
Setiap umat Islam menyimpan impian untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji di Kota Makkah jika berkemampuan.
Tabung Haji (TH) merupakan antara inisiatif umat Islam untuk menabung bagi menampung perbelanjaan menunaikan rukun Islam kelima ini.
Ramai diantara kita yang sudah membuka akaun Tabung Haji tetapi masih tertanya-tanya bagaimana dengan jumlah simpanan yang terkumpul. Jika dulu, memang agar sukar untuk menyemak tetapi sekarang semuanya hanya dihujung jari kerana korang boleh lakukan secara online.

Tabung Haji telah melancarkan perkhidmatan digital mereka yang dikenali sebagai THiJARI. Dengan laman web ini, pemilik TH boleh melakukan urusan-urusan seperti berikut:
• Menyemak akaun
• Mencetak penyata akaun
• Membuat pindahan wang
• Membuat urusan perkhidmatan Haji
• Melakukan urusan Kelab TaHa secara online
Cara mendaftar
1. Layari www.thijari.com.my
2. Pemilik akaun TH hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH
3. Seterusnya, pemilik akaun perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Isikan maklumat peribadi dan selepas selesai, bolehlah mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.

Mudah sahaja kan? Selepas ini, korang tidak perlu lagi untuk ke Menara Tabung Haji bagi menguruskan segala perihal berkaitan dengan urusan naik Haji. InsyaAllah, sentiasa pasang niat satu hari nanti mana tahu rezeki kita untuk menunaikan Haji di usia muda kan?
Sumber: Ibnu Najmuddin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelanggan Lengah Order Masa Drive Thru Punca Ranking Stor Makanan Segera Jadi Teruk

Dah banyak kisah drive thru yang selalu kita dengar. Antaranya adalah seperti prank kan akak drive thru tu, main-main pickup line dengan abang drive thru, hey orang-orang macam ni banyak masa eh nak kacau orang? Hiks!
Tak dinafikan kadang-kadang kita hanya nak bergurau je, tapi tengok tempat juga la kan.
Korang tahu tak mereka yang bekerja di stesen drive thru sebenarnya sangat busy?
Kalau ada yang selalu berlengah dan main-main time drive thru tu, sebaiknya korang baca pendedahan daripada salah seorang staff makanan segera ni.

Bukannya kami rude…

Antara perangai-perangai orang ketika di drive thru

Time tu la nak tabur lada hitam..

Kalau semua take note, tak ada la kami stress & ranking store pun cun..

Amacam sekarang dah faham tak situasi sebenar mereka? Mungkin selama ni kita tak pernah tahu. Jadi, lepas ni hormatilah masa dan kerja orang lain.
Kesian juga dengan mereka..
Sumber: VfhvmRoslvn
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Jam 1 Pagi Masih Berkeliaran, Ada Tidur Bawah Jambatan”, Ebit Lew Kongsi Kisah Remaja Tandus Kasih Sayang

Isu anak muda khususnya golongan remaja yang juga pewaris pemimpin masa depan sememangnya tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak. Kita mungkin hanya mampu menggeleng, mengutuk, mungkin menghina tanpa ambil tahu masalah mereka hadapi.
Dalam situasi ekonomi hari ini, ada sebahagian mak ayah yang perlu bekerja hingga jauh malam demi mencukupkan keperluan anak-anak tanpa penyedari berlakunya pengabaian tanpa sedar. Pendekatan yang diambil oleh Ustaz Ebit Lew yang menjalankan dakwah dan mengupas kehidupan remaja yang memerlukan perhatian ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Ya kita sebagai masyarakat perlu mendekati mereka dengan memberi kasih sayang seterusnya menerbitkan rasa insaf di hati para remaja ini. Baca perkongsiannya bagaimana dia mendekati anak remaja dalam setiap kerja dakwah dilakukannya. Baca catatannya seperti ditulisnya di facebooknya.

Sebak rasa, selalu menangis kerana anak remaja ini semua baik-baik..
1 pagi saya berjalan. Jumpa macam-macam anak remaja. Ada yang tidur dekat jambatan. Ada yang dah 6 bulan tak balik rumah. Lari rumah, hilang dah lama. Lumba motor, mat rempit, kelab malam atau apa sahaja masyarakat panggil. Tapi nak tahu tak satu perkara.
Saya yakin sejuta peratus takde remaja tak boleh jadi baik dengan izin Allah. Mereka semua baik-baik. Walau zahir mereka kadang-kadang ramai orang takut. Dan jika tak kena gaya tegur memang jadi gaduh dan kecoh. Walau rambut mereka warna hijau, perang, berantai, berpin hidung telinga dan macam-macam lagi..
Bila ajak makan dan solat. Mereka baik sangat. 2 pagi menangis solat dekat hotel dengan saya. Tanya soalan agama. Mereka cerita kisah hidup mereka. Buat saya sebak. Yakinlah saya disebalik mereka ada doa mak ayah dan doa orang terdahulu. Allah sayang mereka. Allah gerakkan saya tengah malam cari mereka dan tinggalkan keluarga kerana Allah sayang mereka..mereka mulia dan baik.
Dari kecil saya tak nampak remaja tak boleh jadi baik. Orang tua pun sama. Sebab dari umur saya 12 tahun saya dakwah semua remaja yang kena gantung sekolah. Pelajar bermasalah. Dan juga pelajar yang baik tapi malas solat dan leka dunia jer..setakat ini tidak ada pelajar tak boleh jadi baik..setiap minggu saya akan ke kampung asli atau kerja dakwah dan beri khidmat remaja rempit,lorong-lorong,hospital,masjid,pintu ke pintu dan merata negeri dan negara..

Masa tu banyak tentangan. Dari semua pihak..semuanya proses belajar iman..syukur pada Allah..
Saya buat kursus training motivasi untuk orang tua pun mereka 2pagi ketuk pintu bilik saya. Baru mereka sedar mereka bertuah ada isteri yang baik. Baru mereka sedar nikmat memiliki keluarga..
Tahu tak apa proses ilmu itu. Ialah ilmu praktikal. Sekarang Alhamdulillah banyak sekolah dan madrasah dibina. Syukur pada Allah. Tetapi apa yang kurang ialah proses mengamalkan ilmu dan suasana yang baik. Mereka terperap dan otak mereka jadi ulat buku dan akhirnya ramai cuma ada jawatan tapi tak reti nak pimpin keluarga pun. Dah tua-tua nak ajak keluarga baca Al-Quran dan hadis pun tak reti..sedihkan…nak beri salam dan senyum pun tak pandai. Bila kerja tak amanah dan rasuah. Tipu masa dan tak jaga masa.
Seseorang itu boleh menjadi soleh jika dia berkongsi melalui dakwah dan kerja khidmat masyarakat. Kena turun padang. Bukan cakap-cakap tapi kaki kena jalan jumpa manusia..
Saya ada bawa anak-anak saya pusing pasar malam bagi makan pada orang minta sedekah di stesen minyak,di pasar malam,dan orang susah. Bila mereka besar sedikit saya nak bawa mereka berdakwah dan khidmat masyarakat di kampung asli. Biar mereka susah hidup..supaya boleh menjadi hamba Allah yang baik dan ada fikir untuk menjadi duta Islam..

Dari saya umur 12 tahun. Saya lihat tidak ada remaja tak boleh jadi baik. Selepas kita bawa anak remaja yang bermasalah kepada ilmu praktikal. Cakap iman,solat berjemaah, tahajud, makan cara sunnah, tidur dengan sunnah, belajar ilmu terus kongsi dengan orang lain. Dilatih dengan cakap iman dan berdakwah. Juga belajar masak,belajar sabar. Belajar menyambut orang yang nak masuk Islam. Sambut orang datang masjid. Sabar bila orang marah. Cakap dengan kasih sayang. Belajar mendengar dengan baik..belajar tawan hati orang lain. Belajar hargai orang. Belajar menangis pada Allah..
Kita kena kejar habiskan sukatan pelajaran. Bukan proses mengamalkan ilmu itu. Ilmu itu bukan sekadar hafalan atau peperiksaan tetapi ilmu itu ialah yang menyerap ke dalam hati yang membentuk akhlak yang mulia..
Pergi kampung asli pedalaman setiap kali itu saya berdoa..ya Allah beri mereka hidayah. Mereka semua baik-baik. Kita jamu mereka makan. Masak untuk mereka 3 hari 3malam…
Saya fikirkan sepatutnya begitulah yang patut diterapkan di semua sekolah menengah dan universiti. Anak sekolah rendah juga sepatutnya diberi masa dididik akhlak mereka. Lebih kepada praktikal kehidupan menjadi manusia yang baik..
Mungkinkah semua ini berlaku? Saya berdoa supaya modul-modul yang saya cuba terapkan ini benar-benar dapat dipraktikan di semua sekolah kebangsaan atau swasta. Dapat TOT kan semua guru-guru dan pendidik termasuk mak ayah. Jom kita ubah. Mulakan dengan amalan Talim rumah masing-masing oleh ketua keluarga asas utama. Sebagai asas bahagia sebuah keluarga..
Saya telah cadangkan di beberapa ksu kementerian. Semoga satu masa nanti dapat dilaksanakan. Kita belajar praktikal. Bukan lagi cakap-cakap. Doakan yer walau apapun saya akan terus buat walau secara kecil-kecilan. Semoga Allah berkatkan umur kita semua untuk memimpin anak-anak remaja kita. InsyaAllah doakan-ebitlew
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Lihat Ma! Saya Menang Anugerah!” Carmen Soo Diangkat Pelakon Wanita Drama Terbaik Di Singapura

“Lihat ma! Saya menang anugerah!
Begitulah reaksi pelakon tempatan berbakat, Carmen Soo setelah diangkat sebagai penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik bagi kategori drama bersiri di acara Pesta Perdana 2025 semalam.
Berlangsung di The Theatre at Mediacorp, Singapura; kemenangan Carmen itu adalah bagi lakonan mantapnya sebagai Lily dalam drama bersiri Operandi Gerhana.
Ia mengisahkan tentang dua anggota polis yang menyiasat kes penculikan pegawai atasan pada era 1950-an dengan berlatar belakangkan gambaran dunia kongsi gelap.

Selain Carmen, empat lagi calon lain yang turut tersenarai bagi kategori berkenaan termasuklah primadona moden negara, Fauziah Latiff (Mencari Marina) dan tiga lagi pelakon kelahiran Singapura iaitu Wahyu Rahman (Krisalis), Rosita Hussain (Makan INC) dan Izyan Mellynna (Raja Bundle).
Menerusi hantarannya di Instagram, Carmen bersyukur di atas penghargaan ini dan mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah merealisasikan kemenangan tersebut.

“Terima kasih kepada Mediacorp Suria di atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepasa Mike Wiluan yang mencipta karakter ini dan memberi kepercayaan kepada syaa untuk menghidupkannya.
“Kru-kru kami daripada kesemua jabatan yang paling berkerja keras. We bled, we sweat, we cried, we wipe tears. Kemudian kami ketawa bersama. Terima kasih kerana memudahkan semua perkara untuk saya dan menjaga saya,” catatnya panjang lebar.

Carmen turut menitipkan ucapan paling manis buat ‘Lily’ iaitu watak yang dibawakan dalam drama bersiri Operandi Gerhana.
“Lily ialah watak yang sangat istimewa untuk saya. ‘Perjalanan’ saya untuk menemui siapakah karakter Lily yang sebenar menjadi lebih bermakna dengan kehadiran anda semua.
“Personaliti Lily adalah depiksi rapat berdasar rakan saya, Anne. Terima kasih Anne, saya dedikasikan kemenangan ini untuk anda,” kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu.
Dalam pada itu, drama Operandi Gerhana turut cemerlang malam tadi apabila membawa pulang trofi bagi kategori Drama Bersiri Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Jamie Aditya.
Untuk pengetahuan korang, Pesta Perdana merupakan acara anugerah anjuran MediaCorp Singapura sejak tahun 2001 bagi menjulang kecemerlangan karya-karya hiburan berbahasa Melayu tempatan. Ia ditayangkan di saluran MediaCorp Suria dan di saluran Channel News Asia bagi penonton antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

