Bukan sebarangan pelakon baharu boleh mendabik dada dengan pengiktirafan anugerah hiburan tempatan serta antarabangsa hanya dalam tempoh lima tahun pertama penglibatan.
Well, Nadhir Nasar bukanlah ‘sebarangan’.
Nadhir Nasar.
Dalam beberapa tahun usai menjuarai pencarian Hero Remaja 2020, Nadhir telahpun diiktiraf oleh Asian Academy Creative Award bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi drama bersiri Nusyuz Berkiblat Cinta.
Hasil lakonan mantapnya sebagai Erfhan; seorang suami yang mendera isterinya, Safiana (lakonan Shaza Bae) secara emosi, fizikal dan seksual; penonton mudah menjiwai perasaan benci terhadap watak lakonan Nadhir itu apabila melihat penderitaan seorang isteri diperlakukan sebegitu rupa.
Jelas Nadhir, bukan anugerah yang dikejar-kejar olehnya. Sebaliknya, apabila dapat menjayakan watak yang mencabar baginya, itu adalah kepuasan yang lebih tidak terhingga.
Kelebihan yang dimiliki oleh Nadhir Nasar sebagai selebriti yang diminati ramai peminat tanpa mengira usia sebenarnya berbalik kepada kredibiliti yang dibawakan olehnya dalam setiap naskah.
Nadhir berjaya mengekalkan minat orang ramai disebabkan keberaniaan untuk mencuba pelbagai jenis genre drama, filem dan telefilem dari semasa ke semasa.
Sebagai contoh, di saat peminat masih mengingati impak ‘kebencian’ terhadap Erfhan (Nusyuz Berkiblat Cinta), Nadhir beralih arah dengan melakonkan watak Jamie bagi drama bersiri My Famous Ex-Boyfriend yang sesuai ditonton seisi keluarga yang menggemari genre komedi romantik pula.
Dan… siapa boleh lupakan penangan drama bersiri Projek: Anchor SPM yang memperkenalkan Nadhir kepada sebilangan besar peminat remajanya. Drama yang mencedok kisah kehidupan pelajar sekolah menengah ini membuatkan ramai jatuh cinta terhadapnya serta karakter Hilmi.
Ads
Selang beberapa tahun, sekali lagi Nadhir tidak gentar untuk mempelbagaikan jenis watak. Kali ini, dia menjayakan pula karakter seorang guru menerusi drama bersiri Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi; sebuah adaptasi daripada drama Jepun yang cukup popular dewasa ini.
Daripada pelajar sekolah ke cikgu psiko dan kemudian menjadi suami kaki dera sebelum seterusnya menjadi duda yang digelar ‘Suami Dari Neraka’. Luas sungguh perjalanan karier Nadhir dalam tempoh empat hingga lima tahun pertamanya ini!
Cikgu Dalam Industri Lakonan
Rata-rata peminat Nadhir Nasar sudahpun mengetahui mengenai fascination beliau terhadap pelakon berkaliber, Beto Kusyairy.
Menganggap Beto sebagai idola serta ‘cikgu’ dalam aliran lakonan, perasaan itu bangkit menerusi nilai-nilai autentik yang dibawakan Beto menerusi lakonannya selama ini tanpa mengira watak apa jua yang dimainkan olehnya – sesuatu yang cuba dilakonan oleh Nadhir sendiri.
Selepas melakonkan telefilem sulungnya bersama Beto Kusyairy, Nadhir sekali lagi berpeluang berada dalam satu set bersama Beto. Kali ini, ia menerusi drama Astro Ceria berjudul Super Wira yang bergenre ‘lebih ringan’ tetapi masih sarat dengan mesej berguna; bersesuaian dengan penonton kanak-kanak.
Ads
Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Super Wira merupakan siri adiwira berunsur tradisional Melayu pertama seakannya dihasilkan di Malaysia. Berbeza dengan hiburan adiwira Barat yang sering kita tonton, Super Wira mengangkat seni pertahanan diri tradisional seperti silat sebagai sebahagian daripada gaya pertarungan dalam babak yang dipertontonkan.
Sekaligus, ia sedikit sebanyak mengubah landskap produksi perfileman Malaysia yang tidak mengulang pakai plot sama.
Hormati Generasi Sebelumnya
Bercakap mengenai sutradara yang digemari lagi dihormati oleh Nadhir, jejaka berusia 28 tahun ini sememangnya tidak pernah puas untuk mengkaji naskah-naskah tempatan yang memberi impak kepadanya.
Bukan sahaja gemar mengulang kaji lakonan anak-anak seni handalan yang terlebih dahulu makan garam sebelumnya seperti Beto Kusyairy, Que Haidar dan Jalil Hamid. Nadhir juga cuba mendalami genre drama serta filem yang mencabar minda serta emosi.
Antaranya seperti drama bersiri Scammer 1 dan Scammer 2 arahan Norhanisham Muhammaf. Dibintangi oleh Kamal Adli, Siti Saleha dan Fasha Sandha, drama tersebut mengisahkan kegiatan money laundering dalam kalangan kolar putih akibat desakan kehidupan.
Ads
Kongsi Nadhir, dia turut meminati drama bergenre seram thriller, Sembilan arahan Razaisyam Rashid yang dijayakan hasil kolaborasi pelakon dari Malaysia serta Indonesia. Selain itu, dia tidak mengenepikan karya-karya yang lebih santai pada permukaan tetapi padat dengan penyampaian moral seperti Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah – kesemuanya merupakan arahan Allahyarham Mamat Khalid.
Karya-karya deep sebegini menjadi kegemaran Nadhir. Tidak kiralah sama ada karya baharu mahupun lama, setiap daripadanya mempunyai nilai sentimental yang membuatkannya ia berbekas di hati.
Kata orang, jika anda ingin menjadi yang terbaik, belajarlah daripada gerak geri mereka yang terbaik.
Oleh itu, Nadhir tidak kekok untuk mengakui karya-karya yang boleh ditonton semula menerusi Astro Go ini telah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya sebagai seorang pelakon disamping menghiburkan jiwa seninya di waktu senggang.
Korang pun boleh menonton semula drama atau program televisyen yang dilakonkan oleh Nadhir atau yang disukai olehnya tadi!
Jom usha kesemua naskah menarik itu secara On Demand dan strim di Astro Go serta sooka; pada bila-bila masa dan di mana sahaja korang berada.
Saksikan temu bual penuh bersama Nadhir Nasar ini di saluran YouTube Astro Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pihak produksi teater muzikal Puteri Gunung Ledang menegaskan semua pelakon dipilih secara adil menerusi sesi uji bakat profesional.
Pihak produksi teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) menegaskan tiada elemen pilih kasih dalam proses pemilihan pelakon bagi setiap watak yang bakal dipentaskan.
Dakwaan Ketirisan Jadi Perhatian
Menjawab dakwaan segelintir pihak yang mendakwa berlaku ketirisan dalam pemilihan pelakon, pihak produksi menjelaskan bahawa semua peserta telah menjalani sesi uji bakat sebelum dipilih berdasarkan pelbagai aspek penilaian.
“Kami ingin tegaskan bahawa tiada pilih kasih atau favoritisme dalam proses ini.
“Semua peserta dinilai secara adil oleh juri profesional berdasarkan pelbagai aspek,” katanya menerusi satu komen balas kepada seorang pengguna di Threads.
Menurut pihak produksi lagi, setiap karakter dalam pementasan itu mempunyai kekuatan tersendiri bagi menjayakan teater muzikal berkenaan yang dijangka berlangsung pada Oktober depan.
“Watak-watak PGL juga membawa harapan dan ekspektasi yang sangat besar, jadi setiap keputusan dibuat dengan penuh teliti serta tanggungjawab.
“Kami amat menghargai usaha setiap individu yang hadir ke sesi uji bakat,” katanya lagi.
Isu Timbul Selepas Mila Mohsin Dipilih
Difahamkan, dakwaan mengenai ketidaktelusan dalam pemilihan pelakon mula tercetus selepas Mila Mohsin yang juga anak kepada Tiara Jacquelina dipilih memegang watak Puteri Gunung Ledang.
Barisan Pelakon PGLM Turut Diumumkan
Terdahulu, pihak produksi turut mengumumkan Aqasha bakal membawa watak Hang Tuah, bergandingan bersama dua pelakon utama Puteri Gunung Ledang iaitu Aisha Retno dan Mila.
Sementara itu, Luqman Hafidz diumumkan sebagai Sultan Melaka manakala Yusuf Hashim pula memegang watak Gusti Adipati.
Dalam pada itu, Mimi Fly dan Nadia Aqilah bakal membawakan watak Bayan bagi pementasan kali ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kata Remy, sebelum mendirikan rumah tangga lagi, dia sudah mempunyai angan untuk memberi nama anaknya yang mempunyai unsur kemelayuan.
“Masa bujang lagi, saya ada terfikir kalau anak lelaki, saya mahu letak nama ada unsur Melayu.
“Saya dah bincang dengan Ezza dan dia pun setuju,” katanya.
Pada masa sama, pelakon berusia 41 tahun itu turut memberitahu bahawa dia ada beberapa nama lain yang turut menjadi pilihan untuk anaknya sebelum memilih Tuah Alam.
“Selain daripada Tuah Alam, kami ada letak Tuah Arjuna, Tuah Alexander. Kenapa Alexander? Sebab saya ada terbaca buku Alexander.
“Tapi akhirnya kami memilih Tuah Alam. Nak ada nama ‘mix’ juga pada mulanya, tapi tidak boleh sebab bukan jiwa,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Remy dan Ezza melangsungkan perkahwinan pada tanggal 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalin cinta.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam situasi ekonomi negara sekarang ni, mesti ramai yang sedang sibuk untuk mencari kerja. Iye la, dengan lambakan graduan universiti yang ada pun dah cukup untuk memberikan saingan buat rakyat Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan.
Jadi, apa perlu korang buat? Sebelum nak memohon pekerjaan tu, ini tip yang telah dikongsi sendiri oleh Amirul Shirat yang sudah berpengalaman menemu duga lebih dari 500 calon pekerja selamalebih kurang dua tahun berkhidmat dalam bidang Human Resource.
Resume
– Gambar profile resume kena formal.. Paling handsome atau cantik yang kita boleh buat
– Input dalam resume tak perlu banyak page (1page) , just masuk kan yang penting-penting sahaja (selebihnya cerita time interview )
– Kalau cgpa below 3.00, jangan mention dalam resume.
– Nyatakan dalam resume kelebihan lain selain daripada bidang yang dipohon..ini kerana,majikan suka ambil candidate yang multitasking.
– Resume yang bagus , sebelah kaki sudah diterima untuk bekerja.
Contoh resume yang baikContoh resume yang tidak baik. Tak lengkap dan tiada gambar
Interview
– Berpakaian kemas (formal attire).
– Sentiasa senyum dan pandang mata interviewer (tanda yakin) semasa sesi soal jawab.
– Tahu tentang background company.
– Tahu tentang jawatan yang dipohon.
– Jangan sesekali cerita tentang keburukan syarikat lama pada interviewer , hal ni dapat memberi pandangan buruk interviewer terhadap anda.
– Tidak terlalu menjadi Mr/Ms perfect semasa interview.
– Create situasi dalam interview supaya interviewer hanya tanya apa yang anda tahu untuk jawab
– Jangan panggil interview abang akak or adik. Hormat interviewer ibarat dia penentu nasib anda pada hari tersebut.
Strategi cari kerja
1. Gambar profile dekat resume kena formal (handsome dan cantik) supaya menjadi penarik untuk interviewer pilih anda untuk datang interview.
2. Jangan apply job yang anda tiada pengalaman atau tidak belajar semasa di universiti.
3. Untuk starting kerja tetap jangan pilih syarikat besar, tapi pilih syarikat yang baru nak naik supaya kemungkinan nak diterima kerja cerah dan dapat belajar banyak benda dalam skop tugasan.
4. Tidak terlalu demand gaji bagi yang fresh graduate kerana ilmu lagi penting untuk nak start career.
5. Kalau korang memohon kerja di syarikat Islam,kena tahu basic agama.
6. Semasa interview, jual diri anda (bagi tahu apa yang anda ada supaya syarikat merasa rugi kalau tak ambil).
Semoga tip yang diberikan oleh ‘Abang HR’ ni sedikit sebanyak dapat memberi panduan buat korang ketika mencari kerja. So, tak timbul la isu blur depan interviewer nanti. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!