Pernahkah kamu terfikir untuk intip status WhatsApp rakan-rakan tapi tak nak diorang tahu? Jangan risau, ada cara mudah untuk kamu lakukan ini tanpa meninggalkan jejak!
Empat cara untuk melihat status WhatsApp seseorang tanpa diketahui
Tutup ciri ‘Read Receipts’
Ya, menutup ciri Read Receipts bukan sahaja berfungsi pada mesej teks tetapi juga pada status WhatsApp. Jika anda menutup ciri Read Receipts, nama anda tidak akan terpampang di dalam senarai nama yang melihat status tersebut. Sama juga jika seorang kenalan anda menutup ciri Read Receipts mereka, anda juga tidak akan dapat melihat jika mereka ada melihat status anda atau pun tidak.
Berikut ialah cara untuk mematikan ciri Read Receipts pada peranti anda:
Buka WhatsApp dan seterusnya ke bahagian Tetapan (Settings).
Pilih ‘Privacy’ dan tatal ke bawah untuk ‘Read Receipts’. Akhir sekali, tukar kepada tutup.
Sila ambil perhatian bahawa cara ini juga akan menutup ‘Read Receipts’ untuk mesej anda dan orang lain tidak akan tahu apabila anda telah melihat mesej daripada mereka.
Ads
Tukar mod kapal terbang atau matikan internet peranti anda
Cara kedua terbaik untuk melihat status WhatsApp tanpa diketahui ialah apabila anda ‘offline‘. Sebaik sahaja anda melihat kenalan anda telah memuat naik status, matikan data mudah alih dan Wifi anda atau hanya tukar kepada mod kapal terbang.
Selepas anda memutuskan semua rangkaian, pergi ke WhatsApp sekali lagi dan lihat status mereka. Aplikasi komunikasi ini tidak akan dapat menjejak aktiviti anda kerana anda berada di luar talian dan oleh itu paparan anda tidak akan muncul dalam senarai penonton.
Anda juga boleh melakukannya menerusi WhatsApp Web. Buka web WhatsApp dalam tetingkap inkognito, pergi ke tab Status dan semak sama ada status yang ingin anda lihat ada di sana. Kemudian matikan rangkaian WiFi pada komputer riba/ desktop anda dan lihat status tersebut. Apabila selesai, tutup penyemak imbas supaya data tidak disimpan.
Ads
Semak folder Status WhatsApp (hanya untuk pengguna Android)
Jika anda seorang pengguna Android, anda mempunyai satu lagi trick yang boleh dilakukan. Terdapat satu bahagian pengurus fail pada peranti anda di mana semua fail WhatsApp termasuk status kenalan anda tersedia.
Membuka status melalui pengurus fail tidak akan memaklumkan kepada individu empunya status tersebut yang bahawasanya anda telah melihatnya kerana ia tidak dilakukan melalui aplikasi tersebut secara langsung. Untuk mengakses folder Status WhatsApp menggunakan file manager, ikuti langkah berikut:
Pergi ke ‘File Manager’ pada peranti anda.
Pilih ‘Internal Storage’ dan klik pada WhatsApp.
Pada tab ‘Media’, anda akan menemui folder ‘Statuses’. Seksyen ini akan memaparkan semua gambar yang pernah dikongsikan oleh kenalan anda seperti mana Status mereka.
Jika folder tersebut kelihatan, pergi ke tetapan ‘File Manager’ dan buka ‘Show hidden files’. Selepas itu ia pasti akan kelihatan.
Sila ambil perhatian bahawa folder ‘Status’ hanya menyimpan data selama 24 jam. Selain itu, ia hanya berfungsi apabila individu yang anda ingin cuba lihat statusnya mempunyai akaun WhatsApp mereka yang berpaut ke peranti mereka. Jika tidak, usaha anda akan sia-sia.
Ads
Lihat status WhatsApp menggunakan aplikasi pihak ketiga (atas risiko anda sendiri)
Tapi awas!!! anda perlu berhati-hati semasa menggunakan aplikasi ini. Sementara beberapa aplikasi pihak ketiga mendakwa berfungsi dengan lancar untuk anda, ia mungkin menimbulkan risiko keselamatan dan malah menjejaskan data anda. Lebih-lebih lagi, kerana mereka melanggar syarat perkhidmatan WhatsApp, pengguna mungkin disekat buat sementara atau selama-lamanya daripada aplikasi itu.
Walau bagaimanapun, jika anda benar-benar berminat untuk menggunakan aplikasi pihak ketiga, GBWhatsApp, Status Saver dan KidsGuard untuk WhatsApp adalah beberapa nama yang mendakwa menawarkan ciri tambahan di luar aplikasi WhatsApp rasmi.
Semoga panduan ini membantu anda dengan mudah untuk melihat status WhatsApp secara senyap-senyap.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggunaan komputer riba ataupun laptop bukan sahaja penting buat pelajar sekolah atau di universiti, malah tanpa adanya gajet tersebut sukar bagi kita untuk menyiapkan assignment pada kadar segera.
Banyak sudah rekaan laptop yang datang dan pergi mengikut perubahan teknologi serta keperluan. Terkini, trend remaja yang sukakan rekaan laptop nipis dan ringan, tetapi mempunyai spesifikasi hebat serta harga berbaloi-baloi pula menjadi rebutan.
Kami diperkenalkan dengan model laptop ACER Swift 3 yang mempunyai reka bentuk ultrathin. Seriously, skrinnya setebal 14.9mm sahaja dan hanya seberat 1.35kg. Bagaikan tidak terasa beban dalam beg untuk korang bawa ke mana-mana!
SPESIFIKASI DALAMAN
ACER Swift 3 dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce MX250 yang membolehkan pengguna memaksimumkan prestasi untuk bermain games, mengedit foto dan video serta sangat praktikal untuk melakukan kerja-kerja grafik yang sinonim dengan remaja sekarang.
Sebarang posting di media sosial yang memerlukan kerja-kerja editing tidak lagi menjadi masalah. ACER Swift 3 boleh menyokongnya sehingga 256GB PCle NVMe SSD dan 8GB onboard DDR4 untuk memberikan prestasi pantas serta cekap.
Tiada lagi masalah komputer hang di tengah jalan lagi, tugasan grafik korang akan berjalan dengan smooth saja.
Dari segi visual pula, ACER Swift 3 mempunyai kelebihan ACER Color Intelligence yang mengoptimumkan warna dan kecerahan skrin tanpa isu over saturation. Selain itu, ia juga dilengkapi teknologi ACER Bluelight Shield yang melindungi mata pengguna sekiranya terpaksa menghadap skrin untuk tempoh yang lama.
INTERNET PANTAS & PENGALAMAN MENONTON MENARIK
ACER Swift 3 dilengkapi dengan siri CPU Intel Core generasi kelapan dan boleh disambungkan ke talian internet menggunakan sambungan 4G/LTE serta platform Gigabit Wi-Fi 2×2 802.11ac. Talian korang akan kukuh dan konsisten. No more loadings for hours.
Kuasa pemproses teras quad-core Gen Intel 8 yang terkini juga khas bagi sebarang tugasan yang lebih kompleks di komputer riba ini.
Model Sparkly Silver.
Bagi penggemar drama bersiri dan filem pula, korang akan enjoy paparan skrin 14-inci Full HD yang menawarkan warna jelas sehingga 178 darjah sudut tontonan luas serta ciri-ciri lay-flat 180 darjah. Lalu tontonan skrin beramai-ramai akan menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.
ACER Swift 3 mempunyai jangka hayat bateri yang boleh bertahan sehingga 12 jam dengan hanya sekali cas.
Model Lava Red
Menarik bukan?
ACER Swift 3 didatangkan dalam 2 pilihan warna iaitu Sparkly Silver dan Lava Red. TBH kami amat menyukai warna Lava Red yang lain daripada yang lain serta nampak eksklusif, but the choice is YOURS!
ACER Swift 3 boleh didapati pada harga RM2,899 dan korang boleh melihat spesifikasi lengkapnya di laman web Acer. Sebarang pembelian juga boleh dibuat secara online atau di stor sah ACER di seluruh negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Situasi pandemik COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia memberi kesan yang amat teruk kepada kebanyakan daripada kita. Sehingga kini, masih ada yang bekerja dari rumah dan belajar secara online. Jadi, penggunaan laptop dan smartphone pada waktu ini adalah sangat-sangat penting.
Bagi individu yang tidak berkemampuan masih ada komputer riba yang dijual dengan harga bawah RM1,000. Untuk kegunaan pembelajaran atau kerja-kerja basic, kenapa tidak kita beli yang seadanya. Asalkan boleh menyiapkan kerja dengan sempurna.
Betul tak?
Jom kita lihat antara senarai komputer riba yang dijual bawah harga RM1,000.
HP EliteBook 8460P
OS: Windows 10
Grafik: Intel HD Graphic 3000
RAM:4GB
Storage: 128GB SSD
Skrin: 14 inch
CPU: Intel Core i5
Skrin seluas 14 inci HD memberi sokongan grafik dari graphic card Intel sendiri iaitu Intel HD Graphic 3000 sudah cukup untuk pengguna melihat paparan secara lebih jelas.
Walaupun RAM agak kecil tetapi ia tidak menunjukkan sebarang sifat lagging kerana laptop ini menggunakan ruang simpanan jenis SDD, lelbih baik berbanding HDD.
Dikuasakan dengan processor Intel Pentium N3710 Turbo Boost sekali gus mampu memberikan kelancaran ketika sesi pembelajaran. Walaupun menggunakan processor yang agak lama, namun ia masih mampu memberikan prestiasi yang memuaskan.
RAM yang diletakkan dalam laptop ini adalah 4GB dan mampu upgrade sehingga 8GB. Walau bagaimanapun, laptop ini sudah cukup lancar kerana menggunakan storage jenis SSD sebanyak 128 GB.
Beroperasi menggunakan Chrome Operating System (OS) yang dapat membantu pelajar dan pengajar untuk mengadakan sesi pembelajaran lebih menarik dan lancar. Bahagian paparan skrin seluas 11.6 inch sudah cukup untuk bawa laptop kemana-mana dan RAM sebesar 16GB sudah cukup untuk melancarkan kerja dan sesi pembelajaran.
Graphic card pula menggunakan Intel Integrated HD Graphic dan resolusi mampu mencapai setinggi 1366×768. Selain itu, bateri juga tahan lama setelah dicas penuh dan boleh digunakan hampir 10 jam bergantung kepada cara penggunaan.
Paparan skrin seluas 13.3 inch agak berbeza dengan laptop yang lain namun tidak menunjukkan sebarang perbezaan dari kadar refresh rate kerana laptop ini dilengkapi dengan graphic card Intel HD Graphic 4600.
Menggunakan processor dari AMD Vision E-300. Skrin seluas 11.6 inch HD dan graphic card yang digunakan bukan sahaja menyokong kerja yang berat malah pengguna juga bermain game yang ringan seperti CSGO atau Dota.
Menggunakan processor dari Intel Celeron N3050 yang menumpukan sepenuhnya kepada prestasi kerja. Skrin seluas 12 inci serta graphic card dari Intel HD Graphic agak okay sekiranya pengguna bukan seorang yang membuat kerja di luar seperti bawah cahaya matahari.
Menggunakan sistem operasi Chrome OS dan graphic card yang dipasang pula Intel HD Graphic 600 membolehkan pengguna bekerja di indoor. Laptop ini menggunakan OS darii Google iaitu Chrome OS jadi masalah lagging hampir tiada.
Laptop yang mempunyai processor Intel Core i5 sangat sukar dicari dengan harga serendah ini. RAM yang terdapat dalam laptop ini 4GB namun boleh di upgrade lagi mengikut kehendak pengguna. Storage simpanan pula sebesar 500GB dan skrin seluas 14 inci.
So, pilihlah yang sesuai dengan bajet korang okay?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terdapat banyak aplikasi telefon pintar yang telah mencetuskan kontroversi di banyak negara, and TikTok is up there in the high ranks.
Bermula 10 Januari lalu, Pakistan mengambil keputusan untuk mengharamkan TikTok selepas satu aduan dibuat oleh seorang penduduk di daerah Nowshera, Pakistan. Aduan yang diserahkan kepada portal Perdana Menteri Imran Khan itu telah membuka mata kerajaan Pakistan bahawa TikTok mendatangkan lebih banyak keburukan kepada remaja di sana.
Sebahagian kecil pengguna di sana menjadikannya platform untuk memuat naik video berunsur seksual inilah yang menjadikan TikTok dipandang sebagai aplikasi negatif.
Kalau korang masih ingat, Indonesia pernah mengharamkan TikTok tahun lalu untuk tempoh seminggu sebelum syarikat itu memadam kesemua kandungan lucah di dalamnya.
Terbaru semalam, Mahkamah Tinggi Madras di India menjatuhkan keputusan sama kepada aplikasi dari China itu. Sebab utamanya adalah kandungan pornografi yang memberi kesempatan kepada penjenayah seksual mengancam pengguna remaja perempuan TikTok. Hasilnya, Apple memadamkan aplikasi itu daripada senarai App Store mereka hari ini.
Kes di India ini difailkan pada 3 April lalu. Publisher TikTok kemudian mencabarnya atas alasan “pengharaman itu menidakkan hak pengguna TikTok di India”. Media India melaporkan bahawa kes ini akan terus dibicarakan pada 24 April ini.
Walaupun korang mungkin tak memuat naik kandungan TikTok yang tak senonoh, tetapi tindakan seorang pengguna lain yang melakukannya mempunyai efek domino.
Hm, apa pendapat korang? Adakah disebabkan tindakan sebahagian kecil masyarakat yang menyalahguna aplikasi itu, seluruh negara wajar diharamkan daripada menggunakan TikTok? Is that fair or it is a little bit far-fetched?
Menurut laporan, India mencatatkan lebih 240,000 juta muat turun di TikTok sepanjang ia diperkenalkan. Pada bulan Mac lepas pula, syarikat analitik Sensor Tower menganggarkan TikTok telah dimuat turun sekerap 36 juta kali daripada Google Play Store di seluruh dunia.
Whoa, itu baru dalam tempoh sebulan! Bayangkan betapa ramainya penduduk dunia yang menonton kandungan kurang senonoh yang ada.
Bagaimana pula nasib TikTok di Malaysia?
Adakah penggunaannya berada pada tahap kritikal ataupun masyarakat di sini tahu batasan mereka?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!