Hangat baru-baru ini di media sosial apabila orang ramai menggesa pihak berkuasa memantau pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan sesuka hati di sekitar Bukit Bintang semata-mata untuk menyaksikan persembahan ‘busking’.
Menerusi satu hantaran di X, difahamkan keadaan jalan raya di sekitar Bukit Bintang semakin sesak terutama sekali selepas waktu pejabat susulan ramai yang meletakkan motosikal di bahu jalan sehingga mengganggu pengguna lain.
“DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) patut haramkan busking di tempat awam. Dahlah Bukit Bintang ini jem (sesak) teruk lepas itu ada pula yang jenis parking tepi jalan sesuka hati,” kata seorang pengguna X.
Dalam hantaran sama, turut dikongsi beberapa keping gambar memaparkan keadaan jalan yang sesak di sekitar kawasan di mana aktiviti busking diadakan.
Ads
Paparan motosikal yang di ‘park’ secara bersepah di kawasan Bukit Bintang cetus kemarahan warganet.
Bagaimanapun, tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna tidak setuju sekiranya aktiviti busking itu dilarang, tetapi sebaliknya mereka menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap penunggang yang meletakkan motosikal mereka di bahu-bahu jalan secara haram.
“Yang buat jem motosikal letak tepi jalan, tiba-tiba buskers pula terpalit,” kata Zul.
Ads
“Busking itu menarik, pelancong pun suka tengok. Polis atau pihak DBKL kena lebih tegas pantau yang letak motosikal tepi jalan ini sebab sebelum ini okey saja,” kata Suzi.
“Saya cadangkan DBKL buat satu kawasan tak jauh dari MRT Bukit Bintang dan Pavilion. Dekat situ boleh busking, jual-jual. Keluarga pula boleh bersantai makan shawarma sambil tengok persembahan,” cadang Opinion.
Ads
“Sepatutnya DBKL haramkan kenderaan masuk Bukit Bintang malam-malam terutama malam minggu,” kata Lita.
“DBKL patut pertimbangkan konsep ‘car free’ untuk Jalan Bukit Bintang. Dekat situ dah ada monorel dan MRT,” kata Azizul. – KOSMO
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isnin lalu, Masjid Al-Khairiyah di Taman Sri Gombak telah melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar dan pihak pengurusan masjid tersebut telah pun membuat permohonan maaf. Kesilapan itu berlaku berpunca daripada masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.
Walau bagaimanapun, Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid mengesahkan bahawa jika individu yang berbuka mengikut laungan azan itu, puasanya batal dan perlu diganti. Namun, penggantian puasa tidak tertakluk kepada mereka yang berbuka di hujung atau selepas azan kerana ia dikira sudah masuk waktu berdasarkan waktu zon tempatan.
Jelasnya lagi, waktu solat adalah mengikut zon di negeri-negeri dan bagi kes berkenaan, puasa mereka yang berbuka berpandukan azan pada 7.18 malam itu adalah terbatal dan wajib diganti.
Namun begitu, tindakan nazir masjid berkenaan dipuji oleh Mufti Selangor kerana berani berterus terang untuk mengakui kesilapan itu. Katanya, semua orang melakukan kesilapan dan mereka yang berkenaan perlu memaafkan pihak yang tidak sengaja mengalunkan azan lebih awal.
Betul tu, sekiranya korang antara individu yang terbabit, tidak perlulah berasa kesal dan marah kerana perlu menggantikan semula puasa itu. Anggaplah ia sebagai satu ujian di bulan Ramadan.
Rasanya di usia 10 hingga 12 tahun kita sibuk lagi bermain permainan kampung atau bermain gadjet. Tapi lain pula dengan hobi dua beradik dari Tumpat, Kelantan ini.
Mungkin kerana terlalu taksub dengan abang-abang bomba memadam kebakaran menyebabkan dua kanak-kanak masing-masing berusia 10 dan 12 tahun sanggup membakar 23 buah rumah jiran dan termasuk rumah mereka sendiri.
Menurut Sinar Harian, dua beradik lelaki berusia 11 dan 10 tahun telah ditahan semalam kerana disyaki melakukan siri kebakaran di Kampung Padang Pohon Tanjung, Tumpat sejak Jun lalu…
Sengaja Bakar Rumah Sebab Seronok Tengok Bomba Padam Kebakaran
Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, penahanan dilakukan susulan laporan penduduk termasuk kes kebakaran sebuah rumah di hadapan kediaman keluarga mereka.
Penahanan ini juga dilakukan selepas mendapat laporan dari orang ramai dan kes kebakaran sebuah rumah dihadapan rumah mereka.
“Polis pergi ke rumah keluarga kanak-kanak tersebut semalam dan menahan mereka bagi membantu siasatan.Perintah reman terhadap mereka dikenakan selama dua hari berkuat kuasa hari ini sehingga esok,” katanya
Tambahannya lagi kanak-kanak terbabit yang dikatakan sengaja membakar rumah berikutan seronok melihat anggota bomba yang datang memadam kebakaran rumah di kampung itu.
23 Rumah Dan Kedai Dibakar Sejak Jun…
Berikut merupakan siri kebakaran yang dilakukan oleh dua adik beradik ini.
Jun : Bakar 11 rumah & satu kedai
Julai : Bakar sebuah rumah + tiga unit rumah sewa
Ogos : Bakar 7 buah rumah
Semalam : Terbakar rumah sendiri
Obses sangat ni sampai rumah sendiri pun dibakarnya.
Rata-rata netizen terkejut dengan hobi kanak-kanak ini.
Rasanya kanak-kanak ini ada motifnya sendiri kenapa mereka berkelakuan sedemikian. Harapnya ada pihak pakar yang dapat membantu. Sian pula kecil-kecil dah disabit bersalah kan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau jadi maka jadilah ia. Malah tiada apa yang mustahil jika Allah mengkehendakiNya.
Baru ini tular satu rakaman video yang telah dikumpulkan memaparkan lima kepulan awan membentuk manusia. Ada kelihatan jelas susuk manusia mengangkat tangan menadah tangan kepada Allah taala. Lebih menarik kesemuanya berlaku di negara jiran, Indonesia yang lebih peratus rakyatnya beragama Islam.
Dalam salah satu video yang berlaku di Sumatera Utara pada April lalu memperlihatkan kepulan awan yang berlaku di Air Joman, Daerah Asahan Sumatera Utara. Malah ia muncul di saat dunia dilanda pandemic COVID-19.
Manakala dalam satu kejadian lain jelas kepulan awan itu membentuk susuk manusia seolah mengangkat tangan berdoa kepada Allah SWT yang terjadi di Daerah Purwakarta, Jakarta Barat. Dalam gambar itu seolah-olah kepulan awan itu memohon keselamatan dunia dan akhirat.
Apa pun yang ingin ditunjukkan, semuanya atas kehendak Allah SWT.
Saksi video di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!