Bila sebut tentang Skop Production Sdn Bhd, secara automatik ramai akan teringat Datuk Yusuf Haslamkan. Kejayaannya mengarahkan Sembilu lakonan Erra Fazira, Ziana Zain dan Awie suatu ketika dahulu sehingga mampu mengutip RM6 juta memberikan impak tersendiri kepada syarikat dan kredibiliti dirinya.
Kesenimbungan itu kini terzahir kepada dua anak lelakinya, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof yang mana banyak filem arahan mereka berdua seperti Munafik, Abang Long Fadil 2 dan sebagainya. Sama ada menerbitkan filem dan berkolaborasi dengan syarikat lain, ini senarai filem-filem box office keluaran Skop Production Sdn Bhd.
Jom semak, dalam 14 filem box offfice keluaran syarikatnya dan menjalin kerjasama dengan penerbit lain, filem apa catat keuntungan paling rendah?
Filem: Abang Long Fadil 2 Keuntungan: RM18.15 juta Keluaran : 2017 Lakonan : Zizan Razak, Syamsul Yusof, AC Mizal, Wak Doyok, Bocey, Shuib Sepahtu
Filem: Jalan Kembali :Bohsia 2 Keuntungan: RM4.99 juta Keluaran: 2012 Lakonan : Zizan Razak, Nabila Huda, Syamsul Yusof, Sofi Jikan, Salina Saibi
Filem: KL Gangster 2 Keuntungan: RM4.96 juta Keluaran: 2013 Lakonan : Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor, Zizan, Sofi Jikan
Filem: Maria Mariana Keuntungan: RM4.72 juta Keluaran: 1996 Lakonan : Erra Fazira, Ziana Zain, Edika Yusof
Ads
Filem: Abang Long Fadil Keuntungan: RM4.61 juta Keluaran: 2014 Lakonan : Zizan Razak, Sofi Jikan, Kamal Adli, Syamsul Yusof, Tauke Raja Lawak, Aaron Aziz
Filem: Gerak Khas The Movie Keuntungan: RM4.40 juta Keluaran: 2001 Lakonan : Abby Abadi, AC Mizal, Erra Fazira
Filem: Sembilu Keuntungan: RM4.39 juta Keluaran: 1994 Lakonan : Erra Fazira, Awie, Ziana Zain & Mustafa Kamal
Filem : Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit Keuntungan : RM4.33 juta Keluaran : 2016 Lakonan: Pekin, Rosyam Nor
Berdasarkan jumlah kutipan, ternyata filem Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit arahan Pekin Ibrahim mencatatkan jumlah terendah iaitu RM4.33 juta
Pelakon dan model, Haneesya Hanee tampil ‘membuka mulut’ dirinya kini mengalami masalah kewangan berikutan tidak menerima sebarang tawaran berlakon, pada tahun ini.
Menerusi saluran podcast Myaudioplus, pelakon drama hit Aku Bukan Ustazah itu memaklumkan ibu tercintanya terpaksa menggadai barangan kemas untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga sementara dia mendapatkan peluang pekerjaan.
“Tahun ini tak ada shooting langsung. Sekarang ini kewangan tengah goyang sikit. Tapi rezeki itu sentiasa ada. Saya pun tak tahu datang dari mana. Ada kala ada masa gelang emas mak saya kena pergi gadai, rantai dia.
“Lepas itu, kalau ada duit balik, saya pergi beli balik. Terkadang sampai marah dia supaya jangan jual. Penat saya kerja bagi dia melawa, jangan jual tapi dia mak kan. Dia tak membebankan anak dia, dia jual juga,” kongsinya sambil mengalirkan air mata.
Tambahnya lagi, pengorbanan yang dilakukan oleh ibunya itu menjadi pembakar semangat supaya dia bangkit dan bekerja keras demi keluarga kecilnya.
“Tapi kadang-kadang saya rasa bila dia buat macam itu, benda itu yang bakar semangat saya. Saya kena cari kerja cepat cepat supaya dapat beli balik emas dekat dia.
“Mak Haneesya ini kuat dan saya nak jadi sekuat dia. Perjalanan hidup mak saya lagi susah dan banyak cabaran. Apa yang saya lalui ni saya rasa sakit. Saya suka orang nampak saya kuat. Cuma keluarga saya yang tahu apa sebenarnya yang saya lalui,” ujarnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rasanya ramai rakyat Malaysia lebih sinonim memanggil jenama makanan segera ini dengan panggilan ‘Mekdi’. Bukan sahaja ia mudah untuk disebut malah kedengaran lebih ‘Malaysian’ kan?
Susulan itu, Restoran McD yang baharu dibuka di Tampin, Negeri Sembilan satu-satunya restoran McDonald’s berkonsepkan seni bina rumah tradisional Minangkabau yang berbumbung panjang.
Keunikan reka bentuk rumah tradisional Negeri Sembilan melambangkan masyarakat adat perpatih atau sistem kekerabatan matrilineal yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri
Sembilan. Selain itu, reka bentuk bumbung panjang yang lentik dengan kedua-dua hujung bumbungnya naik ke atas sedikit telah menjadi identiti seni bina di Negeri Sembilan yang tersendiri.
Mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan sebelum dibenarkan beroperasi dengan keunikannya yang tersendiri.
Sebelum ini, tapak restoran tersebut merupakan tapak Rumah Rehat Tampin yang sudah lama tidak beroperasi — justeru ia dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan agar menghidupkan semula kawasan berkenaan sebagai tempat tarikan pelancong, memandangkan lokasinya yang strategik dan betul-betul terletak di tepi jalan utama Tampin-Seremban.
Pembinaanya telah mendapat khidmat nasihat serta rujukan daripada pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS).
Untuk pengetahuan korang, McDonald’s Tampin itu merupakan restoran yang ke-302 di negara ini dan yang ke-12 di Negeri Sembilan.
Lebih menarik, ia juga merupakan restoran setingkat yang terbesar pernah ada di Malaysia.
Jadi, kalau korang bercuti ke Negeri Sembilan jangan lupa untuk singgah menikmati hidangan burger dan ayam goreng sambil OOTD di restoran ini.
Siapa je yang taknak kan pinggang ramping dan kurus. Tapi agak susah juga nak dapat pinggang bak ‘kerengga’ ni.
Yelah, antara ‘lubuk’ pengumpulan lemak dan bahagian badan yang mudah naik adalah perut dan pinggang. Tapi ia bukan satu yang mustahil, nah berikut penulis kongsikan selebriti yang terkenal dengan pinggang ramping, bawah 25 inci.
Ingat nak pinggang ramping kena rajin exercise dan amal pemakanan sihat. Berikut kami kongsikan antara 16 senaman yang korang boleh lakukan sendiri di rumah bagi tujuan mengecilkan perut dan pinggang.
Sempat lagi nak berazam pinggang bak kerengga untuk tahun ni..hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!