Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa suami yang lengkap divaksinasi boleh menemani isteri mereka dalam bilik bersalin tidak lama lagi.
Hal ini dimaklumkan oleh KJ dalam sebuah tweet terkini sebentar tadi.
Ads
Menurut beliau, suami yang lengkap divaksinasi perlu juga menjalani ujian COVID19 dan mendapat keputusan negatif untuk dibenarkan menemani isteri di bilik bersalin.
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan kebenaran kepada suami yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 untuk menemani isteri ketika melahirkan anak.
Perkara itu dimaklumkan Menteri KKM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di laman Twitter, pada Isnin.
Ads
Kata Khairy, beliau telah meminta Dr Noor Hisham membenarkan perkara berkenaan dilaksanakan. Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam jawapan balasnya turut menyatakan,”Ya, akan melakukan perkara yang diperlukan’.
Ads
Perkembangan terkini tentang SOP peneman ibu di bilik bersalin mungkin akan diumumkan oleh KKM sedikit masa lagi.
Korang mesti biasa melihat trend pemasangan wallpaper atau kertas dinding di rumah atau pejabat kan? Pemandangan ini bukan hanya ‘menyedapkan’ mata bahkan kos pemasangan wallpaper ini juga agak menjimatkan poket!
Sumber Gmabar : Public Health Malaysia
Meskipun begitu, menurut perkongsian Public Health Malaysia, perbuatan ini sebenarnya tidak sihat untuk anda sebagai pengguna tandas tersebut.
“Persekitaran lembab di dalam tandas menyebabkan risiko pertumbuhan kulat di dinding termasuk di belakang kertas dinding.
“Kulat ini membebaskan spora iaitu debu debu halus yang boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan iritasi.
“Kesannya, anda akan alami batuk, selsema, tekak kering, mata berair dan gatal gatal kulit.
“Lebih teruk lagi, pendedahan secara berterusan boleh memberi kesan lebih buruk kepada paru-paru seperti asma dan radang paru-paru.”
Selain di tandas, wallpaper juga tidak sesuai dan bahaya ditampal dibeberapa tempat ini:
1. Peti sejuk – haba tidak dapat dibebaskan dengan baik dan boleh meningkatkan risiko kebakaran.Ia juga mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
2. Di dapur basah – Menyediakan bahan masakan, memasak, menggoreng, mengukus dan memanggang adalah aktiviti biasa dalam dapur basah.
Selain haba, minyak dan wap juga terhasil semasa memasak. Keadaan terlalu panas, lembap dan berminyak adalah tidak sesuai untuk pemasangan kertas dinding.
Moga bermanfaat kepada semua!
Sumber: Public Health Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Begitulah tagline sebuah syarikat jenama kecantikan yang baru-baru ini dikecam oleh warganet berikutan satu video tular yang menampakkan sosok pengarah urusannya berdiri di sebuah lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR).
Sebagaimana tagline tersebut, syarikat yang dikenalpasti sebagai IS Beauty Collagen Venture ini dilihat bersifat profesional dan tidak melenting di media sosial biarpun teruk ‘dihentam’ secara maya.
Bahkan, pengarah urusannya, Muhammad Iddin Syah yang menjadi mangsa cercaan warganet cuba untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada semua pihak dengan cara baik, semalam.
*
Tapi sebelum itu, jom kita recap semula apa sebenarnya yang mencetuskan situasi ini.
Beberapa hari lalu, tular di Twitter sebuah video yang menampilkan Muhammad Iddin Syah di sebuah kawasan SJR bersama-sama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menerusi video itu, dia dilihat sedang mengedarkan bungkusan produk kepada para pemandu yang melintasi sekatan itu.
Mamat korea mana pulak duduk berdiri dkt SJR ni, siap bawak kotak dgn plastik lagi tu, nak bagi pamplet apa pulak tu dekat orang yang lalu dekat dgn SJR ni? Bertambah sesaklah nanti. Tapi nmpk macam bagi barang je! Siap dgn berjacket hitam, ramput karat sikit, tak panas ke wey? pic.twitter.com/Ul1B9vuSJW
— Isskandar Ariffin 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@IsskndarAriffin) June 20, 2021
Warganet pantas mengecam tindakan pengarah urusan itu kerana merasakan ia tidak kena dengan situasi semasa negara yang sedang berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh (total lockdown). Mereka turut mempersoalkan bagaimana dia boleh mendapat kebenaran untuk berada di kawasan itu.
Demi meredakan keadaan, Muhammad Iddin Syah semalam memuat naik satu hantaran di Instagram dan menjelaskan keadaan sebenar di sebalik video tular itu.
“Sebenarnya sebelum(pemberian) itu dibuat, saya terlebih dulu mendapatkan kebenaran polis dan beritahu niat saya hendak sumbang 1000 unit vitamin ESW kepada orang yang lalu (di) SJR Bertam.
“Takkan lah saya berani buat tanpa kebenaran, kan?”
“Pertama sekali, pihak yang paling saya concern adalah frontliners yang bertugas. Bayangkan berjam-jam kerja di SJR, berteduh bawah khemah. Walaupun mereka kuat semangat tapi saya ada cara sendiri hendak ucap thank you (kepada mereka) dengan menyumbangkan vitamin yang baru saja ESW keluarkan untuk pastikan frontliners kekal bertenaga dan hidrasi.
“Tindakan itu sebagai satu awareness kepada orang ramai (tentang) pentingnya pengambilan vitamin. Lagi-lagi sekarang ini kadar jangkitan COVID-19 tinggi,” kata Muhammad Iddin Syah sambil menambah; keberadaannya di SJR Bertam adalah tidak lama.
Dia juga menyamakan bantuan yang dihulurkan itu sama seperti program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang selalu dilakukan di lokasi lain seperti hospital dan pusat kuarantin. Cuma pada kali ini, caranya berbeza dan mereka menghulurkan produk keluaran sendiri, bukannya makanan.
Dalam pada itu, pihak IS Beauty Collagen Venture juga berkongsi surat permohonan yang telah dihulurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara untuk mengadakan program CSR pada hari Jumaat, minggu lalu. Berserta surat itu adalah cop daripada pihak polis yang mengesahkan program tersebut telah diluluskan.
Menerusi muat naik penjelasan itu juga, selebriti Fizz Fairuz juga dilihat memberikan sokongan kepada Muhammad Iddin Syah dan berharap agar pihaknya tidak berhenti memberikan sumbangan pada masa hadapan.
Apapun, usahlah kita pantas menghukumi mana-mana pihak yang ditularkan di media sosial.
Mungkin ada cerita di sebalik spekulasi yang kita sendiri tidak tahu dan tidak pasti. Haa, tak fasal-fasal, terus dapat dosa kering mengutuk orang. Oops!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Haihh, itulah tak ikut lagi arahan yang dikeluarkan.
Satu kluster baru di Taman Rakyat, Kuala Terengganu wujud setelah seorang individu Sabah dari berdegil ingin menghadiri majlis perkahwinan adiknya sehingga sanggup merentas negeri tanpa kebenaran.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus kepada rakan media di BERNAMA, sebanyak 26 kes positif COVID-19 telah dikesan akibat kluster tersebut; iaitu 11 orang ahli keluarga dan 15 orang jemputan yang menghadiri ke masjli kenduri.
Semuanya gara-gara individu yang dimaksudkan ingin ‘mengirim’ duit kenduri kepada adiknya. Semasa bertemu dengan rakan baiknya di sana, rakannya yang terjangkit telah mengadakan pula sebuah majlis akikah di kampung.
Akibatnya, seramai 5 orang ahli keluarga dan 7 tetamu akikah dijangkiti.
Inilah salah satu pengajaran yang sepatutnya kita ambil sebelum sesuka hati merentas negeri tanpa sebab munasabah.
Apabila wujud majlis berkumpul seperti ini namun SOP tidak dipatuhi, ia akan mengakibatkan masalah yang jauh lebih besar daripada yang kita sangkakan.
Sebaiknya, tangguhkanlah terlebih dahulu apa-apa majlis keraian yang tidak terdesak dilakukan pada waktu ini. Bukan korang je nak berjumpa dengan sanak saudara tau.
Bertimbang rasalah dan sematkan rasa tanggungjawab sebagai rakyat dalam hati.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.