Dalam kemeriahan Aidilfitri yang sinonim dengan aktiviti kunjung-mengunjung, pelbagai kisah menarik sering tercetus ada yang lucu, ada yang menyentuh hati.

Namun baru-baru ini, satu perkongsian di media sosial benar-benar mencuri perhatian ramai kerana memaparkan sisi indah adab dalam beraya yang semakin jarang dilihat.

Seorang pengguna Threads, nadiasamjohari berkongsi pengalaman apabila rumahnya dikunjungi sekumpulan generasi muda yang datang beraya bersama rakan-rakan.

Kunjungan mereka pada awalnya kelihatan seperti biasa bertegur sapa, menikmati juadah yang dihidangkan dan menghidupkan suasana raya dengan gelak tawa.

Momen Doa Untuk Tuan Rumah Yang Menyentuh Hati

Namun, apa yang berlaku selepas itu benar-benar membuatkan tuan rumah tersentuh.

Sebelum beredar pulang, salah seorang daripada mereka tampil memimpin bacaan doa untuk tuan rumah. Rakan-rakan lain pula dilihat menadah tangan dengan penuh tertib dan mengaminkan setiap bait doa yang dibacakan, mewujudkan satu suasana yang cukup tenang dan penuh makna.

Ads

 

View on Threads

 

“Bagus budak budak ni, datang raya, lepas makan nak balik baca doa untuk tuan rumah dulu. Alhamdulillah… bagus didikan mak bapak dia,” kongsinya, jelas terharu dengan adab yang ditunjukkan.

Antara doa yang dibacakan termasuklah memohon keberkatan buat tuan rumah sekeluarga, dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang halal serta umur yang dipanjangkan dalam iman.

Walaupun ringkas, setiap ungkapan dalam doa untuk tuan rumah itu cukup memberi kesan dan meninggalkan kenangan manis kepada tuan rumah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga melihat sikap generasi muda yang masih mengekalkan nilai adab dan kesopanan dalam beraya.

Ads

Ramai yang memuji didikan ibu bapa mereka, malah ada yang mengakui momen seperti ini semakin jarang disaksikan pada masa kini.

Ada juga yang berkongsi bahawa mereka mula terinspirasi untuk mengamalkan perkara sama setiap kali berkunjung ke rumah saudara mara atau rakan-rakan.

Ini menunjukkan bahawa amalan doa untuk tuan rumah bukan sahaja memberi kesan kepada tuan rumah, tetapi juga mampu menjadi inspirasi kepada masyarakat luas.

Hakikatnya, Aidilfitri bukan sekadar tentang juadah atau pakaian baharu, tetapi lebih kepada hubungan sesama manusia dan nilai menghormati antara satu sama lain. Apa yang ditunjukkan ini menjadi satu peringatan bahawa adab dan akhlak masih lagi subur, selagi ia terus dipupuk dan diamalkan.

Ads

Amalan membaca doa untuk tuan rumah selepas makan atau sebelum pulang bukan sahaja mencerminkan kesopanan, malah memperlihatkan rasa syukur dan penghargaan terhadap layanan yang diberikan. Ia juga mengeratkan hubungan silaturahim dan menambahkan keberkatan dalam setiap kunjungan.

Sumber : Threads nadiasamjohari

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads