
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan pada awal tahun ini memberi pengecualian kepada semua pemilik kenderaan persendirian berhubung pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) berkuat kuasa 1 Februari hingga 31 Mac 2021.
Menurut laporan daripada Bernama, pemandu perlu memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan kepada anggota penguatkuasa trafik sekiranya diminta.
Pemegang LKM dan CDL yang telah atau bakal tamat tempoh hendaklah memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 30 hari selepas tempoh pengecualian diberikan iaitu hingga 30 April 2021.

Walau bagaimanapun, pengecualian ini tidak diberikan kepada pemilik kenderaan perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV) kerana perkhidmatan pembaharuan berkaitan mereka dibenarkan beroperasi sebagai perkhidmatan perlu sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Nah, bagi lesen korang yang telah mati dalam tempoh tersebut, jangan risau kerana ia boleh diperbaharui selepas 31 Mac hingga 30 April nanti.
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Media Juga Disalahkan Hilang Privasi Keluarga, SUGU PAVITHRA Sendiri Buka Cerita Isu Duit

Hampir seminggu YouTuber masakan popular tempatan, Sugu Pavithra berdiam diri dan tidak memberi penjelasan mengapa mereka bertindak memadamkan kesemua video daripada akaun YouTube mereka.
Akhirnya video terbaru dimuat naik kelmarin bagi menjelaskan situasi sebenar.
Untuk pengetahuan korang, nama Sugu Pavithra menjadi topik bualan hangat netizen Malaysia setelah terseret dalam kes mahkamah minggu lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Akan Teruskan Hidup Seperti Biasa” – Pavithra
Sudah menjadi tugasan rakan media seluruh negara untuk melaporkan perkembangan terbaru kejadian tersebut mengikut sumber yang benar.
Namun, niat rakan media seakan disalah erti oleh Pavithra dalam kenyataannya menerusi video semalam.
*
“Berita fasal kami bukan isu penting dalam negara kita. Saya pun hairan mengapa media nak buat berita fasal kami walaupun kami tak beritahu apa-apa cerita, tetap mereka membuat tetap buat cerita.
“Kami kesal tentang hari itu. Media juga adalah salah satu sebab kami kehilangan privasi dalam keluarga kami selama 3 bulan ini. Selepas Mei, mereka (media) mula ‘masuk’ ke dalam keluarga kami dan kami tiada masa bersama. Media merumitkan lagi keadaan dengan membuat berita palsu mengenai saya dan Sugu selepas kejadian hari itu.
“(Disebabkan media), kami tiada lagi masa untuk masak dan memberi makan kepada anak-anak kami.
“Kami meminta maaf kerana video telah dipadamkan (daripada akaun YouTube Sugu Pavithra) dan kami akan upload semula secepat mungkin,” jelasnya dalam video berdurasi kurang dari 6 minit itu.

Isu Duit Jadi Punca Mengamuk
Dalam pada itu, Pavithra sendiri yang membuka cerita dalam kain mengenai punca sebenar salah faham di antara dirinya dan suami, Sugu sehingga tersabit dalam kes mahkamah. Katanya, duit adalah lubuk permasalahan itu.
“Sebab Sugu ke hospital adalah kerana keluarga saya sendiri. Keluarga saya yang tidak menyokong saya selama 7 tahun berkahwin (dengan Sugu) kini muncul kembali dan mula pinjam duit daripada suami saya. Malah mereka membuat masalah dengan keluarga kami.
“Sugu pun salah kerana minum, tapi dia bukan pemabuk.
“Kami faham isu ini terjadi kerana duit. Hari itu, kami telah sakit hati dan delete video yang lama.
“Tanpa Sugu, saya memang tidak boleh buat video itu sendiri. Seperti yang anda tahu, Sugu yang merakam video, menyediakan bahan masakan dan menjaga anak-anak. Kalau dia tiada memang saya tidak boleh buat video di YouTube.
“Saya berharap kawan-kawan akan menyokong kami seperti biasa. Terima kasih kepada semua subscribers yang iklhas dan sentiasa menyokong kami walaupun kami dalam keadaan susah. Kami minta maaf atas apa yang terjadi, teruskan menonton video kami,” katanya lagi panjang lebar.
Penulis berharap agar akaun Sugu Pavithra kembali aktif.
Mereka merupakan di antara wajah Malaysians’ Sweetheart, malah ramai yang mendoakan agar hubungan mereka sekeluarga bertambah baik lagi selepas ini.
Namun, penulis merasakan adalah tidak adil untuk Sugu Pavithra meletakkan kesalahan di atas bahu rakan media yang melaporkan berita. Itu sudah menjadi sebahagian daripada tugasan kami setiap hari dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk melaporkan perkara yang benar.
Sekiranya Sugu Pavithra merasakan ada pihak media yang telah melaporkan berita palsu mengenai kejadian yang berlaku, mereka seharusnya bertindak terhadap pihak tersebut dan bukannya ‘generalize’ hukuman terhadap kesemua pemain media.
Apapun, kita semua mengharapkan Sugu Pavithra tabah berdepan dugaan ini dan lebih banyak lagi video masakan menarik akan dimuat naik oleh mereka berdua.
“Pavithra Memang Kuat!” Bagaimana Cara Untuk TENANG & Maafkan Kesalahan Pasangan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagi Pelakon Bollywood ‘Ambil Nyawa’ Sendiri, Keluarga Pertikai Dakwaan Polis

Belum lagi reda dengan kematian pelakon lelaki, Sushant Singh Rajput pada bulan Jun lalu, dunia Bollywood kembali dikejutkan oleh kematian seorang lagi pelakon lelaki muda.
ARTIKEL BERKAITAN: Filem Remake Sushant Singh Tak Sempat Tayang
Kali ini, ia melibatkan pelakon yang baru saja ingin memulakan kerjaya dalam dunia perfileman, Akshat Utkarsh, Ahad lalu.

Mayat Akshat, 26, ditemui di sebuah kediaman sewa jenis flat di Andheri, Mumbai oleh rakan serumah perempuan.
Menurut laporan media di India, mereka berdua telah berbual sepanjang malam kejadian. Sekitar jam 11 malam, rakannya itu telah ke bilik air manakala Akshat telah ke biliknya. Tak lama selepas itu, perempuan itu melihat tubuh pelakon tersebut telahpun tergantung daripada tingkap bilik airnya.
Laporan awal polis Mumbai mendakwa kes ini merupakan kes bunuh diri. Bagaimanapun, tiada sebarang nota ditinggalkan oleh mangsa, dan tiada sebarang kesan paksaan didapati berlaku di kediaman itu.

Laporan awal itu juga mendapati tindakan drastik Akshat itu juga mungkin berpunca daripada kepayahan yang dilalui olehnya dalam menceburi bidang lakonan filem dan bergelut dengan sumber kewangan demi melangsungkan kehidupan di bandar. Ini menyebabkan Akshat mengalami depresi dan menjadi sebab utama kepada tindakan bunuh diri itu.
Namun itu hanyalah laporan dan andaian awal yang dikeluarkan oleh mereka. Ahli keluarga Akshat sendiri tidak sama sekali bersetuju dengan laporan tersebut. Mereka sebaliknya percaya bahawa pelakon itu telah dibunuh.
Masihkah korang ingat satu lagi kejadian bunuh diri melibatkan personaliti popular di India beberapa bulan yang lalu?
2 Remaja TikTok Ragut Nyawa Selang 5 Hari Untuk Alasan Berbeza, Apa Cer?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya, KKM Bakal Benarkan Suami Temani Isteri Bersalin

Berita baik untuk mommy dan daddy wannabe!
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa suami yang lengkap divaksinasi boleh menemani isteri mereka dalam bilik bersalin tidak lama lagi.
Hal ini dimaklumkan oleh KJ dalam sebuah tweet terkini sebentar tadi.

Menurut beliau, suami yang lengkap divaksinasi perlu juga menjalani ujian COVID19 dan mendapat keputusan negatif untuk dibenarkan menemani isteri di bilik bersalin.
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan kebenaran kepada suami yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 untuk menemani isteri ketika melahirkan anak.
Perkara itu dimaklumkan Menteri KKM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di laman Twitter, pada Isnin.
Kata Khairy, beliau telah meminta Dr Noor Hisham membenarkan perkara berkenaan dilaksanakan. Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam jawapan balasnya turut menyatakan,”Ya, akan melakukan perkara yang diperlukan’.

Perkembangan terkini tentang SOP peneman ibu di bilik bersalin mungkin akan diumumkan oleh KKM sedikit masa lagi.
Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi KKM nanti ya!
Sumber: Twitter Khairy Jamaludin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

