Apa saja yang disarungkan oleh ahli kumpulan K-Pop, pasti akan ada peminat yang nak meniru gaya mereka.
Lebih-lebih lagi jika mereka berada di lapangan terbang, semua orang akan ternanti-nantikan stail ‘Airport Fashion’ ahli kumpulan. Walaupun hanya berbaju T putih (dah macam T-shirt Pagoda abah-abah), ia masih dianggap fashionable dan wajib ditiru!
Sempena konsert K-Wave Music Festival 3 yang akan berlangsung malam ini di Stadium Malawati Shah Alam, REMAJA tertarik dengan stail kumpulan K-Pop semasa mereka bersiap sedia untuk touch down di lapangan terbang KLIA.
Jom tengok siapa paling bergaya!
FT Island
Meskipun bergelar kumpulan rock hebat dari Korea Selatan, namun FT Island tak selalu mempamerkan imej rockstar mereka kecuali di atas pentas.
Cer tengok stail Hong-ki, Jae-jin, Min-hwan, Seung-hyun dan Joon-hoon yang sangat laidback. Nak naik kapal terbang untuk 5 jam setengahlah katakan. Sekadar baju T polos dan hoodiesweater. Cuma Seung-hyun je yang pentingkan gaya dengan berkemeja kemas dan menggunakan beg Gucci.
Agak-agak, siapalah yang ambilkan gambar Seung-hyun ni?
Masing-masing masih tampil berstail walaupun memilih gaya yang menyelesakan.
Hani (kiri) cantik dalam dress ala night gown dan beg sandang kulit. Solji (kanan) juga memilih stail dress labuh, cuma kali ini ia dengan strap spageti di bahagian luar. Corak berjalur dan lace sangat popular untuk trend fesyen tahun ini, so good job girls!
Ads
Sementara itu, LE (kiri) lebih gemarkan stail mom’s jeans dengan ankle boot. Selesa! Jeong-hwa (kanan) juga kelihatan cantik dan fashionable dalam persalinan putih – biru navy. Sesuailah dengan karakternya yang sukakan fesyen.
Lebih gemarkan warna solid, satu tona dan potongan baju yang lebih ringkas. AOA bagaimanapun tak kalah dalam bab berfesyen.
Ya, yang ringkas pun boleh nampak berstail jika pandang menggayakannya. Penulis tertarik juga dengan solekan ringkas pada wajah masing-masing dan pada pemilihan kasut mereka. Makin ramailah lepas ini yang suka memakai baju T labuh.
Ketika AOA tiba di KLIA semalam dengan jaket, sweater dan kot. Sejuk mungkin keadaan di airport.
BOYFRIEND
Turut menaiki penerbangan yang sama ialah kumpulan Boyfriend!
Mungkin mereka terlebih dahulu mengkaji keadaan cuaca semasa di Kuala Lumpur. Baju yang dipakai bersesuaian dengan keadaan panas di sini. Fabrik kapas, seluar longgar, baseball cap, fisherman’s hat dan kemeja nipis.
Jadi, stail kumpulan mana yang paling korang suka?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor popular, Fattah Amin memaklumkan bahawa kesihatan anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, kini dalam keadaan kurang baik.
Menerusi satu hantaran di InstaStory, bekas peserta Hero Remaja itu memberitahu bahawa dia telah berusaha beberapa kali untuk bertemu dengan Fatima di rumah bekas isterinya, Nur Fazura, namun tidak berjaya.
“Dah berapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima.
“Kasihan Fatima tak sihat, mohon doakan Fatima semua,” coretnya di InstaStory.
Pada masa sama, Fattah turut memuat naik tangkap layar gambar anaknya yang diambil dari Instagram. Dalam foto tersebut, Fatima dilihat sedang makan ubat yang dipercayai disuap oleh ibunya.
Bagaimanapun, keadaan kesihatan sebenar si kecil itu tidak dapat dipastikan.
Sekadar info, Fattah dan Fazura yang berkahwin pada 27 November 2017, telah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Selepas perceraian, hak penjagaan anak diberikan kepada Fazura, sementara Fattah diberikan hak lawatan dan bermalam bersama Fatima.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Semakin dekat tayangan filem Dilan 1991 di pawagam Malaysia iaitu bermula minggu hadapan (11 Julai), carian Google untuk filem-filem Indonesia juga semakin galak.
Kehadiran cahaya mata memang jadi penyeri dalam sesebuah rumah tangga. Tapi, siapa sangka momen berjaga malam bersama anak kecil sebenarnya menjadi antara kenangan paling berharga buat ibu dan ayah muda.
Baru-baru ini, personaliti media sosial yang juga seorang ibu muda, Dahlia Rizal, mencuri perhatian ramai di TikTok selepas berkongsi sisi kehidupan berkeluarganya.
Dalam perkongsian itu, dia meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami seperti Imran Aqil yang juga seorang pelakon dan pengacara.
Meskipun sibuk menguruskan puteri sulung mereka, Imran tetap kelihatan tenang dan tersenyum walaupun keletihan. Dahlia, dalam coretannya, meluahkan penghargaan terhadap pengorbanan suaminya itu.
“Badan Imran ingin rehat, otak sibuk fikir untuk cari wang dan hatinya ingin bersama kami.
“Tenang sayang, awak lakukan dengan baik. Kami bangga dengan awak. Di sebalik senyuman awak, saya tahu ada lelah yang disembunyikan.
“Terima kasih kerana terus kuat walau penat sayang,” tulisnya.
Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata di ruangan komen memuji sikap bertanggungjawab Imran sebagai seorang ayah dan suami, malah ada juga yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan ini.
“Semoga saya dapat lelaki seperti Imran. And for sure I’ll be the best for my future,” komen seorang pengguna.
“Jodoh adalah cerminan diri kita. So kalau nak jodoh yang baik, kita pun kena perbaiki diri jadi lebih baik. Yang penting jaga hubungan dengan Allah dulu okay my girl?” tambah seorang lagi pengguna.
“Semoga Allah jaga perkahwinan you dari segala musibah, Amin,” tulis netizen lain.
Sekadar info, pasangan ini sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Villa Istana Ayer Keroh, Melaka, pada September tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Yusra.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!