Kupang, Kedah.
“Petang Jumaat lepas saya beli tiga bungkus laksa di kedai itu untuk dinikmati lima ahli keluarga di rumah termasuk Allahyarham tapi pada sebelah malam, sekurang-kurangnya empat ahli keluarga kami termasuk Allahyarham dan saya sendiri mengalami sakit cirit-birit luar biasa.
“Kami pergi ke Hospital Gerik keesokan hari dan diberi ubat cirit-birit tapi keadaan kesihatan kami semakin buruk menyebabkan tiga ahli keluarga termasuk Allahyarham dimasukkan ke hospital pada sebelah malam,” katanya.
Abdul Rahim dari Kampung Gerik di sini, berkata demikian selepas menerima kunjungan Ahli Majlis Daerah Gerik, Fadzil Aziz dan Dr Ahmad Safwan di sini, hari ini.
Menurutnya, keadaan menjadi lebih malang apabila keadaan Abdul Rahim semakin serius dan dia akhirnya meninggal dunia pada jam 8.15 malam Sabtu lalu.
“Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gerik, semalam tapi pemergiannya amat mengejutkan kerana keadaan fizikalnya sihat sebelum ini. Saya memang selalu beli laksa di kedai itu (Kampung Seri Landak, Kupang) sebab memang kegemaran Allahyarham.
“Sekarang hanya saya masih dirawat di hospital, seorang lagi anak saya sudah dibenarkan balik ke rumah. Kami sekeluarga juga reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.
Tular di media sosial kononnya makan laksa dan membawa kepada kematian
Seorang lagi mangsa keracunan makanan, Mohammad Musa Zahedin, 21, dari Kampung Gerik, di sini mengakui fobia untuk menikmati laksa selepas mengalami masalah keracunan makanan terburuk dalam hidupnya.
“Selepas balik kerja Jumaat lepas saya nampak kakak ada beli laksa, jadi saya terus makan sebab lapar. Malam hari yang sama, saya sakit perut luar biasa hingga terpaksa buang air besar lebih 20 kali sebelum akhirnya dimasukkan ke hospital.
“Kakak maklumkan pada saya yang laksa itu dibeli di Kupang, Baling. Lepas ini, memang saya serik hendak makan laksa lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan dua mangsa maut akibat keracunan makanan, manakala lebih sepuluh pesakit terpaksa menerima rawatan di Hospital Gerik.
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail dalam satu kenyataan media berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung kes melibatkan kematian dipercayai akibat makan laksa di Kampung Seri Landak, Kupang Kedah, minggu lalu.
Semalam, kecoh di laman sosial apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status memaklumkan dua individu meninggal dunia akibat keracunan dipercayai selepas makan laksa dijual di gerai di Kampung Landak, Kupang.
*****
Walau bagaimanapun, pemilik gerai laksa tersebut turut membuat kenyataan bahawa perniagaannya telah dibina sejak 15 tahun lalu dan tiada sebarang bahan tambahan dimasukkan dalam laksa tersebut.
Harapnya kes ini dapat memberi pembelaan kepada kedua-dua pihak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.