Remaja excited gila bila Frozen 2 bakal menemui korang semua di pagawam November ini!!
Tonton Trailer Frozen 2!
Ads
Trailer yang simple dan padat dengan aksi ini sangat berbeza dari apa yang kita tonton pada filem pertamanya. Tentu sekali, watak-watak utama masih lagi dikekalkan seperti Kristoff, Anna, Elsa, malah Olaf turut serta dalam mewarnai filem kedua ini. Mungkin ada penambahan watak, tapi masih belum ada kepastian.
Tepis watak anggun Elsa sebagai Permaisuri Erendelle, kali ini Elsa beraksi dengan berseluar, namun pakaiannya masih bercirikan biru ais (Ice Queen)dan rekaan yang berbeza. Penggayaan rambut Anna juga berbeza dalam filem ini.
Ads
Trailer pertama yang berdurasi selama 2 minit ini tidak memerlukan sebarang dialog, cukup dengan facial expression dan aksi yang menggambarkan betapa menariknya filem ini.
Ada yang menyifatkan filem ini lebih matang dari segi watak, penceritaan malah konflik yang masih tidak diketahui umum. Apa-apa pun, buat penggemar Frozen, November merupakan bulan penting untuk korang bersedia menonton di pawagam.
Tapi sebelum tu, banyak lagi filem produk Disney yang sedang beratur menunggu giliran ditayangkan antaranya Lion King dan Dumbo! Eh, tahun Disney ke 2019 ni?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penganjur Makar Fest XL tampil memohon maaf secara terbuka susulan isu tular di media sosial melibatkan aksi segelintir penonton yang dilihat berjoget serta melanggar garis panduan hiburan semasa konsert penutup festival berkenaan di Mydin Mall Tunjong, Sabtu lalu.
Pengarah Festival, Issey Fazlisham berkata, Makar Fest XL yang berlangsung selama tiga hari itu merupakan penganjuran kelima oleh pihaknya dan telah dilaksanakan sepenuhnya mengikut kelulusan serta garis panduan hiburan yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).
Menurut Issey, pihak penganjur telah mengambil pelbagai langkah awal bagi memastikan pematuhan adab serta peraturan sepanjang program berlangsung, termasuk menayangkan video etika pentas sebelum acara bermula.
“Video etika panggung itu bertujuan memberi peringatan kepada semua pengunjung tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika menonton persembahan, termasuk soal adab, batas pergerakan dan tingkah laku,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram.
Beliau turut menjelaskan bahawa sebagai pengacara, peringatan mengenai larangan berjoget serta keperluan menjaga tertib telah disampaikan secara langsung setiap kali beliau berada di atas pentas sepanjang program berlangsung.
Kawalan Pengunjung Jadi Cabaran Besar
Bagaimanapun, Issey mengakui terdapat situasi yang berada di luar kawalan pihak penganjur, khususnya apabila jumlah kehadiran penonton pada malam konsert penutup Makar Fest XL melebihi jangkaan awal.
“Apabila orang terlalu ramai, kawalan menjadi lebih mencabar di beberapa kawasan tertentu. Bahagian hadapan hingga ke belakang sebenarnya telah dibuat pengasingan, namun apabila semua kawasan penuh, terdapat sudut yang sukar dikawal sepenuhnya,” jelasnya.
Tambah beliau, pasukan keselamatan serta krew Makar Fest bertindak segera sebaik sahaja insiden tersebut dikesan bagi mengawal keadaan dan memastikan situasi tidak berlarutan.
“Pihak penganjur sentiasa komited untuk mengambil tindakan pantas bagi memastikan pematuhan peraturan, namun kami akui terdapat perkara yang berlaku di luar jangkaan,” katanya lagi.
Tindakan Tegas Pihak Berkuasa
Susulan insiden berkenaan, penganjur Makar Fest XL dikenakan tindakan tegas apabila wang cagaran berjumlah RM8,000 dirampas oleh pihak berkuasa tempatan atas pelanggaran syarat hiburan melibatkan percampuran bebas lelaki dan perempuan serta aksi menari dan melompat-lompat dalam kalangan penonton.
Selain rampasan cagaran tersebut, penganjur turut berdepan risiko dikenakan penalti maksimum sehingga RM30,000 serta kemungkinan disenarai hitam sekiranya gagal menjelaskan kompaun yang ditetapkan.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, tindakan itu diambil selepas pihak berkuasa meneliti laporan penguat kuasa serta rakaman video berdurasi kira-kira 40 saat yang tular di media sosial.
Beliau menjelaskan bahawa penganjuran berbentuk ekspo jualan dan festival makanan yang berlangsung dari 29 hingga 31 Januari itu telah mendapat kelulusan hiburan di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Kelantan) 2025.
Mengakhiri kenyataannya, Issey mewakili pihak penganjur sekali lagi memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan serta memberi jaminan bahawa penambahbaikan akan dilakukan bagi penganjuran Makar Fest XL pada masa akan datang.
“Kami mengambil perkara ini sebagai satu pengajaran besar dan akan memperketatkan lagi kawalan agar insiden sama tidak berulang,” katanya.
Sumber : Sinar Harian, Instagram Issey Fazlisham
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita tanah air, Siti Saleha akhirnya mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Joshua Fitton.
Perkongsian itu dibuat sendiri oleh aktres berusia 35 tahun ini menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan gambar imbasan bayi sambil memeluk suami tercinta.
Menariknya, kapsyen yang ditulis turut mencuit hati para peminat.
“Josh makan banyak jadi perutnya agak kembung (buncit), jadi saya nak padankan perutnya dan perut saya,” tulisnya.
Meskipun begitu, bintang drama 7 Hari Mencintaiku itu tidak mendedahkan usia kandungan atau sebarang perincian lanjut mengenai kehamilannya.
Difahamkan, pasangan ini juga sebenarnya telah lama menyimpan berita gembira ini daripada pengetahuan umum.
Sebelum ini, spekulasi mengenai kehamilan Saleha mula bertebaran apabila penampilannya di Malaysia International Film Festival pada Ahad lalu menarik perhatian ramai.
Ramai yang mendakwa nampak ‘baby bump’ ketika dia menggayakan salah satu busana yang dipakai di acara itu.
Namun begitu, ketika ditanya oleh pihak media, Saleha enggan mengesah atau menidakkan perkara tersebut. Sebaliknya, dia hanya meminta peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Dia juga memberi bayangan bahawa dirinya bakal berehat panjang tidak lama lagi.
Sebagai info, Siti Saleha kembali bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton pada Februari lalu selepas tiga tahun berstatus ibu tunggal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu vape nampaknya semakin menjadi topik perbualan di Malaysia apabila seorang remaja di Labuan dilaporkan dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan untuk kerosakan bahagian dalaman paru-paru, disyaki akibat menghisap vape.
Penyakit kecederaan paru-paru akibat rokok elektronik dan produk vape (EVALI) ialah terma baharu dunia perubatan yang kini tular secara global. Di Amerika Syarikat sudah terdapat 39 kes kematian akibat EVALI dan ribuan pula terpaksa dirawat di hospital.
Punca Penyakit Misteri Ini
Pakar kesihatan dari Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat telah pun menemui penyebab penyakit misteri itu. Menurut CDC, asetat vitamin E yang digunakan untuk mencairkan cecair vape mungkin antara puncanya. Ia dibuktikan apabila asetat vitamin E ditemui pada 29 sampel ujian tisu paru-paru pengidap kerosakan paru-paru akibat vape dan produk vape (EVALI).
Kesan Buruk Pada Paru-Paru
Dalam sampel yang sama THC (ganja) ditemui pada 82% sampel dan nikotin pula pada 61%. Ini mungkin bukti paling kukuh bahawa asetat vitamin E memberikan kesan buruk pada paru-paru penghisap vape.
Selain itu, asetat vitamin E biasanya hanya digunakan pada cecair vape yang mengandungi THC dan kebanyakan cecair tersebut tidak dijual secara komersial. Tetapi ia tidak menolak kemungkinan bahan tersebut mungin turut digunakan pada cecair vape lain di pasaran.
So pakar dah buktikan ni korang masih nak bahayakan diri ke?