Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang individu terbakar akibat perbuatannya sendiri setelah kecewa bekas kekasih mempunyai pengganti baharu.
Dikhabarkan lelaki berusia 28 tahun itu mengalami lecur pada badan sebanyak 96 peratus.
Terbaharu, mangsa yang membakar dirinya di atas Jambatan Jalan Kampung Syed Imar Bintong dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis. Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew kepada pemberita. Walau bagaimanapun, maklumat tentang waktu kematian tidak diberitahu.
Keluarga mangsa telah tampil memberikan keterangan dan menjelaskan mangsa merupakan seorang pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan HTF.
Menurut Wari, lelaki itu pernah beberapa kali cuba untuk membunuh diri di mana kejadian pertama berlaku pada Januari lalu setelah mangsa pernah mengelar kedua-dua belah tangan. Pada waktu itu, dia telah berjaya diselamatkan oleh keluarganya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mulai tahun hadapan, pelajar tingkatan empat mungkin tidak lagi dibahagikan mengikut aliran sains atau sastera, dan yang paling best khabarnya mereka boleh memilih subjek mengikut minat masing-masing.
Ini kerana menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata perbezaan antara dua aliran tersebut tidak lagi wujud selari dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
“Pelajar boleh memilih subjek mengikut minat dan kecenderungan masing-masing, pihak sekolah pula akan mengaturkan kelas mengikut pilihan subjek oleh pelajar,”
Gambar hiasan
Penilaian pelajar di dalam kelas dan keputusan PT3 mereka boleh dijadikan rujukan dalam pemilihan subjek dan guru kaunseling turut memainkan peranan penting dalam membantu pelajar membuat pilihan.
Wah, untunglah pelajar sekarang dah boleh ambil subjek mengikut minat mereka kan!
Malah, Menteri Pendidikan pernah mendedahkan bahawa aliran sains dan sastera di peringkat sekolah menengah seluruh Malaysia akan digabungkan atas usaha yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terhadap Polisi Pendidikan Kebangsaan untuk menambah baik sistem persekolahan di Malaysia.
Ramai juga yang bersetuju dengan cadangan ini dan diharap agar perlaksanaannya nanti dapat diterima baik oleh pelajar dan keluarga mereka.
Malah, ada juga yang kurang bersetuju dengan keputusan ini.
Nah, bila dah diberi peluang untuk memilih ‘hala tuju’ sendiri, korang jangan pula mensia-siakankannya. Belajar bersungguh-sungguh sehingga ke Menara gading untuk capai impian korang okay?
Sambutan bulan Ramadan dan hari raya Aidilfitri pada tahun ini dijangka lebih meriah berbanding tahun lalu kerana bazar Ramadan dan Aidilfitri telah pun dibenarkan beroperasi. Namun, para peniaga dan pelanggan perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan kerana kita masih belum bebas dengan wabak COVID-19.
Waktu operasi bagi bazar Ramadan adalah dari jam 3.00 petang hingga 8.00 malam dengan syarat untuk jualan dan minuman sahaja, manakala bazar Aidilfitri dibenarkan beroperasi bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam untuk barangan kering sahaja.
• Kawalan oleh DBKL/PBT, RELA dan penganjur
• Tumpuan kepada laluan masuk/keluar/perimeter
• Pembersihan dan nyah kuman perlu dilakukan setiap hari
Tindakan penganjur
• Menyediakan pelan lokasi yang menunjukkan maklumat susun atur, tanda jarak dan tunjuk arah
• Menentukan kedudukan petak gerai di lokasi perniagaan
• Memastikan pematuhan kawalan penjaga dan pengunjung
• Memastikan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negaran (MKN)
Tindakan DBKL/PBT
• Menentukan kedudukan lokasi (tapak) bazar Ramadan/bazar Aidilfitri
• Memantau pematuhan SOP MKN dan Kesihatan Makanan secara berterusan
• Menutup gerai berkaitan/bazar jika GAGAL patuhi SOP
C. Etika pemakaian pelesen & pembantu/pekerja
• Memakai pas khas yang dibekal oleh penganjut
• Diwajibkan memakai pelitup muka
• Digalakkan memakai face shield
• Digalakkan memakai sarung tangan pakai buang plastik
• Diwajiban memakai apron pakai buang plastik (bazar Ramadan)
Sekurang-kurangnya dapatlah kita semua merasa untuk pergi ke bazar Ramadan pada tahun ini. Namun, jangan ambil mudah dan pastikan setiap SOP dipatuhi dengan sebaiknya.
Pempengaruh dan juga bekas pembantu peribadi (PA) kepada Datuk Seri Vida, Syed Qusyairi, mendedahkan dirinya disihir oleh seseorang yang tidak dikenalinya.
Perkara tersebut dikongsikan Qusyairi atau lebih disapa sebagai abang Qu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.
Katanya, dia mula menyedari apabila dirinya merasa kelainan di tubuh badan, selain tidak bermaya dan bersemangat untuk melakukan siaran langsung (live) di aplikasi TikTok.
“Saya kena sihir. Perkara ini jadi dua minggu lepas. Jika ada yang perasan, saya sudah jarang-jarang membuat siaran langsung di TikTok. Sedangkan perniagaan utama saya datangnya dari situ.
“Bila saya mula siaran langsung, belakang badan jadi pedih dan berbisa. Di belakang tengkung pula jadi lenguh dan sengal. Bila lihat tempat saya siaran langsung itu, rasa macam penat dan tiada semangat.
“Bagaimana saya tahu? Mungkin sakit belakang sahaja? Pada mulanya ya, saya anggap perkara ini biasa. Iyalah kan, mungkin penat sangat,” katanya.
Tambah Qusyairi, dia turut mengalami mimpi buruk dan tersedar ada lembaga merenung dirinya, pada waktu malam ketika tidur.
“Jauh sekali saya nak terlintas dalam fikiran sampai ke tahap kena sihir. Keliling saya tak ramai dan tidak besar. Sementelah, saya sangat jarang-jarang jumpa orang. Hanya fokus kepada kerja sahaja.
“Jadi tak terfikir sampai ke tahap macam itu. Sampailah… minggu lepas saya ada beberapa hari mimpi yang bukan-bukan mimpi ular. Selain itu, saya terjaga pada jam dua ke tiga pagi ada lembaga hitam tenung, tetapi bila buka lampu terus hilang.
“Ada bisikan, sejujurnya waktu itu perasaan takut tiada. Tetapi, saya terperanjat sedikit. Biasalah naluri manusia. Cuma my concern is, bila waktu tidur itu terganggu,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, dia menegaskan buat ‘si pembuat’ itu agar bertanya sahaja kepadanya di ruangan mesej, berbanding dengan menggunakan ilmu hitam itu.
Selain, dia turut memaafkan dan tiada dendam kepada individu tersebut seandainya dirinya ada menyinggung hati sesiapa di media sosial, sebelum ini.
“Semalam ada rakan saya mengajak untuk teman dia berubat. Saya pula niat nak teman sahaja, dia yang memandu. Sewaktu perjalanan selepas Tapah, tiba-tiba tengkuk lenguh dan badan panas sampailah ke rumah ustaz di Taiping.
“Point saya di sini, jika ada yang terdetik nak berasa dengki atau sebalinya. Kan lebih manis awak terus menghantar pesanan (DM) kepada saya. Tanya bagaimana nak buat? Boleh kongsi?
“kehadapan awak, saya cuma nak kata, saya maafkan awak dan tiada berdendam. Maafkan saya jika hantaran di Instagram dan TikTok membuatkan awak terdetik untuk hantar yang bukan-bukan. Sayang awak walaupun tidak mengenali awak siapa,” ujarnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.