Sebut pasal nak beli rumah, semua orang memang menyimpan angan-angan untuk memiliki kediaman sendiri. Tapi, kadang kala terfikir juga sama ada mampu atau tak aku nak beli rumah ni?
Kalau korang memang dah berangan nak beli rumah, baguslah dik. Cuma kalau setakat simpan impian tapi tak berusaha pun tak guna juga kan?
Sebenarnya perkara pertama yang korang perlu tahu adalah bagaimana proses yang diperlukan untuk membeli rumah pertama.
Berikut adalah perkongsian yang dibuat oleh Afiq Shamnazri tentang flow yang korang perlu jelas sebelum mendapat kunci rumah.
1. Persediaan
Fasa persediaan bermaksud, bila korang ada niat nak beli rumah, benda pertama yang korang patut buat adalah semak kelayakan loan dengan bank. Loan ni part paling kritikal melainkan korang beli cash.
a. Income
Formula perkiraan adalah seperti berikut:
Komitmen lama + komitmen rumah baru yang nak dibeli/net income x 100
Kalau lebih 70% application rejected. Korang boleh google cara nak kira DSR.
b. Scoring
Scoring ni maksudnya korang ada ciri-ciri orang boleh bayar hutang ke tak? So, bank akan tengok pekerjaan korang stabil tak, permanent ke kontrak, korang ada degree ke tak. Benda-benda ni addvalue dalam application.
Ads
c. Ccris
Ccris ni record kalau ada komitmen dengan bank. Kalau ada, kena bayar ikut time. Kalau tak ada record langsung boleh apply ke?
Boleh je.
Tips!
Dokumen apa yang bank nak?
Boleh je nak minta tolong ejen semakkan kelayakan loan korang. Biasanya ejen akan terus liase terus dengan banker. Bagi je korang punya dokumen tu.
Next.. Deposit pula
Ads
Deposit biasanya kena prepare 10% daripada harga rumah
Contoh harga rumah RM200,000, so kena ready RM20,000
Kalau tak cukup macam mana?
Lepas dah tahu berapa loan korang boleh ambil, perkara terakhir yang korang kena buat adalah plan pasal rumah tu.
2. Persediaan
Bila fasa pembelian ni nak window shopping refer balik pada plan yang korang buat dalam fasa persediaan tu. Cari rumah yang sesuai dan berkenan.
Ads
Bila dah jumpa yang berkenan, booking untuk proceed dengan langkah seterusnya. Booking mestilah kepada property agency atau law firm. Jangan bank in kepada akaun personal.
Bila dah booking dan owner pun dah sign, form tu attach sekali dengan dokumen-dokumen untuk loan tadi dan submit la dekat bank untuk apply loan. Tak pun, ada sesetengah ejen mereka akan tolong buatkan.
Kalau dokumen semua lengkap dalam masa seminggu dah boleh dapat approval loan.
Bila loan dah approve, ejen akan maklumkan kepada peguam untuk prepare sale and purchase agreement (Snp). Dalam masa dua minggu dah boleh sign.
3. Tukar nama
Untuk fasa ketiga ni korang boleh tenang sikit sebab kebanyakkannya diuruskan oleh peguam.
Rumah freehold kebiasaan ambil masa tiga hingga 4 bulan
Rumah leasehold 6 bulan hingga setahun. Kalau rumah lowcost lambat sikit sebab kena minta consent.
Apa yang korang kena buat adalah just follow up sebulan sekali pada peguam tentang proses ini. Jadi, bila dah settle semua peguam akan panggil untuk check rumah. Kalau semua okay boleh la ambil kunci dari peguam.
Settle!
Okay hopefully korang dah dapat gambaran yang jelas macam mana proses sebenar untuk membeli rumah. Mungkin urusan pertama jual beli ni nampak rumit sikit, tapi kalau ada rezeki untuk beli rumah kedua atau ketiga, rasanya mudah sikit la sebab korang dah ada experience kan?
Anyway kami doakan agar urusan dan impian beli rumah korang tercapai!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejayaan produksi Les’ Copaque menduduki tangga ketiga video paling popular di kalangan penonton YouTube Malaysia pada saat ini adalah kerana plot cerita musim ke-14 itu yang semakin menarik.
Sekiranya di awal musim, Upin Ipin menjadi tular disebabkan mulut salah satu karakternya, Fizi yang ‘tidak ada insurans’. Kali ini, ramai pula yang bertukar sedih dengan episod yang diberi judul ‘Kain Merah’ ini.
Sehingga kini, video tersebut telahpun mencecah lebih 13 juta tontonan.
Rata-rata komen di media sosial Les’ Copaque dibanjiri dengan perasaan menyayat hati sehinggakan ada penontonnya yang menitiskan air mata. Ini jelas adalah sesuatu yang membanggakan kerana tidak selalu animasi tempatan berjaya membuahkan impak sebegini.
*
‘Kain Merah’ mengisahkan fabrik berwarna merah milik Ipin yang diterbangkan oleh angin.
Ia merupakan fabrik yang diwariskan oleh arwah ibunya dan disebabkan itulah, Ipin menjadi sedih. Demi mengelakkan kesedihan Ipin berterusan, kembarnya Upin memberikan kain merah miliknya.
Ketika di bahagian akhir episod tersebut, team Upin Ipin mengambil peluang memaparkan bahagian ‘flashback’ ibu bapa mereka tanpa menunjukkan wajah. Kelihatan ibunya sedang menjahit kain merah yang kini menjadi milik Upin dan Ipin.
Hanya suara yang menjadi ingatan kepada pasangan kembar itu akan arwah ibu bapa mereka.
Untuk pengetahuan, episod kali ini bukan sekadar trending di YouTube di Malaysia saja. Malah di Indonesia, ia menjadi tular di stesen televisyen Indonesia, MNCTV yang menayangkannya. Pergh, hebat!
Jika korang belum menontonnya, klik pautan video di bawah okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan keadaan semasa di mana dunia masih ‘terperangkap’ dalam pandemik wabak Covid-19 dan acara sukan sukar dilaksanakan dalam skala besar seperti kebiasaan, pemandu remaja Adam Khalid tampil membanggakan Malaysia apabila menjuarai kategori MSF Ultimate pada perlumbaan Merdeka Race 2020.
Adam yang memandu jentera SEAT Leon Cupra (mirip jentera Golf GTI tetapi mempunyai spesifikasi Eropah) jelas selesa dengan jentera tersebut walaupun ia merupakan kali pertama dia memandunya.
Satu pencapaian yang REMAJA rasakan membanggakan apabila dia mampu mencapai kejuaraan dengan jentera yang mempunyai hanya 400 kuasa kuda berbanding jentera lain yang mencecah 600 hingga 700 kuasa kuda.
“Saya bermula dengan perlumbaan Formula BMW pada awal karier saya, sebelum saya beralih ke Formula 4 dan Formula 3. Sekitar 2016, saya memutuskan untuk beralih ke perlumbaan jentera Teen Top (seperti perlumbaan GT car ataupun TCR car) kerana bagi saya, ia lebih praktikal untuk jangka masa panjang.
“Dari situ, saya menyertai perlumbaan lokal seperti Malaysia Championship Series. Selepas setahun, saya menjadi di antara perlumba bertuah yang terpilih untuk melakukan shoot out (perlumbaan ujian dan kursus intensif) oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk mewakili negara dan mengibarkan Jalur Gemilang,” kata pemandu berusia 22 tahun itu.
Kata Adam, tahun 2020 sepatutnya dipenuhi dengan jadual perlumbaan yang sibuk. Namun dia akur dengan keadaan pandemik di seluruh dunia yang tidak boleh dielakkan.
“Sepanjang tempoh PKP, saya telah mengisi masa berlatih dengan jurulatih kami, Roman dan SIC. Bukan saja latihan memandu dan kecergasan, tetapi juga latihan komunikasi agar saya bersedia untuk bertemu dengan media, sebagai contoh,” tambahnya lagi.
Walaupun perlumbaan Merdeka Race 2020 yang berlangsung baru-baru ini diadakan secara tertutup tanpa penonton, Adam tidak sesekali menganggap ia kurang penting berbanding perlumbaan lain. Ini memandangkan ia adalah perlumbaan pertama yang disertainya selepas Malaysia menerima arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Saya lakukan sebaik mungkin dan saya ingin berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan kerana membenarkan perlumbaan tersebut dijalankan,” katanya yang menyambut kejayaan itu dengan pemandu, Gilbert Tang bagi pasukan SIC Viper Niza.
Tak sabar untuk menantikan lebih banyak aksi dan kejayaan daripada pelumba remaja ini!
KLIK video di bawah untuk mendengar tip oleh Adam Khalid bagi korang yang mempunyai impian untuk memulakan karier dalam sukan pemotoran. Macam mana eh..?
Empat nama besar dalam industri muzik tempatan bakal mencipta sejarah apabila mereka bergabung dalam sebuah konsert mega yang dinanti-nantikan ramai iaitu Empat Live In Kuala Lumpur 2025.
Buat julung kalinya, Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel akan berkongsi pentas dalam sebuah persembahan istimewa yang bukan saja menyatukan suara-suara hebat tanah air, tetapi juga mengangkat nilai kekeluargaan.
Mereka bukan sekadar rakan artis, tapi ‘family goals’ betul! Ziana dan Anuar adalah adik-beradik, Ernie pula anak saudara mereka, dan Syamel? Suami kepada Ernie.
Sekali gus, gabungan ini menjadikan Empat sebagai sebuah konsert yang cukup unik dan penuh sentimental value.
Bercakap tentang konsert ini, Anuar Zain yang juga bertindak selaku penganjur menyifatkan ia sebagai projek yang sudah lama mereka impikan.
“Ini adalah projek impian yang telah dirancang sejak dua tiga tahun lalu.
“Ia bukan sekadar konsert, tetapi satu simbol kekeluargaan dan penghargaan kepada peminat yang selama ini menyokong kami,” jelasnya dalam satu kenyataan rasmi.
Sementara itu, Ziana Zain pula menggambarkan konsert ini sebagai “temasya cinta” yang bukan hanya antara mereka berempat, tapi juga dengan peminat tersayang.
“Kami tidak menjanjikan sesuatu yang luar biasa, tetapi kami mahu semua yang hadir pulang dengan momen yang magis dan indah,” katanya.
Konsert ini akan diarahkan oleh pengarah berpengalaman Jennifer Thompson dan diperkukuhkan dengan sentuhan muzik oleh Sze Wan bersama barisan pemuzik profesional.
Tiket konsert mula dijual 25 April 2025 jam 10.00 pagi di laman rasmi [ticket2u.com.my/empatkl](https://www.ticket2u.com.my/empatkl).
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada momen bersejarah ini!
Harga tiket bermula dari RM288 (Bronze) hingga RM2,088 (Royal Twin Seat – untuk dua orang). Pilih ikut bajet, tapi pastikan korang tak terlepas untuk saksikan gabungan empat legenda, satu pentas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!