Jenama telefon pintar popular, HUAWEI Malaysia semalam secara rasmi telah melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu HUAWEI P60 Pro dan beberapa gadget baharu yang lain.
Melalui reka bentuk yang menakjubkan dan prestasi yang luar biasa, P60 Pro menjanjikan untuk memberikan pengalaman yang mengagumkan kepada penggunanya.
HUAWEI P60 Pro disediakan dengan dua warna iaitu Rococo Pearl dan Hitam merupakan telefon pintar yang menawarkan fotografi ke satu tahap lain, reka bentuk estetik dan pengembaraan baharu kepada semua pengguna.
Telefon pintar yang bermula dengan harga RM4,699 tersebut mempunyai sistem optik yang dinaik taraf sepenuhnya dan merupakan yang pertama dalam industri dilengkapi dengan Kamera Telefoto Pencahayaan Ultra dengan Kumpulan Berbilang Lensa.
Pengurus Kanan Pemasaran HUAWEI, Felicia Choong berkata, HUAWEI P60 Pro yang berpaksikan pada seni cahaya selain memperkenalkan kepada era baharu pengimejan mudah alih.
“HUAWEI P60 Pro menggunakan Paparan Quad-Curve Baharu dengan Kaca Kunlun eksklusif yang tahan lama. Sisi sedikit melengkung manakala empat tepi skrin lebih bulat menjadikan penglihatan skrin tidak terbatas dan mencapai paparan yang lebih mendalam.
“Berat HUAWEI P60 Pro hanya 200 gram. Pengguna boleh menikmatinya dengan cengkaman dan sentuhan yang lebih selesa.
“Selain itu, kadar penyegaran tinggi penyesuaian 1-120Hz LTPO membantu mencapai keseimbangan sempurna antara kelancaran visual dan pengoptimuman penggunaan bateri,” katanya.
Ads
Tambahnya, sistem optik yang direka bentuk semula dengan Kamera Utama Pencahayaan Ultra akan menghasilkan fotografi yang terang, memaparkan butiran sepenuhnya meskipun dalam gelap.
Selain itu, HUAWEI P60 Pro turut memperkenalkan Long Travel Slide ZoomLens Group yang boleh mengawal jarak pemfokusan secara fleksibel dan mencapai pengimejan yang jelas daripada fotografi jarak jauh hingga makro dekat.
Dalam masa sama, peranti itu terdiri daripada bateri berkapasiti tinggi 4815 mAh dan menggunakan HUAWEI SuperCharge berwayar 88 wat (W).
Tambahnya lagi, ia juga menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 50W dan pengecasan tanpa wayar terbalik 7.5W yang selamat dan mudah digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Selain itu, HUAWEI Malaysia turut memperkenalkan produk lain seperti HUAWEI Mate X3 dengan harga permulaan RM8,888, HUAWEI Watch Ultimate (RM3,799), HUAWEI Watch Buds (RM2,199), HUAWEI FreeBuds 5 (RM699) dan HUAWEI Metapad 11 inci 2023 berharga RM1,999.
Ads
HUAWEI Mate X3
HUAWEI FreeBuds 5
HUAWEI Watch Buds
HUAWEI Watch Ultimate
HUAWEI P60 Pro kini sedia untuk prapesanan di semua kedai, web rasmi, Shopee, Lazada dan kedai rakan kongsi HUAWEI yang sah seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic.
Ads
MENGENAI KAMERA HUAWEI P60 PRO
Huawei dan kamera tercanggih berpisah tiada. Bagi P60 Pro ini, ia menampilkan kamera dengan keupayaan pencahayaan rendah berprestasi tinggi dengan teknologi XMAGE.
Huawei XMAGE telah membina sistem teknologi pengimejan mudah alih yang unik dari tiga dimensi: sistem optik, teknologi pengimejan, dan pemprosesan imej.
Kamera belakang P60 Pro menggabungkan tiga kamera, diterajui oleh kamera utama 48MP yang dilengkapi lensa berbilang apertur, menawarkan 10 tahap antara F1.4 hingga F4.0.
Seterusnya adalah kamera telefoto periskop 48MP, dengan keupayaan fungsi zum optikal 3.5x dan dikatakan sebagai kamera telefoto paling terang di telefon pintar. Kamera ketiga adalah kamera ultralebar 13MP.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini merupakan penentuan bagi rakyat Malaysia sama ada Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan atau pun tidak. Ramai yang bersetuju sekiranyanya PKP ini disambung sehingga negara kita benar-benar pulih daripada wabak COVID-19.
Walau bagaimanapun, apa sahaja yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri nanti rasanya masyarakat akan menerima dengan hati terbuka kerana banyak kemudahan yang telah disediakan, terutamanya untuk pembelian barang keperluan di pasar raya.
Jika tidak mahu bersesak di pasar raya, korang boleh membuat pembelian secara online atau pun kini Tesco juga sudah menyediakan kemudahan pembelian menerusi aplikasi WhastsaApp.
Menurut perkongsian daripada Ariff Iskandar Sa’id, kaedah yang digunakan Tesco ini sudah pun dimulakan beberapa hari lepas. Paling senang dan convenient kerana korang beri sahaja list panjang berjela dekat personal shopper Tesco yang berdekatan, selepas itu mereka akan sediakan barangan yang korang nak beli.
Jika barang atau jenama yang korang minta tiada di Tesco tersebut, mereka akan cadangkan jenama lain yang berkaitan. Nak mudah, bagi la list yang spesifik sikit dan boleh refer barang pada aplikasi MY Tesco Online. Harga barang adalah sama seperti di Tesco dan tiada cas lebih untuk personal shopper.
Dah setuju dengan barangan yang hendak dibeli, personal shopper Tesco ini akan sediakan barcode berserta jumlah yang korang perlu bayar.
Namun begitu, barcode yang diberikan hanya sah dalam tempoh 30 minit, jadi korang kena bagi tahu pukul berapa nak pergi ambil barang-barang tersebut.
Sampai sahaja di Tesco pilihan korang tu, pergi service counter dan mereka akan tunjuk troli berserta barang yang sudah tersedia discan. Selepas itu, terus ke kaunter dan bayar ikut jumlah barcode yang personal shopper WhatsApp tadi.Ha, mudah je kan? Tak perlulah korang nak mengambil masa yang lama di pasar raya untuk membeli barang keperluan
Tak perlu beratur sebab Tesco dah sediakan kaunter istimewa untuk pelanggan ‘Order & Collect’.
Ha, mudah je kan? Tak perlulah korang nak mengambil masa yang lama di pasar raya untuk membeli barang keperluan. WhatsApp sahaja personal shopper Tesco yang terdekat dengan menghubungi talian-talian berikut:
Selamat membeli!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dulu kita memerlukan PC atau laptop untuk mencetak dokumen, dan ada yang terus ke Cyber Café kerana tidak mempunyai printer di rumah, kini korang boleh sahaja print dokumen hanya melalui handphone.
Lebih mudah bukan?
Tanpa perlu menggunakan laptop atau mengeluarkan modal untuk membeli printer wireless/WiFi, lelaki yang dikenali sebagai Fizie Joe telah berkongsi tutorial bagaimana untuk print-out dokumen daripada handphone direct ke printer.
Apa yang penting, korang kena ada 3 benda berikut:
• Printer (tak kisah jenama apa, yang murah pun boleh)
Kredit foto: bhphotovideo.com
• Cable OTG (korang boleh beli di kedai Eco/Ninso/Mr DIY
• Apps PrinterShare Mobile Print (download di handphone)
Bila kesemua barangan ini telah disediakan, sambungkan kabel USB printer ke kabel OTG dan kemudian, cucuk pada handphone korang. Ikut arahan PrinterShare untuk setting dan siap!
Ada lagi satu pilihan untuk korang download apps selain PrinterShare. Cari Noko Print-Wireless and USB printing dan caranya juga sama seperti yang telah dikongsi diatas.
Mudah saja kan? Tak perlu membazir duit nak beli printer mahal-mahal. Ikut cara ni je boleh jimat. Berbaloi-baloi!
Sebelum ada yang mungkin terkena kejutan elektrik, pastikan bagi pengguna produk Apple mengghentikan penggunaan plug penyesuai tiga cabang ini dengan seberapa segera jika merasakan plug mengalirkan haba berlebihan.
Dalam satu pengumuman, syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc mengumumkan menarik balik semula plug penyesuai tiga cabangnya yang direka untuk kegunaan di beberapa negara di Hong Kong, Singapura, Malaysia dan United Kingdom, secara sukarela.
Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan tindakan itu dibuat susulan daripada enam kejadian kejutan elektrik yang berpunca daripada plug seumpama itu di seluruh dunia.
Semua plug Mac Apple dan beberapa peranti iOS yang dikeluarkan antara tahun 2003 dan 2010 antara yang ditarik dan pengguna boleh mendapatkan semula secara percumaPlug traveller adopter Apple turut ditarik kerana dipercayai bermasalah
Ia merangkumi semua plug Mac Apple dan beberapa peranti iOS yang dikeluarkan antara tahun 2003 dan 2010 termasuk plug penyesuai pelancongan dunia Apple.
“Oleh kerana keselamatan pelanggan menjadi keutamaan, Apple meminta semua pelanggannya untuk berhenti menggunakan plug penyesuai berkenaan,” kata syarikat berkenaan.
Tambah Apple, pertukaran plug berkenaan tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Penarik balikan ini tidak merangkumi penyesuai kuasa USB Apple.
Bagi korang yang ada produk Apple tu dan andainya membeli dalam tahun disenaraikan, cepat-cepatlah menukar ya sebelum terjadinya sebarang tragedi.
Sumber : ASTRO AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!