Baru-baru ini, adik kepada penyanyi K-Pop dan pelakon terkenal, Cha Eun Woo, iaitu Lee Dong Hwi yang juga seorang penyelidik, kembali menjadi bualan hangat selepas kehadirannya di atas pentas sebagai pakar artificial intelligence (AI) di sebuah expo teknologi berjaya mencuri perhatian pengguna di media sosial.
Menerusi sebuah video berjudul “The Researcher Making Headlines at Korea AI Summit” yang dimuat naik di saluran YouTube ‘Sebasi Talk’ pada 16 November lalu, ia mengetengahkan penglibatan Lee Dong Hwi daripada Unbound Lab Dev. sekaligus melonjakkan minat umum terhadap kerjaya serta kepakaran beliau.
Industri Hiburan & Teknologi AI
Difahamkan, Lee Dong Hwi menyampaikan sebuah syarahan bertajuk “AI Made for My Brother Evolves into a Brand Verification Tool” di COEX, Seoul telah mendapat perhatian kerana ia menyingkap bagaimana teknologi AI dibangunkan selari dengan keperluan industri hiburan.
“Memandangkan saya membesar dekat dengan dunia selebriti, secara natural saya fokus pada kebimbangan dan minat mereka. Mereka sentiasa memikirkan cara untuk berkomunikasi dengan peminat dengan lebih baik,” katanya dalam satu temubual sebelum acara berkenaan.
Cha Eun Woo yang kini sedang menjalankan latihan ketenteraanLee Dong Hwi ketika ditemubual
Pengurusan Data & Peranan AI Dalam Interaksi Artis-Peminat
Jelasnya lagi, sistem yang dibangunkan turut membantu mengumpul serta menyusun data berkaitan maklum balas peminat.
Ads
“Bukan sahaja selebriti individu, tetapi syarikat hiburan dan jenama juga risau tentang maklum balas daripada data sebegini. Saya rasa ia sangat berguna jika ada solusi untuk mengumpul dan mengatur data itu, yang akhirnya membawa kepada perancangan sistem ini,” jelasnya memperlihatkan bagaimana teknologi AI semakin berperanan dalam strategi komunikasi artis dan jenama.
Lee Dong Hwi ketika ditemubual
Cabaran Kesihatan Mental Dalam Era Media Sosial
Lee Dong Hwi turut menyentuh cabaran yang dihadapi selebriti dalam berdepan dunia atas talian, menjelaskan bahawa mereka sering terpaksa menahan tekanan akibat komen jahat dan kritikan melampau. Menurutnya, walaupun maklum balas membina penting untuk perkembangan, pendedahan media yang terlalu besar menyebabkan limpahan komen negatif menjadi beban yang memberi kesan kepada kesejahteraan mental artis dalam industri hiburan.
Beliau turut menerangkan bahawa dalam era pempengaruh yang semakin ramai, pendedahan media yang semakin luas menuntut perhatian khusus terhadap perlindungan mereka.. Justeru, beliau dan CEO syarikat kini merancang sistem khusus bagi membantu menjaga kesejahteraan mental individu yang sering menjadi tumpuan umum.
Ads
Lee Dong Hwi sebelum ini yang menjadi tular di media sosial
Untuk rekod, Lee Dong Hwi merupakan lulusan dari Universiti Fudan di China. Sebelum ini, beliau memulakan kerjaya di sebuah agensi pengiklanan terkenal, dan akhirnya menyertai Unbound Lab.
Terdahulu, beliau pernah menjadi sorotan selepas kemunculan ringkas selama lima saat dalam program tvN You Quiz on the Block pada Jun lalu, dan statusnya sebagai adik kepada Cha Eun Woo mula menarik minat peminat dan juga pengguna di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, Pengacara, Ahli Perniagaan dan Dewi Remaja 2009/2010 atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor kini merupakan individu yang memiliki pengikut paling ramai di laman Instagram di Malaysia iaitu seramai 8 juta orang.
Selepas perubahan imej dari berhijab kepada berniqab ternyata populariti pemilik jenama Naelofar dan juga pengacara program Next to Neelofa ini tidak tergugat, sebaliknya ramai yang menyambut baik perubahan tersebut dan menyifatkan bahawa dia seorang yang sangat menginspirasikan dan berani mengambil langkah untuk menjadi individu yang lebih baik.
Gaya berniqab Neelofa.
Seperti yang kita semua tahu, Instagram merupakan antara platform media sosial paling popular di dunia dan semestinya ia digunakan untuk pelbagai tujuan. Semestinya akaun Instagram Neelofa menjadi ikutan dek nilai positif yang ditonjolkan menerusi perkongsian-perkongsian yang menarik.
Untuk pengetahuan anda, sebelum ini penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza merupakan individu paling ramai pengikut dan kini beliau berada di kedudukan kedua selepas Neelofa.
Sumber gambar: via Instagram Neelofa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk menjadi seorang selebriti di Korea, mereka perlu mengamalkan rutin diet yang sangat ketat bagi mengekalkan bentuk tubuh badan ideal di hadapan peminat.
Yuna ITZY sentiasa terkenal dengan pinggang dan susuk tubuhnya yang ramping, disamping kelincahannya beraksi di atas pentas. Susuk tubuh ‘hour glass’ yang dimiliki sering menjadi perhatian dan menimbulkan iri hati dikalangan peminat wanita.
Walaupun ramai tahu tentang gaya hidup gadis ini yang sentiasa bersenam dan makan makanan berkhasiat, namun penampilan terbaharu Yuna menerusi video fancam menimbulkan kerisauan peminat.
Gadis itu kelihatan lebih kurus kerana sewaktu Yuna menari, peminat dapat melihat tulang rusuknya yang jelas menunjukkan betapa kurusnya penyanyi kpop ini.
Malah peminat berharap agar syarikat pengurusan mereka memantau tahap kesihatan Yuna dengan teliti memandangkan gadis itu masih di usia belasan tahun. Dalam usia yang masih muda, peminat risau sekiranya Yuna berasa tertekan dalam industri hiburan yang begitu mencabar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekali lagi, UNIQLO memahami citarasa remaja di Malaysia apabila kembali dengan koleksi batik kapas untuk Aidilfitri, tahun ini.
Siapa kata batik sudah ketinggalan zaman?
Ia merupakan pakaian yang mudah dibawa ke mana-mana dengan penuh selesa. Corak batik cetak ala Indonesia ini juga menerapkan warna lembut di samping potongannya yang agak longgar bagi menjamin keselesaan semasa membasuh pinggan. Banyak kan nak basuh!
REMAJA amat menggemari alternatif yang disediakan oleh UNIQLO ini bagi meraikan lebaran. Iyalah, bukan semua di antara kita merupakan peminat baju kurung moden dan kebaya. Tambahan pula dengan musim Perintah Kawalan Pergerakan Berkala (PKPB) yang mengehadkan perancangan kita untuk berhari raya. Lamberrtt lagi nak bergaya sakan.
Bagi yang ingin rasa santai, penulis mengesyorkan korang memadankan blaus kapas bermotif batik daripada UNIQLO ini bersama skirt midi/maxi ataupun seluar berpotongan skinny. Personally, penulis gemar jika ia dipadankan dengan seluar flare berwarna solid untuk memberi ilusi oversized.
RM79.90
Bagi peminat lelaki UNIQLO, korang juga tidak dilupakan apabila jenama itu sekali lagi mengeluarkan pilihan kemeja batik cetak untuk korang gayakan – bukan sahaja semasa musim perayaan Aidilfitri malah sepanjang tahun.
Ia datang dalam 4 pilihan corak dengan kolar kecil bagi injeksi gaya moden.
RM79.90 setiap satu.
*
Amacam, onz ke tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.