
Okay kami nak letakkan disclaimer dahulu: Rezeki jodoh ajal maut semuanya di tangan Tuhan ya.
Cumanya, setelah Jabatan Perangkaan Negara meneliti statistik purata usia rakyat Malaysia di setiap negeri bagi tahun 2018, ia menunjukkan bahawa anggaran purata jangka hayat lelaki di Kelantan dan Terenggany lebih rendah!
Mereka sekadar mencatatkan usia 69.6 tahun berbanding purata kebangsaan 72.7 tahun.

Purata jangka hayat tertinggi bagi lelaki di Malaysia pula dicatatkan oleh lelaki di Sarawak iaitu 75.3 tahun. Fuhh..tu lagi tinggi daripada purata kebangsaan!
BAGAIMANAPUN (sabar ya lelaki di Kelantan dan Terengganu)..
..kadar kelahiran yang agak tinggi dicatatkan di negeri Kelantan dan Terengganu. Masing masing pada purata 21.6 dan 23.1 kelahiran bagi setiap 1,000 populasi.
Kadar kelahiran tertinggi jatuh kepada Wilayah Persekutuan Putrajaya (28.8) manakal terendah pula dicatatkan negeri Perak iaitu 14.0.
***
Girls, jangan risau. Statistik untuk korang pun adalah!

Secara keseluruhannya, purata jangka hayat perempuan di seluruh Malaysia tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dari negeri ke negeri.
Purata jangka hayat kebangsaan mencatatkan purata usia 77.6 tahun bagi perempuan. Akan tetapi, Sarawak SEKALI LAGI mencatatkan purata jangka hayat yang lebih tinggi berbanding purata kebangsaan iaitu 78.9 tahun bagi perempuan.
Haih, nak lahir dan tinggal di Sarawak lah! Hiks.
Apapun, yang penting adalah kita menjaga kesihatan, kadar stres dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wow Untunglah Miranda Kerr, Jho Low Belikan Piano Lutsinar RM4.17 Juta

Nampaknya cerita mengenai lelaki yang menjadi buruan polis banyak negara, usahawan Low Taek Jho tidak pernah habis selagi dirinya tidak ditangkap.
Terkini, Jho Low yang didakwa menjadi dalang melesapkan berbilion dana 1MDB didakwa membelikan hadiah piano lutsinar buat model Miranda Kerr ketika cuba memikat hati supermodel popular tersebut.
Miranda Kerr yang sebelum ini merupakan pasangan hidup kepada aktor popular Orlando Bloom namun mereka akhirnya berpisah menjadi pencarian hit selepas skandal IMDB didedahkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.
Selepas berpisah dengan Bloom, Miranda dilihat menjadi hubungan rahsia ini dan segalanya bermula pada Valentine 2014 termasuk percutian mewah dengan kapal layar mewah Equanimity (kini dirampas pihak berkuasa Malaysia). Selepas terpalit dengan semua kontroversi ini, Miranda Kerr ini sudah mendirikan rumah tangga dengan pengasas Snap Chat iaitu Evan Spigel.

Wow, untunglahkan tuan punya badan. Difahamkan skandalnya terutama barangan kemas yang bernilai bilion USD yang dihadiahkan oleh Jho Low membuatkan namanya tercemar kerana skandal ini masih dibongkar pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Memetik Malaysia Kini, pada 2014, Low memesan sebuah piano untuk Kerr dari syarikat pembuat yang berpengkalan di Belanda, Crystal Music Company, menurut laporan New York Times (NYT).
Malah dalam pendedahan berita ini turut menyenarai panjangkan barangan mewah yang dihadiahkan Low kepada model berkenaan.


Pengasas syarikat pembuat piano berkenaan, Peter Tol enggan membincangkan harga piano untuk Kerr itu tetapi berkata piano yang ditempah berharga di antara AS$ 170,000 (RM709,000) dan AS$ 1 juta (RM4.17 juta), kata laporan itu.
Kerr pernah dilihat bermain di piano di dalam video berjudul: “Miranda Kerr – At Home Secrets with Vogue Living“.
Kerr sedia pulangkan piano
Laporan NYT seterusnya menyebut apabila Tol menghantar piano tersebut, pihaknya “terkejut” kerana ia akan diletakkan di atas geladak di bahagian luar kerana tidak muat untuk melalui pintu.
“Saya sangat kecewa… Saya nasihatkan mereka untuk menutup kawasan itu,” kata Tol, petik NYT.
Ker akhirnya menutup kawasan itu dan atas sebab itu jugalah kini kerajaan Amerika Syarikat (AS) menghadapi masalah untuk membawa keluar piano itu yang dipercayai dibeli Jho Low menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB.
Peguam kepada model itu telah mengatakan Kerr sedia untuk memulangkan piano tersebut.
Bagaimanapun, Jabatan Keadilan (DOJ) AS perlu merobohkan tembok di rumah Kerr untuk membuka ruang tertutup supaya dapat mengeluarkan piano tersebut dari rumah itu.
Sebelum ini, DOJ telah merampas aset-aset yang didakwa diperolehi menggunakan dana 1MDB yang dilesapkan.
“Tembok-tembok baru ini menjadi masalah bagi kerajaan, yang percaya ia perlu melakukan perobohan untuk mendapatkan piano itu, menurut dua orang yang tahu selok-belok penyiasatan tetapi tidak dibenarkan bercakap secara terbuka.
“Kemudian sebuah rumah yang sangat mahal perlu diperbaiki,” kata laporan itu.


Loket berlian 8.88 karat bernilai AS$4.8 juta
Laporan itu berkata buat masa ini, piano tersebut tetap diletakkan di bawah jagaan Kerr. Walau bagaimanapun, Kerr telah memulangkan hadiah lain yang diterimanya dari Jho Low kepada pihak berkuasa.
Low turut menghadiahkan seutas rantai berlian, anting-anting, gelang dan cincin bernilai AS$ 1.98 juta semasa dalam percutian romantis di atas kapal persiaran mewah Equanimity pada bulan Julai 2014.
Kapal mewah yang juga dipercayai diperoleh menggunakan dana yang dilesapkan daripada 1MDB, telah dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia dan diserahkan ke Malaysia untuk lelongan.
Low turut menghadiahkan Kerr loket berlian 11.72 karat berbentuk jantung dengan ukiran nama model itu, yang bernilai AS$ 1.29 juta dan anting-anting berlian 11 karat bernilai AS$ 1.05 juta.
Hadiah paling mahalnya kepada Kerr adalah pada bulan November 2014 – berupa loket berlian 8.88 karat bernilai AS$ 4.8 juta.
Kerr telah memulangkan barangan kemas itu kepada DOJ.
Sumber :- MALAYSIA KINI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular Pemain Harimau Malaya Berseronok Di Kelab Malam, Siap Ada Pemain Beragama Islam

Baru-baru ini, tular di media sosial video team Harimau Malaya berseronok meraikan kemenangan skuad Harimau Malaya yang layak ke Piala Asia 2023 sekali gus menamatkan penantian selama 43 tahun untuk beraksi dalam saingan itudi sebuah kelab malam.
ARTIKEL BERKAITAN : “Sejarah Tercipta Buat Malaysia!”, PM Ucap Tahniah Buat Harimau Malaya

Namun, apa yang menjadi tidak best, bualan dan persoalan netizen ialah apabila mereka mendakwa terdapat salah seorang pemain yang beragama Islam turut kelihatan dalam video berkenaan dan sedang memegang sesuatu di tangan yang dipercayai rokok.
Menerusi laporan dari Barita Harian, Junior seperti yang dilaporkan portal HarimauMalaya berkata: “Saya tahu ramai salah faham dengan video tersebut terutamanya di sini (Malaysia) yang boleh memperlihatkan tidak baik.
#BHsukan Satu video tular memaparkan beberapa pemain skuad Harimau Malaya sedang meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 yang dipercayai berlaku di kelab malam pic.twitter.com/03V0n8tfmH
— Berita Harian (@bharianmy) June 15, 2022
“Saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai video itu tetapi terdapat pemain-pemain bukan Muslim bersama.
“Apabila sesuatu yang berlaku seperti ini iaitu berjauhan dengan keluarga dan rakan selama sebulan dan kemudian berjaya mengecapi kejayaan ia satu momen yang cukup bahagia untuk kami keluar dan meraikannya,” katanya.
Mungkin mereka hanya ingin meraikan kemenangan je kot…Hmm…apa pendapat korang?
***
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mahu Luaskan Ke Pasaran Lebih Besar, Kini Sambal & Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming Terima Sijil Halal

Khabar baik buat peminat Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi keluaran pempengaruh terkenal, Khairul Aming. Kedua produk itu kini telah menerima pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ia diumumkan sendiri oleh Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman (32) menerusi sebuah video di media sosial miliknya.
Menurutnya, pemilikan sijil halal berkenaan membuka peluang kepada syarikatnya untuk memasarkan produk ke pasaran luar dengan lebih meluas.

“Hari ini kita nak umumkan yang kita dah dapat sijil halal Jakim untuk produk jenama Khairul Aming iaitu Dendeng Nyet Berapi dan juga Sambal Nyet Berapi”
“Sebenarnya, tahun ini kita letak sasaran nak dapatkan sijil halal untuk kilang Khairul Aming di Kota Bharu, Kelantan. Hari ini, Alhamdulillah kita dah dapat sijil halal itu daripada Jakim,” jelasnya menerusi video yang dikongsi di kesemua platform media sosial.
Khairul Aming merupakan pempengaruh media sosial dan beliau mula dikenali kerana kebolehan memasak serta menghasilkan kandungan dengan berkongsi resepi masakan menarik dan mudah diikuti.

Beliau merupakan salah seorang personaliti media sosial yang sangat berjaya di Malaysia, bukan sahaja dalam bidang masakan tetapi juga dalam dunia keusahawanan.
Dalam pada itu, Khairul Aming memaklumkan, selain daripada sijil halal, produk keluarannya juga sudah mendapat kelulusan Skim Pensijilan MeSTI Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ujarnya, dengan hanya satu kilang dibangunkan di Kota Bharu, kini beliau sudah memiliki seramai 100 pekerja hasil kerja keras yang bermula daripada bawah.
“Seterusnya, inshaAllah kita akan cuba mohon untuk dapatkan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) pula untuk kilang kita di Kelantan,” katanya.
“Jadi, dengan adanya (sijil) halal ini, sekarang kita dah boleh mulakan langkah baharu untuk kembangkan lagi kita punya produk ke pasaran yang lebih besar,” tambahnya lagi.
“Diharapkan, kita boleh kembangkan lagi industri e-dagang dan juga pengilangan makanan di Kota Bharu,” ujarnya.
Sementara itu, menurut Khairul Aming, kini beliau sedang fokus untuk menghasilkan produk ketiga yang dijangka dilancarkan pada tahun depan.
Katanya, jenama Khairul Aming itu sudah memasuki usia lima tahun dan beliau menghargai semua pelanggan yang sentiasa menyokong dan membeli produknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

