Terbaru, sebuah lagi kisah remaja mendapat perhatian netizen apabila seorang lelaki membawa standee yang seperti menyerupai ibunya ke majlis konvokesyen di Philippine International Convention Centre (PICC), Pasay City.
Alinsog memuatnaik gambarnya di laman twitter dengan kapsyen:
Ads
“To my most beautiful mother! Ma, your eldest has graduated I hope you’re happy in the presence of God. I finished school because this is what you wanted. I love you very much.”
SA PINAKA MAGANDA KONG NANAY! MA, GRADUATE NA PANGANAY MO SANA HAPPY KA JAN SA PILING NI GOD. ITO ANG GUSTO MO KAYA TINAPOS KO. MAHAL NA MAHAL KITA. 😭💕
ALINSOG, PAULO JOHN
Bachelor of Science in Business Administration major in Business Management
SANA CUM LAUDE pic.twitter.com/FxVmXUZQ1K
Menurut Coconuts.co, remaja berusia 20 tahun ini menyimpan impian untuk ibunya, Carmen melihat dia menamatkan pengajian tetapi Carmen telah meninggal dunia pada Ogos 2016 akibat komplikasi radang paru-paru.
“Kira-kira dua minggu sebelum hari konvokesyen, saya telah memesan standee ini di kedai kerana mahukan ibu menemani saya di majlis tersebut. Apabila sudah siap, saya menangis kerana melihatnya hampir sama seperti mendiang ibu masih ada,”
Ads
Alinsog meminta kedai tersebut untuk membuat standee dengan ketinggian 5’2 kaki untuk menyamai tinggi ibunya.
Dia membawa sendiri standee itu ke PICC dengan harapan untuk membayar semula segala pengorbanan yang telah dibuat oleh Carmen untuk menghantar anaknya pergi belajar.
Ads
“Selama beberapa tahun, dia menjadi seorang ibu tunggal dan menghantar saya ke sekolah swasta. Hubungan kami sangat rapat. Selepas berkahwin baru, ibu tidak pernah meminta duit ayah tiri untk menghantar saya ke kolej. Sebaliknya, semua wang itu datang dari dia dan ibu saudara saya yang membantu,”
“Apabila saya membawa standee ini bersama-sama di majlis konvo, saya sangat gembira kerana benar-benar merasakan ibu ada bersama-sama,” jelas Alinsog.
Sedih pula bila baca kisah Alinsog ini. Rasa bertuah bila mak ayah masih berpeluang untuk menyaksikan hari tamat pengajian kita. Semoga ibu dan ayah dipanjangkan usia untuk terus melihat kejayaan anak-anak mereka.
Bagi yang sudah kehilangan ibu dan ayah, sentiasa ingat mereka dalam doa korang. Hargai mereka selagi masih ada.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
27 Mei lalu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan satu kenyataan yang mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di semua kampus Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember ini.
Terbaru, Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan IPT pertama yang umum akan memulangkan yuran kolej kediaman dikenakan terhadap pelajar sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mulai 18 Mac lalu.
Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim, berkata pemulangan yuran kolej kediaman itu akan dibuat menerusi kaedah pemindahan baki ke semester seterusnya.
Bagaimanapun, katanya, yuran pelajaran tidak akan dipulangkan berikutan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) masih diteruskan secara dalam talian.
“Pelajar mungkin perlu memohon (untuk mendapatkan pemulangan yuran kolej kediaman) dan permohonan akan dibuka selepas kita memuktamadkan perkara ini.
“Setakat ini itulah pendirian kami walaupun ada pelajar tidak menggunakan kemudahan di universiti seperti makmal dan sebagainya kerana caj dikenakan secara keseluruhan perkhidmatan dan bukannya secara berasingan.
“Bagaimanapun, kita tunggu pendirian kerajaan dan UiTM akur dengan setiap keputusan berkaitan perkara ini, walaupun kadar ditetapkan UiTM adalah terendah berbanding institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain,” lapor BH
Dengan pelaksanaan PdP, ramai daripada pelajar IPT memohon agar yuran pengajian diturunkan kerana kemudahan di universiti tidak digunakan secara sepenuhnya termasuklah asrama, fasiliti sukan, makmal, internet dan bilik kuliah.
Sebelum ini, Bekas Menteri Sukan dan Belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mendesak agar yuran pengajian dikurangkan memandangkan kebanyak kelas terpaksa dihentikan ketika PKP berlangsung.
So apa pendapat korang tentang isu pemulangan yuran IPT ini?
Sumber : Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat masyarakat Malaysia yang sudah menerima suntikan vaksin.
Dalam sidang media semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan kini sedang meneliti kelonggaran pemakaian pelitup muka dan kebenaran rentas negeri bagi mereka yang sudahpun menerima dos lengkap vaksin.
Penelitian akan dilakukan berdasarkan negara lain yang sudahpun berjaya memvaksinkan jumlah yang tinggi penduduk mereka. Menurut saranan CDC Amerika Syarikat, pemakaian pelitup muka di ruang tertutup antara individu yang menerima vaksin lengkap adalah tidak diperlukan.
Kebebasan rentas negeri selepas menerima vaksin lengkap pula sudahpun dicadangkan oleh Perdana Menteri Mahiaddin Yassin pada April lalu. Bukti penerimaan dos lengkap akan dipaparkan dalam aplikasi MySejahtera dan kad fizikal yang diberikan pada penerima dengan kod QR yang akan mengesahkan keasliannya.
Wah…best la korang boleh rentas negeri dan lawat mak ayah di kampung. Penulis ni masih dalam status menunggu terima vaksin ni lagi. Sama-samalah kita berdoa agar urusan suntikan vaksin ini dipermudahkan dan tiba pula giliran kita untuk mendapatkan suntikan ini.
Walau bagaimanapun, bila dah terima suntikan vaksin itu tidak bermakna korang sudah ‘bebas’ daripada wabak ini. Amalan berjaga-jaga tetap perlu dilakukan. Stay safe!
Sumber : Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah perletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan oleh Dr Maszlee Malik pada 2 Januari lalu, spekulasi siapakah yang bakal menggantikan portfolio penting negara itu telah bertebaran.
Hinggalah pada hari ini, rakan media di Astro Awani melaporkan yang jawatan itu telah dipangku oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 3 Januari lalu.
Dalam satu kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri, Tun Mahathir sedang memangkunya sehinggalah Menteri Pendidikan yang baharu dilantik. Persetujuan itu telah dibuat oleh jemaah menteri kelmarin.
*
Melalui pemerhatian REMAJA pada reaksi warga net berkenaan pengumuman ini, ada yang bersetuju dan ada yang tidak.
Bagi sesetengah pihak, mereka merasakan Tun Mahathir layak untuk memangkunya memandangkan beliau tahu segala yang berkenaan dengan Kementerian Pendidikan buat masa ini.
Malah, Tun Mahathir juga pernah memegang jawatan tersebut dari tahun 1974 hingga 1977. Jadi ini bukanlah jawatan baharu bagi beliau.
Namun, ada juga warga net yang melihat situasi ini bercanggah dengan manifesto parti Pakatan Harapan yang menghalang Perdana Menteri daripada memegang portfolio lain.
Apa pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!