Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi mengukuhkan statusnya sebagai ikon unggul apabila menerima Lifetime Achievement Award Siti Nurhaliza pada Malam Gala AFFIN INVIKTA Top50 Women of Excellence Awards 2025 yang berlangsung malam tadi. Pengiktirafan berprestij ini meraikan perjalanan karier beliau yang bukan sahaja cemerlang dalam dunia seni, tetapi juga sebagai usahawan berjaya serta figura yang memberi inspirasi kepada generasi masa depan.
Inspirasi Wanita Masa Kini & Lifetime Achievement Award Siti Nurhaliza
Dalam ucapannya, Siti melahirkan rasa syukur atas pengiktirafan tersebut. Beliau turut menitipkan pesanan penuh makna kepada wanita di luar sana agar terus berani melangkah dan mengejar impian.
“Saya bersyukur dan berterima kasih atas anugerah ini… saya harap pencapaian ini akan menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana kerana wanita hari ini bukan lagi hanya duduk di dapur, tetapi juga berada di barisan hadapan,” katanya.
Bagi pembaca Remaja, kata-kata Siti mencerminkan semangat wanita moden yang bukan sekadar mahu berjaya, tetapi turut mahu memimpin dan memberi impak kepada masyarakat.
Platform Pengiktirafan Wanita Berpengaruh
AFFIN INVIKTA Top50 Women of Excellence Awards merupakan antara platform nasional paling berpengaruh dalam mengangkat pencapaian wanita berprestasi tinggi di Malaysia. Majlis ini menghargai individu yang menyumbang kepada kemajuan negara dalam pelbagai sektor seperti kewangan, sains, pendidikan, seni, keusahawanan dan perkhidmatan awam.
Tahun ini, anugerah turut menampilkan kategori baharu iaitu Rising Star Award, yang diberikan kepada pasangan beregu badminton negara Pearly Tan dan M. Thinaah atas kejayaan mereka mencipta nama di pentas antarabangsa.
Ads
Tokoh-Tokoh Hebat Turut Diiktiraf
Selain Siti, beberapa figura wanita berpengaruh lain turut diraikan, antaranya:
Tan Sri Michelle Yeoh – pemenang Oscar dan aktivis global.
Tan Sri Dr Jemilah Mahmood – tokoh kemanusiaan dan akademik.
Nenney Shuhaidah Shamsuddin – Ketua Hakim Syarie wanita pertama negara.
Pemilihan pemenang melalui proses penjurian ketat melibatkan 300 calon dalam senarai pendek sebelum disaring kepada 50 individu terbaik.
Membentuk Masa Depan Malaysia
Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan TOP50 Media Synergy, Kishvin Sirinavin, anugerah ini bukan sekadar penghargaan, sebaliknya platform untuk menonjolkan peranan wanita dalam membentuk masa depan Malaysia.
Beliau menyatakan bahawa penganjuran ini selaras dengan Dasar Wanita Negara (DWN) dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) 2025-2030, yang menyokong usaha negara ke arah masyarakat inklusif dan progresif.
Ads
Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah, pula menekankan bahawa acara ini mendukung komitmen syarikat terhadap Responsible Banking with Impact melalui Pelan Strategik AFFIN Axelerate 2028 (AX28).
Beliau turut berkongsi perkembangan positif mengenai kepimpinan wanita di Malaysia, termasuk pencapaian wanita yang kini memegang 33.1% kerusi lembaga pengarah dalam 100 syarikat tersenarai awam.
Legasi Siti Sebagai Ikon Remaja
Bagi generasi muda, terutamanya pembaca Remaja, kejayaan Siti memenangi Lifetime Achievement Award Siti Nurhaliza ini menjadi bukti bahawa kecemerlangan tidak mengenal usia. Ia lahir daripada kesungguhan, disiplin dan keberanian untuk berubah mengikut zaman.
Ads
Siti bukan sekadar penyanyi legenda; beliau adalah simbol keteguhan, inspirasi dan aspirasi membuktikan bahawa wanita mampu berada di barisan hadapan, memimpin dan memberikan impak besar kepada negara.
Pengiktirafan ini sekali lagi mengesahkan bahawa legasi Siti Nurhaliza akan terus hidup sebagai inspirasi kepada remaja Malaysia untuk berimpian besar dan melakar masa depan yang gemilang.
Bagaimana Lifetime Achievement Award Siti Nurhaliza Mengangkat Martabat Seni & Wanita Malaysia
Penerimaan anugerah ini turut memperkukuh peranan Siti sebagai tokoh penting dalam perkembangan industri kreatif tanah air. Sepanjang lebih dua dekad, beliau bukan sahaja membawa nama negara ke puncak kecemerlangan, tetapi juga membuka jalan kepada bakat baharu untuk terus percaya pada kemampuan diri. Melalui anugerah ini, masyarakat dapat melihat bagaimana pencapaian berterusan mampu memberi motivasi kepada generasi muda untuk terus berusaha.
Dengan pengiktirafan besar seperti Lifetime Achievement Award Siti Nurhaliza, ia membuktikan bahawa komitmen, nilai kerja yang konsisten dan dedikasi terhadap seni mampu mencipta perubahan positif dalam masyarakat. Penghargaan ini turut menegaskan bahawa platform seperti AFFIN INVIKTA bukan sahaja meraikan kejayaan, tetapi memupuk harapan baharu untuk masa depan wanita Malaysia.
Situasi pandemik sepanjang tahun 2020 telah memaksa peminat muzik di seluruh dunia untuk akur dengan ketiadaan konsert daripada artis kegemaran mereka.
Oleh sebab itu, semakin ramai penggiat seni yang mencari alternatif untuk mendekatkan diri dengan peminat dengan cara melakukan konsert virtual berbayar secara atas talian.
Walaupun dilihat sebagai persembahan ‘online’ saja, namun korang akan terkejut apabila mengetahui ramai yang sanggup berbelanjaan membeli tiket akses demi melayan artis kegemaran masing-masing.
Namun baru-baru ini , dipetik dari Korea Herald, SM Entertainment bakal mengadakan konsert global yang akan diadakan pada 1 Januari 2021, 1 Petang (KST) dalam talian secara percuma sempena Tahun Baru yang bakal tiba tidak lama lagi. Wah!!!
Lagi menarik, Konsert ‘SMTOWN Live” ini akan live-streamed pada jumaat ini pada pelbagai platform media sosial termasuklah Youtube, Twitter, Facebook, TikTok, Japan KNTV, dan Beyond Live.
Last but not least, kalau korang nak tahu turut membuat persembahan di konsert ini secara percuma ialah artis terkenal SM Entertainment seperti Aespa, TVXQ, Super Junior, Taeyeon Girls’ Generation, Taemin SHINee, Baekhyun dan Kai EXO, Red Velvet, NCT dan ramai lagi. Are you ready?
Untuk info, mengunakan tema “Culture Humanity”, SM berkata persembahan istimewa ini direka untuk untuk menghiburkan dan membawa harapan baru kepada semua orang di seluruh dunia yang mengalami kesukaran dengan pandemik COVID-19 pada Tahun Baru.
Konsert yang dikenali sebagai SMTOWN LIVE “Culture Humanity” ini boleh ditonton di SINI.
Berita berkenaan dengan kisah dua tahun lepas apabila lapan orang remaja yang menunggang basikal lajak meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta daripada belakang kembali berbangkit setelah keputusan mahkamah melepaskan tertuduh.
Selepas mengambil kira pemandu yang menggunakan jalan serta situasi jalan yang berselekoh pada waktu malam tidak boleh menjangkakan kewujudan basikal lajak tersebut, gadis tersebut dilepaskan dan wang jaminan serta lesen memandunya juga dikembalikan serta merta.
Isu basikal lajak ini bukan lagi sesuatu yang baru, malah ia perlu ditangani dengan komprehensif oleh semua pihak. Walaupun pelbagai operasi telah dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia, namun ia seakan tidak memberi ketakutan kepada remaja tentang aktiviti berbahaya ini.
Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab haruslah menanamkan sikap kesedaran dalam diri untuk kebaikan bersama.
Perlu korang tahu, basikal yang di modified adalah sangat bahaya terutamanya kepada kanak-kanak. Kedudukan yang tidak ergonomic ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Berikut adalah antara bahaya basikal lajak yang telah dikongsikan oleh Public Health Malaysia untuk peringatan bersama.
Kecederaan otot/tulang belakang kerana postur kerusi yang tinggi dan badan perlu membongkok pada kadar yang lama
Kecederaan lutut kerana dalam keadaan basikal rendah dan kedudukan yang membongkok memerlukan tenaga dan daya yang tinggi menyebabkan masalah koyak lutut
Kecederaan di tangan/badan yang menyerap getaran daripada basikal yang diubah suai
Risiko kecederaan kepala jika tidak memakai helmet
Semua pihak sama ada pihak berkuasa, ibu bapa, sekolah, kejiranan dan masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam memantau kegiatan remaja di sekeliling mereka. Lebih membimbangkan lagi jika ianya membabitkan kehilangan nyawa.
Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, ketua kepada kumpulan popular BTS, RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon (31) mencuri perhatian peminat dengan berita menggembirakan apabila mendedahkan bahawa BTS kini sedang bersiap sedia untuk membuat kemunculan semula menjelang hujung Mac 2026.
Menerusi sebuah temubual yang dikongsikan oleh majalah ternama W Korea, RM berkata bintang K-Pop itu kini sedang sibuk menyiapkan album terbaru, merakamkan gambar kulit album serta menjalani penggambaran muzik video. Khabar ini sekaligus membuatkan peminat BTS iaitu ARMY di seluruh dunia tidak keruan, apatah lagi kumpulan tersebut sudah lama menantikan detik bersejarah ini.
Dalam pada itu, RM yang menghadiri acara ‘Love Your W Breast Cancer Awareness’ anjuran W Korea bersama dua anggota BTS yang lain iaitu J-Hope dan V tampil mempesona dan memukau dengan gaya tersendiri. RM kelihatan segak dalam blazer kelabu rekaan Bottega Veneta yang dipadankan bersama but Chelsea serta kacamata. J-Hope pula tampil dengan cardigan vest berwarna terang dari Louis Vuitton dipadankan bersama seluar kembang, manakala V memikat mata hadirin dengan jaket custom biru gelap lengkap dengan sulaman eksklusif rekaan JAYBAEK Couture.
Kredit foto: Dispatch Korea
Sebelum ini, laporan media turut menyebut tentang kemungkinan BTS bakal mengadakan konsert jelajah dunia yang bermula pada Mei 2026 dan jelajah berskala besar itu dijangka melibatkan 65 persembahan dengan anggaran kehadiran seramai 4 juta peminat di seluruh dunia. Setiap konsert dijangka menghimpunkan sekitar 60,000 peminat, menjadikan ia antara siri jelajah paling besar dalam sejarah muzik.
Menambahkan lagi keterujaan, BTS turut merancang untuk membawa pengalaman konsert mereka ke layar perak. Empat buah filem konsert akan ditayangkan di lebih 2,500 pawagam merentasi 65 buah negara. Tayangan istimewa ini juga dijadualkan akan berlangsung selama dua minggu bermula 24 Oktober hingga 5 November.
Sementara itu, reaksi peminat terutamanya ARMY di media sosial pastinya penuh dengan komentar positif dan kini semakin ramai yang meluahkan keterujaan dan tidak sabar menantikan kepulangan penuh bergaya BTS. Selepas sekian lama menunggu dan merindui persembahan bintang kesayangan mereka, 2026 dijangka bakal menjadi tahun epik buat BTS.
Kini, semua mata kini tertumpu kepada BTS yang mendominasi industri K-Pop. Mereka juga dijangka bakal mencipta sejarah sekali lagi dengan album terbaru dan siri jelajah dunia mereka. Apa pun, hanya masa akan menjawab, dan tahun 2026 pastinya bakal menjadi tahun BTS.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...