
Mungkin masih ramai lagi yang tak tahu bahawa korang boleh renew pasport secara online tanpa perlu beratur panjang.
Tak perlu lagi menunggu nombor giliran yang lama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), korang boleh buat sendiri dirumah dan kemudiannya ambil saja di kaunter JPN.
Jabatan Imigresen Malaysia juga menyarankan agar orang ramai memperbaharui passport mereka secara online tanpa perlu ke kaunter.
Berikut adalah perkongsian Najib Ayub via page Jabatan Imigresen Malaysia di laman Facebook tentang cara renew pasport secara online.

Isi borang online terlebih dahulu

Pilih cawangan imigresen

Kadar bayaran

Wajib bawa!

Lepas ni tak perlulah korang bersesak-sesak lagi di kaunter JPN tu ya. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia Tawar Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia Bermula Esok Hingga 13 Jun 2020

Berita baik untuk korang yang dah rindu nak pergi travel, AirAsia telah melancarkan Pas Tanpa Had baharu bagi menyokong pelancongan domestik di Malaysia.

Pas Tanpa Had AirAsia Cuti Malaysia ditawarkan dengan harga RM399 bagi semua ahli AirAsia BIG atau menerusi aplikasi mudah alih AirAsia (di bawah pautan Deals) dari 11 Jun 2020 sehingga 13 Jun 2020. Sekiranya korang membuat pembelian sekarang, korang boleh memulakan perjalanan pada bila-bila masa bermula 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara membeli dan merancang perjalanan dengan pas tanpa had ini, korang boleh rujuk kepada laman web AirAsia.
Penerbangan yang ditebus dengan Pas Tanpa Had tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj-caj lain yang berkenaan. Tempahan penerbangan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum waktu perlepasan, serta terdapat tempoh embargo dan terma dan syarat lain yang dikenakan.
Selamat bercuti!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
#GirlPower : Siapakah Chloé Zhao Yang Membuatkan CHINA Bangga Minggu Ini?

Nama Chloé Zhao kini tercatat dalam sejarah dunia perfileman Asia dan Barat apabila beliau berjaya menjadi wanita berketurunan Asia pertama yang dicalonkan dan memenangi kategori Pengarah Terbaik pada acara Anugerah Golden Globe’s.
Lebih membanggakan apabila Chloé juga merupakan pengarah wanita pertama yang membawa pula trofi tersebut!
Kemenangan Chloé ini adalah menerusi filem Nomadland. Filem tersebut juga mencatat kenangan manis berganda apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik (Drama), Isnin lalu.
Bagi kita yang tidak biasa dengan Chloé Zhao, tentunya kita tertanya-tanya siapakah wanita berbakat ini dan apakah di antara projek filem lain yang telah diarahkan olehnya sebelum ini.
Ini 5 fakta menarik mengenai Chloé Zhao.
.
01
Chloé telah dilahirkan di Beijing China dan memasuki sekolah berasrama penuh di London sebelum dirinya bermastautin ke Amerika Syarikat.
Di Amerika, Chloé merupakan seorang pelajar jurusan produksi penerbitan filem di New York University: Tisch School of the Arts.
.
02

Pengarah berusia 38 tahun ini mula mencuri tumpuan peminat filem sedunia menerusi filem pertama arahannya, Songs My Brothers Taught Me (2015). Ia merupakan naskah yang ditulisnya sendiri semasa masih menuntuk di New York University.
Dua tahun kemudian, Chloé kembali dengan naskah The Rider pula dan sekali lagi, beliau menerima respon positif daripada pengkritik. Nomadland yang memenangi anugerah Golden Globes baru-baru ini merupakan projek terbarunya dan ia dinobatkan oleh Metacritic sebagai filem terbaik sepanjang 2020.
.
Chloe di set penggambaran Nomadland.
.
03
Biarpun kebanyakan penonton dari China belum pernah menonton Nomadland lagi, namun mereka telah bersorak ke atas kejayaan Chloé itu. Tanda pagar #ChloeZhaoWinsGoldenGlobeForBestDirector telah mencatatkan tontonan lebih 280 juta kali di laman media sosial Weibo!
Untuk berterima kasih kepada mereka, Chloé telah merekodkan satu video dalam bahasa Cina untuk mempromosikan filem Nomadland yang akan ditayangkan di China pada 23 April kelak.
.
04

So what is next for Chloé? Beliau ingin keluar dari zon selamat dan bakal mengarahkan filem adiwira pertamanya di bawah produksi Marvel Studios. Filem berjudul Eternals ini akan mengisahkan situasi selepas peristiwa Avengers: Endgame.
Dengar cerita, plot kali ini berkisar mengenai makhluk asing purba yang telah menetap di bumi secara rahsia selama beribu-ribu tahun lamanya.
05
Chloe kini menetap di Los Angeles bersama pasangannya, Joshua James Richards, tiga ekor ayamnya dan dua ekor anjing peliharaan.
*
Tahniah Chloé! Siapa lagi tak sabar menantikan sentuhan wanita dalam filem Marvel arahannya itu?
Sumber: (1)
ARTIKEL BERKAITAN : Mendiang ‘Black Panther’ Menangi Pelakon Terbaik Golden Globes
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Park Hyung Sik Rampas Takhta Pelakon Korea Paling Mahal, Kedudukan Kim Soo Hyun Tergelincir Gara-Gara Kontroversi

Terbaru, pelakon dan penyanyi, Park Hyung Sik mencuri perhatian ramai apabila beliau kini rasmi menggantikan posisi pelakon sensasi, Kim Soo Hyun yang sedang berdepan dengan kontroversi panas melibatkan dirinya.
Menurut laporan media Korea, Hyung Sik dikatakan menerima bayaran sebanyak 500 juta Won untuk setiap episod bagi drama berjudul ‘Doctor Slump’.


BACA: Kontroversi Kim Soo Hyun Beri Dampak Negatif, Rancangan ‘Good Day’ G-Dragon Tak Laku
Drama itu mempunyai 16 episod dan jumlah gaji Hyung Sik dilaporkan hampir mencecah 8 billion Won kira-kira RM24.1 juta bagi watak yang dimainkan iaitu sebagai Yeo Jeong-woo.
Dalam pada itu, jumlah bayaran tersebut tidak termasuk dengan projek terbaru beliau iaitu drama 10 episod berjudul ‘Buried Hearts’ yang kini sedang ditayangkan.
Walau bagaimanapun, jumlah bayaran untuk projek itu masih dirahsiakan dan ramai pihak menjangka Hyung Sik bakal menerima pendapatan yang lebih tinggi daripada sebelum ini.
Sebelum ini, Kim Soo Hyun juga pernah menerima bayaran yang sama bagi drama popular ‘It’s Okay to Not Be Okay’ dan ‘One Ordinary Day’. Walau bagaimanapun, akibat dampak kontroversi peribadi yang melibatkan dirinya sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada nama beliau sebagai bintang.

BACA: Kim Soo Hyun Berisiko Dibatalkan Dari Acara Besar Di Taiwan, Denda Mungkin Cecah RM4.5 Juta
Sementara itu, Park Hyung Sik kini terus menyinar dan usahanya dalam mengembangkan namanya mula menarik perhatian peminat bermula sejak beliau bersama kumpulan K-Pop, ZE:A, sehingga mampu menjadi pelakon utama menerusi drama terkenal seperti The Heirs, Strong Girl Bong-soon, dan Happiness.
Sekadar info, kerjaya Kim Soo Hyun tergugat selepas keluarga mendiang Kim Sae Ron mendakwa bahawa mereka pernah menjalin hubungan selama enam tahun, dari 19 November 2015 hingga 7 Julai 2021 namun pihak pengurusan, Gold Medalist tampil menafikan dakwaan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

