Terbaru, pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Do Hyun akhirnya berjaya menamatkan khidmat wajib ketenteraannya selama 1 tahun 9 bulan di bawah Band Tentera Udara, dan mengucapkan rasa terima kasih mendalam kepada semua pihak yang menyokongnya sepanjang tempoh tersebut.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram milik pelakon drama bersiri popular Sweet Home itu meluahkan bersyukur dan menghargai jasa semua pihak yang banyak mengajar dirinya selama berada di kem latihan.
“Terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyayangi dan menghargai saya, serta para pegawai dan rakan seperjuangan di Band Tentera Udara”
“Saya dapat selesaikan semua ini dengan penuh kenangan manis dan hati yang bersyukur,” tulisnya.
Kredit foto: Instagram Lee Do HyunKredit foto: Instagram Lee Do Hyun
Mengimbau kembali tempoh hampir dua tahun berkhidmat, pelakon filem Exhuma itu mengakui ia bukan masa yang mudah.
Ads
“Semasa saya menjalaninya, masa terasa begitu panjang. Tapi bila semuanya berakhir, rasa ia berlalu dengan begitu pantas. Ada rasa sedih, tapi saya juga lega kerana saya telah lakukan yang terbaik tanpa penyesalan,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, tidak mahu membiarkan peminat menantikan kemunculannya lebih lama, Do Hyun turut berkongsi berita gembira bahawa beliau sedang merancang untuk bertemu mereka dalam satu acara istimewa.
“Saya mahu berkongsi kisah yang tak dapat saya luahkan sebelum ini. Sekarang saya sedang merancang satu sesi istimewa untuk bertemu anda semua secara langsung. Saya akan sangat berterima kasih kalau awak (peminat) boleh hadir dan jadikan acara itu lebih bermakna,” tambahnya lagi.
Ads
Kredit foto: Instagram Lee Do HyunKredit foto: Instagram Lee Do Hyun
Sementara itu, agensinya, Yuehua Entertainment, turut tampil dengan kenyataan rasmi mengenai perjalanan kerjaya Lee Do Hyun selepas tamat latihan tentera dan memaklumkan bahawa pelakon berusia 30 tahun itu sudah menerima pelbagai tawaran menarik dari beberapa pengarah.
“Lee Do Hyun telah menerima banyak tawaran untuk drama dan filem. Bukan itu sahaja, beliau juga menjadi buruan beberapa jenama untuk iklan komersial,” ujar Yuehua Entertainment.
Ads
Pada masa yang sama, pihak agensi tersebut turut memohon kepada para peminat agar menantikan kemunculan semula bintang kesayangan ramai itu.
Sekadar info, Lee Do Hyun yang terkenal dengan lakonan emosinya dan wajah yang tenang, mula mencipta nama melalui pelbagai drama seperti Youth of May, 18 Again, The Good Bad Mother, Prison Playbook dan Hotel del Luna.
Melalui semangat baru dan sokongan padu dari peminat, Do Hyun sudah pasti bersedia untuk kembali aktif dan tampil menerusi karya-karya berkualiti di layar skrin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fenomena gerhana matahari separa sedang berlaku pada waktu ini di kawasan tertentu sekitar Malaysia.
Dalam pada semua orang teruja berdiri di luar bangunan untuk menyaksikan kejadian yang Gerhana Anulus ini dengan mata sendiri, jangan dilupa pula tuntutan sunat Muakkad. Islam menyarankan agar kita menunaikan solat sunat gerhana sempena gerhana matahari separa seperti yang berlaku pada hari ini.
Di masjid dan surau seluruh negara, kebanyakan daripada mereka telah melakukannya secara berjemaat selepas solat Zuhur sebentar tadi.
Bagi korang yang tak sempat untuk menyertai mereka, jangan risau kerana korang masih boleh bersolat sunat gerhana sepanjang masa ia berlaku.
Menurut kenyataan Planetarium Negara, gerhana matahari separa telah bermula sejak 11.26 pagi tadi. Ia kemudian bersambung dari 1.23 tengah hari dan dijangka selesai pada jam 3.17 petang ini. Jadi korang masih ada masa untuk menunaikannya.
Niat solat sunat gerhana matahari ialah, "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala". Cara paling ringkas untuk menunaikan solat sunat gerhana adalah seperti solat sunat Zuhur.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar baik buat peminat MAMAMOO apabila kumpulan K-Pop popular itu bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi konsert jelajah dunia mereka yang akan berlangsung pada Oktober ini. Kehadiran semula kumpulan yang dianggotai Solar, Moonbyul, Wheein dan Hwasa itu pastinya dinantikan selepas beberapa tahun tidak bertemu peminat tempatan.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial, MAMAMOO mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan persembahan di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada siri jelajah dunia ‘2026 WORLD TOUR [4WARD]’. Konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober 2026 bertempat di Unifi Arena, Kuala Lumpur.
Kemunculan MAMAMOO kali ini menjadi momen istimewa buat peminat atau lebih dikenali sebagai MOOMOO kerana ia merupakan kunjungan semula mereka selepas tiga tahun. Sebelum ini, kumpulan berkenaan pernah bertemu peminat Malaysia menerusi konsert MAMAMOO WORLD TOUR [MY CON] pada Februari 2023.
Dalam penampilan terdahulu, MAMAMOO berjaya mencipta kenangan manis apabila tampil di Malawati Indoor Stadium, Shah Alam. Para peminat berpeluang menyanyi bersama kumpulan tersebut menerusi beberapa lagu popular yang menjadi kegemaran ramai.
MAMAMOO yang terkenal dengan kekuatan vokal, persembahan penuh tenaga serta karakter unik setiap ahli dijangka sekali lagi memberikan pengalaman konsert yang menghiburkan kepada peminat tempatan. Pengumuman ini pastinya mencetuskan keterujaan dalam kalangan MOOMOO yang sudah lama menantikan peluang untuk menyaksikan mereka secara langsung.
Selain Kuala Lumpur, jelajah dunia 2026 [4WARD] turut membawa MAMAMOO ke beberapa lokasi lain di Asia. Antara bandar yang tersenarai sebagai persinggahan mereka ialah Macau, Singapura, Manila, Jakarta dan Hong Kong.
Setakat ini, maklumat lanjut berkaitan penjualan tiket masih belum diumumkan oleh pihak penganjur. Peminat dinasihatkan untuk terus mengikuti perkembangan terkini agar tidak terlepas peluang menyaksikan kemunculan MAMAMOO di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam ini, sekali lagi Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) dilangsungkan.
Kalau korang dah lama mengikuti sejarah ABPBH, mesti korang tahu ia sangat sinonim dengan stail fesyen yang akan diingati untuk tempoh lama.
Di ABPBH-lah tempat untuk kak Didie Alias melaram. Ini jugalah anugerah pertama di mana selebriti yang baru berhijrah memakai hijab memperagakan imej baru mereka.
Tahun ini, situasinya sama seperti tahun-tahun sudah apabila selebriti yang tercalon, penyampai anugerah dan penyeri pentas yang melakukan persembahan mempamerkan stail masing-masing.
Cer tengok stail siapakah yang menjadi pilihan REMAJA.
01
IZZUE ISLAM
Wow Izzue! Mengambil inspirasi daripada gaya athleisure, Izzue tampilkan kelainan dengan aksesori sepadan untuk bahagian kepala. Dia juga memilik but berplatform untuk melengkapkan gayanya.
02
MIRA FILZAH
Apa saja yang dipakai oleh Mira Filzah, pasti ramai yang akan bercakap mengenainya. Mira memilih persalinan serba putih (untuk dipadankan dengan sut serta blazer berwarna perang oleh Remy Ishak? Hehe) dengan menggabungkan gaun serta blazer top.
03
AZAR AZMI
Azar Azmi bole dianggap sebagai selebriti yang baru mencuri tumpuan di karpet merah. Azar seperti biasa selesa dengan persalinan gaun body fitting tetapi kali ini memilih paten patchwork moden geometri.
04
ARA JOHARI
Kali terakhir penulis melihat Ara mengenakan persalinan di atas lutut adalah semasa karpet merah Anugerah Juara Lagu pada awal tahun ini. Kali ini Ara menggayakan sut biru laut dengan stoking panjang dalam gaya preppy chic.
05
HAEL HUSAINI
Awak ini melangkaui sempadanlah, hehe.
Hael Husaini memang gemar untuk menepati tema bagi mana-mana acara. Lalu dia memilih kot labuh merah baldu lengkap dengan ikatan tali ala robe di bahagian hadapan.
*
So stail mana jadi kegemaran korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!