Dah lama kan kita tak ke pawagam untuk menonton filem baru?

 

Well, mungkin tak lama lagi, kita mungkin (ya pengulangan mungkin, kerana kemungkinannya masih diragui) dapat berkunjung semula ke pawagam terdekat – seawal bulan Julai.

Andaian ini dilakukan setelah pihak United International Pictures (UIP) Malaysia telah menyenaraikan tarikh tayangan untuk filem Hollywood bagi keluaran 2020 hinggalah akhir tahun 2021.

Buat masa ini, kita fokuskan dahulu kepada 6 buah filem yang dinanti-nantikan oleh peminat bagi tahun ini.

 

9 Julai

Untitled Next Purge Chapter

Lihat Filem Hollywood Yang Bakal Ditayang Di Pawagam Antarabangsa Mulai Julai Ini

Ini merupakan filem kelima dan terakhir dalam siri filem The Purge. 12 jam lagi diberikan untuk segala jenis jenayah dilakukan secara bebas.

 

3 September

A Quiet Place 2

IKLAN

Lihat Filem Hollywood Yang Bakal Ditayang Di Pawagam Antarabangsa Mulai Julai Ini

Filem sekuel yang paling dinanti-nantikan ini menceritakan tentang keluarga Abott yang masih terselamat selepas peristiwa ngeri yang berlaku di rumah mereka. Untuk meneruskan hidup, mereka perlu mengembara ke dunia luar tanpa hala tuju tertentu.

 

15 Oktober

Halloween Kills

Lihat Filem Hollywood Yang Bakal Ditayang Di Pawagam Antarabangsa Mulai Julai Ini

Seperti judulnya, korang sudah tahu ini merupakan sebuah filem seram lakonan Jamie Lee Curtis yang selalunya membawakan watak ibu. Untuk sekuel kali ini, pertembungan Michael Myers dan Laurie Strode diteruskan pada musim Halloween.

 

IKLAN

22 Oktober

G.I Joe Snake Eyes

Lihat Filem Hollywood Yang Bakal Ditayang Di Pawagam Antarabangsa Mulai Julai Ini

Pergh, Henry Golding does action movies now! Siri G.I Joe ini mengikuti kisah karakter mysterious, Snake Eyes.

Selepas pembunuhan ayahnya, Snake Eyes mengumpul rasa dendam sehingga dia bertemu Tommy, pahlawan Jepun yang membawanya kembali ke Jepun untuk mengikuti latihan bersama Arashikage. Kini Snake Eyes perlu memilih untuk menjadi jahat atau menjadi seorang hero.

 

26 November

No Time To Die

Lihat Filem Hollywood Yang Bakal Ditayang Di Pawagam Antarabangsa Mulai Julai Ini

IKLAN

Pelbagai cabaran perlu diharungi team produksi filem James Bond ini yang sebenarnya telah merancang jelajah promosi serata dunia pada awal tahun ini.

Apapun, kami excited untuk menonton filem ke-25 dalam francais James Bind ini yang menyaksikan Daniel Craig kembali membantu rakan CIA-nya setelah ‘bersara’ daripada tugasan penyiasat.

 

24 Disember

Top Gun Maverick

Lihat Filem Hollywood Yang Bakal Ditayang Di Pawagam Antarabangsa Mulai Julai Ini

Selepas lebih 30 tahun, akhirnya Top Gun kembali dengan pelakon utamanya, Tom Cruise, dan Val Kilmer di skrin pawagam.

Pete Mitchell telah menaburkan khidmat selama lebih 3 dekad sebagai salah seorang juruterbang tentera terhebat. Kini, dia cuba untuk mengelak daripada terus dinaikkan pangkat kerana enggan melepaskan jawatan tersebut.

*

So, korang rasa pawagam di Malaysia juga dapat menonton 6 buah filem yang dinanti-nantikan ini? Rindu sangat dah ni nak tonton filem di skrin lebar.

NEXT READ: Sofa Panggung Wayang Berkulapuk Gara-Gara PKP 2 Bulan

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI