Tapi kalau dah genetik dan takdirnya mengatakan korang pendek, memang susah nak ubah nasib. Hehe.
Bagi golongan perempuan, mungkin kependekan tidak menjadi isu sangat malah akan selalu digelar comel. Namun bagi golongan lelaki, ia boleh mendatangkan rasa rendah diri terutamanya jika sedang bergaul dengan lelaki lain yang jauh lebih tinggi. Jadi apa yang korang boleh lakukan adalah mendapatkan ilusi lebih tinggi dengan 5 tip mudah ni.
Jom cuba!
01
Pilih Jaket Yang Betul
Seharusnya jaket yang ingin dibeli berakhir di bahagian antara punggung dan kaki.
Walaupun trend jaket oversized memang popular sekarang terutamanya jika korang menonton drama Korea, namun sebagai lelaki ‘kerdil’ ia tak sesuai dengan korang. Kepanjangan jaket yang betul akan menjadikan bahu kelihatan lebih bidang dan mewujudkan bentuk V yang cantik pada bahagian tidak berbutang.
02
Warna Gelap
Ads
Okay, kita pernah dengar mengenai tip memakai baju berwarna gelap untuk mendapatkan ilusi kurus. Tetapi, baju berwarna gelap pun boleh buat korang kelihatan lebih tinggi eh?
Ia mencerminkan sifat dominasi dan kekuasaan yang ada pada lelaki. Barulah orang pandang korang kerana bakat dan kehebatan, bukannya sebab pendek atau tinggi.
03
Gaya Rambut
The higher the hair, the closer you are to heaven..?
Ads
Hehe, mengarut jelah. Namun, gaya rambut yang mempunyai volume ke atas mampu membuatkan lelaki kelihatan lebih tinggi. Korang boleh cuba gaya spiky ke atas untuk ‘menambah’ beberapa inci pada ketinggian atau gaya ber-volume seperti Pompadour.
Jangan sesekali ‘membelah’ rambut pada bahagian tengah okay, korang akan kelihatan lebih rendah!
04
Jalur Menegak
Ingat, corak pada pakaian kamu memainkan peranan yang sangat penting. Jika coraknya besar, berulang-ulang dan carca-merba, kamu mungkin akan nampak pendek. Namun jika corak jalur menegak yang dipilih, ia akan memberi ilusi torso yang lebih panjang daripada biasa.
Ads
05
Pilih kasut bertumit
Ya, ini adalah trik paling selalu diperkatakan tetapi selalu dilupakan jika terasa malas. Betul tak, lelaki?
Dengan rekaan kasut formal, oxford, sneakers dan kasual yang mempunyai tumit dan teknologi tapak boost, tak ada masalah untuk kamu mencari kasut bertumit sekarang. Ketinggian tumit ideal adalah sekitar 2.0sm ke 2.5sm.
Unless you are Faiz Roslan, jangan melebihi ketinggian tersebut.
06
Just Be Confident
Betul, tak ada apa yang lebih berkesan melainkan rasa yakin pada diri sendiri. Memang kedengaran cliche. Namun individu lelaki popular seperti Robert Downey Jr. (5′ 8), Daniel Radcliffe (5′ 5) dan Bruno Mars (5′ 6) semuanya mempunyai personaliti yang sangat powerful sehinggakan tiada orang yang akan mempersoalkan ketinggian mereka, terutamanya ketika ditemu ramah di karpet merah.
So guys, kentalkan keyakinan diri kerana itu strategi nombor satu kamu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, fenomena bunga Tekoma yang tumbuh mekar di negeri Kedah akan mencuri tumpuan ramai rakyatnya pada musim panas.
Setiap kali tibanya bulan Februari dan Mac, bunga yang digelar sebagai ‘sakura Kedah’ itu akan menyerikan pemandangan jalan raya di negeri tersebut. Bagaimanapun pada tahun ini, ramai pulang hampa apabila ia tidaklah semeriah dan selebat tahun-tahun sudah.
Ini berikutan bunga Tekoma yang tidak kembang dan gugur serentak membuatkan tiada ‘hamparan’ kelopak berwarna merah jambu, putih dan ungu pada kaki jalan. Tidak hairanlah tidak begitu banyak foto OOTD yang dimuat naik ke media sosial seperti tradisi tahun -tahun sebelum ini.
Tekoma yang berasal dari kepulauan Carribean dan Amerika Selatan merupakan sejenis spesis yang berbunga lebat pada musim panas dan kemarau. Sekiranya di Jeju Korea Selatan, fenomena bunga Cammelia mekar muncul semasa musim sejuk, di negara Khatulistiwa pula, ia terjadi kepada bunga Tekoma pada musim panas.
Lalu, setelah melihat fenomena bunga Tekoma yang menarik perhatian pelancong pada setiap tahun ke Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar sebelum ini telah menanam kira-kira 1000 pohon Tekoma di sepanjang jalan bagi mencantikkan lagi pemandangan di sana. Ala-ala musim luruh, gitu.
Sayang sekali pada tahun ini, ia tidak mekar seperti yang diharapkan. Mungkin sekali, ia disebabkan oleh faktor cuaca ataupun faktor usia pohon Tekoma tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sebut tentang fobia REMAJA pasti semua orang akan ada. Cuma yang membezakan ialah tahap fobia korang atau subjek yang menjadi mimpi ngeri ketakutan tersebut agak berbeza-beza.
Jika didefinisikan secara ringkas, fobia membawa maksud katakutan yang tak rasional terhadap sesuatu perkara, objek atau situasi. Antara fobia yang sering kita dapati berlaku di kalangan rakan-rakan atau orang yang kita kenali ialah fobia terhadap ketinggian, tempat gelap, kawasan sempit atau binatang berbisa.
Namun terdapat beberapa jenis fobia yang kalau difikirkan agak tak masuk akal dan pelik wujud di dunia. Nak tahu apakah jenis fobia tersebut? Jom check out senarai 8 jenis fobia paling pelik di bawah.
PENTHERAPHOBIA
Ini merupakan sejenis ketakutan yang banyak berlaku dalam masyarakat cuma tahapnya mungkin tidak sekronik fobia seperti ini. Pantherphobia merupakan fobia terhadap ibu mertua. Bunyinya agak merepek tapi itulah yang berlaku kepada sesetengah orang. Hiks.
PELADOPHOBIA
Peladophobia pula merupakan sejenis fobia terhadap orang yang botak. Apa yang mereka takutkan sangat terhadap orang botak pun REMAJA tak pasti. Mungkin ada sejarah silam mereka dengan orang botak kot. Ehemmm… Harris Anuar sila ambil perhatian ya.
ARACHIBUTYROPHOBIA
Bukan sahaja susah nak eja tetapi ketakutan tak rasional seperti ini agak pelik bunyinya. Kalau korang pernah makan peanut butter mesti pernah berdepan situasi ia melekat di lelangit bukan. Well, itulah jenis fobia dalam kategori ini. Pengidapnya mempunyai fobia melampau dan takut jika peanut butter melekat di lelangit mereka. Malah mereka juga akan berpura-pura ada alahan terhadapnya.
ANATIDAEPHOBIA
Mempunyai fobia terhadap binatang itu satu perkara yang selalu kita dengar. Tapi dalam kes ini ia sangat pelik kerana bukan sahaja mempunyai ketakutan terhadap perbuatan sejenis binatang yang sangat spesifik. Anatidaephobia ialah ketakutan diperhatikan oleh itik dari belakang. Ia boleh membuat mereka tidak tentu arah bila itik berjalan di belakang mereka.
CALIGYNEPHOBIA
Ramai lelaki terutamanya golongan remaja yang mempunyai fobia jenis ini. Ia merupakan fobia terhadap perempuan cantik. Biasanya jenis fobia seperti ini dikaitkan dengan seseorang yang nerd tetapi hakikatnya ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Bila berdepan orang cantik mereka tidak senang duduk, berpeluh dan menggeletar.
ABLUTOPHOBIA
Fobia jenis ini bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri tetapi boleh memberi kesan secara langsung kepada orang lain. Ablutophobia ialah fobia kepada mandi. Bayangkan berdepan dengan mereka yang tak mandi. Mesti kurang enak, bukan.
CHOROPHOBIA
Ketakutan jenis ini sebenarnya tidaklah terlalu pelik kerana ramai orang pernah alaminya. Cuma bagi seseorang yang ada chorophobia mereka akan mengalami kegelisahan luar biasa bila disuruh menari. Mungkin disebabkan rasa malu atau sesuatu yang pernah berlaku sebelu itu menyebabkan meraka cukup takut untuk menari.
CATHISOPHOBIA
Cathisophobia pula merupakan sejenis fobia untuk duduk. Biasanya terjadi kepada mereka yang pernah berdepan dengan trauma yang menyebabkan mereka menghidap ketakutan seperti ini. Menurut teori mungkin mereka ada sejarah pernah dibuli untuk duduk di atas objek tajam atau didera secara mentak ketika duduk.
Jadi korang tergolong dalam fobia yang mana satu…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson mengumumkan berita gembira kepada para peminta bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua pada tahun depan.
Perkara itu diumumkan Aiman, 34, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Ujar pelakon itu, dia bersyukur dengan kehamilan isterinya dan tidak sabar untuk menanti kedatangan tahun 2024 demi menyambut cahaya mata baharunya tersebut.
“2023 hampir ke penghujung. Tidak sabar untuk 2024. Jumpa awak nanti anak kedua. Syukur Alhamdulillah,” katanya.
Menerusi hantaran sama, Aiman turut berkongsi gambar janin selepas Zahirah melakukan pemeriksaan ultra bunyi.
Bagaimanapun Aiman tidak memaklumkan tempoh kandungan dan juga jantina anak keduanya yang bakal lahir itu nanti.
Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut mengucapkan ucapan tahniah dan turut menantikan cahaya mata kedua pasangan itu.
“Wah tahniah! Isaac bakal menjadi seorang abang tidak lama lagi,” ucap Mira Filzah.
“Isaac akan dapat adiklah! Tahniah,” kata seorang netizen.
“Alhamdulillah, saya tumpang bahagia untuk kalian,” komen Catriona Ross.
Untuk makluman, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur dua tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!