
Jika dulu kita memerlukan PC atau laptop untuk mencetak dokumen, dan ada yang terus ke Cyber Café kerana tidak mempunyai printer di rumah, kini korang boleh sahaja print dokumen hanya melalui handphone.
Lebih mudah bukan?
Tanpa perlu menggunakan laptop atau mengeluarkan modal untuk membeli printer wireless/WiFi, lelaki yang dikenali sebagai Fizie Joe telah berkongsi tutorial bagaimana untuk print-out dokumen daripada handphone direct ke printer.
Apa yang penting, korang kena ada 3 benda berikut:
• Printer (tak kisah jenama apa, yang murah pun boleh)

• Cable OTG (korang boleh beli di kedai Eco/Ninso/Mr DIY

• Apps PrinterShare Mobile Print (download di handphone)

Bila kesemua barangan ini telah disediakan, sambungkan kabel USB printer ke kabel OTG dan kemudian, cucuk pada handphone korang. Ikut arahan PrinterShare untuk setting dan siap!
Ada lagi satu pilihan untuk korang download apps selain PrinterShare. Cari Noko Print-Wireless and USB printing dan caranya juga sama seperti yang telah dikongsi diatas.

Mudah saja kan? Tak perlu membazir duit nak beli printer mahal-mahal. Ikut cara ni je boleh jimat. Berbaloi-baloi!
Sumber: Fizie Joe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aplikasi Penstriman Artis K-pop, VLIVE Ditamatkan Akhir 2022 Ini Kerana..

Biarpun semakin ramai artis K-pop serta selebriti Korea Selatan yang tampil menggunakan platform media sosial popular di Malaysia seperti Instagram dan TikTok, masih ramai sebenarnya yang selesa muncul di aplikasi VLIVE untuk berhubung dengan peminat masing-masing.
Kebanyakan daripada intipati menarik daripada artis K-pap dari semasa ke semasa pasti akan diekstrak daripada sesi penstriman langsung (live streaming) yang dilakukan di VLIVE.
Senang cerita, setiap kali notifikasi VLIVE berbunyi tanda ada artis K-pop yang sedang bersiaran langsung; puluhan hingga ratusan ribu pengguna dijangka sudahpun berada dalam ruang video tersebut.
Popular memang popular, namun khabarnya VLIVE akan menamatkan perkhidmatan aplikasinya menjelang akhir tahun ini! Syarikat hiburan K-pop, HYBE yang mewakili kumpulan terkenal seperti BTS menjelaskan bahawa VLIVE akan mula ditutup perlahan-lahan bermula sekarang hingga akhir 2022.
Ini kerana VLIVE telahpun ditukarkan ke platform WeVerse Company yang dimiliki oleh HYBE sejak 2021. Apabila video penstriman VLIVE lampau BTS dipindahkan ke WeVerse, ia secara tidak langsung mengesahkan bahawa WeVerse bakal menjadi saluran komunikasi rasmi untuk kumpulan BTS selepas ini. Jika video-video itu tidak dipindahkan sekarang, kesemuanya akan terhapus begitu sahaja.

Jadi bagaimana pula dengan nasib kumpulan K-pop lain?
Kumpulan yang popular di VLIVE seperti Stray Kids dan NCT tidak lama lagi juga akan meninggalkan platform VLIVE. Stray Kids umpamanya dilihat sudahpun memulakan sesi penstriman mereka di saluran YouTube.
Cuma yang tidak syoknya mengenai YouTube adalah polisi hak milik (copyright) yang dilaksanakan lalu menegah artis-artis K-pop ini daripada memainkan muzik selain yang diterbitkan oleh syarikat label mereka.

Manakala, ada sahaja artis K-pop yang telah membuka akaun rasmi WeVerse termasuklah CL, Hyolyn, CNBlue, Treasure, Seventeen, FT Island, Just B, Ravi, APink, Enhypen, Winner dan Blackpink.
Seperkara lagi, WeVerse dilaporkan mempunyai kualiti ‘interface’ yang rendah dan aplikasi itu seringkali tertutup dengan sendirinya (crash) apabila jumlah penonton penstriman mencecah jutaan orang. Ini berlaku baru-baruu ini sewaktu konsert BTS : Yet To Come Busan.
ARTIKEL BERKAITAN : Seoul Bakal Bina Arena Khas Untuk Konsert K-Pop SAHAJA – REMAJA
Reaksi peminat rata-rata menerima perkhabaran ini dengan hati terbuka memandangkan mereka masih dapat berhubung secara dekat di platform lain. Cuma nilai sentimental yang melekat pada aplikasi VLIVE akan dirindui oleh semua penggunanya.
Haa tunggu apa lagi guys? Muat turun aplikasi WeVerse sekarang agar korang tidak ketinggalan notifikasi terbaru daripada idola kegemaran masing-masing.
BACA LAGI : Ini 6 Kafe Milik Keluarga Idol K-pop Yang Harus Korang Kunjungi – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
q
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Teori Konspirasi Kononnya FaceApp Adalah Taktik Rusia Ambil Data, Boleh Percaya?

Jika korang teringin untuk menggunakan aplikasi FaceApp untuk menukar wajah menjadi lebih tua, mungkin korang nak baca dahulu teori konspirasi yang sedang menular ini.
Sejak awal minggu ini, aplikasi FaceApp menjadi sebutan seluruh Malaysia thanks to our local celebrities. Melalui fungsi terbaru yang boleh mengesan wajah korang dan menukar menjadi lebih tua, lebih muda, tersenyum dan sebagainya, satu-persatu netizen memuat naik hasil ‘transformasi’ wajah masing-masing.
BACA: Tua Tapi Helok! 10 Selebriti Lelaki Bakal Jadi Atuk Hot?

Well, ada berita yang tak berapa menyenangkan tentang FaceApp yang perlu korang ketahui dan ia berkaitan dengan isu sekuriti maklumat peribadi.
Seperti mana-mana aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Snapchat dan WhatsApp, mereka akan meminta data korang sebelum dibenarkan untuk mendaftarkan diri. Normal ~
Namun, menurut pakar sekuriti siber antarabangsa, mereka sedang berhati-hati dengan aplikasi FaceApp dan mengesyorkan netizen untuk tak menggunanya.
Ini sebabnya.
FaceApp dicipta oleh Wireless Lab, iaitu sebuah syarikat kecil berpangkalan di Rusia. Dan sekiranya korang membaca terma dan syarat penggunaan FaceApp (dan 99% antara kita memang tak pernah membacanya), ia menyebut bahawa Wireless Lab mempunyai hak untuk menggunakan foto korang secara sebarangan.
“Providers may transfer information that we collect about you, including personal information across borders and from your country or jurisdiction to other countries or jurisdictions around the world.”
“Users also grant the company the license to use, reproduce, modify, adapt, publish, translate, create derivative works from, distribute, publicly perform and display your User Content and any name, username or likeness provided in connection with your User Content in all media formats and channels now known or later developed.”
O-Kay..
Pengguna FaceApp (seperti penulis juga) seronok menggunakan fungsi menjadi tua itu sekadar hiburan. Kita gelakkan muka orang lain, mereka gelakkan muka kita balik. Tapi dalam tak sedar, maklumat peribadi korang diberikan kepada mereka yang mungkin tak bertanggungjawab.

Ini berikutan teori konspirasi yang berkata kerajaan Rusia sedang mengumpul data-data tersebut demi operasi penggodaman sulit terhadap data peribadi serta server syarikat-syarikat gergasi dunia. Contohnya seperti syarikat internet browser, bank dunia, telekomunikasi dan sebagainya.
Teori ini belum dibuktikan benar lagi kerana Wireless Lab belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi untuk menyangkal tuduhan pakar sekuriti itu.
Namun FYI, isu penggodaman pernah terjadi sebelum ini. Contohnya bagaimana kerajaan Rusia dituduh masuk campur dalam keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat. Atau bagaimana data Facebook ribuan pengguna ‘bocor’ pada tahun lalu.
Oleh itu, tak mengejutkan jika isu penggodaman terpalit dengan aplikasi FaceApp. Tambahan pula ia menggunakan teknologi face recognition untuk menukar wajah. Sebarang aplikasi yang memerlukan wajah di-skan adalah berbahaya guys..
BACA: Wanita Ini Minta Berhati-Hati Gunakan FaceApp, Kenapa?
Penulis bukanlah mahu menakutkan sesiapa, namun kata orang it is better to be safe than sorry. Google dahulu sama ada sebarang aplikasi selamat untuk digunakan sebelum memuat turun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Apps Foto Editing Terbaik Pilihan REMAJA

Pada suatu ketika dahulu mengabadikan foto di dalam bentuk gambar merupakan satu perkara yang hanya dilakukan dengan menggunakan kamera filem dan digital.
Namun dengan perkembangan sejak 10 tahun kebelakangan ini hobi mengambil gambar bukan lagi satu perkara eksklusif kepada penggemar fotografi sahaja. Dengan lambakan telefon pintar yang kini mempunyai pelbagai fungsi, ia boleh dilakukan dengan senang.
Ia bukan sahaja membawa fungsi sebagai telefon tetapi merangkumi segala aspek peranti lain sagala perkara boleh dilakukan dengan hanya menggunakan app di dalam telefon pintar.
Begitu juga dengan fotografi menggunakan iPhone yang sekian lama terkenal dengan kualiti fotonya. Populariti penggunaan laman media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter juga menyaksikan perkongsian foto kini boleh dilakukan dengan pantas. Seiring dengan itu pelbagai apps fotografi muncul di App Store buat pengguna iPhone.
Berikut merupakan 5 apps editing fotografi pilihan REMAJA yang korang boleh cuba!
Snapseed

Aplikasi foto editor untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti foto, Snapseed merupakan di antara app yang paling popular di App Store. Pertama, ia cukup senang digunakan dan menawarkan pelbagai variasi tools ubah suai foto. Untuk melakukan ubah suai warna, kadar kecerahan, memotong dan penajaman gambar app ini amat sesuai digunakan. Buat korang yang baru-baru berjinak-jinak untuk melakukan editing foto, inilah app yang paling sesuai.
Enlight

Ini merupakan app bagi korang yang ingin explore sisi kreatif dengan skil tersendiri. Selaion menawarkan tools yang lazimnya ada pada semua app lain, Enlight mempunyai pelbagai seleksi efek artistik. Contohnya korang boleh menukar foto menjadi seperti sebuah lukisan dan menambah pelbagai elemen ke dalam foto. Sebagai contoh tool untuk ‘The Mask’ menjadikan foto bercampur dengan efek berbeza.
TouchRetouch

Sekarang sudah banyak app foto yang mempunyai kemampuan untuk memperbaiki dan membuang segala elemen yang buruk di dalam foto. Namun antara app terbaik untuk melakukannya ialah dengan menggunakan TouchRetouch. Ia merupakan antara app paling mudah dan senang digunakan untuk tujuan ini. Dengan menggunakan app ini korang boleh highlight dan membuat apa-apa objek tidak diperlukan. Dengan melakukan try and error korang pasti dapat menggunakannya dengan baik.
BACA: 10 Perkara Yang Perlu Korang Tahu Tentang iPhone Xs & iPhone Xs Max
Adobe Lightroom CC

Secara ringkasnya Adobe Lioghtroom CC merupakan app editing foto yang cukup ‘power‘ sesuai digunakan untuk pengguna baru dan juga yang lebih advanced. Selain ditampilkan dengan interface yang ringkas dan senang untuk navigasi, ia juga banyak menggunakan one-tap preset. Untuk editing lebih kompleks korang boleh menggunakan tools untuk ubah suai foto mengikut kehendak. Ia juga membenarkan korang untuk mengakses foto di mana-mana peranti dengan menggunakan Adobe Creative Cloud.
Lens Distortions

Faktor cahaya mahari dan juga efek cuaca juga merupakan antara salah satu elemen di dalam foto yang cukup popular. Dan tidak selalu biasanya efek tersebut kita dapar secara semulajadi. Jadi untuk mencantikkan gambar korang boleh gunakan Lens Distortion yang menawarkan efek lens flares, hujan, salji dan juga kabus. Dan pelbagai efek ini juga boleh digabungkan di dalam foto yang sama bergantung kepada kreativiti korang sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

