Adakah ini petanda bumi semakin tua dan nazak? Ia juga gara-gara perubahan iklim dunia yang semakin tidak menentu..
Amaran kawasan darat bumi bakal ditenggelami air pada masa akan datang bukanlah satu perkara yang baru. Jika sebelum ini, kita digemparkan dengan jangkaan Malaysia dan Indonesia bakal tenggelam satu per tiga menjelang 2050.
Agak menakutkan bagi penduduk bumi di sekitar pulau.
Malah, bersempena Hari Kesedaran Tsunami Sedunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan menjelang 2030, dianggarkan 50 peratus daripada penduduk dunia yang tinggal di kawasan pantai akan terdedah kepada ancaman banjir, ribut dan tsunami.
Baru-baru ini pula trending tanda pagar #LetTheScientistBeHeard Dan #LetTheEarthBreath satu dunia. Apa sebab tanda pagar ini menjadi bualan warga maya?
Ads
Tanda pagar ini bermula apabila para saintis di seluruh dunia melakukan tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh Scientist Rebellion di beberapa buah negara selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengeluarkan satu laporan tentang perubahan iklim yang mengejutkan.
Bagaimanapun hal ini telah menarik perhatian warganet sehingga menjadikan perkataan #LetTheScientistBeHeard dan #LetTheEarthBreath ‘trending’ di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.
Foto Via Twitter
Dalam satu laporan, dikatakan lebih 1,000 saintis dari 26 negara melakukan aktiviti tunjuk perasaan ini telah menyebabkan kekacauan berlaku di beberapa tempat termasuk di Sepanyol, Jerman dan Washington.
Susulan daripada itu, ramai saintis yang terlibat dalam tunjuk perasaan ini ditahan pihak berkuasa termasuk seorang saintis iklim bertugas di Makmal Propulsion Jet Nasa, Dr Peter Kalmus. Peter Kalmus dan beberapa orang lagi ditahan kerana dipercayai telah menghalang pintu masuk ke bangunan JP Morgan-Chase di Los Angeles, California.
Ads
Dalam satu rakaman yang dimuat naik di laman Twitter miliknya menunjukkan beliau sedang berucap dengan penuh emosi merayu kepada orang ramai agar mendengar amaran buruk yang disampaikan oleh pakar tentang perubahan iklim yang berlaku.
“Kami akan kehilangan segala-galanya, kami tidak bergurau dan kami tidak berbohong serta tidak reka cerita,” katanya dalam video tersebut.
Ads
“Saya disini kerana suara saintis tidak didengari. Saya sanggup ambil risiko untuk planet yang cantik ini, untuk anak-anak saya, untuk semua kanak-kanak di dunia dan masa depan,” suaranya bergetar menahan sebak sambil mengikat rantai di pintu bangunan.
So lets save the earth! Moga Allah melindungi bumi dan Malaysia dari sebarang bencana. Amin ya rabbalalamin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ternyata tangan manusialah yang sering membawa kehancuran kepada bumi.
Lihat saja bagaimana pokok digondolkan, hutan dibakar, bumi dipenuhi sampah sarap, sungai dikotori, haiwan dicederai serta lain hal membuktikan manusia adalah “musuh” dalam senyap kepada alam dan juga binatang.
Terkini, dalam satu kejadian minggu lalu, tradisi pelik berusia 1000 tahun yang dilakukan oleh masyarakat di Kepulauan Faroe, Denmark yang disebut sebagai Grindadrap menyaksikan 300 ekor ikan paus dan ikan lumba-lumba dibunuh dan disembelih oleh masyarakat di sana.
Tradisi pelik Grindadrap ini dipercayai tradisi kuno yang masih diamal dan dipercayai oleh masyarakat di pulau tersebut.
Dianggap terlalu kejam kerana memburu dan membunuh mamalia laut itu, kritikan mengenai perbuatan tersebut mendapat perhatian dari Sea Shepherd namun ia masih diteruskan hingga kini,
Dalam satu perkongsian dari Sea Shepherd France, dapat dilihat sekitar 250 ekor ikan paus bersirip panjang dan hampir 50 ekor ikan lumba-lumba “ditarik” ke tepi pantai di Pantai Hvalba sebuah desa bahagian paling selatan di Pulau Suduroy sebelum puluhan penduduk memukul paus dan ikan lumba-lumba hingga mati.
Media tempatan melaporkan apa yang disebut Sea Shepherd sebagai “aksi biadap” terhadap perbuatan memukul haiwan-haiwan tersebut. Mereka juga menyeru agar masyarakat menghentikan tradisi itu. Dihuni hampir 50,000 orang di saat mencatat 188 kes positif COVID-19 dalam satu laporan media Perancis AFP, pesta tradisi itu dilakukan pada 15 Julai hingga laut kelihatan merah akibat darah ikan yang mati dibunuh ini.
Dikritik Tapi Masih Teruskan Atas Alasan Tradisi Nenek Moyang
Dalam pada itu, Menteri Perikanan Denmark, Jacob Vestergaard sebelum ini bersetuju pada 7 Julai lalu untuk orang ramai menghindari pemburuan ikan paus secara besar-besaran.
Walau mendapat kritikan hebat dari pelbagai sudut, namun pihak nelayan di kepulauan tersebut meminta agar tiada yang mensensasikan perbuatan mereka kerana ia adalah tradisi lama yang terus menjadi ikutan hingga kini untuk mereka. Foto : Kredit : Sea Shepherd France
Ermm, sedihnya dengan sikap rakus manusia hingga haiwan menjadi mangsa!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inilah dikatakan rezeki yang sudah tertulis buat penghantar makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara bermula Mac lalu.
Di saat keadaan ekonomi menggusarkan ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), kemurahan hati rakyat Malaysia tetap terserlah.
Sepanjang tempoh itu, pemandu dan penghantar Grab dilapor menerima tip terkumpul berjumlah lebih RM2.4 juta.
Jumlah keseluruhan sumbangan tip ini mencatatkan peningkatan sebanyak 75 peratus berbanding tempoh sebelum PKP, kongsi syarikat e-hailing Grab di laman web rasmi.
Malah, seorang pengguna aplikasi itu dilapor menyumbang tip berjumlah RM500 sebagai tanda penghargaan. “Tidak kira apa pekerjaan atau situasi anda, kita semua boleh saling membantu antara satu sama lain.
"Ia hanya memerlukan satu tindakan baik,” kata pengguna itu dalam komennya yang dikongsikan di laman web Grab.
Lembah Klang merekodkan jumlah pengguna paling ramai menyumbang tip dengan lebih RM160,000 secara kumulatif.
Ia diikuti Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching.
Sementara itu, Kuala Terengganu pula mencatatkan purata tip tertinggi bagi setiap tempahan menerusi aplikasi itu.
Menurut Grab, analisis mereka mendapati trend sumbangan tip semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sepanjang pelaksanaan PKP, satu tip direkodkan dalam 30 tempahan menerusi Grab berbanding satu tip bagi setiap 100 tempahan sebelum tempoh PKP.
Secara purata, rakyat Malaysia menyumbang tip berjumlah lebih RM30,000 setiap hari kepada pemandu dan penghantar Grab.
Rata-rata rakyat semakin banyak menggunakan perkhidmatan penghantaran barang dan makanan apabila premis perniagaan perlu ditutup dan rakyat dikehendaki duduk di rumah bagi mengekang penularan COVID-19.
Antara semua perkhidmatan yang disediakan Grab, penghantaran makanan atau GrabFood meraih sumbangan tip tertinggi dengan jumlah kumulatif lebih RM2 juta.
Ekoran trend pemberian tip yang semakin meningkat, Grab kini membenarkan pengguna memberi tip ketika perjalanan masih berlangsung.
Ini bermakna pengguna tidak perlu lagi menunggu sehingga perjalanan atau perkhidmatan diselesaikan untuk menyumbang tip. Sumber : Astro Awani / Foto : Sam Fong
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas Presiden MIC Tun Samy Vellu meninggal dunia hari ini.
Perkara itu dikongsikan bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam di dalam Facebooknya sebentar tadi.
“Ia adalah dengan kesedihan yang besar dan hati yang berat yang saya terima berita tragis mengenai kematian Tun Samy Vellu bekas Presiden MIC dan seorang menteri legenda di kabinet Malaysia dari anaknya Datuk Seri S Vell Paari.
“Bagi kebanyakan kita, dia adalah mentor utama. Sumbangannya kepada negara dan masyarakat India akan terukir dalam kenangan kita. Mied, Aimst University, dan Tafe College adalah sumbangan abadinya,” katanya.
Fakta Ringkas Tun Samy Vellu
Tun Samy Vellu a/l Sangalimuthu (lahir 8 Mac 1936) adalah seorang ahli politik Malaysia yang bertugas sebagai Menteri Kerja Raya dari Jun 1983 hingga Jun 1989 dan sekali lagi dari Mei 1995 hingga Mac 2008, Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dari Jun 1989 hingga Mei 1995, Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam dari September 1979 hingga Jun 1983 dan Anggota Parlimen (MP) Sungai Siput dari September 1974 hingga Mac 2008.
Beliau merupakan ahli dan berkhidmat sebagai Presiden Kongres India Malaysia (MIC) ke-7, seorang parti komponen gabungan Barisan Nasional (BN) yang berkuasa, dari Oktober 1979 hingga Disember 2010. Beliau adalah presiden MIC paling lama berkhidmat dengan memegang jawatan selama 31 tahun dan salah seorang menteri Kabinet paling lama berkhidmat dengan berada di Kabinet selama 29 tahun tahun.
Kerjaya politik Samy Vellu bermula pada usia 23, pada tahun 1959, ketika beliau dan Govindaraj bergabung dengan cabang Batu Caves MIC. Selepas lima tahun, beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa MIC Selangor dan ketua parti.
Beliau adalah menteri kedua paling lama berkhidmat di negara ini pada zamannya, setelah Rafidah Aziz. Beliau dilantik sebagai Utusan Khas Infrastruktur Malaysia ke India dan Asia Selatan, dengan pangkat menteri, sejak 1 Januari 2011. Pelantikan itu ditamatkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru pada tahun 2018.
Salam takziah buat keluarga bekas Menteri kita ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...