Jenama telefon pintar popular, HUAWEI Malaysia semalam secara rasmi telah melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu HUAWEI P60 Pro dan beberapa gadget baharu yang lain.
Melalui reka bentuk yang menakjubkan dan prestasi yang luar biasa, P60 Pro menjanjikan untuk memberikan pengalaman yang mengagumkan kepada penggunanya.
HUAWEI P60 Pro disediakan dengan dua warna iaitu Rococo Pearl dan Hitam merupakan telefon pintar yang menawarkan fotografi ke satu tahap lain, reka bentuk estetik dan pengembaraan baharu kepada semua pengguna.
Telefon pintar yang bermula dengan harga RM4,699 tersebut mempunyai sistem optik yang dinaik taraf sepenuhnya dan merupakan yang pertama dalam industri dilengkapi dengan Kamera Telefoto Pencahayaan Ultra dengan Kumpulan Berbilang Lensa.
Pengurus Kanan Pemasaran HUAWEI, Felicia Choong berkata, HUAWEI P60 Pro yang berpaksikan pada seni cahaya selain memperkenalkan kepada era baharu pengimejan mudah alih.
“HUAWEI P60 Pro menggunakan Paparan Quad-Curve Baharu dengan Kaca Kunlun eksklusif yang tahan lama. Sisi sedikit melengkung manakala empat tepi skrin lebih bulat menjadikan penglihatan skrin tidak terbatas dan mencapai paparan yang lebih mendalam.
“Berat HUAWEI P60 Pro hanya 200 gram. Pengguna boleh menikmatinya dengan cengkaman dan sentuhan yang lebih selesa.
“Selain itu, kadar penyegaran tinggi penyesuaian 1-120Hz LTPO membantu mencapai keseimbangan sempurna antara kelancaran visual dan pengoptimuman penggunaan bateri,” katanya.
Ads
Tambahnya, sistem optik yang direka bentuk semula dengan Kamera Utama Pencahayaan Ultra akan menghasilkan fotografi yang terang, memaparkan butiran sepenuhnya meskipun dalam gelap.
Selain itu, HUAWEI P60 Pro turut memperkenalkan Long Travel Slide ZoomLens Group yang boleh mengawal jarak pemfokusan secara fleksibel dan mencapai pengimejan yang jelas daripada fotografi jarak jauh hingga makro dekat.
Dalam masa sama, peranti itu terdiri daripada bateri berkapasiti tinggi 4815 mAh dan menggunakan HUAWEI SuperCharge berwayar 88 wat (W).
Tambahnya lagi, ia juga menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 50W dan pengecasan tanpa wayar terbalik 7.5W yang selamat dan mudah digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Selain itu, HUAWEI Malaysia turut memperkenalkan produk lain seperti HUAWEI Mate X3 dengan harga permulaan RM8,888, HUAWEI Watch Ultimate (RM3,799), HUAWEI Watch Buds (RM2,199), HUAWEI FreeBuds 5 (RM699) dan HUAWEI Metapad 11 inci 2023 berharga RM1,999.
Ads
HUAWEI Mate X3
HUAWEI FreeBuds 5
HUAWEI Watch Buds
HUAWEI Watch Ultimate
HUAWEI P60 Pro kini sedia untuk prapesanan di semua kedai, web rasmi, Shopee, Lazada dan kedai rakan kongsi HUAWEI yang sah seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic.
Huawei dan kamera tercanggih berpisah tiada. Bagi P60 Pro ini, ia menampilkan kamera dengan keupayaan pencahayaan rendah berprestasi tinggi dengan teknologi XMAGE.
Huawei XMAGE telah membina sistem teknologi pengimejan mudah alih yang unik dari tiga dimensi: sistem optik, teknologi pengimejan, dan pemprosesan imej.
Kamera belakang P60 Pro menggabungkan tiga kamera, diterajui oleh kamera utama 48MP yang dilengkapi lensa berbilang apertur, menawarkan 10 tahap antara F1.4 hingga F4.0.
Seterusnya adalah kamera telefoto periskop 48MP, dengan keupayaan fungsi zum optikal 3.5x dan dikatakan sebagai kamera telefoto paling terang di telefon pintar. Kamera ketiga adalah kamera ultralebar 13MP.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama telefon bimbit yang pernah menjadi kesayangan ramai satu ketika dahulu, Nokia kini masih giat melancarkan beberapa model terbaru, termasuklah Nokia 150 dan Nokia 125. Kedua-dua model ini adalah telefon selular biasa dengan sistem operasi Series 30+.
Jom kita lihat spesifikasi bagi model terbaru daripada Nokia ini.
Nokia 150
Dilengkapi skrin 2.4”, butang kawalan serta nombor fizikal dan sebuah kamera VGA lengkap dengan flash. Terdapat sokongan menambah storan menerusi kad mikroSD sehingga 32GB, Terdapat pemain MPS 3 terbina serta sokongan radio FM yang tidak memerlukan fon telinga.
Menerusi bluetooth 3.0, fail dapat dikongsi di antara peranti namun ia tidak menyokong tambatan aksesori audio. Menurut HMD Global bateri pada Nokia 150 boleh bertahan sehingga 23.4 jam atau melakukan panggilan telefon sehingga hampir 20 jam.
Nokia 125
Spesifikasi yang hampir sama tetapi tiada kamera disertakan langsung. Storan dalaman membenarkan simpanan sehingga 2000 nombor dan 500 khidmat pesanan ringkas (SMS).
Korang boleh dapatkan Nokia 150 dengan pilihan warna hitam, biru dan merah pada harga $29 dan Nokia 125 mempunyai pilihan warna hitam dan putih dengan harga $24 (lebih kurang RM104).
Kedua-dua telefon ini hadir dengan bateri yang dikatakan mampu bertahan sehingga 22 hari (atau lebih). Bagi individu yang inginkan telefon bimbit untuk kegunaan minima, sudah tentu model dari Nokia ini menjadi antara pilihan terabik untuk korang.
Walaupun 1 Jun belum tiba lagi, sudah ada jenama yang katakan tidak kepada GST. Well, kind of –
Hari ini, jenama telefon pintar Huawei Malaysia telah mengumumkan promosi pulangan wang kepada pelanggan mereka sebanyak 6 peratus. Kempen yang dinamakan 6% Cash Back ini membolehkan pelanggan untuk mendapat diskaun semasa membeli salah satu daripada 24 buah model telefon pintar yang disenaraikan oleh Huawei Malaysia, di cawangan terpilih.
Antara model yang tersenarai termasuklah Nova 2 Plus, P10 Plus, Nova Lite (Hitam, Emas dan Biru), Y5 Prime dan Y6. Senang cerita, rambang matalah nak pilih model telefon yang mana satu! 24 pilihan kot.
Walaupun kempen ini bukanlah secara terang-terangan melihatkan Huawei ‘memansuhkan GST’ daripada penjualan produk mereka, namun nilai 6 peratus yang diberikan semula dilihat seolah-olah telefon pintar tersebut dijual pada harga kasar tanpa GST.
Kempen ini hanya sah daripada 18 Mei (hari ini) sehingga 31 Mei 2018.
Selain daripada menawarkan harga lebih murah, Huawei Malaysia juga sedang mengaktifkan kempen ‘Gaya Raya Bersama Huawei’ di mana korang berpeluang untuk memenangi freebies dan memenangi trip percutian famili (4 orang) ke Tokyo Disneyland dan Club Med Bali, Indonesia.
Nampak gayanya, semua orang bertelefon barulah Raya kali ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Macam goreng pisang panas, itulah yang boleh diumpamakan dengan konsol kegemaran ramai PlayStation 5 yang baru dilancarkan baru-baru ini di Malaysia.
Sony Malaysia baru sahaja mengumumkan harga rasmi bagi PlayStation edisi digital serta edisi Ultra HD Blu-ray yang masing-masing ditawarkan dengan harga RM1,869 dan RM2,299. Pihak Sony Malaysia turut mengumumkan pembukaan pra-tempahan pada hari ini jam 12 tengah hari tadi.
Kedua-dua model PS5 ini menggunakan pemproses khusu yang sama dengan CPU dan GPU bersepadu untuk high-fidelity graphics sehingga 4K, serta SSD berkelajuan tinggi yang sama dengan I/O bersepadu yang akan memberikan kelajuan yang pantas.
Tapi korang jangan terkejut….
Hebat betul orang Malaysia ni, pra-tempahan yang dijangka sedia dibuka untuk beberapa hari nampaknya cuma bertahan seawal seminit sahaja. Jumlah pembeli yang ramai membuatkan mereka yang berniat untuk mendapatkannya beberapa minit gagal membuat tempahan.
Difahamkan PlayStation 5 edisi digital sold out terlebih dahulu sebelum PlayStation edisi Ultra HD Blu-ray mengikut jejak langkah yang sama sejam kemudian.
Hm, korang sempat ke grab tak? Kalau tak sempat pihak Sony Malaysia turut menyenaraikan sejumlah kedai yang bakal menawarkan konsol ini secara rasmi. Korang boleh klik disini untuk mengetahui senarai penuh kedai yang menawarkannya..
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...