Turki merupakan antara tempat pelancongan masyarakat dunia, lebih-lebih lagi Istanbul dan Cappadocia yang memang dikenali sebagai sebuah lokasi menarik untuk dikunjungi.
Sejak negara kita sudah memberi kelonggaran untuk ke luar negeri, ramai yang tidak melepaskan peluang terbang ke negara-negara luar bagi melepas geram setelah lebih kurang dua tahun ‘terkurung’ disini.
Namun begitu, mungkin ada yang masih berkira-kira untuk ke luar negara kerana bimbang dengan kos perbelanjaan yang tinggi lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini.
Bagi korang yang menyimpan hajat untuk ke Turki, kali ini kami ingin berkongsikan perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Amri Baik, menyenaraikan itinerari sepanjang percutian di Turki kira-kira selama 10 hari. Dari Kuala Lumpur -Istanbul-Sanliurfa-Cappadocia-Ankara-Bozuyuk-Sogut-Bozuyuk-Bursa-Istanbul-Kuala Lumpur.
Difahamkan, jika korang nak tempah penerbangan domestik Turki memerlukan hes code, jadi korang tidak boleh menempah awal selagi belum memohon kod tersebut. Hes code hanya boleh dipohon 72 jam sebelum berlepas di link ini
Semua tiket bas di beli secara walk di stesen bas dan tempahan hotel dibuat ketika on the way ke lokasi kecuali Agora Boutique Hotel disebabkan perlu memohon hes code dan beri alamat semasa di Turki.
Semua hotel yang ditempat 90 peratus adalah walking distance ke tempat-tempat menarik sekitar kawasan tersebut dan termasuk dengan sarapan pagi.
Ha, berbaloi sangatlah kan? Cuma, kos perbelanjaan ini tidaklah termasuk duit makan dan shopping di sana. Tapi setidaknya korang dah boleh buat anggaran sebelum ke Turki. Betul tak?
Sedapnya, makan panas-panas dicicah pula dengan sos cili yang masam, pedas dan manis. Cucur udang antara resipi popular rakyat Malaysia untuk dinikmati saat minum petang. Menu ini tidaklah susah untuk dibuat, hanya memerlukan beberapa jenis bahan sahaja.
Ada yang suka memasukkan sayur yang banyak, ada pula yang suka menggunakan daun kucai sahaja, namun ada juga yang tak nak sayur langsung. Terpulang kepada selera masing-masing. Bagi penulis, cucur udang enak kalau ada sayur yang banyak.
Berkongsi resipi kepada umum, SuiSan Aliezsha menerangkan bagaimana cara dia menghasilkan cucur udang yang enak serta gebu. Memang cantik hasil air tangannya. Jom kita teliti cara untuk membuat makanan ini ;-
Bahan-bahan
1 kgTepung Gandum
Sepaket Mauripan
Udang (Saiz udang terpulang kepada kesukaan masing-masing)
Sediakan bekas, masukkan tepung, mauripan, garam dan serbuk kunyit bersama. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Selepas mendapat adunan yang dikehendaki, masukkan daun kucai dan kacau sebati.
Biarkan adunan seketika sehingga hingga ia mengembang.
Untuk mendapatkan bentuk cucur udang yang cantik sekata, gunakan senduk besi. Semasa panaskan minyak, rendam senduk supaya adunan tidak melekat pada senduk besi.
Letakkan udang ke atas cucur yang hendak digoreng.
Selepas cucur nampak garing sekata, angkat. Siap untuk dihidang
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila datang beraya ke rumah saudara atau jiran-jiran, pasti perkara pertama yang biasanya korang buat adalah cari kuih raya yang paling best kan?
Niat nak menziarah tu memang la ada, tapi apa salahnya sekali setahun je nak melantak pelbagai kuih raya yang ada juga antaranya hanya jumpa time raya.
Paling menjadi perhatian mestilah kuih muih kering tradisional seperti rempeyek. Rempeyek resipi orang lama memang sedap, rangup dan berperisa.
Kepada yang rasa insecure nak cuba menyediakan kuih tradisional, resipi yang dikongsikan Nur Athiya ini sangat simple dan mudah. Kalau cukup segala peralatan dan acuan, confirm anda pun boleh buat.
Bahan-bahan :
1 bungkus tepung beras
3 sudu besar ketumbar. *
3 sudu besar jintan manis *
3 sudu besar jintan putih*
400ml santan pekat (santan kotak pun boleh)
1 labu bawang putih (tumbuk halus)
Segenggam ikan bilis *
1 biji telur
1 sudu the kapur makan
4cawan air secukupnya
Ikan bilis n kacang secukup
Garam secukup rasa
Cara penyediaan
1. Kisar semua yang bertanda *
2. Campurkan semua bahan kecuali kekacang dan ikan bilis dan kacau sehingga sebati. *Perhatikan bancuhan dan cuba goreng satu keping. Jika rasa ia tebal tambah lagi air.
3. Panaskan minyak kemudian manaskan acuan di dalam minyak.
4. Selepas panas, tuangkan adunan tepung tadi guna senduk kecil dan letakkan kacang tanah dan ikan bilis, gorengkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang, Pahang baru-baru ini mencipta nama apabila diumumkan sebagai pemenang bagi Kategori Kreatif Junior (Technic) di International Robot Olympiad ke-26 di Busan, Korea Selatan.
Pertandingan peringkat antarabangsa yang berlangsung selama dua hari bermula 18 Januari itu, memberikan peluang kepada para peserta untuk bekerjasama menyelesaikan masalah dunia sebenar menerusi robotik.
Ia sekaligus membentuk generasi pemimpin masa depan yang peka akan perkembangan industri dan teknologi.
Dalam pada itu, pelajar SK Permatang Keledang, Matthew Jambai (12) berkongsi keterujaan menerusi pertandingan itu yang mengangkat nama sekolahnya sekaligus negara Malaysia.
“Melalui bengkel dan program ini, saya telah belajar membina dan mengawal robot, dan pengalaman ini sangat menyeronokkan. Saya juga bangga kerana dapat bertanding di pertandingan ini dan saya ingin menjadi seorang guru pada masa depan untuk memberi inspirasi kepada orang lain dalam bidang robotik,” katanya.
Sementara itu, guru pengiring, Mohd Zulkhairi berkata, kejohanan seperti ini membantu dalam memberikan inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk meminati pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
“Terima kasih kepada Petrosains kerana menganjurkan program Petrosains Tech4All untuk pelajar Orang Asli. Saya dapat menyaksikan peningkatan yang luar biasa dari segi keyakinan dan kemahiran pelajar dalam pembelajaran robotik,” katanya.
Pada masa yang sama, International Robot Olympiad ke-26 menyaksikan dua lagi penyertaan pasukan dari Malaysia yang diwakili pelajar SK Kampong Layau, Johor dan SK Sri Permai, Kelantan.
Seramai sembilan pelajar Orang Asli bersaing dalam Kategori Kreatif Junior yang mana mereka ditugaskan mencipta dan membentangkan penyelesaian robotik bagi menangani cabaran dunia sebenar.
Selain itu, menurut pelajar SK Kampong Layau, Muhammad Fahrin Ammar (11) berkata, pengalaman itu telah mengubah hidupnya.
“Pada mulanya, saya tidak berminat dengan robotik tetapi mula menyukainya selepas menyertai bengkel Petrosains Tech4All dan pertandingan ini. Saya belajar berkomunikasi dengan lebih baik, mengenali kawan baharu dan keyakinan diri pun meningkat. Gembira sangat kerana dapat mewakili Malaysia dan membanggakan keluarga,” katanya yang juga merupakan anak nelayan.
Seorang lagi peserta dari SK Sri Permai, Suzie Kidiee (11) berkongsi bahawa perjalanan robotiknya bermula menerusi galakan guru untuk menyertai program Petrosains Tech4All.
“Sebelum ini, saya merasakan pengaturcaraan mencabar tetapi kini dapat menguasainya selepas menyertai bengkel Petrosains Tech4All dan Petrosains RBTX Challenge 2024, yang membantu membuka potensi untuk berinovasi dan mencipta”
“Saya ingin menjadi seorang guru untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk berinovasi dan mencapai impian mereka,” kata Suzie yang pertama kali menjejakkan kaki ke negara terkenal dengan K-pop itu.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!