Setiap yang bergelar pelakon pastinya ingin mencuba kelainan dalam membawa pelbagai watak menerusi naskhah mahupun karya tempatan.
Sama juga seperti seorang aktres tinggi lampai ini, keiinginannya untuk mencuba karakter yang ‘lari’ daripada stereotaip pasti ada untuk tampak lebih versatil sebagai seorang anak seni.
Sempat bertemu empat mata bersama pelakon dan model berkarisma, Alicia Amin, dia idam membawa watak sebagai seorang wanita kampung, yang lain daripada karakter yang diterimanya sebelum ini.
Ads
“Ya, saya sangat selektif tetapi pada masa sama saya realistiklah. Saya ada sahaja berlakon cerita yang ‘fun-fun’ dan tak serius sangat.
“Tetapi pada masa sama, saya nak sangat membawa watak sebagai perempuan kampung atau apa sahaja peluang yang diberi buat saya,” katanya kepada Remaja.
Ads
Mengulas lanjut, pelakon drama That Cover Girl ini turut memaklumkan sedikit sebanyak dapat mengetahui kemampuannya sebagai seorang anak seni jikalau dirinya diberi peluang memainkan watak tersebut.
“Percubaan melakonkan watak berkenaan sedikit sebanyak dapat mengetahui kemampuan saya boleh atau tidak berlakon untuk karakter tersebut.
“Jadi, saya boleh katakan saya memilih tetapi kenapa dan mengapa saya membuat pilihan itu lain dan mengikut pelbagai keadaan,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa cakap rumah anak bujang serabut dan tak ada taste!
Mengubah suai rumah seakan menjadi trend pada zaman sekarang. Tidak kira dari rumah landed sehinggalah ke rumah bertingkat, pasti ada sahaja yang berkongsi idea tentang cara menghias.
Dari hiasan minimalis sehinggalah ke modern style ataupun classic style, pelbagai idea menarik pasti korang dapat hanya dengan google sahaja.
Baru-baru ini ada seorang pembaca Remaja berkongsi perubahan rumah bujang beliau sebelum dan selepas didekorasi. Menariknya Muhd Faddie atau nama sebenarnya Sufriadi Sarifi hanya mengeluarkan bajet 1k lebih dengan menggunakan barang pakai semula di Carousel,Shopee dan Kaison sahaja.
Memang cantik kemas tersusun semuanya termasuk perabot dan peralatan rumah. Ditambah deko yang tidak terlalu sarat, sesuai dengan orang bujang.
So, jom kita lihat trik dekorasi budget dari lelaki ini.
Ruang Tamu sebelum transformasi.
Dapur sebelum transformasi.
Menurut pemuda ini, dia lebih gemar mencari banyak mencari perabot dan perkakasan secara online kerana harga yang lebih murah.
“ Rumah saya jenis flat 5 tingkat, dan hanya ada dua bilik saja.So untuk mendeco rumah ni saya beli sikit-sikit termasuk mengecatnya sendiri dan menghias mengikut daya kreativiti saya. Habislah dalam RM1000++ termasuk membeli perabot dan lain-lain dekorasi yang saya beli di Carousel,Shopee dan Kaison sahaja.,” katanya.
Pemuda ini sempat berkongsi beberapa barangan yang dibeli di Shoppe antaranya :
Pemuda ini sempat memberikan tip buat semua yang bujang diluar sana
” Tip saya, kena ada disiplin untuk dapatkan rumah yang cantik dan sentiasa kemas. Barang tak perlu mahal, asalkan tahu macam mana nak mencantikkan sesuatu dah cukup.
Paling penting, kena rajin dan buang rasa malas. Ini kerana rumah juga menunjukkan keperibadian seseorang”. Akhiri beliau
Betul tu tak perlu barang mahal nak kemas dan deco rumah, yang penting kena rajin! Tapi masalahnya rajin tu yang susah nak jumpa…hehehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 bulan lalu, Mohamad Syazwan Hamidon sama seperti remaja lain yang kekal aktif. Setiap hari dia ke sekolah menunggang motosikal, konvoi bersama rakan-rakannya.
Namun tarikh 15 Februari 2017, kecelakaan menimpanya. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Taman Tengku Putra, Kulim, kira-kira 10 minit lagi sampai ke sekolah.
Puncanya, motosikal ditunggangnya dikatakan bergesel dengan sebuah motosikal kawan yang sama-sama mahu menuju ke sekolah. Sebaik rebah, di laluan jalan raya yang sibuk itu, datang sebuah motosikal lain lalu terlanggar bahagian kepalanya. Akibat hentakan kuat di kepala, pelajar tahun dua kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional Kulim ini tinggal nyawa-nyawa ikan.
Seorang yang ceria sewaktu sihat dahulu
Bahagian mukanya penuh kesan lenyekan tayar. Bantuan paramedik tiba tidak berapa lama dalam keadaan dia sedang bertarung nyawa.
Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan kerana keadaannya agak serius. Memandangkan darah beku terbentuk di kepalanya, doktor memutuskan membelah sebahagian tengkorak di kepalanya bagi memastikan darah beku dapat dikeluarkan. Sebahagian tempurung kepala yang dibelah disimpan dengan rapi oleh pihak hospital. Semuanya berdoa, agar satu hari nanti tempurung kepala itu dipasang kembali bagi menutup lekuk di kepalanya.
Demi memastikan dia mampu bernafas dengan baik, satu tebukan dilakukan di lehernya. Tebukan itu juga berfungsi untuk menyedut kahak yang menghalang pernafasannya. Sementara itu, perutnya ditebuk bagi membolehkan ibunya memberi susu lebih 10 kali sehari bagi membolehkan dia kembali sihat.
Tempurung kepalanya terpaksa dibuang untuk mengeluarkan darah beku sebelum ini
Namun sudah tertulis suratan perjalanan remaja yang bercita-cita menjadi seorang askar ini. Sudah tersurat dia terpaksa menempuh masa remajanya dengan hanya terlantar di katil dalam keadaan kaku di rumah sahaja yang terletak di Taman Mutiara 4 A, Karangan, Kulim, Kedah.
Kata ibu remaja ini, Siti Hapsiah Ismail, 39 tahun, selama anaknya terlantar sakit, sudah puas dia berdoa untuk anaknya kembali sembuh. Dia mahu anaknya kembali sihat dan mengejar cita-cita mempertahankan negara. Masa yang sama, air matanya sudah lama kering.
Sudah tiada kata mampu mengungkap rahsia hatinya namun dia harus redha dengan ujian menimpa. Dia tahu, kalau dia menangis seperti mana di awal anaknya itu terlantar kaku, sampai bila pun nasib itu takkan dapat diubah. Acap kali, sebagai ibu dia berdoa dan terus berdoa kerana tahu doa adalah senjata seorang mukmin.
Hapsiah sentiasa berdoa agar ada keajaiban terjadi kepada anak sulungnya ini
Tetapi perancangan Allah, sebaik-baik perancangan. Dua minggu lalu, dia harus menerima takdir yang tertulis bahawa anaknya akan kekal sebegitu selagi ada hayatnya.
Pakar otak yang merawat anaknya memaklumkan otak anaknya disahkan sudah kecut selain tempurung kepalanya yang dibelah sebelum ini sudah tidak boleh dicantum kembali.
“Sebagai ibu, saya redha dengan segala aturannya. Otaknya sudah kecut dan tak mungkin dia kembali sihat seperti sedia kala. Buat masa ini, saya hanya memberinya minum susu. Jika di awal-awal dia terlantar dulu, saya letak tujuh skop mengikut saranan doktor tetapi sekarang saya kurangkan jumlahnya kerana perutnya mudah krem.
“Bila minum terlebih, Syazwan akan memuntahkan kembali melalui mulutnya. Malah kalau saya membuat suction, hanya susu yang keluar,” katanya memaklumkan anaknya memerlukan 15 tin sebulan dengan RM75 bagi setiap tin susu yang disyorkan oleh doktor.
Syazwan minum melalui perut dan itulah penyambung “nyawa’nya
Tambah Hapsiah, jumlah itu agak banyak tetapi sebagai ibu, biar anaknya terlantar sakit dan sudah tiada harapan untuk sembuh, dia sedaya upaya memberikan yang terbaik buat anak sulungnya itu.
Mengakui tubuh anaknya sudah kejang dengan keadaan kaki yang sentiasa berlipat, kata Hapsiah, hanya doa yang mampu dia tuturkan buat anaknya itu.
Demi menjaga Syazwan yang memerlukan pemerhatian rapi, akui Siti Hapsiah, dia lagi anaknya, Daniel Aiman, 15 dan Neyly Maisara, 9 sudah faham tumpuan diberikan buat abang mereka.
Sebagai suri rumah sepenuh masa dan hanya suami yang bekerja, keperluan Syazwan sememangnya agak tinggi.
Bagi yang mahu bersama-sama menghulurkan bantuan buat remaja ini demi keperluan susu dan lampin pakai buangnya, bolehlah hulurkan sumbangan ke Bank Simpanan Nasional di akaun 02004-41-00009188-7 atas nama Siti Hapsiah Ismail.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman kanak-kanak merupakan antara momen yang paling diingati oleh setiap individu kerana di waktu itu, banyak kenangan pahit manis yang dilalui sebelum menginjak usia remaja. Antara memori yang ditinggalkan adalah foto-foto kenangan sewaktu kanak-kanak.
Kami pasti semua orang mempunyai simpanan peribadi foto kanak-kanak mereka. Sebelum zaman teknologi canggih seperti hari ini, ada ibu bapa yang sanggup membawa anak-anak mereka ke studio fotografi semata-mata untuk merakamkan foto bersama.
Bukan hanya korang, para selebriti juga tidak ketinggalan memiliki foto kanak-kanak yang diabdikan sebagai kenangan. Mesti korang teringin nak lihat gambar selebriti pujaan korang sewaktu kecil kan?
Berikut kami kongsikan foto-foto selebriti Korea ketika zaman kanak-kanak. Serius memang comel!