
Jenayah pukau di laman sosial? Mungkin ada yang tak percaya dan menganggap ia hanyalah satu gurauan atau mungkin sengaja mahu mencari perhatian.
Namun begitu, korang tak sepatutnya pandang remeh tentang isu seperti ini kerana dalam masa yang sama, kita tetap perlu berhati-hati supaya perkara macam ni tidak terjadi pada diri sendiri.
Apa yang berlaku pada kawan AymanAmran ini perlu dijadikan teladan kerana tak sangka dengan niat hanya nak berkawan, sahabat dia ditipu dan diugut untuk transfer wang sebanyak RM1,000, kalau tak, video ‘panas’nya akan disebarkan.
Kisah selanjutnya ada di thread berikut.

Cerita dia macam ni


Dia minta nombor telefon dan …


Record video bogel



Ni dia bagi link dan peras ugut member kawan tu, link tu memang betul-betul dia dalam video tu

Then, mamat tu sampai berani call tapi dia tak angkat




REPORT!

Selagi tak kena dekat diri sendiri, boleh la kita cakap macam-macam kan. So, jalan terbaik adalah korang perlu extra careful dan jangan mudah percaya dengan orang yang tak dikenali di media sosial.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Fool’ Aina Abdul Di Radio Jepun! Cetus Semangat Hasil Lagu Inggeris Lain

Apabila penyanyi dan komposer, Aina Abdul mempertaruhkan lagu Shadow pada tahun 2018, ramai pendengar yang pantas jatuh hati dengan single bahasa Inggeris ciptaannya itu.
Diklasifikasikan sebagai sebuah lagu yang mempunyai kredibiliti untuk dibawa ke peringkat antarabangsa, Aina bagaimanapun menghabiskan tempoh tiga tahun berikutnya menghasilkan lagu bahasa Melayu (melainkan single Kelip2 yang mempertaruhkan korus berbahasa Inggeris) demi menambat hati segenap pendengar tempatan .
Justeru, kemunculan single terbaru bahasa Inggerisnya berjudul Fool baru-baru ini telah menggembirakan para peminat yang menggelar diri mereka sebagai Ainations.

ARTIKEL BERKAITAN : 30 Perkataan ‘Fool’ Gambaran Gadis Bangkit Semula – Pereka Fesyen Aina Abdul – REMAJA
Baru-baru ini, Aina telah dikejutkan dengan perkhabaran kononnya Fool telah diputarkan di corong radio di Jepun!
Perkara tersebut langsung mengejutkan penyanyi berusia 28 tahun itu memandangkan dia tidak tahu-menahu mengenainya. Peminatnya sendiri berkongsi berita gembira tersebut menerusi aplikasi Twitter.

Komen Aina, biarpun ia mungkin sekadar diputar selama lebih tiga minit sahaja, itu sudah memadai memandangkan peluang tersebut tidak pernah mencapai jangkaannya.
Sedikit sebanyak, ia menyemarakkan semangat AIna untuk terus mencipta lagu berbahasa Inggeris pada masa akan datang. Begitupun, segalanya perlu dirancang secara teliti. Buat Aina, selagi boleh dia ingin menerokai pelbagai genre lagu lain seperti lagu kerohanian sempena bulan Ramadan dan lagu khas Aidilfitri.
Dalam pada itu, Aina kini sedang sibuk mempersiapkan diri bagi membawakan dua lagu di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 pada 6 Mac ini.
Aina bakal bersaing menerusi dua buah lagu iaitu Sepi dan nyanyian duet bersama Khai Bahar berjudul Nafas Cinta. All the best sis!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
3 Idea Fresh Bulan Ini Untuk Dress Kahwin Idaman Kamu

Tak lama lagi, musim perkahwinan akan bersambung semula selepas sebulan kita menyambut Syawal.
Mungkin korang tak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat, tetapi tak salah kan untuk kita berangan sekejap sambil mengumpul idea dan inspirasi baju perkahwinan kelak.
Mungkin juga ada di kalangan kawan korang yang sedang bersiap sedia untuk bergelar Mrs. pada akhir tahun ini dan memerlukan bantuan dalam bab baju idaman mereka sendiri.

3 orang selebriti telahpun menamatkan zaman bujang mereka baru-baru ini. Jom tengok siapa pereka fesyen pilihan mereka dan idea di sebaliknya.
01
Azura Couture Untuk Dayah Bakar

Isteri kepada Kapten Haniff Hamidi ini sekali lagi memilih rekaan daripada pereka fesyen kegemarannya, Azura Couture untuk kedua-dua majlis resepsi. Majlis pertama memperlihatkan Dayah Bakar dalam rekaan ballgown dempak serba putih.
BACA: OMG Berseri Sangat! Fans Puji Rekaan Baju Nikah Dayah Bakar
“Dari first time jumpa kak Zura, Dayah rasa click sangat dengannya. Dari masa masuk bidang seni sampailah ke hari Dayah kenal Captain, I know memang Azura Couturelah pilihan Dayah.
“Dayah share apa yang di bayangan da kak Zura share idea yang sesuai. Untuk resepsi pertama ni, Dayah request nak macam Cinderella. I trusted her specialty and I let her do the magic. For future brides, I am sharing this to all of you so that you will look the prettiest on your happy day, ” kongsinya di Instagram.

02
Rizman Ruzaini Untuk Dr. Julia

Pereka fesyen duo yang berpengalaman dalam arena pakaian perkahwinan iaitu Rizman Ruzaini menjadi pilihan utama anak kepada Dato Ziela Jalil ini dalam majlis persandingannya. Dr Julia M. Junid memilih dua konsep berbeza bagi kedua-dua majlis resepsi iaitu dress ballgown serba putih dengan perincian sarat.

Satu lagi persalinan yang dipilih Dr. Julia adalah busana songket serba kuning, ungu dan perak untuk majlis bertandang pula. Rata-rata netizen memuji rekaan ballgown ini yang tampak sopan dan kena dengan sosok tubuh Dr. Julia.
03
Sandy Liang Untuk Sheena Liam

Kami tak menyangka pemenang musim kedua Asia’s Next Top Model ini telah merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini bersama temannya, pelukis terkenal Ernest Zacharevic.
Ernest yang popular di kalangan rakyat Malaysia melalui lukisan grafiti di sekitar jalan utama di Ipoh dan Pulau Pinang menjadi lelaki pilihan Sheena Liam yang juga merupakan artis seni embroidery.

Majlis ringkas semalam berlangsung di Vilnius, Lithuania yang juga merupakan negara kelahiran Ernest dan disambut oleh rakan rapat mereka. Sheena menyarung dress Musim Bunga dari Sandy Liang dan but dari Zadiget Voltaire.
So, konsep baju mana yang paling korang suka?

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Unik Betul Rekaan Cincin Tunang Ariana Grande, Sumber Dalaman Dedah Konsep & Nilainya!

Dua minggu lalu, REMAJA ada melaporkan mengenai berita gembira pertunangan penyanyi Ariana Grande kepada Dalton Gomez.
Meskipun berita tersebut muncul secara mengejut, ahli keluarga Ariana terutama ibunya, Joan Grande dan adiknya, Frankie Grande mengalu-alukan kehadiran Dalton ke dalam keluarga mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Ariana Grande Bertunang, Besarnya Cincin Berlian Dia. – REMAJA
Satu perkara yang menjadi topik bualan ramai peminat bintang dokumentari Netflix, ‘Excuse Me, I Love You’ itu adalah mengenai rekaan cincin pertunangannya yang – ya, cantik – tetapi mempunyai konsep yang unik dan jarang sekali dipilih oleh bakal pengantin lain.

Untuk menjelaskan dengan lebih lanjut mengenainya, baru-baru ini usahawan barangan kemas dan pereka cincin pertunangan Ariana itu iaitu Jack Solow dihubungi oleh E! News dan berpendapat Dalton telah memilih cincin paling sempurna untuk tunangnya itu.
Menurut Jack, dia bekerjasama dengan Dalton selama 6 minggu untuk menyiapkan cincin tersebut kerana mereka memerlukan masa untuk mencari bentuk berlian yang unik.
“Dalton terlibat dalam setiap proses pemilihan menerusi panggilan FaceTime dan Zoom disebabkan perbezaan lokasi. Dia benar-benar teliti tentang apa yang diiinginkannya.
“Dia mempunyai konsep tertentu mengenai rupa cincin ini, sedikit kontemporari berbanding cincin biasa. Idea meletakkan berlian pada sudut ke tepi dan penambahan mutiara pada cincin ini datang daripadanya. Baginya, mutiara memberikan nilai sentimental,” kata Jack.
Tidak hairanlah apabila peminat Ariana pantas teringat semula kepada foto cincin pemberian nenek Ariana kepadanya yang juga mempunyai mutiara.


“Dalton sememangnya detail-oriented. Dia banyak memberi fokus kepada perincian cincin ini dan ingin membuatkannya istimewa khas untuk Ariana. That was his goals.”
Aww, sweet-nya!
Menariknya, ada sumber dalaman yang berjaya mendedahkan nilai cincin tersebut dan menganggarkannya bernilai lebih daripada $USD750,000! Ia berdasarkan kepada warna dan kejernihannya pada berlian bujur 8 karat itu.
Nampaknya, Dalton memang benar-benar sayangkan Ariana ya. Harapnya, Ari akan menemui kebahagian sebenar untuk pertunangan kali ini.
Untuk pengetahuan, Ariana pernah bertunang dengan Pete Davidson pada bulan Mei 2018 dan berpisah lima bulan kemudian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

