Terdapat banyak aplikasi telefon pintar yang telah mencetuskan kontroversi di banyak negara, and TikTok is up there in the high ranks.
Bermula 10 Januari lalu, Pakistan mengambil keputusan untuk mengharamkan TikTok selepas satu aduan dibuat oleh seorang penduduk di daerah Nowshera, Pakistan. Aduan yang diserahkan kepada portal Perdana Menteri Imran Khan itu telah membuka mata kerajaan Pakistan bahawa TikTok mendatangkan lebih banyak keburukan kepada remaja di sana.
Sebahagian kecil pengguna di sana menjadikannya platform untuk memuat naik video berunsur seksual inilah yang menjadikan TikTok dipandang sebagai aplikasi negatif.
Kalau korang masih ingat, Indonesia pernah mengharamkan TikTok tahun lalu untuk tempoh seminggu sebelum syarikat itu memadam kesemua kandungan lucah di dalamnya.
Ads
Terbaru semalam, Mahkamah Tinggi Madras di India menjatuhkan keputusan sama kepada aplikasi dari China itu. Sebab utamanya adalah kandungan pornografi yang memberi kesempatan kepada penjenayah seksual mengancam pengguna remaja perempuan TikTok. Hasilnya, Apple memadamkan aplikasi itu daripada senarai App Store mereka hari ini.
Kes di India ini difailkan pada 3 April lalu. Publisher TikTok kemudian mencabarnya atas alasan “pengharaman itu menidakkan hak pengguna TikTok di India”. Media India melaporkan bahawa kes ini akan terus dibicarakan pada 24 April ini.
Ads
Walaupun korang mungkin tak memuat naik kandungan TikTok yang tak senonoh, tetapi tindakan seorang pengguna lain yang melakukannya mempunyai efek domino.
Hm, apa pendapat korang? Adakah disebabkan tindakan sebahagian kecil masyarakat yang menyalahguna aplikasi itu, seluruh negara wajar diharamkan daripada menggunakan TikTok? Is that fair or it is a little bit far-fetched?
Menurut laporan, India mencatatkan lebih 240,000 juta muat turun di TikTok sepanjang ia diperkenalkan. Pada bulan Mac lepas pula, syarikat analitik Sensor Tower menganggarkan TikTok telah dimuat turun sekerap 36 juta kali daripada Google Play Store di seluruh dunia.
Ads
Whoa, itu baru dalam tempoh sebulan! Bayangkan betapa ramainya penduduk dunia yang menonton kandungan kurang senonoh yang ada.
Minat anak muda terhadap permainan video khususnya Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) bukanlah baru. Malah dapat dilihat rata-rata tanpa mengira usia cukup leka bermain permainan video ini termasuklah di kalangan pelajar universiti.
Menyedari minat anak muda dalam permainan ini, pengendali syarikat telekomunikasi baru, Yoodo mengumumkan kejohanan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile) Campus Championship 2019 untuk pertama kalinya bagi pelajar-pelajar di universiti.
Permainan video PUBG mendapat sambutan hangat dari semua kalangan peminat tanpa mengira usia.
Menjalin kerjasama dengan Tencent Games dan ESL, kejohanan di peringkat universiti ini menjanjikan hadiah wang tunai sebanyak RM60,000 dan bertarung mendapatkan Chicken Dinner kepada lebih 6000 pelajar universiti dan juga kolej di seluruh Malaysia. Tidak hanya wang tunai sebanyak itu, pemenang akan menerima pelan telco percuma selama setahun dari Yoodo dan menerima jemputan terus ke Grand Final Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2020.
Ketua Yodoo,Chow Tuck Mun semasa sidang akhbar mengumumkan PUBG Mobile Campus Championship Malaysia 20196000 pelajar universiti dan kolej bakal bertarung merebut Chicken Dinner dan merebut hadiah wang tunai RM60,000.
Menurut Chow Tuck Mun yang juga ketua Yoodo, matlamat mereka dalam industri e-sukan ini adalah untuk menggilap dan mencari bakat-bakat baru tempatan. Ia satu permulaan untuk pencarian bakat di kalangan pelajar yang berbakat besar di peringkat akar umbi.
“Kami tahu terdapat ramai gamer yang berbakat dan bakat mereka perlu dicungkil. Kami sendiri tidak sabar menyertai kejohanan ini,”katanya memaklumkan PUBG Mobile Campus ini akan bermula pada 24 September dengan tujuh pusingan kelayakan di serata Malaysia. Kejohanan akhir akan diadakan pada 24 November 2019 akan datang.
Bagi menghangatkan lagi pertandingan ini, peminat PUBG Mobile boleh menyaksikan kejohanan ini di viewing parties yang diadakan dengan kerjasama universiti berkaitan dan pelajar-pelajar. Ada pelbagai aktiviti dilakukan termasuk promo kejohanan, barangan eksklusif dan pertarungan antara pemain professional selama 28 hari di 14 buah universiti terpilih.
Untuk info lanjut, layari www.facebook.com/yoodoesports ataupun laman rasmi www.yoodo.com.my/pmcc2019
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alang-alang nak keluarkan duit beribu-ribu beli smartphone yang harganya boleh tahan mahal, apa kata kalau korang cari yang tahan lasak dan kalis air.
Tak ada la korang panik bila kena redah hujan lebat, smartphone pula basah dalam poket.
Jom kita lihat antara beberapa telefon pintar kalis air yang boleh korang dapatkan di pasaran.
1. iPhone X
Keupayaan sambungan 4G sepantas CAT12 dengan kelajuan muat turun 600 Mbps dan muat naik 150 Mbps membuatkan smartphone ini paling pantas dalam kategorinya tersendiri.
Dilengkapi dengan sensor kamera 12MP, kamera selfie 7 MP dan batteri 2716 mAh, iPhone X adalah di antara smartphone yang mempunyai kelebihan kalis air.
2. Samsung Galaxy S9+
Smartphone kalis air ini memiliki dual sim dengan kebolehan kamera Super Slow pada 960 fps serta Low Light feature dengan apertur serendah 1.5.
3. Sony Xperia XZ Premium
Dikenali sebagai salah satu model flagship, bermula daripada kapasiti 64GB ROM, 4GB RAM berserta dengan paparan 4K HDR yang sangat menakjubkan.
Lensa kamera utama 19 MP dan kamera selfie 13 MP, hasil rakaman dalam air sudah tentunya lebih hebat.
4. Samsung Galaxy Note8
Walaupun harganya agak mahal, tapi prestasi dan keupayaan smartphone ini tidak dapat ditandingi. Korang akan mendapat paparan Infiniti Super AMOLED display, dwi-kamera, powerful Snapdragon 835 processor dan 6 GB RAM.
5. Huawei P20 Pro
Smartphone terbaik dari Cina yang kalis air ini mempunyai kamera Leica yang ada tiga lensa untuk kesan bokeh dan optikal zoom yang tinggi. Untuk korang yang gila selfie, smartphone ini memiliki kamera hadapan resolusi 24 MP dengan bateri 4000 mAh.
6. Samsung Galaxy A8
Baru saja berada di pasaran pada Januari lalu, Samsung Galaxy A8 dilengkapi dengan pengimbas muda dan cap cari berkapasiti bateri standard dengan saiz storan 32GM ROM dan 4GB RAM.
7. LG G6
Model keluaran LG ini hadir dengan ciri-ciri inovatif seperti 5.7 inci full HD+ dan 13 MP kamera utama serta 5 MP kamera hadapan.
Smartphone ini juga tahan lasak dan masih mengekalkan rupanya yang konservatif.
8. Samsung A3
Antara smartphone kalis air yang termurah iaitu bawah harga RM1500 dengan resolusi kamera hadapan 13 MP serta apertur f/1.9 membuatkan tompok-tompok gelap dalam gambar korang jadi cerah.
9. HTC U11
Didatangi dengan skrin 5.5 inci IPS LCD dengan resolusi 2560 x 1440, Qualcomm Snapdragon 835 processor dan 12 MP kamera utama, 16 MP kamera hadapan.
Tapi janganlah pula korang sengaja pergi tenggelamkan smartphone tu dalam laut. Tapi kalau setakat terkena air hujan dan ketika bermain air di kolam renang tu tak perlulah korang risau. InsyaAllah masih selamat. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah ramai yang teruja dengan sistem update ios 15 bagi pengguna iPhone.
Ada yang dah update ke. Amacam best tak? Namun, bagi mereka yg belum update software terbaru ini, dan tidak menerima notis mengenainya, boleh memuat turun secara manual dengan pergi ke Settings > General > Software Update dan pilih download iOS 15. Saiz muat turun untuk iOS 15 adalah 3.12GB dan pastikan bateri korang cukup atau mengecas ketika mahu memulakan muat turun.
1. Focus
Foto Via macrumors.com
Focus membolehkan anda memberikan tumpuan mengikut situasi. Jika korang tidak mahu diganggu oleh notifikasi atau deringan dari iPhone dek memfokuskan mengejar tarikh akhir laporan kerja, sedang bersenam, memandu atau sedang tidur.
Pengguna iPhone boleh menetapkan siapa dibenarkan menghubungi, notifkasi mana boleh dipaparkan dan apakah aplikasi yang boleh diakses mengikut mod yang dipilih. Paling menarik jika anda tidak mahu diganggu, pengguna iPhone lain boleh melihat anda mengaktifkan mod fokus di dalam aplikasi pemesejan seperti Messages.
2. Account Recovery
Pada iOS 15 terdapat ciri baharu Account Recovery yang membolehkan pengesahan diberikan kepada kontak rapat yang dipercayai. Pengguna juga boleh memiliki kontrak rapat sebagai Legacy Contact yang boleh mengakses akaun Apple ID pemilik yang telah meninggal dunia. Gambar yang disimpan di iCloud misalnya boleh dimuat turun ke akaun peribadi sebagai kenang-kenangan.
3. Live Text
Live Text ialah ciri menarik yang selama ini memerlukan pengguna iOS menggunakan Google Photos atau Google Lens. Dengan Live Text kesemua ciri ini ditawarkan secara terbina pada aplikasi kamera iPhone dan pelayar Safari. Pada aplikasi kamera apabila ia mengesah teks, ikon membaca teks akan muncul. Pengguna kemudian boleh salin tampal teks alamat, nama perniagaan atau nombor telefon pada papan iklan misalnya.
4. Find My
Find My ditambah baik dengan ciri mengesan kedudukan peranti walaupun selepas ia dimatikan atau telah ditetapkan semula selepas hilang. Menurut Apple lokasi peranti masih boleh dijejak sehingga 24 jam selepas ia dimatikan atau ditetapkan semula oleh insan yang mungkin telah mencurinya.
5. FaceTime Dengan Bukan Pengguna Di Luar Ekosistem Apple FaceTime Link
Paling menarik, kini ciri eksklusif FaceTime pada peranti Apple kini akhirnya boleh diakses juga oleh pengguna peranti dengan sistem operasi yang lain. Kini tanpa peranti Apple sekalipun mereka boleh menggunakan FaceTime.
6. FaceTime Dipertingkat – Audio Spatial, Mod Portret,
Foto Via macrumors.com
Kepada pengguna ekosistem Apple pula, FaceTime semakin ditambah baik seperti akhirnya wujud mod potret yang mengaburkan latar belakang, audio spatial juga disokong bagi memberikan pengalaman perbualan dan mikrofon pula menyokong mod audio yang membolehkan bunyi latar disenyapkan supaya lebih jelas atau mod Wide Spectrum yang membenarkan audio persekitaran didengari sekiranya perlu.
7. SharePlay
SharePlay pula membolehkan kandungan video, muzik, gambar atau laman web bersama rakan secara atas talian. Apabila menonton video misalnya video boleh dikawal oleh kesemua pihak yang dijemput. Antara aplikasi yang menyokong ciri SharePlay ialah Apple TV+, TikTok, NBA, Twitch dan MasterClass.
8. Memoji
Foto Via macrumors.com
Memoji dipertingkatkan lagi dengan pelbagai gaya rambut, penutup kepala, aksesor, alat bantuan pendengaran dan 40 jenis pakaian. Pengguna kini boleh menghasilkan Memoji yang semakin hampir kelihatan seperti diri mereka sebagai ganti di alam maya. Orang Malaysia pun boleh pilihan tudung dan baju melayu tau. Menarik bukan?
9. Notifikasi
Notifikasi dikemaskini lagi oleh Apple dengan ikon aplikasi yang lebih besar dipamerkan. Notifikasi yang paling penting akan diberikan kepentingan supaya pengguna boleh memberikan perhatian kepada apa yang paling perlu dilakukan terlebih dahulu.
10. Safari
Tab yang dibuka disusun dalam bentuk grid yang lebih mudah dilihat. Kini Safari lebih menyerupai Chrome. Kesemua tab boleh dikumpulkan secara setempat dan diselarikan diantara peranti-peranti Apple lain yang dimiliki pengguna. Dengan ini penggunaan Safari merentas platform lebih sekata. Akhir sekali cari menggunakan arahan suara pada Safari turut boleh dilakukan bagi mereka yang tidak mahu menaip.
11. Wallet
Aplikasi Wallet semakin berguna kerana boleh menyimpan maklumat kunci elektronik, kunci hotel, kad pengenalan, kad vaksinasi Covid-19, kad pelajar dan juga kunci kereta. Dengan Wallet, iPhone menjadi pengganti kepada kunci-kunci fizikal. Perkongsian kunci antara ahli keluarga, anak-anak dan rakan sekerja juga boleh dilakukan sekiranya mereka juga mempunyai sebuah iPhone.
12. Photos
Photos meminjam beberapa ciri yang selama ini ditawarkan oleh Google Photos secara terbina. Ciri menghasilkan video memori, bagi yang mungkin tidak menyukai lagu yang disediakan, keseluruhan katalog Apple Music boleh digunakan sebagai muzik latar sekitar pengguna melanggan kepada perkhidmatan penstriman ini.
13. iCloud – iCloud+ Private Relay, Menyorokkan Alamat Emel Sebenar dan Storan Sementara
Foto Via macrumors.com
iCloud ialah perkhidmatan storan awanan perlu bagi semua pengguna ekosistem Apple. Dengan iOS 15, perkhidmatan ini dipertingkatkan dengan ciri Private Relay yang membolehkan pengguna melayari web dengan lebih selamat.Malah, iCloud turut membenarkan sandaran melebihi storan dilakukan ketika melakukan kemas kini peranti. Isu tidak cukup storan untuk melakukan sandaran sebelum kemas kini selesai.
14. Apple Health
Apple Health membolehkan data kesihatan dikongsi dengan ahli keluarga terdekat dengan selamat. Ini adalah ciri penting untuk memantau kesihatan ibu bapa yang berusia di kampung misalnya menerusi data yang dikumpul oleh Apple Watch. Ahli keluarga boleh dihubungi jika anomali dilihat pada degupan jantung misalnya.
Aplikasi Health juga boleh melihat perubahan trend kesihatan tubuh yang menjadi semakin baik ataupun buruk. Analisa kestabilan langkah juga boleh direkod dan dianalisa oleh pengguna. Amaran akan diberikan jika kestabilan langkah berkurangan dikesan.
15. Accessibility – Ciri Ketercapaian Untuk Golongan OKU Lebih Baik
Akhir sekali ciri ketercapaian (accessibility) membolehkan peranti dikawal dengan menggunakan bunyi pop, ee atau bunyi klik dari mulut. Ini membolehkan OKU yang tidak boleh menyentuh skrin masih boleh menggunakan iPhone. Data audiogram turut boleh diimport bagi membolehkan sistem audio iPhone menguatkan frekuensi tertentu berdasarkan ujian telinga yang telah dilakukan.
Selamat mencuba!
Sumber : Amanz.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming memaklumkan bahawa beliau kini mengambil tindakan undang-undang susulan insiden kebocoran data peribadi yang tular baru-baru ini.Menerusi satu hantaran...