LazMall Super Category Day menonjolkan produk pelindung matahari berserta kandungan pendidikan khas dalam talian untuk menarik perhatian peminat kecantikan di Malaysia dan Asia Tenggara.
Lazada, perintis platform e-Dagang di Asia Tenggara, mengumumkan penganjuran Super Category Day pertama mereka. LazMall Super Category Day yang akan berlangsung pada 27 Julai nanti merupakan acara yang pertama seumpamanya dalam industri e-Dagang di mana tumpuan akan diberikan kepada kategori produk tertentu untuk membantu pembeli menemui dan membeli produk yang ditawarkan pada harga yang menjimatkan.
LazMall Super Category Day akan mempromosikan produk pelindung matahari, salah satu kategori produk yang semakin berkembang di LazBeauty – destinasi kecantikan Lazada.
Melalui penceritaan kreatif dan penciptaan kandungan bersama jenama, Lazada berusaha untuk menawarkan kandungan dan maklumat produk kepada pengguna dengan harapan dapat mengayakan lagi pengalaman membeli mereka.
Seiring itu, jenama juga berpeluang meningkatkan penglibatan mereka dengan para pembeli tempatan.
Ads
“Kami telah melihat pertumbuhan tahun ke tahun melebihi 50% pada 2022 untuk kategori pelindung matahari berikutan peningkatan suhu di Asia Tenggara.
“Kerana itu, kami sangat teruja untuk mengetengahkan kategori ini bagi LazMall Super Category Day,” kata Clarissa Chen, Naib Presiden Kanan, Akaun Strategik Serantau (Kesihatan & Kecantikan), Kumpulan Lazada.
“Lazada bekerjasama dengan lebih 100 jenama dan memanfaatkan pandangan pelanggan untuk melaksanakan kempen yang menjanjikan kepuasan pengguna. Tujuan kami adalah untuk memperkasakan pelanggan kami dalam memilih produk yang paling sesuai dengan keperluan mereka daripada pelbagai jenis produk yang tersedia di platform Lazada.
“Kami bertekad untuk terus berinovasi dan menambah baik platform kami dengan pelancaran siri “Supers” kami, memperkasakan jenama untuk mengembangkan perniagaan mereka, sambil menyediakan pengalaman membeli-belah yang terbaik untuk para pengguna,” tambahnya.
Ads
Mengapa pelindung matahari?
Untuk LazMall Super Category Day pertama ini, Lazada bekerjasama dengan jenama seperti Anessa, La Roche Posay, L’oreal Paris, Shiseido dan Supergoop! untuk mencipta bersama kandungan pendidikan bagi membantu pembeli memilih produk pelindung matahari terbaik untuk memenuhi keperluan yang berbeza-beza.
Kandungan pendidikan boleh didapati bukan sahaja menerusi aplikasi Lazada semasa kempen dilangsungkan, ia juga akan ditayangkan melalui LazLive, penstriman langsung dalam aplikasi Lazada. Matlamat usaha ini adalah untuk mendidik para pembeli tentang cara menggunakan pelindung matahari dengan betul agar memperoleh keberkesanan maksimum.
Saksikan episod LazLive pada 26 dan 27 Julai bersama Ika Nabella dan pakar kecantikan, Sarra Afiqah yang akan membincangkan pelbagai topik berdasarkan minat pengguna, seperti teknik aplikasi yang betul dan gandingan produk yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit. Buat pertama kalinya, pembeli juga akan mendapat kandungan khusus tentang pelindung matahari dengan mengklik pada tab Super Category Day LazLive.
Untuk LazMall Super Category Day yang pertama ini, Lazada menjemput pelanggan untuk meneroka rangkaian produk pelindung matahari yang memenuhi keperluan pelbagai jenis kulit dan menikmati promosi hingga 50% untuk produk pelindung matahari yang terbaik daripada jenama rakan kongsi Lazada (rujuk Lampiran).
Tarikh utama LazMall Super Category Day di seluruh Asia Tenggara
Country
LazMall Super Category Day
Filipina
26 June
Vietnam
11 July
Thailand
11 July
Indonesia
18 July
Singapura
26 July
Malaysia
27 July
Selain LazMall Super Category Day, LazMall juga terkenal dengan kempen Super Brand mereka yang membantu jenama merekrut hingga 60% pembeli baharu dan mencapai peningkatan jualan hingga 25x ganda (berbanding hari biasa).
Kempen LazMall Super Brand telah terbukti berjaya membantu jenama memperoleh pelanggan baharu, memacu hasil jualan, dan meningkatkan kesedaran jenama. Sambil itu, pengguna juga dapat menikmati diskaun eksklusif daripada jenama kegemaran mereka dan pengalaman unik membeli-belah dalam talian.
Maklumat lanjut tentang LazMall Super Category Day yang pertama kali dianjurkan Lazada ada di sini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, tidak menghalang Mohammad Syafizul Zolkurnin, untuk mencapai kejayaan akademik yang cemerlang.
Bapanya hanya bekerja sebagai pemandu forklift di sebuah kilang, namun minat dan kesungguhan dalam bidang kejuruteraan membawanya meraih Anugerah Pingat Emas Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Mohammad Syafizul yang berasal dari Pantai Merdeka, Kedah, dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik, berkongsi bahawa minatnya terhadap kejuruteraan bermula sejak kecil.
Pencapaian cemerlang ini turut diraih ketika dia menerima Anugerah Pingat Emas Canselor UniMAP semasa Istiadat Konvokesyen UniMAP Ke-19 yang diadakan di Dewan Ilmu Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, baru-baru ini.
Selain kejayaan akademik, Mohammad Syafizul kini bekerja sebagai jurutera proses di sebuah syarikat multinasional. Dia menzahirkan kesyukuran kerana gaji yang diterimanya kini setara dengan pendapatan kedua ibu bapanya, yang mana ibunya bekerja sebagai kerani.
“Saya sangat gembira kerana kini saya dapat meringankan beban keluarga dan memberi mereka kehidupan yang lebih baik,” ujarnya dengan nada penuh syukur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Utusan online.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah tak kita terfikir, sejak bila manusia mula ‘jatuh hati’ dengan kecantikan? Adakah ia sesuatu yang kita belajar bila dah besar, atau sebenarnya memang semula jadi sejak kecil lagi?
Menariknya, kajian psikologi dan sains perkembangan manusia mendedahkan bahawa minat terhadap wajah yang menarik sebenarnya bermula seawal usia bayi lagi!
Bayi Juga Tahu Apa Itu ‘CANTIK’?
Satu kajian terkenal oleh Langlois menunjukkan bahawa bayi lebih lama memandang gambar wajah yang dianggap cantik berbanding yang kurang menarik.
Dalam kajian ini, para pengkaji menggunakan wajah yang dipilih oleh orang dewasa dan mendapati bayi menunjukkan keutamaan visual yang konsisten.
Menerusi satu kajian lanjutan pula menunjukkan bayi berusia 3 hingga 4 bulan juga menunjukkan kecenderungan terhadap wajah haiwan seperti kucing dan harimau yang simetri dan menarik secara visual.
Apabila gambar itu diterbalikkan, minat bayi menurun, membuktikan mereka benar-benar menilai wajah, bukan sekadar bentuk atau warna sahaja.
Pakar percaya keutamaan ini berpunca daripada mekanisme pemprosesan otak yang umum, bukan naluri untuk memilih pasangan seperti teori dalam psikologi evolusi. Dalam erti kata lain, bayi tidak pilih rupa secara sosial, tetapi secara biologi.
Kenapa Bayi Suka Tenung? Ini Antara Puncanya
Selain tertarik pada wajah yang cantik, bayi juga gemar memerhati ciri-ciri visual lain. Berikut antara sebab mengapa mereka boleh tenung lama:
Ciri Unik Pada Wajah Atau Aksesori
Bayi mungkin tertarik kepada kaca mata besar, subang berkilat, rambut kerinting atau berwarna terang, dan ciri-ciri lain yang menonjol.
Pergerakan Yang Menarik Perhatian
Mereka suka memerhati objek bergerak seperti tangan yang melambai, kipas siling, atau haiwan peliharaan. Ini merangsang koordinasi mata dan fokus.
Warna Terang & Corak Kontras
Bayi mudah tertarik pada warna-warna cerah dan gabungan kontras seperti hitam-putih, merah-biru, serta corak geometrik.
Otak Sedang Belajar
Kadang-kadang, renungan mereka bukan sebab objek itu menarik, tapi kerana otak sedang cuba mengenal dan menyimpan maklumat baru.
Jadi, berbanggalah apabila diperhatikan oleh seorang bayi, anggaplah itu sebagai satu pujian kecil. Bukan saja kerana mereka suka wajah korang, tetapi juga kerana mereka sedang belajar daripada korang.😊
Melihat suasana keindahan alam seperti matahari tenggelam adalah satu terapi yang boleh dilakukan bagi memberi ketenangan, sekali gus dapat ‘melarikan’ diri daripada kesibukan kota yang begitu menyesakkan.
Bagi si pencinta alam, untuk menyaksikan kejadian matahari tenggelam ini biasanya mereka memilih lokasi-lokasi seperti pantai dan bukit/gunung kerana korang pastinya akan berasa kagum melihat keindahan semula jadi ini.
Terdapat banyak lokasi menarik untuk melihat kejadian matahari terbenam dan kali ini kami ingin kongsikan antara tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu untuk menyaksikan suasana sunset ini.
Sekiranya korang bercuti ke Kota Kinabalu, jangan lupa untuk singgah ke lokasi-lokasi berikut:
1. Pantai Tanjung Aru
Terletak hanya 6KM dari bandar KK, pantai Tanjung Aru antara yang popular sebagai lokasi melihat matahari terbenam di Kota Kinabalu.
Sumber: riderchris.com
2. Bukit Kokol
Sumber: riderchris.com
Lokasinya lebih kurang 25KM dari KK, korang boleh mendaki bukit ini dalam 10KM untuk merasai pengalaman suasana sejuk, jalan kecil yang berliku dan melihat kawasan kampung di sekitar bukit. Pengunjung juga boleh melihat Gunung Kinabalu antara pukul 6 hingga 8 pagi.
Sumber: riderchris.com
3. Pantai Karambunai
Sumber: riderchris.com
Jika korang lebih suka lokasi yang bukan tumpuan pelancong, korang boleh ke pantai Karambunai untuk melihat sunset dan melakukan aktiviti seperti berjoging di tepi pantai.
Sumber: riderchris.com
4. Bukit Bonduk
Sumber: riderchris.com
Terletak kira-kira 21Km dari KK, Bukit Bonduk atau dikenali sebagai Bukit Botak/Gundul di Sepanggar merupakan salah satu lokasi mendaki terbaik untuk melihat matahari terbenam yang menghadap ke Teluk Sepanggar.
Terletak berhampiran pusat bandar dan bersebelahan dengan Laut China Selatan memberi kelebihan kepada pengunjung untuk merasai pengalaman melihat keindahan matahari terbenam di lokasi ini.
Ha, macam menarik juga kan tempat-tempat yang kami senaraikan ini. Sekiranya korang ke Kota Kinabalu bolehlah cari port terbaik untuk berehat menenangkan fikiran sambil melihat matahari terbenam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
**
Nah, ada lagi satu pengumuman yang kami ingin kongsikan. Bagi gadis-gadis Sabah yang berumur antara 18 hingga 25 tahun dan mempunyai bakat terpendam dalam bidang hiburan, jangan lupa hadir ke sesi uji bakat pencarian Dewi Remaja 2022 di The Palace Hotel, Kota Kinabalu pada 12 dan 13 Mac ini.
Mungkin tahun ini wakil dari Sabah bakal bergelar juara Dewi Remaja, siapa tahu kan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!