Akhirnya, bakal pengantin sendiri telah membuka mulut mengenai desas-desus dirinya bakal bergelar isteri pada 3 September 2020.
Dalam sebuah posting yang dimuat naik 10 minit yang lalu, Mira Filzah telahpun mengiyakan bahawa malam ini merupakan malam akad nikad di antara dirinya dan bakal suami, Wan Emir Astar.
Dalam kesempatan posting kira-kira 3 jam sebelum majlis pernikahan itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, Mira menjelaskan bahawa majlis pada kali ini hanya akan memuatkan 200 ke 250 orang tetamu saja untuk mematuhi arahan SOP pada musim PKPP.
“InsyaAllah I will be entering a new phase of life tonight.
“Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang. Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Maaf Mira tak dapat memenuhi permintaan untuk menjemput tetapi lebih ramai. Risau, takut ada yang terasa. Harap klarifikasi di sini menjelaskan semuanya,” jelas si cantik manis ini.
Kami di REMAJA mendoakan agar kesemuanya berjalan lancar. Majlis ini terpaksa diawalkan sebulan daripada tarikh yang dirancang, namun kami yakin dengan bantuan team Mira dan Wan Emir sendiri, everything will run smoothly.
Sebelum kita melihat Mira dalam persalinan akad nikah, jom lihat 10 pakaian pengantin yang pernah disarung olehnya baik semasa mengacara, menjadi duta ataupun semasa berlakon.
Ads
Kempen Mira Filzah x Rizman Ruzaini
Kempen Mira Filzah x Rico Rinaldi
Drama Pujaan Hati Kanda
Drama Lelaki Kiriman Tuhan
Rahsia Hati Perempuan
Nona TV3
Mahligai Cinta 2017
Couture New York Fashion Week 2017
*
Tak sabar nak tengok Mira malam ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon wanita popular, Siti Saleha baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila muncul di sebuah acara dengan penampilan yang sedikit berbeza apabila bahagian perut yang kelihatan ‘berisi’ menimbulkan tanda tanya sehingga ada yang mempersoal sama ada beliau kini sedang berbadan dua.
Sejak mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen Joshua Fitton pada Februari lalu, pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd Baharum (35) itu dilihat lebih tenang dan menjaga privasi. Namun begitu, penampilan terkininya seolah-olah memberi petunjuk bahawa ada khabar bahagia yang cuba disimpan buat masa ini.
Dalam pada itu, memetik laporan Sinar Plus, Siti Saleha sudah pasti tidak dapat mengelak apabila disoal tentang kehamilan tersebut. Namun, beliau dengan gaya santai dan bersahaja menjawab soalan berbunyi,
“Awak tengok je perut saya sekarang, kan baru habis makan tengah hari. Macam mana nak jawab? Tak tahu nak jawab macam mana. Dahlah, soalan seterusnya,” ujarnya berseloroh.
Pada masa yang sama, Siti Saleha juga tidak menafikan video yang tular memaparkan bentuk perutnya. Walaupun tidak mengesahkan secara langsung, nada lembut Siti jelas memberi petunjuk kepada para peminat.
“Ada orang buat video. Betul lah, you didn’t make it up. So, macam mana? Doakan yang baik-baik,” katanya.
“InsyaAllah, mungkin berita bahagia tak lama lagi. Tapi saya tak nak kongsi sekarang. Kita akan tengok,” ujarnya ringkas.
Untuk perkembangan terkini, Siti Saleh turut mendedahkan beliau kini sedang menjalani projek seni terakhirnya bagi tahun ini dan merancang untuk bercuti panjang daripada dunia lakonan menguatkan lagi spekulasi peminat yang seakan-akan ‘yakin’ dengan andaian mereka.
“Lepas ini memang nak ambil cuti panjanglah. Memang nak ambil cuti panjang. Ini projek terakhir saya, cuti panjang dua tahun. Tiga tahun.” katanya.
Sementara itu, di media sosial pula, ramai peminat dan rakan selebriti memberikan sokongan serta doa yang baik-baik buat adik kepada vokalis Bunkface berkenaan. Malah, ramai memuji penampilan terbarunya yang kelihatan makin berseri, serta mengharapkan berita gembira itu bakal diumumkan tidak lama lagi.
Apa-apa pun, kami di Remaja mendoakan yang terbaik untuk Siti Saleha dan keluarga.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Golongan pelajar menjadi di antara yang teruk terjejas akibat penularan wabak Covid-19 pada tahun ini.
Bukan sahaja ramai yang masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan kelas secara online. Bagi yang telah menamatkan pengajian mereka di peringkat universiti, mereka juga terkesan apabila sesi konvokesyen di seluruh negara tergendala buat masa ini.
Namun, lain pula dengan universiti dari Terengganu ini.
Semalam, nama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menjadi tular apabila satu video simulasi konvokesyen yang dimuat naik telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Video tersebut menunjukkan bagaimana sesi konvokesyen sebenarnya boleh dijalankan dengan menggunakan ‘khidmat’ robot bagi menggantikan pelajar untuk naik ke atas pentas graduasi.
Ini dilihat mirip dengan sesi konvokesyen yang pernah dijalankan di Jepun baru-baru ini di mana robot menjadi pengganti kepada para graduan. Pergh, hebat juga teknologi dari Malaysia bukan!
Namun, di kala ramai yang memuji, ramai juga yang memberikan reaksi negatif terutamanya di kalangan pelajar. Bagi mereka, adalah lebih baik untuk menunda sahaja sesi tersebut kerana mereka ingin merasai sendiri pengalaman sekali seumur hidup itu setelah bersusah payah selama beberapa tahun.
Ada juga yang mendakwa mereka tidak bersedia dengan cara baharu ini dan ingin menyambut kejayaan mereka bersama ibu bapa seperti pada sesi konvokesyen biasa.
Maklum Balas UniSZA
Sebaik menerima respon bertalu-talu, wakil pengurusan universiti menyatakan bahawa video yang tular itu hanyalah satu bentuk simulasi untuk menguji keberkesanan robot tersebut.
“Konsep konvokesyen secara maya (menggunakan robot) ini sedia untuk dilaksanakan SEKIRANYA PERLU. Hakikatnya, Kementerian Pengajian Tinggi telahpun memutuskan tiada majlis konvokesyen yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
“Simulasi ini hanyalah satu inovasi yang boleh dipertimbangkan dan ia hanyalah bukti robot bukan lagi fantasi tetapi boleh dijadikan realiti.”
Menurut UniSZA lagi, penggunaan robot ini boleh digunakan bagi majlis konvokesyen pada tahun hadapan bagi mewakili pelajar antarabangsa yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.
Jadi, mohon bertenang ye gaiss..
Apapun, kita patut berbangga apabila Malaysia juga sudah sampai ke tahap teknologi maju seperti ini. Kita pun boleh!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik buat pendidikan anak-anak. Namun, tidak semua mampu untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Pelajar di Malaysia bertuah kerana diberi kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam menanggung segala kos pembelajaran.
Walau bagaimanapun, bagi keluarga yang berkemampuan, menghantar anak-anak sambung belajar ke luar negara mungkin tiada halangan buat mereka.
Buat korang yang inginkan informasi tentang kolej termahal dunia, berikut REMAJA senaraikan 10 kolej termahal yang boleh anda pertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran.
10. Bard College
Walaupun berada di tempat kesepuluh, kos tuisyen bagi kolej ini tidak jauh beza dengan kolej yang mendapat tempat pertama dalam senarai ini. Setahun pengajian di Bard College, New York ini boleh menelan belanja kira-kira $57,500 (RM254,725).
9. University of Chicago
Universiti ini mencatat sejarah sebagai sebuah institusi yang hebat dalam pengajian tinggi. Ditubuhkan pada tahun 1889, pelajar-pelajar dari seluruh dunia turut mendaftar di kolej ini. Kos pengajian di antara $57,500 dan $58,000 (RM254,725 dan RM256,940) setiap tahun.
8. Drexel University
Universiti yang berpangkalan di Philadelphia ini digambarkan sebagai “universiti penyelidikan swasta” yang mengenakan kos pembelajaran kira-kira $58,000 (RM256,940) setahun.
7. Dartmouth College
Kolej ini terletak di New Hampshire dan menelan kos yuran tahunan sebanyak $58,000 (RM256,940).
6. Claremont McKenna College
Satu lagi institusi yang berpangkalan di California juga menawarkan kos pengajian yang lebih kurang sama dengan keempat-empat kolej sebelum ini, $58,000 (RM256,940) setahun.
5. Wesleyan University
Tidak jauh dari bandar New York, Wesleyan University digambarkan sebagai “kolej seni liberal swasta” yang ditubuhkan pada tahun 1831 dan menetapkan kira-kira $58,000(RM256,940) setahun untuk korang melanjutkan pelajaran di sini.
4. Columbia University
Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1754 sebagai King College oleh piagam diraja King George II dari England. ia merupakan institusi tertua pengajian tinggi di New York dan kelima tertua di Amerika Syarikat. Untuk melanjutkan pelajaran di universiti ini, korang akan dikenakan kos pengajian kira-kira $59,000 (RM261,370) setahun.
3. Harvey Mudd College
Dibuka pada September 1957, kolej ini merupakan pilihan terkemuka bagi pelajar di serata dunia untuk melanjutkan pelajaran. Kolej yang menawarkan pengajian sains ini menerima beberapa penganugerahan terbaik dalam bidang pendidikan. Secara purata, yuran tahunan yang dikenakan adalah $59,000 (RM261,370) setahun.
2. New York University
Bandar New York dilihat sebagai satu destinasi bagi mereka yang sanggup membayar dengan jumlah wang yang banyak hanya semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah. Universiti ini terletak di Greenwich Village dan pelajar perlu membayar kira-kira $60,000 (RM 265,800) setahun untuk melanjutkan pelajaran disana.
1. Sarah Lawrence College
Nama kolej ini mungkin tidak se gah Harvard, Yale atau Oxford, tetapi berdasarkan kos pengajian mereka, harganya boleh tahan juga. Universiti yang terletak di Yonkes, New York ini menawarkan pengajian dengan kadar yuran tahunan kira-kira $61,000 (RM270,230) setahun.
Rasa-rasanya selepas melihat senarai ini, ada tak mana-mana kolej yang sesuai dengan budget korang? Hehe.
Tak perlu risau, di mana pun anda melanjutkan pelajaran, yang penting adalah kerja keras dan usaha untuk menjadi pelajar terbaik. Kolej-kolej yang mahal dan bertaraf dunia ini.
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.