Rasanya isu tentang keberkesanan produk kecantikan ni memang tak akan habis kerana ada saja yang ragu-ragu tapi masih memakainya.
Dalam pada hati berbelah bahagi sama ada produk tersebut selamat atau tidak, ramai juga yang tertanya-tanya macam mana nak tahu adakah produk itu bagus atau hanya sekadar mengaut untung atas angin.
Remaja tertarik dengan perkongsian yang dibuat oleh Khairul Yoi tentang bagaimana untuk mengesan produk kosmetik yang digelarnya sebagai ‘produk sampah’ di pasaran sekarang.
Sama-sama kita hadamkan apa yang cuba bro ni sampaikan.
Kenali founder terlebih dahulu
1) Kau pergi kedai jamu dalam mall tu. Tak pun mana-mana toko jamu. Segala skincare dalam kotak, ada satu set, bekas kecil-kecil, warna warni di Aidilfitri, itu la produk sampah.
2) Kau cari founder dia. Tengok latar belakang. Kalau tak ada background medic atau chemist, SPM belum habis, atau jenis belajar tak tinggi mana, pendek kata bodoh la senang citer, maknanya produk dia produk sampah.
Ads
3) Kau tengok ada jual kat drugstores tak. Kalau tak ada, sampah!
Tengok pada kotak dan ingredients
4) Benda ni paling senang detect. Tengok kotak, ada alamat kilang tak, ada ingredients tak. Kalau takde, sampah!
5) Ada KKM tak bermakna selamat. Aku dah pernah citer pasal KKM sebelum ni. Apatah lagi yang tak ada KKM. Lagi la sampah!
6) Tengok testimoni. Kalau edit sampai hilang hidung, sampah!
Ads
Gambar hiasan
Cuba bau, wangi ke tidak
7) Bau. Bau wangi macam letak perfume. Sebab nak hilangkam bau mercury.
8 ) Tekstur. Melekit dan berkilat. Ada mercury. Bila dibiarkan lama-lama, bekas krim akan jadi hitam.
9) Sekiranya korang pakai dan muka barai, sampah! Takde istilah healing crisis. Ada yg cakap “aku pakai elok je”. Yang ni aku nak terang sikit. Ada 3 cara mercury / hydroquinon / tretinoin baraikan kesihatan kau.
Pertama, kesan segera. Kalau pakai terus barai. Kedua, lepas berhenti baru barai. Ketiga, muka glowing, cantik, berkilat. Tapi buah pinggang rosak slow-slow.
Ads
Ada mangkuk hayun tanya “Pakai kat muka tetiba rosak buah pinggang? Tak ada kena mengena!” Haa ini kalau aku kabor kau bengap mmg menggelupur. Mercury meresap dari kulit sampai ke dalam saluran darah, darah dibawa ke buah pinggang untuk tapis.
Tak adanya muka kau pakai penapis teh untuk tapis darah. Tu pasal effect buah pinggang. Dah rasa educated sikit lepas baca ni kau boleh slow-slow hantuk kepala kat dinding.
Gambar hiasan
Pakai dua minit dah putih
10) Overclaim. Pakai 2 minit dah putih. Pakai seminggu dah naik urat hijau, bla bla bla. Sama macam supplement dan jamu. Kalau nampak overclaim boleh sembuhkan kanser ke boleh rawat buah pinggang ke boleh rawat penyakit apa ke, sampah! Ingat, supplement bukan ubat!
I’ve done my part. The choice is yours!
Deep sungguh apa yang bro ni cakap. Tapi kalau fikir betul-betul, ada benarnya juga. Bukan apa, iklan produk kosmetik sekarang ni melampau-lampau betul testimoninya. Lebih sedih lagi bila ramai yang percaya dan turut sama tertipu.
Apa-apa pun, pilihan di tangan korang. Jangan kata kami tak warning. Buatlah pilihan dengan bijak. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sehari dua nie kebanyakan rakyat berbicara mengenai keadaan politik negara. Ada yang bersetuju dan tak kurang tidak bersetuju dengan semua tindakan yang terjadi.
Begitu banyak tweet, di fb menulis mengenai keadaan politik negara dengan pelbagai komen.
Namun dalam banyak-banyak komen, pastinya yang paling mencuit hati datangnya dari bekas Perdana Menteri ke 6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah melibatkan IMDB.
Kata-kata penuh makna berbaur”perlian” beliau terhadap pentadbiran negara. Haha, terbaik DS Najib
Sebagai ahli politik tegar, beliau “pandai mengambil kesempatan” di saat semua orang tengah panas kerana apabila Tun Dr Mahathir meletak jawatan semalam saat itulah kabinet Malaysia terbubar secara automatik. Lebih mengagumkan, begitu banyak komen netizen yang menyuarakan rasa rindu terhadap bekas Perdana Menteri tersebut berikutan trollnya yang sempoi.
Namun semalam juga di page FBnya atas nama Najib Razak, kelihatan DS Najib troll bekas-bekas Menteri dan siap berkaraoke lagi. Dan lebih cemerlang, ia disyer begitu banyak warga fb, siap menambah asam garam lagi terhadap beberapa bekas Menteri yang beliau karaokekan.
Korang rase apa peraasan Kanda Mujahid bila tengok nie, hikz. Komen netizen mengenainya mencecah 8.7 k di fb Najib Razak.
Bukan saja Kanda Mujahid dapat lagu, Khalid Samad juga hingga 8K netizen memberi komen.
Tidak habis begitu saja, ada saja troll beliau. Terhibur wei, dalam penuh makna! Sarkastik!
Sebelum ini YB Hannah Yeoh bertanya di twitternya, band apakah ini? Namun sejak keadaan politik negara semalam, DS Najib siap menjawap “Nak jawab apa sekarang ni?, mendalam pertanyaan tu!
Tapi paling tak boleh blah, di saat semua orang kecoh-kecoh, DS Najib tunjuk gambar pergi memancing.
“Belum habis lagi tu.Korang tengok ah. Kalah cerita kat Netflik. Saya cari ketenangan dulu, pape roger! Ayatnya makan dalam sungguh!
Netizen pun tak kurang lucu, siap tulis nie tuk DS Najib. Hahaha!
Memang terbaeklah DS Najib! Kita semua memang terhibur!
Korang tengoklah sendiri apa DS Najib tulis baik di fb mahu tweetnya, cukup menghiburkan!
Apa pun semua semoga negara kita aman damai dan terpelihara di bawah naungan dan rahmat Allah taala.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gempar di media sosial apabila seorang bayi lelaki dijumpai diatas bumbung rumah dan masih bertali pusat. Allahu…..
Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan berlumuran darah di bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham, Ipoh.
“Seorang saksi yang juga jiran suspek mendengar bunyi kuat yang terjatuh di bahagian bumbung rumahnya dan kemudian menemukan bayi berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Menurutnya, pemeriksaan di bilik suspek yang masih belum ke sekolah kerana baru sebulan berpindah ke rumah berkenaan dari Batu Caves, Selangor mendapati terdapat kesan tompokan darah pada gerigi tingkap serta cadar biliknya.
Bayi malang itu kini berada dalam keadaan kritikal dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal, Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
“Suspek telah dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut…keterangan lanjut masih belum diterima kerana remaja itu dalam keadaan lemah akibat mengalami pendarahan selepas melahirkan bayi berkenaan,” katanya.
Soal siasat ke atas ibu dan dua adik suspek mendapati mereka tidak mengetahui tentang kehamilan remaja itu, malah semasa kejadian dia tidak menunjukkan sebarang petanda mahu melahirkan anak sebaliknya hanya memberitahu baru sahaja datang haid.
Kepada warganet, berita ini bukan untuk dikecam, bacalah dengan mata hati kerana kita hanya mahu mencari penyelesaian mengenai keterbukaan isu ini. Memang bukan berlaku pada ahli keluarga kita tapi keluarga lain tapi lebih baik kita doa baik-baik.
So apa nak buat jika mengandung?
Untuk remaja yang dah tersilap dan rasa takut untuk beritahu ahli keluarga, mintalah bantuan kawan atau masuklah ke rumah perlindungan. Kalau masih takut dan memilih untuk mengurus diri sendiri dan bila tiba saat bersalin nanti, janganlah dibuang bayi tersebut.
Ini kerana ada 12 tempat baby hatch yang boleh kita letakakan bayi dan anak itu akan dijaga dan diberi kepada keluarga yang memerlukannya.
Boleh letak saja tanpa rasa takut ditangkap. Tiada siapa akan tanya atau tangkap korang. Tak ada soal jawap pun masa korang letak tu. Paling penting letaklah bayi tak berdosa itu baik-baik kerana ada orang akan menjaganya nanti.
Ingat, jangan buang bayi dalam mangkuk tandas, dalam kotak depan surau dan sebagainya. Letak saja di baby hatch seperti dalam senarai di bawah ini. Paling penting, selepas sekali korang buat silap , jangan terus ulangi kesilapan lagi.
Sumber : Bernama , Facebook , Sin Chew Daily
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu makanan halal sering mendapat perhatian dari masyarakat. Ini kerana setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging pemakannya.
Di saat kempen #BMF atau Buy Muslim First, sensitiviti masyarakat terhadap premis-premis yang kerap dikunjungi orang Islam namun pemiliknya terdiri dari bangsa lain menjadi amat sensitif.
Jika sebelum ini tular mengenai minuman boba Xi Fu Tang yang tidak mendapat sijil halal dari hab halal JAKIM namun digemari golongan muda, terkini tular dakwaaan bahawa laksa dan makanan yang dijual di premis Ah Cheng Laksa pula tidak halal.
Lebih menakutkan laksa yang dikatakan enak itu dicampur dengan darah babi dan ditularkan ke media sosial sekaligus memberi rasa gusar kepada orang ramai yang pernah menikmati laksa di premis ini. Tinjauan REMAJA di Bahagian Hab Halal JAKIM hari ini, mendapati premis Makanan Laksa Ah Cheng TIDAK PERNAH MENDAPAT SIJIL HALAL.
Bacalah penjelasan lebih lanjut dari Bahagian Hab Halal Jakim mengenai isu ini dan kemudian buatlah penilaian sendiri.
Penjelasan Isu Status Halal Premis Makanan Ah Cheng Laksa
Media sosial halal Malaysia kini dihujani dengan pertanyaan awam berkenaan status halal premis makanan Ah Cheng Laksa. Ianya berpunca daripada tular yang mendakwa premis makanan tersebut menggunakan ramuan yang tidak halal dan tidak sesuai dikunjungi oleh pelanggan khususnya yang beragama Islam.
Untuk makluman, premis makanan Ah Cheng Laksa masih belum menjadi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Walau bagaimanapun, central kitchen bagi premis makanan berkenaan yang didaftar atas nama Ah Cheng Laksa Sdn Bhd di lokasi Taman Perindustrian USJ 1, Subang Jaya, Selangor telah dipersijilkan halal.
Pensijilan halal yang diperolehi oleh central kitchen tidak bermakna seluruh rangkaian outletnya telah dipersijilkan halal kerana bagi permohonan premis makanan berangkai, terdapat syarat-syarat khusus pensijilan halal yang perlu dipenuhi.
Justeru, JAKIM mengalu-alukan usaha murni pihak syarikat untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk seluruh rangkaian premisnya agar kekeliruan status halal dapat diatasi dengan berkesan.
Pihak kami menyarankan kepada para pengguna untuk mengutamakan produk atau premis makanan yang telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Premis atau produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal malahan ianya toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard, peraturan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.
Pengguna juga dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah dan salah faham sesama ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.