Sejurus sahaja penyanyi berbakat besar, Nadeera Zaini dinobatkan sebagai juara Big Stage musim ke-5 dan peserta dari negara seberang, Waode sekali gus menduduki tempat kedua pada malam tadi.
Terus sahaja kecoh di media sosial apabila ada warganet yang mendakwa kemenangan penyanyi itu hanya disebabkan dia adalah sebagai ‘tuan rumah’.
Maka, bermulalah ‘peperangan’ hangat antara jabatan netizen Malaysia dan Indonesia.
Sempat bertanya kepada Waode berkenaan perkara tersebut, penyanyi berusia 26 tahun itu menyifat ia adalah perkara yang didengar terutama apabila sebagai wakil negara.
“Sebenarnya hal seperti itu saya sudah selalu dengar. Sebelum ini pun saya pernah masuk rancangan realiti, isu sebegini antara ‘fans’ sememangnya selalu perang.
Ads
“Apatah lagi kita membawa nama negara, bagi saya itu adalah perkara yang biasa kerana untuk ‘membela’ negara sendiri seperti apa,” katanya.
Waode bagaimanapun tidak melatah akan perkara tersebut, namun dia menganggap ‘peperangan’ di antara peminatnya itu adalah batu loncatan dan pembakar semangat untuk memberikan yang terbaik buat mereka.
“Namun sebenarnya, ia sebagai motivasi juga. Bermaksud, jika peminat dari negara sendiri menyokong kita, maka kita haruslah memberikan yang terbaik. Ia kerana, harapan mereka kepada kita adalah membawa nama negara dan diri.
Ads
“‘Gak apa-apa sih komennya’, jadi terimalah dengan ikhlas dan hati yang terbuka. Selain itu, nikmati sahajalah karya-karya yang bakal kita berikan selepas Big Stage ini,” ujar peserta dari Indonesia itu lagi.
“Jangan gaduh-gaduh…” celah Nadeera pada akhir bicara.
Selepas 10 minggu bersaing, Nadeera Zaini diumumkan sebagai juara program Big Stage 2023 pada konsert akhir yang berlangsung malam tadi.
Ads
Konsert akhir BS5 yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan pengacara asal Indonesia, Rina Nose turut menyaksikan penampilan istimewa, maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS sebagai juri jemputan.
Kerusi Presiden Netizen untuk konsert akhir pula disandang oleh Jihan Muse.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar baik buat peminat bintang terkenal BTS apabila empat ahli iaitu RM, V, Jimin dan Jungkook bakal muncul menyapa para ARMY sebaik sahaja mereka tamat latihan ketenteraan pada 10 dan 11 Jun ini.
Menerusi sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh agensi, BIGHIT MUSIC pada 5 Jun lalu, RM dan V dijadualkan untuk bertemu peminat di pangkalan tentera Chuncheon. Manakala Jimin dan Jungkook pula akan berada di lokasi berbeza iaitu pangkalan tentera Yeoncheon.
“Mereka akan muncul di markas ketenteraan masing-masing dan berkongsi ucapan ringkas serta luahan rasa selepas menamatkan perkhidmatan wajib di lokasi yang ditetapkan,” jelas BIGHIT dalam kenyataan tersebut.
RM & V yang akan menamatkan latihan ketenteraan pada 10 Jun ini.Jimin & Jungkook yang akan menamatkan latihan ketenteraan pada 11 Jun ini.
Walaupun begitu, para peminat diminta agar tidak mengunjungi unit kem tentera tempat keempat-empat ahli tersebut berkhidmat serta tiada acara rasmi yang akan diadakan di sana bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan dan kejadian tidak diingini berlaku.
“Bagi mengelakkan sebarang himpunan besar di kawasan yang sempit dan berisiko. Jadi kami amat berharap agar peminat tidak berkunjung ke markas tentera,” ujar kenyataan yang sama dalam nada tegas.
Pada masa yang sama, langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan dan privasi pihak orang ramai terjaga, di samping memberi ruang buat anggota BTS menamatkan perkhidmatan mereka dengan tertib dan aman.
Setelah 18 bulan menjalani kehidupan sebagai anggota tentera, pastinya kemunculan semula RM, V, Jimin dan Jungkook paling dinanti-nantikan oleh peminat seluruh dunia, lebih-lebih lagi dengan peluang untuk melihat mereka kembali di pentas selepas ini.
Sekadar info, ketujuh ahli kumpulan BTS secara rasmi akan menyelesaikan perkhidmatan latihan ketenteraan pada penghujung Jun. Dua orang anggota iaitu Jin dan j-hope telah rasmi menamatkan latihan beberapa bulan lalu dan kini fokus dengan beberapa projek solo.
RM dan V dijadualkan tamat pada 10 Jun, diikuti oleh Jimin dan Jungkook pada 11 Jun. Manakala, SUGA yang sedang berkhidmat wajib ketenteraan sebagai pekerja sektor pelayanan publik akan selesai pada 21 Jun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berkahwin pada usia belasan tahun, memikul satu tanggungjawab terutama di usia muda bukan pilihan kebanyakan anak muda hari ini namun anda sudah dijodohkan, takkan ke mana.
Ramai yang masih di bangku sekolah dan baru memasuki pra universiti tetapi pasangan bahagia ini, Dhea Irdina dan Zaherofirdaus ini memilih berkahwin pada usia cukup muda. Dhea sendiri berusia 18 tahun manakala suaminya baru berusia 19 tahun.
Walaupun sebelum itu Dhea meminati Oppa Korea yang hensem tetapi bila melihat Zahero, hatinya sama sekali berubah selepas suaminya punya empat ciri ini iaitu kelakar, pandai ambil hati, pemalu dan sopan dengan orang tua. Wow, so sweetkan kalau dapat lelaki yang pandai ambil hati. Itulah ciri-ciri yang buat Dhea tertarik dengan suaminya ini dan mereka memilih untuk berkahwin pada usia cukup muda, 18 dan 19 tahun.
Malah demi mengelak fitnah dan dipandang tidak elok oleh orang sekeliling, mereka berdua mengambil keputusan berkahwin pada usia muda.
Baca catatan Dhea bagaimana dia mula tertarik dengan peribadi suaminya itu.
Dalam pada itu, ada pengguna retweet betapa bertuahnya pasangan ini. Ada yang sudah 25 pun belum ada kekasih dan masih solo. Malah masing-masing saling support each other untuk sama-sama bertemu jodoh selepas ini.
Alhamdulillah atas keputusan ini. Remaja doakan agar pasangan muda ini berbahagia di dunia dan akhirat. Tak kisahlah kahwin muda atau berapa usia, asal kita tahu tanggungjawab, insya Allah rumahtangga akan bahagia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dianjurkan pada setiap tahun, ternyata alumni daripada ‘keluarga’ pencarian Hero Remaja & Dewi Remaja tidak gagal untuk menempatkan diri dalam kalangan para pemenang.
Edisi ke 33 yang berlangsung pada Jumaat lalu turut tak terkecuali apabila Ben Amir dari Hero Remaja 2011/2012 dan Mawar Rashid dari Dewi Remaja 2014/2015 muncul sebagai pemenang dalam kategori masing-masing.
Ben Amir yang memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular berkata dia terharu dengan kemenangan pertama ini selepas 8 tahun berkecimpung dalam industri seni.
“Saya terharu di atas sokongan peminat. Ia pencapaian yang saya hargai dan dengan anugerah ini, saya akan terus memperbaiki kelemahan diri. Saya juga tak boleh terus leka dengan kemenangan ini. Ia isyarat untuk terus bekerja keras,” kata pemilik nama Muhammad Amir Sabaruddin.
Manakala, Mawar Rashid yang juga merupakan Dewi Favourite sewaktu bertanding dahulu di Dewi Remaja 2014/2015 mendedikasikan kemenangan tersebut kepada kelab peminatnya.
“Trofi ini sangat bermakna. Ini adalah rezeki bayi dalam kandungan. Saya juga berhasrat untuk terus membina nama dalam industri seni.”
Tahniah Ben & Mek Wa!
Selain mereka berdua, sebelum ini ramai lagi bintang yang lahir daripada Hero Remaja & Dewi Remaja yang telah menaiki pentas ABPBH sebagai pemenang hasil undian peminat.
Jom lihat kalau ada artis kegemaran korang.
Agaknya, tahun depan giliran Hero & Dewi mana pula untuk naik pentas?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...