
Kalau dua hari berturut-turut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan untuk ‘belanja’ KFC dan McD kepada petugas media yang menunggu di luar Istana Negara.

Hari ni petugas media dapat Aiskrim Malaysia pula, memang murah rezeki mereka ini!
Syarikat telekomunikasi TuneTalk turut turun padang mengagihkan aiskrim Malaysia untuk petugas yang sentiasa menunggu di bawah terik matahari bagi melaporkan keadaan terkini.
Perkara itu dikongsi seorang pengguna Twitter dengan memuat naik beberapa keping gambar yang kelihatan terpancar wajah-wajah gembira mereka setelah dapat menikmati aiskrim berkenaan.
Semalam KFC. Harini tunetalk pula bagi free ice cream dan makanan kat Istana. Nampak lapar betul depa. 😂 pic.twitter.com/i3WUV04EBv
— 👨🏫 (@SyafaatNasir) February 25, 2020
“Semalam KFC. Hari ni (semalam) tunetalk pula bagi aiskrim percuma dan makanan kat Istana. Nampak lapar betul depa,” tulis Syafaat Nasir.
Posting tersebut diulang kicau sebanyak 3,100 kali dan mendapat 7,100 tanda suka serta komen warganet yang rata-rata meluahkan rasa keinginan untuk turut serta menerima makanan percuma.
Esok Nak Lepak Istana!



Murah rezeki petugas media, lepas ni lebih semangat nak melaporkan berita dengan cepat & pantas!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[FOTO] “Tak Takut Ke?” – Trafik Sesak Di Genting Highlands Petanda Rakyat Sakan Bercuti
![[FOTO] "Tak Takut Ke?" - Trafik Sesak Di Genting Highlands Petanda Rakyat Sakan Bercuti 10 [FOTO] "Tak Takut Ke?" - Trafik Sesak Di Genting Highlands Petanda Rakyat Sakan Bercuti](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/12/317154.jpeg)
Sebaik saja kebenaran untuk pergerakan merentas daerah dan negeri dikeluarkan oleh pihak Kerajaan sejak Isnin lalu, rakyat Malaysia nampaknya tidak teragak-agak untuk kembali menjelajah.
Buktinya, PLUS Berhad telah melaporkan peningkatan pengguna lebuhraya sehingga 40 ke 50 peratus setiap hari pada minggu ini. Ia berkait rapat dengan keinginan warga kota untuk pulang ke kampung halaman setelah sekian lama tidak berbuat demikian gara-gara arahan PKPB yang dikeluarkan.
ARTIKEL BERKAITAN : Pengguna Highway Meningkat 40-50 Peratus – PLUS, Adakah Kes Positif Akan Terus Naik? – REMAJA
Hari ini, muncul pula beberapa muat naik di laman sosial yang menampakkan bahawa rakyat sudah bersedia untuk ‘sakan’ bercuti sempena cuti panjang pada minggu ini.
Muat naik menerusi akaun Facebook yang dikenali sebagai We are Malaysian itu memperlihatkan keadaan trafik yang agak sesak di sekitar kawasan tarikan pelancong seperti Genting Highland dan Cameron Highland.
GENTING HIGHLAND
![[FOTO] "Tak Takut Ke?" - Trafik Sesak Di Genting Highlands Petanda Rakyat Sakan Bercuti 11 [FOTO] “Tak Takut Ke?” – Trafik Sesak Di Genting Highlands Petanda Rakyat Sakan Bercuti](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/12/genting-7.jpg)
![[FOTO] "Tak Takut Ke?" - Trafik Sesak Di Genting Highlands Petanda Rakyat Sakan Bercuti 12 [FOTO] “Tak Takut Ke?” – Trafik Sesak Di Genting Highlands Petanda Rakyat Sakan Bercuti](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/12/gentinng-6.jpg)
CAMERON HIGHLAND
![[FOTO] "Tak Takut Ke?" - Trafik Sesak Di Genting Highlands Petanda Rakyat Sakan Bercuti 13 [FOTO] “Tak Takut Ke?” – Trafik Sesak Di Genting Highlands Petanda Rakyat Sakan Bercuti](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/12/genting-3.jpg)
![[FOTO] "Tak Takut Ke?" - Trafik Sesak Di Genting Highlands Petanda Rakyat Sakan Bercuti 14 [FOTO] “Tak Takut Ke?” – Trafik Sesak Di Genting Highlands Petanda Rakyat Sakan Bercuti](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/12/genting-4.jpg)
Jelas, pelbagai jenis kenderaan sedang berderatan di beberapa batang jalan dan di kawasan parkir kenderaan. Pelik? Ya DAN tidak.
Kami memahami rakyat ingin merehatkan minda mereka dan membawa anak-abak kecil melepaskan stres akibat terperangkap di rumah untuk sekian lama. Namun, sedarkah mereka bahawa Genting Highlands baru saja mencatatkan beberapa kes positif Covid-19 dan penduduk di sana telah diarahkan untuk berjaga-jaga?
Pada hari Selasa lalu saja, 31 kes baru dilaporkan termasuklah di beberapa buah kediaman bertingkat. Di kawasan Resorts World Genting pula, segolongan pelawat didapati telah dikesan positif Covid-19 dan kawasan terlibat telah diarahkan tutup buat sementara waktu.
Bukan itu saja, laporan kes positif di beberapa lokasi awam lain seperti Genting Highland Premium Outlets juga bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng.
![[FOTO] "Tak Takut Ke?" - Trafik Sesak Di Genting Highlands Petanda Rakyat Sakan Bercuti 15 [FOTO] “Tak Takut Ke?” – Trafik Sesak Di Genting Highlands Petanda Rakyat Sakan Bercuti](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/12/317153.jpeg)
Meskipun keadaan ini sedikit menggusarkan kita memandangkan situasi kes positif Covid-19 di Malaysia masih belum menunjukkan tanda-tanda stabil, namun bak kata Menteri Kanan Keselamatan negara iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, kerajaan tidak boleh berterusan menghalang rakyat untuk merentas daerah dan negeri.
*
Apa yang REMAJA harapkan daripada kelonggaran ini hanyalah agar rakyat sentiasa memahatkan arahan untuk menjaga SOP dan jarak di antara mereka serta individu lain.
Jika tidak berhati-hati, nampaknya kita bakal berdepan dengan semusim PKPB sekali lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cara “SENYAP” Nak Buat Aduan Ke Atas Peniaga Haram! Ini Step By Stepnya

Ada antara kita tahu khususnya di premis tempat kita kita tinggal, ada peniaga melakukan perniagaan haram. Sesetengah dari kita mengambil langkah selamat dengan mendiamkan diri hingga kegiatan sebegini menjadi berleluasa dan semakin berkembang.
Demi Malaysia yang tercinta, sempena bulan kemerdekaan yang ke 63 yang bakal kita sambut pada hujung bulan ini, apa kata kita bangkit berani mempertahankan negara dari terus dijajahi warga asing yang membuat perniagaan secara haram. Begitu juga kalau ada peniaga tempatan yang membuka perniagaan salah seperti perjudian, kita buat laporan.
Tapi nak buat aduan kenalah cara senyap agar identitiy kita tidak terdedah. Seorang peguam Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Chinnai & Co berkongsi penulisannya cara untuk kita buat aduan ke Biro Pengaduan Awam (BPA) tanpa dedahkan identiti kita. Jadi lebih selamat dan kita juga tidak jadi tumpuan jenayah.

Kalau hendak buat aduan sebagai pemberi maklumat, apa cara yang sepatutnya diambil? Jujur saya katakan, saya sendiri takut menghadapi kesan sebagai pemberi maklumat. Manalah tahu ada yang mengugut, yang dendam dan mencari masa untuk membalas balik.
Saya faham perasaan apabila kita kena tetapi orang lain tidak. Misalnya, waktu sekatan jalan raya, kita ditahan kerana tiada lesen.
Kemudian, kita disaman tetapi tiba-tiba orang yang ditahan dengan kesalahan yang sama, tidak disaman. Paham perasaannya rasa tidak adil dan tidak patut. Kalau hendak saman biar dua-dua. Baru adil!
Perkara begini memang perlu diadukan. Saya kongsikan cara-cara membuat aduan yang betul Biro Pengaduan Awam (BPA). Sebenarnya BPA ini, merangkumi pelbagai aspek selain rasuah, aduan juga boleh dibuat kepada isu sikap anggota awam dan apabila gagal mematuhi garis panduan kerja:

Cara-caranya:
1) Kenal pasti jenis kesalahan misalnya bagi kes-kes yang melibatkan PDRM, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), JPJ dan lain-lain (rujuk dalam laman BPA). Misalnya gagal mengikut prosedur yang betul. Seperti, PBT tidak mengambil tindakan ke atas penjaja, JPJ tidak mengambil tindakan kepada pemandu yang salah laku.
Bukan itu sahaja kalau anggota awam kasar, jenis memaki, berkelakuan buruk tidak kiralah dalam telefon atau berdepan. Atau anggota di kaunter perkhidmatan, sombong dan kasar,tidak peramah. Pun boleh diadukan.

2) Kenal pasti hari kejadian, masa, tempat (misalnya dikaunter mana dan apa berlaku). Paling utama, kenal pasti nama anggota. Kalau anggota enggan beri kerjasama nama penuh, tanya pada anggota lain. Jika masih tiada kerjasama untuk mendapatkan nama penuh. Dapatkan nama singkat dan diberikan sekali dengan masa, tempat dan hari sudah cukup membantu.

3) Kalau ada bukti-bukti lain, misalnya sebelum membuat aduan di BPA ini, telah beberapa kali pergi buat aduan ke PBT tetapi tidak diendahkan. Simpan semua dokumen laporan ini dan segala bukti yang relevan.

4) Pergi ke Portal Rasmi Biro Pengaduan Awam, Pusat Gorvenans Intergriti dan Anti-Rasuah Nasional, di bawah Jabatan Perdana Menteri dan buat aduan di sini. Aduan boleh dibuat secara online atau di kaunter. Borang online seperti dalam gambar. Link ada diruang komen.

5) Isi borang aduan, masukkan tajuk sama ada aduan atau cadangan misalnya. Dibahagian butiran masukkan masa, tempat, tarikh dan nama anggota dan cerita sedikit kronologi cerita. Apa salah laku pegawai? Apa kejadiannya? Kemudian, masukkan juga lampiran bukti seperti dalam no.3 di atas (jika ada) dalam ruangan lampiran.

6) Tunggu maklum balas, jika tiada maklum balas. Sentiasa dapatkan status susulan atau ‘follow up’. Jika masih tiada juga maklum balas, hantar surat rasmi. ‘Follow up’ demi ‘follow up’. Perlu lebih agresif. Diruang komen juga ada Soalan Lazim dan langkah-langkah yang akan BPA ambil selepas menerima aduan.
Aduan ini adalah percuma dan tidak melibatkan kos. Ini salah satu cara yang boleh diambil. Hendak buat aduan banyak caranya. Kalau tidak melalui BPA, surat rasmi kepada pihak terlibat yang diberikan salinan kepada Ketua Pengarah, Jabatan atau lain-lain juga boleh.
Kalau tidak guna cara yang betul, seperti saya katakan, takut berdepan dengan ugutan dendam dan lain-lain. Hati-hati. Sama-sama kita banteras jenayah rasuah. Orang ambil rasuah memang tak boleh pakai!
Oleh Nor Zabetha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend Kahwin Di Negara Jiran: Sah Ke Tiada Bapa Sebagai Wali Bagi Pengantin Perempuan?

Isu perkahwinan di luar negara terutamanya di Thailand bukanlah isu baharu, bahkan ia akan menjadi isu hangat secara bermusim.
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Terpedaya Pujukan Kahwin Lari, PEGUAM SYARIE Dedah Kesan Buruknya
Thailand bukan sahaja terkenal dengan tempat pelancongan, namun terkenal juga dengan ‘trend’ berkahwin di sana.
Isu ini akan menjadi lebih panas jika pihak yang terlibat dikenali ramai sama ada orang kenamaan, artis dan sebagainya.
Buat makluman, perkahwinan merentasi sempadan ialah sebarang urusan pernikahan yang dijalankan di luar negara dengan menggunakan khidmat jurunikah di negara tersebut.
Perkahwinan merentasi sempadan begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia seperti perkahwinan di Narathiwat, Pattani, Songkhla dan lain-lain daerah di selatan Thailand.
Kahwin lari ke sempadan Thailand dibolehkan dengan beberapa syarat seperti yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Selain dari kosnya yang murah, perkahwinan di negara jiran berlaku disebabkan pasangan tidak mendapat restu keluarga, mereka yang terlanjur dan bagi pihak lelaki yang ingin berpoligami.
Tapi antara persoalan yang muncul di kalangan warganet tentang mereka yang mengambil jalan pintas ini dek kerana tiada restu dari keluarga adalah kehadiran wali bagi melengkapi rukun nikah.
Terutamanya bagi belah pengantin perempuan, boleh ke dinikahkan tanpa wali iaitu ayah atau saudara lelaki?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan perkahwinan lari meninggalkan wali lebih dua marhalah mengikut Mazhab Al-Syafie.
“Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut Mazhab Al-Syafie”

RUJUKLAH Pejabat Agama di negeri masing-masing terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa tindakan terutama apabila melibatkan kahwin di luar negara.
Walaupun statusnya adalah sah, namun Pejabat Mufti menasihatkan agar sebaik-baiknya, pasangan yang ingin berkahwin, contohnya di negara Thailand atas apa-apa sebab termasuk sebab tidak mendapat izin wali atau tanpa kebenaran poligami daripada isteri hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran untuk berkahwin di luar negara dari Pejabat Agama di negeri masing-masing.
“Ini akan melibatkan beberapa langkah, seperti menghadiri kursus pra-perkahwinan, mendapatkan surat kebenaran poligami jika ingin berpoligami tapi tidak mendapat izin daripada isteri, mengemukakan surat akuan status diri (dara, janda atau balu) dan sebagainya.
“Sekiranya berkahwin di Siam setelah mendapat surat kebenaran nikah di luar negara, proses pendaftaran nikah Thailand di Malaysia akan menjadi lebih mudah setelah kembali dari Siam nanti.
“Seksyen 31 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa pasangan yang berkahwin di luar negara tetapi sudah kembali ke Malaysia perlu mendaftarkan perkahwinan mereka di sini”, jelas artikel berkenaan
Haaa…kini anda tahu! Tapi usahlah jadikan ikutan okay, lagi bermakna dan manis sekiranya kita ikuti undang-undang pernikahan di Malaysia sebaiknya.
BACA LAGI: Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Pengantin, Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

